Anda di halaman 1dari 22

Topik

8
HASIL PEMBELAJARAN
1. 2. 3.

Pengukuran Lakuan Motor II

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menerangkan konsep, definisi dan objektif pengukuran kepantasan dan masa tindak balas, dan pengukuran kemahiran sukan; Menjelaskan fungsi ujian dan pengukuran kepantasan dan tindak balas dan kemahiran sukan; dan Mengaplikasi bateri ujian yang berkaitan dengan kepantasan, tindak balas dan kemahiran sukan.

PENGENALAN

Lakuan motor merupakan perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi apabila menerima rangsangan. Hasil daripada lakuan ini dapat membantu pelaku meningkatkan tahap kemahirannya. Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu secara tepat dan baik. Bagi seseorang atlet, kecergasan lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai kemahiran tinggi apabila penggunaan tenaga yang minima bagi menghasilkan daya (kerja) dapat membuahkan hasil yang maksima. Kita mengetahui bahawa objektif dalam Pendidikan Jasmani ialah untuk membentuk perlakuan pergerakan yang cekap. Sebagai tenaga pengajar dalam Pendidikan . Jasmani, kita hendaklah mengenal pasti dan mengajar murid-murid untuk menjadi mahir dan cekap dalam melakukan pergerakan. Dalam topik ini, kita akan menyentuh tentang pengukuran kepantasan dan masa tindak balas serta pengukuran dalam kemahiran sukan. Dengan ini, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas tentang konsep, matlamat dan objektif ujian serta

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 147

memahami fungsi bagi kedua-dua pengukuran. Akhir sekali, kita akan mengenal pasti bateri dan prosedur yang digunakan dalam kepantasan, masa tindak balas dan kemahiran sukan. Dengan ini, segala yang berkaitan dengan kecergasan fizikal individu akan menjadi lebih baik dan boleh dijadikan sebagai motivasi untuk membantu seseorang dalam perkembangan Pendidikan Jasmani. Gallahue (1996), menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani memperuntukkan sebahagian daripada hari persekolahan untuk aktiviti-aktiviti fizikal seperti belajar untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan.

8.1

PENGUKURAN KEPANTASAN

Tajuk-tajuk kecil yang seterusnya akan menerangkan latar belakang topik di atas dan juga prosedur yang digunakan untuk mengukur kepantasan.

8.1.1

Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian Kepantasan

Kepantasan adalah elemen penting dalam menentukan kejayaan seseorang dalam sesuatu kemahiran sukan. Kepantasan ialah kebolehan untuk melaksanakan pergerakan dalam jangka masa yang pendek seperti yang dilakukan semasa larian pecut. Lihat Rajah 8.1. Ia juga adalah kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut arah tertentu. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak. Kepantasan atau kelajuan ditentukan daripada hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.
Kepantasan Kepantasan = Jarak langkah x Kekerapan melangkah

Rajah 8.1: Larian pecut

148 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

Matlamat dan objektif pengukuran kepantasan ialah untuk membantu murid memahami keseluruhan kecergasan fizikal dan membantu murid membuat keputusan tentang masa depan mereka dalam aktiviti fizikal. Fungsi ujian dan pengukuran kepantasan adalah seperti berikut: (a) Mengukur kemampuan atlet melakukan sesuatu pergerakan atau mengatasi sesuatu jarak dalam jangka masa singkat atau kemampuan otot-otot menguncup dengan pantas. Meningkatkan tahap kemahiran dengan menghasilkan satu gerak kerja yang efisien. Dapat membantu dalam pencapaian kecergasan keseluruhan (total fitness). Dengan ini, ia dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan sihat.

(b) (c)

8.1.2
(i)

Bateri dan Kepantasan

Prosedur

Ujian

bagi

Pengukuran

Ujian Lari Pecut 50 ela Objektif: Ujian ini mengukur kepantasan berlari dari kedudukan berdiri. Kesahan: 0.80 (Ahmad Hashim, 2004) Kebolehpercayaan: 0.94 (Ahmad Hashim, 2004) Objektiviti: 0.98 (Ahmad Hashim, 2004) Peralatan: Jam randik dan penanda untuk lorong larian pada jarak 50 ela atau lebih kurang 45m. Kawasan: Padang atau permukaan rata yang kering dengan jarak yang mencukupi. Tanda garisan permulaan dan penamat. Prosedur: 1. Peserta bersedia dengan kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan. 2. Penguji memberi isyarat sedia, mula di samping melepaskan tangan yang diangkat sebelum itu. 3. Masa dimulakan oleh seorang penguji yang lain di garisan penamat dan berhenti apabila peserta melepasi garisan penamat. 4. Satu percubaan sahaja dibenarkan.

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 149

Kiraan Markah: Kiraan masa paling hampir dengan 0.1 saat apabila pelajar tiba ke garisan penamat.
Jadual 8.1: Norma dalam saat bagi Ujian Lari Pecut 50 ela Persentil 95 75 50 25 5 95 75 50 25 5 10 7.0 7.9 8.5 9.0 10.0 7.0 7.8 8.2 8.8 10.0 11 7.0 7.9 8.4 9.0 10.0 7.0 7.6 8.0 8.5 9.5 Umur 13 14 Perempuan 7.0 7.0 7.0 7.8 7.7 7.6 8.2 8.1 8.0 8.9 8.8 8.9 10.0 10.2 10.4 Lelaki 6.8 6.5 6.3 7.3 7.0 6.8 7.8 7.5 7.1 8.3 8.0 7.6 9.2 8.9 8.6 12 Sumber: Johnson dan Nelson (1986) 15 7.1 7.7 8.1 8.8 10.0 6.1 6.5 6.9 7.2 8.1 16 7.0 7.7 8.3 9.0 10.5 6.0 6.3 6.7 7.0 7.87 17 7.1 7.8 8.0 9.0 10.4 6.0 6.3 6.6 7.0 7.7

(ii)

Ujian Lari Pecut 30 meter Objektif: Ujian ini mengukur kepantasan berlari dari kedudukan berdiri. Kesahan: 0.81 (Ahmad Hashim, 2004) Kebolehpercayaan: 0.93 (Ahmad Hashim, 2004) Objektiviti: 0.97 (Ahmad Hashim, 2004) Peralatan: Jam randik dan penanda untuk lorong larian pada jarak 30m. Kawasan: Padang atau permukaan rata yang kering dengan jarak mencukupi. Tanda garisan permulaan dan penamat. Prosedur: 1. 2. Peserta bersedia dengan kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan. Penguji memberi isyarat sedia, mula di samping melepaskan tangan yang diangkat sebelum itu.

150 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

3. 4.

Masa dimulakan oleh seorang penguji yang lain di garisan penamat dan berhenti apabila peserta melepasi garisan tersebut. Satu percubaan sahaja dibenarkan.

Kiraan Markah: Kiraan masa paling hampir dengan 0.1 saat apabila pelajar tiba ke garisan penamat.

(iii) Ujian Lari Pecut 6 saat Objektif: Ujian ini mengukur kepantasan berlari dari kedudukan berdiri. Kesahan: 0.80 (Ahmad Hashim, 2004) Kebolehpercayaan: 0.98 (Ahmad Hashim, 2004) Objektiviti: 0.98 (Ahmad Hashim, 2004) Peralatan: Jam randik, pita penanda dan pita pengukur Kawasan: Padang atau permukaan rata yang kering dengan jarak mencukupi. Tanda garisan permulaan. Prosedur: 1. Satu penanda diletakkan pada jarak 30 meter dari garisan permulaan. Sebanyak 10 penanda lagi diletakkan selang 2 meter, bermula daripada jarak 30 meter dari garisan permulaan. 2. Pelajar berdiri di belakang garisan permulaan. 3. Pelajar mulakan larian dari kedudukan berdiri. 4. Arahan sedia dan mula apabila pembantu menjatuhkan tangan dan penguji mencatatkan masa permulaan. 5. Wisel dibunyikan setelah masa 6 saat tamat, jarak dikira dari mula sehinga pelajar tiba ke garisan penanda terdekat. Pelajar dikehendaki berlari sepantas yang mungkin. 6. Satu percubaan diberikan. Kiraan Markah: Kiraan jarak dalam meter paling hampir dengan penanda yang terdekat sekali setelah wisel penamat dibunyikan. Skor berdasarkan jarak dalam unit meter.

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 151

8.2

PENGUKURAN MASA TINDAK BALAS

Tajuk-tajuk kecil yang seterusnya akan menerangkan latar belakang topik di atas dan juga prosedur yang digunakan untuk mengukur masa tindak balas.

8.2.1

Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian Masa Tindak Balas

Definisi bagi masa tindak balas ialah masa yang diambil untuk reaksi terhadap sesuatu rangsangan. Ia adalah satu jangka masa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Masa tindak balas selalunya dikaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan secepat mungkin dapat membantu dalam situasi permainan dan kecemasan dari aspek keselamatan diri. Dua contoh masa tindak balas ialah memulakan larian pecut dan memandu kereta lumba. Sekali imbas, kita melihat kepantasan dan masa tindak balas sebagai dua unsur yang berlainan. Namun kedua-dua unsur ini sebenarnya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Mari kita lihat contoh yang diberikan bagi memahami kaitan antara kepantasan dan masa tindak balas. Seorang pelari pecut memerlukan kepantasan semasa memulakan larian dan masa tindak balas berlaku semasa pelari mula meninggalkan blok permulaan. Pelari yang pantas keluar dari blok permulaan akan mempunyai masa tindak balas yang baik. Matlamat dan objektif bagi pengukuran kepantasan ialah untuk membantu murid memahami keseluruhan kecergasan fizikal dan membantu murid dalam membuat keputusan tentang masa depan mereka dalam aktiviti fizikal.

AKTIVITI 8.1
Nyatakan persamaan antara kepantasan dan masa tindak balas. Sertakan contoh.

8.2.2
(i)

Bateri dan Prosedur Ujian bagi Pengukuran Masa Tindak Balas

Ujian Masa Respons Nelson untuk Tangan Tujuan: Mengukur kebolehan bertindak balas pantas pergerakan tangan. Kesahan: 0.98 (Ahmad Hashim, 2004) Kebolehpercayaan: 0.86 (Ahmad Hashim, 2004)

152 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

Objektiviti: 0.95 (Ahmad Hashim, 2004) Peralatan: Pembaris, jam randik Prosedur: 1. Peserta duduk selesa dan letakkan tangan dominan di atas lengan kerusi. 2. Peserta guna ibu jari dan jari telunjuk (jarak 2.5sm) bersedia untuk menangkap pembaris. Lihat Rajah 8.2. 3. Peserta disuruh menumpukan perhatian kepada zon tumpuan yang ditandakan pada hujung alat pengukur. Pembaris digantung dengan jarak hujung bawahnya berlegar di atas ibu jari dan jari telunjuk peserta. 4. Isyarat sedia diberikan oleh penguji sebelum melepaskan pembaris untuk ditangkap oleh peserta dengan ibu jari dan jari telunjuk. 5. Masa lepasan selepas isyarat hendaklah diubah-ubah oleh penguji untuk mengelakkan peserta meramal dan bertindak balas terhadap jatuhan pembaris. 6. Dua puluh percubaan diberikan dengan lima masa terpantas dan lima masa terlambat disingkirkan. Sepuluh masa yang lain dijumlahkan dan dibahagikan dengan 10 untuk mendapat purata masa.

Rajah 8.2: Ujian masa respons Nelson untuk tangan Sumber: Diubah suai daripada Johnson dan Nelson (1986)

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 153

(ii)

Ujian Masa Respons Nelson untuk Kaki Tujuan: Ujian ini mengukur keupayaan respons kaki bergerak dengan cepat ke arah yang betul mengikut rangsangan yang diberikan. Persediaan tempat dan radas: Kawasan rata dan jam randik. Kesahan: 0.98 (Ahmad Hashim, 2004) Kebolehpercayaan: 0.89 (Ahmad Hashim, 2004) Objektiviti: 0.96 (Ahmad Hashim, 2004) Prosedur: 1. Dua garisan berjarak 14 ela dengan satu garisan tengah dilukis. Sila lihat Rajah 8.3. 2. Peserta berdiri dalam keadaan sedia atas garisan tengah menghadap penguji. 3. Penguji menunjukkan tangan ke satu arah (kiri atau kanan) dengan cepat dan pada masa yang sama memulakan jam randik. Peserta bertindak balas kepada rangsangan penguji dan berlari dengan pantas ke arah yang ditunjuk oleh rangsangan itu. 4. Masa diberhentikan apabila peserta melepasi garisan arah yang ditunjukkan oleh penguji tersebut. 5. Sepuluh percubaan diberikan dengan lima ke satu arah dan lima lagi ke arah yang bertentangan. Hala rangsangan hendaklah diberi secara rawak. 6. Masa rehat selama 20 saat diberi kepada peserta di antara percubaan.

Rajah 8.3: Dua garisan berjarak 14 ela dengan satu garisan tengah dilukis

Jadual 8.2 menunjukkan norma dalam saat bagi ujian masa respons Nelson untuk kaki bagi lelaki dan perempuan.

154 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

Jadual 8.2: Norma dalam Saat bagi Ujian Masa Respons Nelson untuk Kaki Tahap prestasi Cemerlang Terbaik Baik Sederhana Lemah Skor Lelaki 1.30 dan ke bawah 1.60 1.35 2.40 1.65 2.70 2.45 2.75 dan ke atas Sumber: Prentice (1985) Perempuan 1.60 dan ke bawah 1.90 1.65 2.55 1.95 2.85 2.60 2.90 dan ke atas

8.3

PENGUKURAN KOORDINASI

Subtopik-subtopik yang seterusnya akan menerangkan latar belakang pengukuran koordinasi dan juga prosedur yang digunakan untuk mengukur koordinasi.

8.3.1

Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian Koordinasi

Koordinasi ialah keupayaan untuk menyatukan sistem motor yang berasingan dengan pelbagai saraf bagi menghasilkan corak pergerakan yang berkesan. Mengikut Hastad dan Lacy (1998), koordinasi adalah keupayaan untuk melakukan pelbagai lakuan motor dengan serentak, licin dan tepat. Biasanya semakin kompleks corak pergerakan, semakin tinggi darjah koordinasi yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu lakuan. Koordinasi saling berkaitan dengan lain-lain komponen kecergasan motor seperti keseimbangan, kepantasan, masa reaksi dan ketangkasan tetapi tidak berkait rapat dengan kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot dan kuasa. Menurut Ahmad Hashim (2004), terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara keupayaan lari ulang alik, lari pecut 30 ela, pergerakan asas lokomotor dan lompat jauh berdiri dengan koordinasi badan. Biasanya pelajar yang memiliki tahap koordinasi yang lemah akan mengelakkan diri daripada melibatkan diri dalam aktiviti kemahiran motor. Ujian yang selalu digunakan oleh penyelidikpenyelidik terdahulu bagi mengukur koordinasi adalah ujian melontar bola keranjang, melontar bola softball, mengelecek bola keranjang serta mengawal dan mengelecek bola keranjang.

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 155

8.3.2
*k+

Bateri dan Prosedur Ujian bagi Pengukuran Koordinasi

Ujian Melontar Bola Keranjang Tujuan: Mengukur prestasi koordinasi lengan dan pergelangan bahu. Peringkat Umur: Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, Institut Pendidikan Guru dan universiti. Kesahan: r = 0.81 (Ahmad Hashim, 2004) Kebolehpercayan: r = 0.89 (Ahmad Hashim, 2004) Objektiviti: r = 0.98 (Ahmad Hashim, 2004) Kawasan Ujian : Padang permainan bola sepak yang berkeluasan 10 meter lebar x 50 meter panjang. Jarak dari garisan permulaan balingan ditandakan setiap 3 meter. Alatan: Jam randik, bola keranjang, kon, pita pengukur dan pita penanda. Prosedur: 1. Peserta berdiri di belakang garisan permulaan. 2. Peserta dikehendaki membuat balingan sejauh mungkin dari kedudukan berdiri tanpa melompat. 3. Peserta dibenarkan menggunakan kedua-dua belah tangan dan membuat balingan dari atas bahu dengan tidak memijak garisan balingan semasa membuat balingan. 4. Arahan sedia dan mula diberikan kepada subjek untuk melakukan ujian. 5. Dua percubaan diberikan kepada subjek. 6. Kiraan Skor: Skor dikira dalam unit meter yang hampir berdasarkan jarak dari garisan permulaan kepada tempat jatuh bola keranjang yang dibaling. Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan yang direkodkan akan dikira sebagai skor ujian.

*kk+

Ujian Mengelecek Bola Keranjang Tujuan: Mengukur prestasi koordinasi mata dan tangan dalam lakuan motor. Peringkat Umur: Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah, institut pendidikan guru dan universiti. Kesahan: r = 0.85 (Ahmad Hashim, 2004)

156 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

Kebolehpercayaan: r = 0.94 (Ahmad Hashim, 2004) Objektiviti: r = 0.95 (Ahmad Hashim, 2004) Kawasan Ujian : Gelanggang konkrit mempunyai keluasan mencukupi (sekurang-kuang 60 kaki x 20 kaki). Alatan : Jam randik, bola keranjang, 6 kon, pita pengukur dan pita penanda. Prosedur : 1. Keenam-enam kon diletakkan dalam satu garisan lurus 13.7m (45 kaki); kon pertama diletakkan 1.5m (5 kaki) dari garisan permulaan dan selebihnya diletakkan 2.4m (8 kaki) setiap satu (Lihat Rajah 8.4). 2. Peserta akan mengelecek bola keranjang mengelilingi setiap kon dan berpatah balik dengan cara yang sama sehingga ke garisan permulaan. 3. Peserta dikehendaki mula mengelecek dari sebelah kanan kon yang pertama kemudian sebelah kiri yang kedua dan seterusnya. 4. Arahan sedia dan mula diberikan kepada peserta untuk melakukan ujian. 5. Dua percubaan diberikan kepada peserta. Kiraan Skor: Skor dikira paling hampir kepada 0.1 saat dan hanya satu percubaan terbaik dipilih sebagai skor ujian.

Rajah 8.4: Ujian mengelecek bola keranjang

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 157

AKTIVITI 8.2 AKTIVITI 8.2


Nyatakan TIGA kepentingan pengukuran koordinasi kepada setiap individu pelajar.

8.4

PENGUKURAN KEMAHIRAN SUKAN

Subtopik ini akan membincangkan pengukuran kemahiran sukan yang meliputi latar belakang dan prosedur-prosedur yang digunakan kemahiran sukan yang dibincangkan termasuklah badminton, bola keranjang, bola sepak dan bola tampar.

8.4.1

Konsep, Matlamat dan Objektif Ujian Kemahiran Sukan

Kita perlu hidup cergas dan aktif untuk sihat. Kehidupan yang aktif dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan individu. Setiap pelajar boleh menjadi sihat dan cergas dengan melakukan aktiviti fizikal yang sesuai dan secukupnya berasaskan prinsip-prinsip latihan. Bersenam dan bersukan adalah salah satu aktiviti fizikal yang menggunakan banyak tenaga dan pergerakan. Ia boleh membawa faedah sekiranya dilakukan dengan betul. Mereka ini lebih bertenaga dalam melakukan kerja-kerja di sekolah dan di rumah. Ujian kemahiran sukan hendaklah dibuat berdasarkan kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. Untuk memilih ujian yang terbaik, anda hanya boleh membuat pengukuran untuk satu sukan sahaja. Pengukuran untuk ujian kemahiran sukan tidak boleh digabungkan dengan jenis-jenis sukan yang berbeza. Matlamat bagi pengukuran kemahiran sukan ialah untuk menentukan peningkatan atau tahap pencapaian individu dalam berbagai jenis sukan. Dengan adanya pengukuran dalam kemahiran sukan, potensi seseorang murid boleh dikenal pasti dan digilap. Oleh itu, pengukuran dalam sukan juga boleh digunakan sebagai alat untuk mencari pelapis bagi atlet yang berpotensi untuk mewakili negara. (a) Objektif ujian kemahiran sukan (i) (ii) Mempertingkat dan mengekalkan tahap kecergasan berasaskan kemahiran sukan. Meningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan.

158 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

(iii) Memberi pendedahan kemahiran sukan.

kepada

murid-murid

terhadap

pelbagai

AKTIVITI 8.3
Apakah kelebihan ujian pengukuran kemahiran sukan bagi pelajar sekolah? Bincangkan.

(b)

Fungsi ujian dan pengukuran kemahiran sukan (i) Ujian kemahiran dapat menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar. Dengan ini, guru dapat membuat atau mengubah perancangan objektif pembelajarannya. Ia juga membantu mengenal pasti pelajarpelajar yang memerlukan lebih perhatian bagi menguasai kemahiran sukan. Ujian kemahiran sukan juga dapat memberi motivasi kepada pelajarpelajar bagi meningkatkan lagi prestasi mereka dalam sesuatu kemahiran sukan. Cabaran untuk mengatasi skor sendiri lebih memberi motivasi dan kepuasan daripada mengatasi skor orang lain.

(ii)

(iii) Semasa melakukan ujian, pelajar juga sebenarnya sedang melakukan latihan bagi kemahiran dalam sukan tersebut. (iv) Keputusan ujian atau maklumat berkaitan ujian dapat ditunjukkan kepada pentadbir, ibu bapa dan orang ramai tentang objektif dan nilai Pendidikan Jasmani itu sendiri. (c) Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran kemahiran sukan (i) Badminton Ujian French short-serve (Scott et al., 1941 dalam Miller 1994) Objektif: Untuk mengukur kemahiran servis dengan tepat. Peralatan: Reket badminton, bulu tangkis, tali yang direntang di atas net atau jaring dan ukuran yang dibuat di atas lantai gelanggang. Prosedur: x Tali direntangkan 20 inci di atas dan selari dengan jaring. Ukuran dibuat di tengah-tengah garisan gelanggang dan garisan servis pendek. Ini dapat kita lihat dalam Rajah 8.5. Markah akan diberi sekiranya bulu tangkis melintasi di antara tali dan jaring dan mendarat di kawasan yang ditanda. Tiada markah diberi sekiranya bulu tangkis tidak melintasi di antara tali dan

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 159

jaring atau mendarat di luar kawasan yang ditandakan. Dua puluh percubaan diberi dan jumlah skor terkumpul akan direkodkan. x Jika servis terkena tali, peserta boleh membuat servis semula tanpa dikira.

Rajah 8.5: Ujian French short-serve Sumber: Miller (1994)

(ii)

Bola Keranjang (AAHPERD, 1984) Objektif: Ujian ini mengukur kemahiran mengelecek bola keranjang. Peralatan: Bola keranjang saiz 6, 6 kon dan jam randik. Kawasan: Gelanggang bola keranjang.

Rajah 8.6: Peserta dikehendaki mengelecek mengelilingi kon Sumber: Johnson & Nelson (1986)

160 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

Prosedur: x x x Peserta mula mengelecek dari garisan permulaan selepas isyarat mula diberi oleh penguji. Peserta dikehendaki bermula dengan tangan bukan dominan (guna tangan kiri sekiranya tangan yang selalu digunakan ialah tangan kanan). Peserta dikehendaki mengelecek mengelilingi kon berdasarkan Rajah 8.6.

Kiraan: x x x Tiga percubaan diberikan kepada setiap peserta. Percubaan pertama dikira sebagai latihan. Dua percubaan yang berikutnya direkodkan dan dijumlahkan. Jumlah ini menjadi skor peserta.

Penalti: (i) Peserta terpaksa mengulang percubaan jika melanggar peraturan mengelecek seperti bergerak dengan bola, melantun bola dengan dua tangan dan melanggar kon. Bola sepak

(ii)

Objektif: Ujian ini mengukur koordinasi kaki. Peralatan: Bola sepak, kon, jam randik, pita ukur dan wisel. Kawasan: Padang yang rata berukuran lebih kurang 27.5m x 23m.

Rajah 8.7: Peserta dikehendaki mengelecek bola keliling kon dan membuat hantaran dinding Sumber: Handcock dan Knight (1994)

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 161

Prosedur: 1. Peserta dikehendaki mengelecek bola keliling kon dan membuat hantaran dinding sebelum mengelecek semula untuk menamatkan litar. Lihat Rajah 8.7. 2. Masa dikira setelah wisel dibunyikan dan pelajar mula mengelecek sehingga garisan tamat. Pelajar tidak akan dikenakan penalti sekiranya menyentuh kon menggunakan kaki atau bola sepak. (iii) Menimbang Bola sepak Peralatan: Bola sepak, wisel dan jam randik. Kawasan: Tempat yang rata. Prosedur: 1. Pelajar berada di kedudukan berdiri sambil memegang bola sepak. 2. Apabila wisel dibunyikan, pelajar melantunkan bola di lantai dan memulakan timbangan menggunakan kaki (atau semua bahagian badan kecuali tangannya). 3. Pelajar menimbang sebanyak yang boleh dalam masa 30 saat. 4. Markah dipotong sekiranya bola ditimbang menggunakan tangan. Bola dibenarkan melantun ke atas lantai, asalkan tidak berhenti. (iv) Ujian servis bola tampar Objektif: Untuk mengukur kemahiran membuat servis bola tampar dengan tepat ke atas gelanggang lawan. Peralatan: Bola tampar, jaring bola tampar, tali, alat pengukur dan ukuran yang dibuat di atas lantai gelanggang. Prosedur: 1. Tali direntangkan 4 kaki di atas dan selari dengan jaring bola tampar. Ini ditunjukkan dalam Rajah 8.8. 2. Pembuat servis mestilah berdiri di garisan belakang untuk membuat servis. 3. Markah akan diberi sekiranya bola tampar melintasi di antara tali dan net dan mendarat di dalam kawasan gelanggang. Tiada markah diberi sekiranya bola tampar tidak melintasi di antara tali dan jaring atau mendarat di luar kawasan gelanggang dan kesalahan kaki semasa membuat servis.

162 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

4. Dua set percubaan diberikan di mana satu set mengandungi 6 cubaan. 5. Jika servis terkena tali, peserta boleh membuat servis semula tanpa dikira.

Rajah 8.8: Tali direntangkan 4 kaki di atas dan selari dengan jaring bola tampar Sumber: Miller (1994)

8.5

PENGUKURAN PERGERAKAN DAN RITMA

Dalam subtopik ini kita akan melihat latar belakang dan prosedur-prosedur yang digunakan dalam pengukuran pergerakan dan ritma.

8.5.1

Konsep, Matlamat, Objektif Ujian bagi Pengukuran Pergerakan dan Ritma

Aktiviti pergerakan dan ritma boleh meningkatkan kercergasan (Lihat Rajah 8.9). Melakukan pergerakan dengan ritma sangat menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti seperti berpusing setempat, bergerak edar dan rangkaian pergerakan akan lebih menarik jika menggunakan alatan tertentu. Ia juga adalah pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik. Pergerakan boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan dengan alatan atau tanpa alatan secara licin dan berterusan.

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 163

Rajah 8.9: Pergerakan dan ritma

Pergerakan terdiri daripada tiga bahagian pergerakan asas, iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif. Pergerakan lokomotor memerlukan individu itu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Manakala pergerakan bukan lokomotor tidak melibatkan perubahan tempat di mana pelaku tidak mengubah dasar yang menyokong pelaku pergerakan. Kemahiran manipulatif pula melibatkan kemahiran asas sukan di mana pelajar sering menggunakan alatan seperti pundi kacang, reben, tali, belantan, bola, dan gelung. Matlamat dan objektif pengukuran pergerakan dan ritma adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema, dengan menggunakan alatan yang sesuai. Satu cara bagi meningkatkan tahap kardiovaskular seseorang. Ia dapat mengurangkan berat badan, mengekalkan bentuk badan pada tahap terbaik dan meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti ini juga dapat menghilangkan tekanan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya stres.

164 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

AKTIVITI 8.4
Senaraikan dan bincangkan tiga jenis pergerakan asas.

Fungsi ujian dan pengukuran pergerakan dan ritma adalah seperti berikut: (a) Menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik melalui permainan koperatif dengan menekankan tiga konsep. Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu kumpulan kecil atau besar, penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan dan penglibatan aktiviti pelajar secara langsung. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dan kecergasan untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan. Mengenal pasti kemampuan tahap kemampuan dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti.

(b) (c) (d)

Bateri dan prosedur ujian dan pengukuran pergerakan dan ritma adalah seperti berikut: (a) Lompat Setempat (Ritma Sekata) Objektif: Ujian ini menilai ketangkasan, imbangan dinamik dan koordinasi. Peralatan: Permukaan lantai yang tidak licin, berkeluasan minimum dua meter persegi. Prosedur: 1. 2. Peserta mula dengan berdiri. Apabila penguji beri isyarat mula, peserta dikehendaki melompat dengan kedua-dua belah kaki. Pengukuran dibuat berdasarkan lonjakan yang dibuat, hayunan tangan ke hadapan semasa melonjak, pendaratan kedua-dua belah kaki dan lutut bengkok semasa mendarat. Lima percubaan diberi dan gred (1=lemah, 2=sederhana, 3=baik) diberi jika pelajar dapat melaksanakannya.

3.

(b)

Kemahiran Melontar Objektif: Ujian ini menilai kemahiran manipulatif. Peralatan: Pundi kacang, bakul,wisel dan jam randik.

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 165

Prosedur: 1. 2. 3. 4. 5. Peserta berdiri di belakang garisan yang dibuat. Bakul diletakkan bertentangan dengan peserta dalam jarak lima meter. Setelah wisel dibunyikan, peserta dikehendaki membaling pundi kacang ke dalam bakul seberapa banyak yang boleh. Masa diberi adalah 30 saat dan dua percubaan dibenarkan. Mata diberi mengikut purata jumlah balingan yang masuk ke dalam bakul. Balingan akan ditolak sekiranya kaki peserta melepasi garisan yang disediakan.

x x

Kepantasan ialah kebolehan untuk melaksanakan pergerakan dalam jangka masa pendek seperti yang dilakukan semasa larian pecut. Masa tindak balas ialah satu jangka masa yang diambil untuk bergerak dan bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian. Ia selalu dikaitkan dengan faktor deria penglihatan dan pendengaran. Kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak secepat mungkin dapat membantunya ketika dalam kecemasan. Objektif ujian pengukuran kemahiran sukan ialah mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan berasaskan kemahiran sukan. Ia juga meningkatkan kemahiran dan strategi supaya perlakuan dapat dilaksanakan dengan tepat dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar kepada pelbagai kemahiran sukan. Aktiviti pergerakan dan ritma boleh meningkatkan kercergasan dan sangat menyeronokkan. Ia juga adalah pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik. Pergerakan boleh dilakukan secara individu, berpasangan, atau berkumpulan dengan alatan atau tanpa alatan secara licin dan berterusan. Pergerakan terdiri daripada tiga bahagian pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif. Matlamat dan objektif pengukuran pergerakan dan ritma ialah dapat melakukan pergerakan asas dengan teknik yang betul, mengikut tema dengan menggunakan alatan yang sesuai. Aktiviti ini juga dapat menghilangkan tekanan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya stres.

x x

166 X TOPIK 8 PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

Badminton (Ujian French short-serve) Bola keranjang (AAHPERD Basketball Skill Test 1984) Bola tampar Bola sepak Kemahiran Kemahiran melontar Kepantasan Larian pecut Lompat setempat (Ritma sekata)

Masa tindak balas Menimbang bola sepak Pengukuran lakuan motor Pergerakan bukan lokomotor Pergerakan dan ritma Pergerakan lokomotor Pergerakan manipulatif Ujian kemahiran sukan Ujian masa respons Nelson untuk kaki Ujian masa respons Nelson untuk tangan

American Alliance for Health, Physical Education, Recreation and Dance (1984). AAHPERD skills test manual: Basketball for girls and boys. Reston, VA: AAHPERD. Ahmad Hashim (2004). Pengukuran kecergasan motor. Tanjong Malim: Quantum books. Gallahue D. L. (1996). Developmental physical education for todays children (Edisi ketiga). Madison: Brown & Benchmark. Handcock P. J., & Knight B. (1994). Field testing manual for sports. Wellington: New Zealand Sport Science & Technology Board. Hastad, D. N., & Lacy, A. C. (1998). Measurement for evaluation in physical education and exercise science (Edisi ketiga). Massachusetts, USA: Allyn & Bacon. Johnson B.L. & Nelson J. K. (1986) Practical measurements for evaluation in physical education. Edina, MN: Burgess Publishing.

TOPIK 8

PENGUKURAN LAKUAN MOTOR II

W 167

Miller, D. K. (1994). Measurement by the physical educator: Why and how. University of North Carolina, Wilmington: Brown and Benchmark Publishers. Prentice, W. E. (1985). Fitness and wellness for life. New York: McGraw-Hill.