Anda di halaman 1dari 23

TUTORIAL MINGGU 8

AHLI KUMPULAN: KHAIRUL IZZUDDIN NADJMI SYAFIQ KHAIRI

Soalan Menghuraikan maksud teori


SQ3R dan memberi tunjuk cara penggunaan teknik itu.

SQ3R
Francis Pleasent Robinson (1946) dalam bukunya

Effective Study telah memperkenalkan teknik SQ3R


untuk memberi peluang kepada pembaca membuat analisis terhadap bacaan. Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

TEKNIK MEMBACA SQ3R ??


Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing

pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar.


Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir .

Ini semua dapat dilakukan dengan


kepada tinjauan Maklumat diperoleh melalui penyoalan.

memberi penekanan

Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula

Teknik Membaca SQ3R


SSURVEY (Kaji) Mengumpul maklumat QQuestion (Soal) Menyoal diri sendiri

R - Review (Ulang) Menyusun maklumat

Teknik Membaca SQ3R

R - Recite (Lafazkan semula) Melatih minda

R - Read (Baca) Baca untuk mengisi maklumat

Survey (tinjau)
Murid membaca untuk mendapatkan gambaran

keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam


bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan

pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagianbahagian buku atau teks.

Membaca secara pantas untuk mendapat gambaran awal

SURVEY

Teknik skimming & scanning adalah sesuai

Memfokuskan/ menumpukan bahan kepada tajuk umum

Di sini juga murid sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Question ( penyoalan/pertanyaan)
Langkah yang memerlukan murid menyenaraikan satu

siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati


teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan

pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan

semasa membaca kelak. Murid akan cuba mencari


jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Menyenaraikan beberapa soalan

Berdasarkan apa yg ingin diketahui

Soalan berkaitan tugasan

QUESTON

Juga berupa panduan jawapan

Murid mencari jawapan sendiri

Read (baca)
Langkah ini ialah peringkat murid sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalansoalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika

membaca, murid mungkin juga akan menyenaraikan


soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan

pembacaan.
pendapat ditemuinya.

Murid

mungkin

juga

mempersoal
yang

atau

maklumat

yang

terdapat

Membaca secara serius

Menerima atau menolak konsep maklumat

Mencari jawapan berdasarkan soalan tadi

READ

Menaakul maklumat

Menyenaraikan soalan tambahan

Recite (imbas kembali)


Peringkat yang ketiga dijalankan setelah selesai membaca, murid cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam

konteks tugasannya. Murid juga boleh cuba menjawab


soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Murid memberi jawapan kepada soalan sebelum merujuk teks Menyenaraikan maklumat berkaitan soalan/tugasan Setelah membaca keseluruhan, murid dikehendaki mengingati kembali

RECITE

Review (baca semula)


Membaca semula merupakan peringkat terakhir. Murid membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-

jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah


ketiga. Murid juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

Membaca semula soalan&jawapan

Pengesahan kepada jawapan

REVIEW
Menjawab berdasarkan fakta&maklumat Jangan tertinggal fakta/maklumat pada peringkat 'Question'

CARA MELAKSANAKAN
TEKNIK SQ3R

Cara Melaksanakan S : Cara Melaksanakan S Baca tajuk buku Baca arahan Perhatikan

sebarang huruf besar atau huruf yang dihitamkan Perhatikan jika anda

S-SURVEY

gambar atau ilustrasi mengenai bab yang akan anda baca. Teka, apa agaknya yang akan anda baca

sebentar lagi. Lihat soalan-soalan


yang disediakan di akhir bab yang anda mahu baca

Cara Melaksanakan Q (a) : Cara Melaksanakan Q (a) Soalan boleh membuat minda anda

terbuka untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, jika anda diberi


apa-apa soalan, walaupun anda tidak mahu menjawabnya, minda anda akan terbuka untuk mencari dan menerima jawapannya. Contoh : Bolehkah ayam mengeramkan telur itik? Apakah yang anda bayangkan? Cara Melaksanakan Q (b) :

QQUESTION

Cara Melaksanakan Q (b) Anda mungkin tidak berminat hendak menjawab soalan ini tetapi apabila soalan ini diajukan, minda anda mula terbayang gambar ayam sedang mengeramkan telur itik. Mungkin anda pergi lebih jauh lagi dengan membayangkan ayam membela dan membesarkan sekumpulan anak itik yang menyangka ayam itu sebagai ibu mereka. Cara Melaksanakan Q (c) : Cara Melaksanakan Q (c) Apa yang dapat kita pelajari di sini ialah: Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya Apabila anda berminat untuk

mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus

Cara Melaksanakan READ :


Cara Melaksanakan READ Membaca sepatutnya ada kaitan dengan anda akan berfikir. Apabila anda are

membaca,

berfikir Readers

leaders. Leaders are readers Persoalannya,


mengapa apabila anda membaca anda boleh mempunyai ciri-ciri dan kemampuan seorang

R-READ

pemimpin.

Sebabnya

ialah

apabila

anda

membaca, anda akan berfikir. Seorang pemimpin


yang hebat mesti mempunyai keupayaan untuk berfikir Jika selama ini anda membaca sambil merasa mengantuk, anda mungkin tidak berfikir.

Jika anda baca tetapi langsung khayal dan tidak


sedar apa yang anda baca, sudah tentunya anda tidak berfikir

Cara Melaksanakan Recite : Cara Melaksanakan Recite Lafazkan

semula ini tidak hanya bermaksud anda

perlu sebut dengan kuat apa yang telah


anda baca. Anda boleh hanya fikirkan dan

RRECITE

sebutkan

dalam

hati

Semasa

anda

membaca, adalah normal jika anda jadi khayal dan leka hingga anda hilang fokus kepada apa yang anda baca Anda perlu tahu, buku selalunya disusun mengikut bab atau bahagian-bahagian tertentu. Elakkan daripada membaca kesemua bab

sekaligus tanpa berhenti dan melakukan langkah ini

Cara Melaksanakan REVIEW : Cara Melaksanakan REVIEW

Langkah terakhir ini adalah sangat

penting

untuk

memastikan

anda

R-REVIEW

ingat apa yang telah anda baca. Jika anda ada belajar tentang teknik memori, memori anda terbahagi

kepada memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang

Apakah tujuan SQ3R?


Membolehkan pelajar membaca secara kritis. Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar.

Menarik minat pelajar untuk membaca perkaraperkara yang hendak diketahui. Mengenal pasti perkara-perkara yang telah

dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahu lagi.

RUJUKAN
Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mohd Ruslee. 2010. Modul BMM 3104 Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis.(atas talian). http://www.scribd.com/doc/28428335/MODUL-BMM3104KEMAHIRAN-MENDENGAR-BERTUTURMEMBACA-MENULIS ________(2011). Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca.http://itukamibudakseni.blogspot.com/2011/05/ teknik-pengajaran-kemahiran-membaca_10.html. Diakses pada 22 Julai 2012.

Anda mungkin juga menyukai