Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : BMM3106: Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

SEMESTER : 3

TARIKH MULA

4 FEBRUARI 2013

TARIKH HANTAR

15 MAC 2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep, objektif, dan rasional pendidikan pemulihan dan pengayaan serta masalah penguasaan pembelajaran. 2. Menerangkan cara mengesan kesukaran pembelajaran. 3. Menjelaskan cara mengelola dan menggunakan strategi pengajaran pemulihan yang sesuai dalam kelas biasa dan kelas khas. 4. Menyediakan rancangan pengajaran dan bahan bantu belajar untuk pendidikan pemulihan dan pengayaan; 5. Melaksanaan pengajaran pendidikan pemulihan dan pengayaan serta penilaian. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3, dan 4. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. 2. 3. 4. Memahami falsafah, objektif dan organisasi kandungan sukatan pelajaran BMM 3106 Mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelaja semasa p/p Bahasa Melayu dijalankan Menyatakan dalam penulisan beberapa pendekatan, kaedah dan straregi untuk mengatasi masalah pemulihan dalam kelas Bahasa Melayu. Menghasilkan Rancangan Pengajaran Individu dengan menyediakan satu lembaran kerja dan BBM yang bersesuaian.

Tugasan Projek (50%) Pemulihan merupakan program khas bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Program ini perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti supaya mereka dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolah biasa. Bagi kemahiran lisan, membaca dan menulis pelbagai aktiviti boleh dirancang beserta dengan strategi, kaedah dan teknik dan bahan bantu mengajar atau belajar yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan dalam menguasai kemahiran menulis. Aspek-aspek ini perlu difahami, dirancang dan diaplikasi dalam pengajaran pemulihan. Justeru, bagi menyempurnakan tugasan ini, pelajar dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran individu dan melaksanakannya di dalam kelas pemulihan. 1. Secara berkumpulan tidak lebih daripada tiga orang, anda di kehendaki : a. Menulis satu esei yang lengkap berdasarkan daripada pelbagai sumber i. tentang masalah pembelajaran ii. murid pemulihan dalam menguasai kemahiran menulis,membaca dan lisan. b. menyediakan satu rancangan pengajaran individu (RPI) untuk merancang i. aktiviti pemulihan dalam kelas pemulihan ii. mengikut masalah yang dipilih beserta satu set lembaran kerja yang iii. bersesuaian . c. Menyediakan satu set BBM menggunakan kemahiran TMK yang sesuai i. dengan rancangan individu anda. 2. Secara individu, anda dikehendaki menulis satu refleksi yang lengkap. Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek: 1. 2. 3. 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 4. 5. 6. 7. 8. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan dan individu. Ada boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data dan maklumat. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: Muka depan hendaklah mengikut templet terkini Fon Arial Saiz huruf 11 Langkau 1.5 baris Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) Lampiran adalah wajib Jawab dalam bahasa Melayu Panjang tugasan antara 2,500 hingga 3,000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual) Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. Amalan plagiat tidak dibenarkan Tugasan ini perlu disiapkan alam tempoh dua hingga empat minggu. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. 2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terpeinci. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: (a) Pengenalan yang menarik dan dapat mengupas kehendak soalan (b) Perkembangan (c) Implikasi (d) Rumusan / cadangan dan menjawab persoalan tugasan Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheran. Penulisan esei/laporan/refkelsi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber Daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak yang lain.

3. 4. 5. 6. 7.

Tugasan disediakan oleh :

Disemak oleh:

(MOHAMAD ZAIM BIN MOHD HASSAN) Penyelaras Kursus BMM 3106 Jabatan Pengajian Melayu IPGK Tengku Ampuan Afzan

(ZAKARIA BIN KHALID) Timbalan Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPGK Tengku Ampuan Afzan

Disahkan oleh :

(MOHD RASDI BIN SAAMAH) Ketua Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu IPGK Tengku Ampuan Afzan

Anda mungkin juga menyukai