Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN Falsafah pendidikan kebangsaan mempunyai beberapa kategori atau aspek yang penting termasuklah pembentukan, analisis dan implikasi terhadap sistem pendidikan Negara. Dalam pada itu, ideologi kebangsaan termasuklah Rukunegara, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dirujuk. Seperti yang kita sedia maklum, Negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Setelah itu, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideology negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Secara ringkasnya (FPK) menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi panduan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan dengan itu, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciriciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka FPK yang dinyatakan berikut digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
2

Berdasarkan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu, dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

2.1 PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini akan menjadi warganegara Malaysia yang baik secara automatik. Oleh itu, berdasarkan matlamat FPK, dapat dikonklusikan bahawa FPK memainkan peranan penting. Antara peranan FPK ialah sebagai hala tuju dan panduan kepada usaha meningkatkan mutu pendidikan negara. Dengan adanya peranan ini, ia memberi panduan kepada para pendidik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara selaras dengan matlamat FPK. Selain itu, para pendidik dapat merancang pelbagai program dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan negara. Peranan yang kedua ialah sebagai dasar bagi menentukan matlamat pendidikan negara. Sebagai mana yang dinyatakan di atas, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan individu yang seimbang, bersepadu serta menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Dengan adanya FPK, matlamat pendidikan negara dapat dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya, jika matlamat pendidikan negara tidak dinyatakan, sistem pendidikan negara menjadi sia-sia kerana tidak mempunyai matlamat yang jelas. Peranan yang ketiga ialah sebagai dasar bagi menentukan jenis kurikulum, isi kandungan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P). Peranan kedua tadi menyebut tentang FPK adalah dasar menentukan matlamat. Setelah mngetahui matlamat pendidikan, FPK pula mengambil langkah bagi memastikan matlamat itu tercapai. Oleh itu, FPK juga berperanan menyelaraskan sistem kurikulum serta sukatan pelajaran. Penyeragaman ini penting bagi memastikan di setiap sekolah skop pengajaran dan isi kandungan adalah sama dan selaras.
4

Peranan yang keempat ialah mengawal penyelewengan dasar atau aktiviti P&P. Penyelewengan dasar yang dimaksudkan ialah penyelewengan terhadap dasar pendidikan itu sendiri. Dalam dasar pendidikan kebangsaan, tiga asas utama telah digariskan. Antaranya ialah sistem persekolahan yang sama bagi semua, Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat sekolah dan kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan. Dengan adanya FPK ini, dasar-dasar ini tidak akan diselewengkan oleh mana-mana pihak. Selain itu, aktiviti P&P dapat dijalankan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Peranan yang kelima ialah dapat mengelakkan kesulitan yang mungkin berlaku ketika sesuatu kurikulum atau komponen dilaksanakan. Tidak semua aktiviti P&P yang dijalankan berjalan dengan lancar, kerana berkemungkinanan akan ada sesuatu perkara yang akan menghalang dari berlakunya aktiviti tersebut. Oleh itu, FPK ditubuhkan untuk mengatasi segala halangan yang menghalang aktiviti P&P berlangsung. Peranan yang keenam ialah menerangkan sebab sesetengah aktiviti P&P perlu dilaksanakan atau tidak perlu dilaksanakan. Menurut peranan ketiga, FPK

meyelaraskan sistem kurikulum mengikut peringkat sekolah. Jika dikaitkan dengan matlamat FPK itu sendiri, semua aktiviti yang dilaksanakan adalh bertujuan untuk mencapai matlamat pendidikan tersebut. Semua aktiviti yang dilaksanakn juga berkemungkinan relevan dengan usaha untuk mencapai matlamat pendidikan. Bagi aktiviti yang tidak perlu dilaksanakan, sebabnya ialah mungkin aktiviti itu tidak relevan dengan masa sekarang ataupun tidak mengikut perkembangan semasa.

3.0 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Falsafah Pendidikan Guru pula menekankan kepada perkembangan tiga komponen iaitu profesional, akademik, perkembangan diri dan sosial terhadap individu guru. Hal ini bagi membolehkan para guru menjadi ejen yang berkesan dalam proses pembangunan insan dan masyarakat secara bersepadu. Falsafah pendidikan guru adalah seperti berikut.

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Matlamat Falsafah Pendidikan Guru ini pula untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku, menguasai ilmu, berkemahiran, dan menerapkan nilai-nilai keguruan dalam setiap individu bergelar guru.

3.1 PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Peranan pertama Falsafah Pendidikan Guru ialah untuk melahirkan guru-guru yang berpekerti mulia. Ia merujuk kepada sahsiah warga pendidik yang merealisasikan amalan berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya. Selain itu, peranannya juga untuk membuka fikiran guru agar berpandangan lebih progresif dan saintifik. Berkembang seiring dengan kemajuan negara yang turut maju dalan bidang sains dan teknologi seterusnya menjadikan suatu profesion yang tidak ketinggalan zaman. Malah, tujuannya untuk menggalakkan guru-guru bersedia menjunjung aspirasi negara. Sumbangan secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara menerusi penghayatan aspirasi negara. Selain itu, peranan Falsafah Pendidikan Guru juga menererap guru-guru dalam menyanjung warisan kebudayaan negara iaitu untuk memupuk semangat cinta akan warisan budaya yang unik serta memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi muda. Ia juga menjamin perkembangan individu. Perkembangan secara menyeluruh pendidik dan anak didikan dari aspek yang diketengahkan iaitu jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Selain itu ia juga untuk melahirkan warga pendidik yang menyumbang kepada pembangunan negara serta berusaha agar seluruh masyarakat dapat menghayati aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan.

4.0 HURAIAN UNSUR

Melahirkan rakyat yang berupaya mencapai kesejahteraan dan berusaha memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara. Huraian tentang unsur ini dapat dipecahkan kepada dua iaitu:

1. Melahirkan rakyat yang berupaya mencapai kesejahteraan diri. Merujuk kepada masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram. Ini membolehkan setiap individu memperkembang dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Ia juga merujuk kepada masyarakat malaysia yang berfikiran waras dan berjiwa tenang dan mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi dalam menghadapi cabaran dan liku-liku hidup.

2. Sumbangan

terhadap

keharmonian

dan

kemakmuran

keluarga,

masyarakat dan Negara.

Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam.

Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan Negara. Selain itu, masyarakat yang berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melallui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya.Berusaha untuk memajukan ekonomi Negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan dan sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara juga mematuhi perlembagaan dan peraturan negara, seterusnya mempertahankan maruah diri, profession agama, bangsa dan negara.

5.0 PERKAITAN HURAIAN UNSUR DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Perkaitan huraian bagi ayat Melahirkan rakyat yang berupaya mencapai kesejahteraan dan berusaha memberi sumbangan untuk keluarga, masyarakat dan negara dengan Falsafah Pendidikan Guru.

"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

Melahirkan rakyat yang berupaya mencapai kesejahteraan diri.

Para guru harus bersedia dalam menghadapi kerjaya sebagai seorang pendidik yang bakal membangunkan bangsa. Seorang guru harus berfikiran waras dan berjiwa tenang dan mempunyai daya ketahanan fizikal dan mental yang tinggi dalam menghadapi cabaran dan liku-liku hidup.

Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Peranan guru dalam memelihara kesejahteraan keharmonian masyrakat juga dianggap memainkan peranan yang penting.Pendidikan menyatupadukan

masyrakat.Masyarakat yang berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melallui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan

sebagainya.Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasardasar yang ditetapkan dan sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara juga mematuhi perlembagaan dan peraturan negara, guru menerapkan hal-hal tersebut dalam pembangunan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri pelajar dan seterusnya mempertahankan maruah diri, profession agama, bangsa dan negara.

10

6.0 AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN BERDASARKAN PENGKHUSUSAN BERKAITAN DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Sebagai bakal guru Sains, Bahasa Inggerisa dan Bahasa Melayu, saya perlu memastikan saya benar-benar bersedia menghadapi para pelajar. Perancangan aktiviti yang saya akan lakukan akan berfokus pada keseimbangan para pelajar meliputi 5 aspek itu iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkara pertama yang akan saya lakukan ialah menggunakan ICT dalam pembelajaran Sains. Saya akan membiarkan mereka mencari maklumat tentang Sains dengan menggunakan internet dan menerangkannya di dalam kelas. Aktiviti ini boleh dilakukan di makmal komputer. Tujuannya adalah supaya mereka dapat berdikari untuk mencari maklumat dan mahir menggunakan teknologi dan dalam bidang Sains. Bukan itu sahaja, melalui cara ini, mereka akan mendapat keterangan yang jelas dan dapat meningkatkan keyakinan diri apabila mereka membentangkan hasil maklumat yang mereka dapat kepada rakan-rakan sekelas. Selain itu, saya juga akan melakukan pembelajaran kooperatif. Pembelajaran kooperatif adalah berdasarkan konsep kerjasama erat antara ahli dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5 orang. Ia juga menekankan kumpulan heterogenus iaitu pelajar daripada pelbagai taraf pencapaian dan pentingnya kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi sosial antara ahli. Ia berasaskan pembelajaran bersama bukan saingan atau secara individu. Pertamanya, saya akan mengajar mereka dahulu suatu
11

tajuk kemudian mereka akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Suatu kuiz akan diberikan serta markah akan dipungut. Setiap tiga kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan menerima ganjaran. Tujuan aktiviti ini ialah untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Di akhir aktiviti ini, saya akan dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar seperti kerajinan dan kerjasama dalam setiap pembelajaran dan melahirkan pelajar yang mempunyai emosi yang seimbang.

Aktiviti seterusnya, saya akan menjalankan pertandingan rekacipta kepada pelajar. Tujuannya adalah untuk mewujudkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri pelajar yang inovatif dan kreatif. Melalui pertandingan ini, pelajar perlu menghasilkan satu model yang berkaitan dengan konsep Sains serta menerangkan konsep tersebut melalui pameran Sains. Saya akan memainkan peranan sebagai pemantau dalam pertandingan ini. Pelajar akan diberi kebebasan untuk menyiapkan model masingmasing berdasarkan kepada kekreatifan masing-masing. Faedahnya kepada pelajar, mereka akan dapat memperkembangkan fikiran mereka dan menzahirkannya melalui model tersebut. Pertandingan ini juga akan dapat mengembangkan intelektual dalam diri pelajar itu sendiri serta perkongsian ilmu akan berlaku antara pelajar-pelajar lain yang juga hadir untuk melihat pameran tersebut.

Bukan itu sahaja, saya juga akan menjalankan eksperimen Sains kepada mereka seperti eksperimen tentang respirasi oleh tumbuh-tumbuhan. Eksperimen ini boleh dijalankan di dalam makmal Sains dengan menggunakan radas-radas dan alatan yang sesuai. Untuk menjalankan aktiviti ini, saya akan menunjukkan cara melakukan

12

eksperimen itu dahulu sebelum diikuti oleh mereka. Tujuan eksperimen ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar tersebut untuk menyiasat tentang kejadian alam di sekitar mereka. Melalui eksperimen ini, pelajar bukan sahaja dapat melatih diri mereka berdisplin dan sabar melalui aktiviti eksperimen, tetapi akan melahirkan pelajar yang akan berjaya dalam bidang Penyelidikan dan Inovasi (R&I) pada masa akan datang.

Aktiviti seterusnya, saya akan menjalankan lawatan kepada pelajar-pelajar di tempat yang sepatutnya seperti Pusat Sains Negara. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar bahawa subjek Sains mempunyai cabang yang besar serta dapat menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu Sains apabila mereka melihat model-model dan dan pameran yang menarik. Saya akan membimbing pelajar dan menerangkan konsep-konsep Sains semasa lawatan tersebut. Faedahnya, pelajar akan dapat menanamkan minat yang tinggi terhadap bidang Sains dan Teknologi. Selain itu, ia akan menambahkan pengetahuan Sains kepada para pelajar.

13

7.0 KESIMPULAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun Negara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Dengan adanya FPK dan FPG, guru mempunyai objektif mengapa sesuatu pendidikan yang dilaksanakan. FPK memainkan peranan penting kepada guru dalam menentukan dasar pendidikan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan. Konklusinya, sebagai seorang pendidik, tanggungjawab yang diamanahkan amat berat. Guru hendaklah memastikan objektif pendidikan dan matlamat FPK dapat dicapai dengan jayanya. Untuk itu, para guru hendaklah berusaha memikirkan apa sahaja proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mencapai objektif pendidikan itu sendiri.

14

8.0 RUJUKAN 1)BUKU Abd. Rahim Abd Rashid (2003). Falsafah Budaya Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Foo Say Fooi (2005), Etika Perguruan Jaminan Peningkatan Profesionalisme.Serdang: Universiti Putra Malaysia. MasruhanKhotib Al-Hafis (1995) Pembentukan Generasi Cemerlang.Kuala Lumpur:DewanBahasa Dan PustakaKementerianPendidikan Malaysia. SufeanHussin (1993), Pendidikan Di Malysia Sejarah, Sistem Dan Falsafah EdisiKedua, Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka. 2)Internet TiadaNamaPegarang Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Http://Notapismp.Blogspot.Com/2009/04/Peranan-SekolahDalamMerealisasikan.Html. AksesPada 13 Ogos 2010. TiadaNamaPegarang.Falsafah Pendidikan Kebangsaan Http://ms.Wikipedia.Org. AksesPada 13 Ogos 2010. TiadaNamaPegarang.Falsafah Pendidikan Negara Http://rujuknota.Blogspot.Com. AksesPada 14 Ogos 2010.

15

Anda mungkin juga menyukai