Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Pengenalan Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Selain itu, menurut kamus pelajar, boneka bermaksud barang permainan yang menyerupai orang: atau patung orang. Orang yang dianggap sebagai alat atau barang permainan. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah anak patung, anak-anakan. Patung yang boleh digerakkan dengan tali atau dengan memasukkan tangan ke dalam dan menggerakkannya. Menurut Wikipedia, Ensiklopedia Bebas pula, boneka berasal daripada perkataan Portugis iaitu boneca yang bermaksud sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam terutamanya manusia atau haiwan serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk

berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan. Tambahan pula, boneka juga dapat membantu murid untuk memahami jalan cerita yang cuba disampaikan oleh guru.

2.0 JENIS-JENIS BONEKA Terdapat beberapa jenis boneka. Antaranya adalah ; 2.1 Boneka Sarung Tangan / Jari. Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. Setiap jari mempunyai peranan masing-masing. Contohnya: ulat, serangga dll.

Contoh gambar boneka sarung tangan/jari.

2.2

Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa

menggunakannya.Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

Contoh gambar boneka lidi

2.3

Boneka wayang kulit Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin . Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Contoh boneka wayang kulit


2.4 Boneka bertali Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagianbahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditariktarik untuk membuat angota angooota badan itu bergerak. Contohnya robot dan orang.

Contoh boneka bertali.

2.5

Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut yang bertujuaan untuk menyokongnya. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. Seperti contoh rama-rama dan bunga.

Contoh boneka tongkat 2.6 Boneka Beg Kertas Boneka ini diperbuat daripada beg kertas. Tangan dimasukkan ke dalam beg kertas. Sama seperti boneka tangan cuma pergerakan boneka ini agak terbatas. Contoh: beruang dan rambutan.

Contoh boneka beg kertas

3.0 AKTIVITI BONEKA Guru boleh mengaplikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama, guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip, kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih member kebebasan kepada guru di samping menggalakkan daya kraetiviti pendengaran murid. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru

menyampaikan cerita. Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Kepelbagaian suara perlu difikirkan kesesuaiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut.

4.0 KAEDAH MENCIPTA BONEKA Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya sarung tangan, sarung kaki, beg kertas, kertas , cawan kertas dan sebagainya.

Contoh cara membuat boneka sarung tangan Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Alat / Bahan : - kain belacu, sarung tangan, pensel, gunting, jarum, benang jahit dan benang bulu berus cat. Cara membuatnya: 1. Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi.Ini adalah garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan. 2. Gunting garisan pengguntingan. 3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. 4. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. 5. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki. 6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. 7. Boneka siap untuk dilakonkan.

5.0 PERSEMBAHAN BONEKA 5.1 Persekitaran Persekitaran tempat pertunjukkan boneka perlu lapang. Seeloknya dihamparkan sebidang permainan atau tikar untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka. 5.2 SUSUN ATUR Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut kompenan kreativiti. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. 5.3 TEKNIK PENYAMPAIAN Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak-kanak tanpa menggunakan pentas. Guru jua boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua, ini disesuaikan dengan pents boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolaholah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas, jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik. 6.0 PERSEMBAHAN BONEKA Semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas boleh digunakan. Jenis-jenis pentas tersebut adalah seperti berikut : 6.1 Pentas kerusi Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam sebagai tirai. Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa menggerak lakonkan boneka.
7

6.2 Pentas rentang Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding. 6.3 Pentas tingkap Tingkap terbuka ( tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Guru duduk di luar dan murid di dalam kelas. 6.4 Pentas pintu Seperti tingkap juga boleh digunakan sebagai pentas, Kain, papan atau kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu. Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah. 6.5 Pentas meja Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka. 6.6 Pentas berlipat Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai bingkainya kemudian ditutup dengan kain. 6.7 Boneka tanpa pentas Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan kearah penonton. Aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara berpasangan. 6.8 Teknik overhead projector (OHP) Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. Objek diletakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP dipancarkan ke dinding atau kain layar. 7.0 Penutup Aktiviti menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam
8

penyediaan bahan. Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti, perkembangan komunikasi dan bahasa, sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman. Kepentingan, boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak,

menghubungkaitkan dengan keseronokan, meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik. Membentuk mengutamakan dan membuat boneka merupakan satu bidang yang

penguasaan

kemahiran

serta

penyesuaian

watak-wataknya.

Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat

menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

NAMA NO K/P

: SITI ZAWIYAH BT ABDUL HALIM : 760228-07-5116

REFLEKSI Sebaik sahaja mendapat tugasan Literasi Bahasa , saya dan pasangan saya berbincang untuk membuat pengagihan kerja dalam menyiapkan tugasan ini.Oleh kerana faktor jarak yang jauh untuk melakukan perbincangan lebih lanjut kami

berdua sepakat untuk berinteraksi secara talian telefon atau pun medium internet bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. Saya banyak menggunakan kemudahan internet untuk mencari bahan. Sememangnya saya akui, bahan-bahan dari internet banyak membantu saya menyiapkan tugasan yang diperolehi. Walau bagaimanapun, saya tidak lupa juga merujuk kepada modul WAJ 3104 yang saya perolehi serta buku literasi bahasa yang telah dibeli. Setelah membaca maklumat berkaitan boneka saya dapat menghasilkan esei yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Saya juga berusaha untuk menyiapkan maklumat berkaitan pratulisan, prabacaan dan kaedah asas membaca dalam bentuk grafik. Cara ini membantu saya mengingat maklumat yang berkaitan dengan lebih baik, kerana saya perlu membuat rujukan dan mempersembahkannya dalam bentuk grafik. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Guru bukan sahaja perlu kreatif malah perlu lebih inovatif serta mampu berfikir secara lebih mendalam bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan sempurna dan lancar. Kekuatan subjek ini adalah kerana ia berkait rapat dengan bidang tugas sebagai seorang guru. Tugasan yang diperolehi ini secara tidak langsung memberi saya idea untuk menarik minat murid mempelajari subjek matematik, kerana saya merupakan seorang guru matematik. Bagaimana penerimaan, penglibatan dan reaksi murid apabila boneka yang dihasilkan digunakan dalam sebahagian pengajaran. Kesesuaian bahan mengikut
10

tahap dan latarbelakang murid juga perlu diambil kira ketika menyiapkan boneka. Pelbagai gabungan warna dan wujudnya beberapa watak bagi menceriakan

persembahan boneka pasti meninggalkan kenangan indah di peringkat awal persekolahan. InsyaAllah saya cuba merealisasikan penggunaan boneka untuk pengajaran saya disekolah mengikut kesesuaian terhadap murid-murid saya.

11

Anda mungkin juga menyukai