Anda di halaman 1dari 24

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

1.0

Pengenalan

Media massa tempatan memainkan peranan menyampaikan situasi semasa dan perkembangan politik yang berlaku di negara kita. Tentu kita masih ingat reformasi dan tindakan liar segelintir penyokong Datuk Seri Anwar di ibu kota Kuala Lumpur. Bagaimanakah kita mendapat maklumat tersebut? Sudah tentu kita mendapatkan maklumat tersebut melalui media massa. Maklumat yang disampaikan itu dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang isu tersebut. Walau bagaimanapun, tafsiran berita tersebut terpulanglah kepada kita sendiri untuk menilainya.

Oleh itu, kita tidak boleh menafikan peranan dan kesan media massa terhadap proses sosialisasi politik di Malaysia. Inilah tajuk yang akan kita kupas dan bincangkan secara kritis. Perbincangan kita mengenai media massa adalah secara umum, namun di Malaysia, akhbar dan televisyen lebih berperanan dan berpengaruh. Media massa merupakan salah satu agen kepada proses sosialisasi politik. Media massa sering memaparkan isu-isu semasa. Oleh itu, pembaca dan pendengar akan sentiasa memerhatikan dan mengikuti perkembangan isu-isu semasa di samping dapat menguatkan nilai politik yang wujud. Terdapat penentu-penentu sosialisasi politik yang lain seperti keluarga, pendidikan, organisasi agama, kumpulan rakan sebaya, pekerjaan dan sebagainya.

Apakah peranan media massa dalam proses sosialisasi politik di Malaysia? Pada dasarnya, peranan media adalah untuk memberikan maklumat kepada orang ramai. Berdasarkan maklumat tersebut media massa memainkan peranan dalam proses sosialisasi politik. Adakah media massa mampu memberikan kesan terhadap proses sosialisasi politik di Malaysia? Apabila maklumat disebarkan dengan pantas dan meluas kepada orang ramai sudah pasti mampu memberi kesan terhadap proses sosialisasi politik. Inilah intipati kepada isu yang akan kita bincangkan. Sebelum kita membincangkan isu tersebut kita perlu mengupas takrif media massa dan sosialisasi politik.

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

2.0

Definisi media massa

Menurut kamus Dewan media massa membawa maksud pelbagai jenis alat perhubungan (seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan sebagainya) yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan cepat (Kamus Dewan, 1989). Media massa membolehkan orangorang yang tinggal di pelbagai tempat menerima maklumat yang serupa dengan pantas. Oleh itu, media massa memberikan peranan yang penting kepada manusia dan memberi kesan-kesan tertentu kepada kehidupan manusia. Semua jenis komunikasi melalui media massa menunjukkan penyebaran maklumat yang sama dan meluas kepada penerima-penerima yang ramai dan berselerak di merata-rata tempat (Mansor Ahmad Saman. 1984:51).

3.0

Definisi sosialisasi politik

Sosialisasi politik ditakrifkan sebagai satu proses pembelajaran individu mengenai politik dan budaya politik dalam masyarakat. Apakah yang dimaksudkan proses pembelajaran individu mengenai politik.? Aspek-aspek yang dipelajari dalam proses sosislisasi politik ialah sejauhmana pengetahuan tentang negara, kerajaan dan kerajaan tempatan, peranan kakitangan kerajaan dan pengetahuan tentang hak-hak politik dan tanggungjawab rakyat (Y. Mansoor Marican, 1982:181). Apakah pula yang dimaksudkan budaya politik? Mengikut Samuel Beer, budaya politik merangkumi sikap kepercayaan, emosi dan nilai sesuatu masyarakat tentang cara kerajaan memimpin dan perkara yang dibuat yang berkaitan dengan sistem politik dan isu-isu politik (Beer dan Adam Ulan, 1958:32). Oleh itu, sosialisasi politik merupakan proses pembentukan dan perkembangan sikap, nilai kepercayaan terhadap sistem politik. Proses ini adalah penting dalam memupuk ketaatan atau kesetiaan kepada sesebuah negara . Dengan adanya pemupukan sikap dan nilai tertentu, maka ia boleh meningkatkan sokongan atau penyisihan daripada sistem politik. Sosialisasi politik juga bermaksud semua pendidikan politik, fomal dan tidak formal , dirancang atau tidak dirancang , di setiap peringkat dalam ruang lingkup kehidupan , termasuk bukan sahaja pendidikan politik yang jelas bahkan juga berkaitan yang membentuk bukan politik
2

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

yang menjejaskan tingkah laku politik, seperti mempelajari sikap sosial yang berkaitan dengan pencapaian watak personaliti yang berkaitan. (Dennis E.E. et al .1994:96). Ringkasnya, sosialisasi politik merupakan satu proses bagaimana kita mula mempelajari politik dan bagaimana kita memiliki sikap dan nilai terhadap intitusi politik.

4.0 Sejarah media massa di Malaysia. Di Malaysia, media massa bermula dengan surat khabar. Akhbar pertama yang diterbitkan di negara ini ialah sebuah akhbar bahasa Inggeris yang diberi nama Prince of Wales Island Gacette yang diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1807. Ini diikuti oleh penerbitan akhbar-akhbar lain dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil dan sebagainya. Akhbar berbahasa Melayu yang pertama ialah Jawi Peranakan yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1896. Manakala akhbar bahasa Cina yang pertama, Chinese Monthly Magazine telah diterbitkan di Melaka pada tahun 1815. Sejak kemunculannya dari awal kurun ke-19, akhbar dalam berbagai bahasa di negara ini berkembang dengan pesatnya sehingga ke hari ini. Media elektronik, radio dan televisyen di negara ini mempunyai sejarah sejak tahun 1923 apabila eksperimen-eksperimen dalam penyiaran telah dimulakan oleh beberapa orang amatur di negeri Johor melalui gelombang sederhana 300 meter. Urusan-urusan penyiaran secara profesional telah dimulakan pada tahun 1937, dan menjelang tahun 1996 Malaya (ketika itu) sudah mempunyai Jabatan Penyiarannya. Sejak itu, media elektronik telah berkembang dengan pesat di negara ini. Siaran televisyen telah dimulakan pada tahun 1963 dan pada 1978, Malaysia memulakan siaran televisyen warna.

5.0

Klasifikasi media massa di Malaysia

Media massa di Malaysia terbahagi kepada dua klasifikasi iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak merangkumi semua jenis bahan bercetak seperti akhbar, jurnal, buku, majalah dan sebagainya. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa kuasa sebatang pen lebih tajam daripada sebilah pedang. Pepatah ini bermaksud bahawa media cetak mempunyai kuasa dan pengaruh kepada masyarakat. Akhbar merupakan merupakan media cetak yang penting dan

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

berpengaruh di Malaysia. Hal ini kerana akhbar merupakan sumber maklumat yang paling mudah didapati untuk ditatapi oleh oleh semua golongan rakyat. Oleh itu, akhbar memainkan peranan penting dan mampu memberi kesan terhadap proses sosialisasi di Malaysia. Manakala media cetak yang lain seperti majalah, jurnal, buku dan sebagainya tidak begitu ketara peranan dan kesannya.

Media elektronik pula, merangkumi televisyen dan radio. Televisyen lebih berpengaruh jika dibandingkan dengan radio. Hal ini kerana pertumbuhan dan keunggulan TV dalam kehidupan kita sehari-hari di samping peningkatan teknologi dalam memancarkan maklumat (Dennis, E.E 1994:96). Apabila menonton dan mendengar maklumat yang disampaikan melalui televisyen maka, media tersebut akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat sesebuah negara. Perbincangan dalam tugasan ini akan ditumpukan kepada aspek peranan dan kesan media massa secara umum terhadap proses sosialisasi politik di Malaysia.

6.0

Kedudukan media massa di Malaysia

Di Malaysia, televisyen dan akhbar merupakan media massa yang memainkan peranan penting dan mampu memberi kesan kepada proses sosialisasi politik. Sebilangan besar berita dalam media massa berpunca daripada kerajaan , sistem dan ideologi sesebuah kerajaan sudah pasti mempengaruhi media massa serta isi kandungan dan penulisannya. (Mohd. .Hamdan Hj.Adnan 1995:134). Kerajaan Malaysia boleh dikatakan mengambil jalan berwaspada dalam hal ini. Kerajaan mempunyai kuasa ke atas media massa dengan mengadakan pelbagai peraturan dan undang-undang. Memandangkan kerajaan Malaysia cukup peka terhadap kuasa media dalam mempengaruhi pendapat umum, jumlah undang-undang dan peraturan untuk mengawalnya terlalu banyak iaitu, lebih kurang 50 undang-undang dan peraturan yang mengawal semua bentuk komunikasi dan media massa (Mohd. .Hamdan Hj.Adnan. 1995:141). Sebilangan undang-undang yang mengawal media massa di Malaysia agak ketat. Antaranya ialah kuasa Menteri Dalam Negeri untuk menutup akhbar yang dianggap menjejaskan negara tanpa surat arahan Mahkamah. Kadar masa tutup juga adalah di bawah kuasa budi bicara Menteri

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

berkenaan dan ianya berlarutan sehingga pihak menteri merasakan bahawa media massa tersebut tidak lagi membahayakan keselamatan awam.

Di Malaysia, pemilikan media massa khasnya media elektronik dimiliki oleh kerajaan dan swasta. Walau bagaimanapun, kerajaan mengawal media elektronik swasta melalui Akta Penyiaran. Manakala media cetak secara umumnya dimiliki oleh pihak swasta. Walau bagaimanapun, pemiliknya adalah dikaitkan dengan parti-parti politik atau individu-individu yang sebenarnya adalah wakil kepada parti-parti politik yang berkuasa (Mohd Hamdan Hj.Adnan, 1995:130). Media cetak di Malaysia dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Bagaimanakah kedudukan parti pembangkang sekiranya media massa dikawal dan dimonopoli oleh kerajaan yang memerintah? Di Malaysia, parti pembangkang juga mempunyai media cetaknya sendiri seperti akhbar Harakah yang hanya boleh disebarkan kepada ahliahlinya sahaja. Media massa di Malaysia masih didominasi malah dimonopoli oleh kerajaan dan tidak menggalakkan satu perspektif yang liberal. Walaupun penswastaan sudah diamalkan dalam bidang radio dan televisyen, kesannya hanyalah untuk menambah unsur-unsur hiburan. Akta Penyiaran menjadi satu ancaman kepada pertumbuhan sistem penyiaran yang liberal. Contohnya, parti politik pembangkang diketepikan untuk mengutarakan pandangan mereka tentang hal-hal kenegaraan, walaupun mereka dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka di Parlimen. Hal ini menafikan demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Parti pembangkang di Malaysia tidak mendapat tempat dalam media massa. Parti pembangkang seharusnya diberi peluang menyiarkan pandangan dan maklumat selagi tindakan itu tidak menyalahi undang-undang (Berita Harian, 24 April 2002).

Kawalan kerajaan ke atas kebebasan media massa penting untuk menjamin keharmonian, ketenteraman awam dan keselamatan negara. Media massa yang tidak dikawal boleh membangkitkan semangat perkauman dan menyentuh isu sensitif serta mempunyai unsur provokasi yang mewujudkan keadaan yang tidak stabil (Berita Harian , 24 April 2002). Oleh itu,

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

ada wajarnya jika media massa dikawal oleh kerajaan, namun kawalan tersebut haruslah bertepatan dan tidak menyekat kebebasan akhbar untuk bersuara.

7.0 7.1

Peranan dan kesan media massa terhadap proses sosialisasi politik di Malaysia Sumber maklumat mengenai kerajaan.

Media massa, khasnya akhbar dan televisyen, memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat mengenai kerajaan. Media massa dengan jelas adalah sumber maklumat utama mengenai kerajaan (Dennis E.E et. al. 1994:103). Media massa menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat. Melalui media media massa , kerajaan boleh menerangkan dasardasar atau projek-projeknya yang hendak dirancang atau hendak dilaksanakan (Mohd. Hamdan Adnan ,1986:6). Media massa menerangkan dan memberi liputan secara meluas dan mendalam tentang dasar dan rancangan kerajaan bagi membolehkan rakyat memahami dengan tepat dan sepenuhnya segala dasar dan rancangan tersebut.

Oleh itu, media massa memainkan peranan penting dan sentiasa memberi perhatian kepada aktiviti dan tindakan kerajaan serta melaporkannya kepada rakyat. Organisasi sektor awam sering menjadi perhatian dan pandangan umum (Wan Azmi, 1993:198). Hal ini kerana aktiviti dan tindakan sektor awam dianggap sebagai tindakan kerajaan. Media massa juga berperanan menggalakkan perhatian rakyat dan cara mereka berfikir untuk melahirkan perubahan sikap yang positif sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan. Media massa digunakan dengan berkesan oleh pemerintah bagi membina sikap rakyat yang positif terhadapnya ( Mohd Hamdan Hj.Adnan 1995:134). Oleh itu, media massa memberi kesan terhadap kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Maklumat mengenai kerajaan yang memerintah dapat memberi kesan kepada sokongan politik. Kejayaan kerajaan yang memerintah yang disalurkan oleh media massa akan meningkatkan sokongan politik. Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh negara di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengaruhi pilihan raya 1999 dan membawa kemenangan kepada kerajaan Barisan Nasional.
6

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

Kegagalan kerajaan dalam mentadbir negara akan memberi kesan kepada rakyat sama ada menyisih daripada politik atau menyokong parti pembangkang. Maklumat mengenai kerajaan yang disalurkan oleh media massa juga boleh menjatuhkan pemerintahan sesebuah negara. Tentu kita masih ingat ketika dahulu negeri Sabah di bawah pemerintahan parti pembangkang PBS ( Parti Bersatu Sabah). Ketika itu, peranan media memberikan maklumat mengenai kegagalan pemerintahan PBS di Sabah seperti penyelewengan, rasuah dan sebagainya telah menyebabkan kemusnahan pemerintahan PBS di negeri Sabah. Jadi, peranan media dalam memberi maklumat mengenai parti PBS telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada PBS dan akhirnya membawa kepada kejatuhan tampuk pemerintahan PBS di Sabah. Media massa juga menyalurkan maklumat mengenai situasi dan perkembangan pemerintahan negara-negara di dunia. Contohnya, televisyen TV 1 menyiarkan Berita Dunia. Kegagalan pemerintahan dan sistem pemerintahan sesebuah negara dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat dalam menilai pemerintahan dan sistem yang diamalkan. Contohnya, kegagalan pemerintahan Indonesia menyebabkan negara tersebut dalam keadaan yang tidak stabil dan huru-hara. Keadaan yang berlaku di Indonesia telah mempengaruhi pengundi dan rakyat di Malaysia dalam pilihan raya 1999. Pengundi Cina di negara ini menilai perkembangan di Indonesia dengan perasaan traumatik dan mereka tidak mungkin mengundi parti politik yang boleh menjerumuskan negara ke arah konflik kaum seperti di Indonesia. (Baharom Mahusin, massa 29 mei 1999). Kesan ini diakui oleh Napoleon yang pernah berkata, Tiga buah akhbar yang tidak bekerjasama dengan pemerintah adalah lebih berbahaya daripada tikaman 1000 benet. Oleh itu, media massa memberi implikasi kepada tampuk pemerintahan sesebuah negara . 7.2 Pemujukan politik dan sokongan politik

Media massa berperanan dalam melakukan pemujukan politik di negara ini. Media massa dapat menyampaikan maklumat dengan pantas dan meluas, merangkumi bilangan pendengar, penonton dan pembaca yang tiada had ramainya (Mansor Ahmad Saman, et. al. 1984:58). Menurut Laporan Mac Bride (Unesco 1984: 153), media massa yang mempunyai pengikut yang besar mampu bertindak sebagai forum bagi idea-idea revousiner dan mendedahkan penyalahgunaan kuasa dan skandal. Maklumat yang disalurkan oleh media massa
7

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat dalam politik. Peningkatan pengetahuan dalam politik amat penting bagi mematangkan masyarakat dalam membuat keputusan mengenai politik terutama dalam negara demokrasi. Suasana dan perkembangan politik semasa yang berlaku sejak akhir-akhir ini membuat masyarakat semakin peka dan semakin serius ingin mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku. Oleh itu, media massa memainkan peranan untuk mendapatkan liputan dan menjelaskan isu-isu politik. Contohnya dalam pilihan raya 1999, banyak isu politik yang hangat diutarakan oleh parti pembangkang seperti kronisme dan nepotisme, kes bekas ahli parlimen iaitu Lim Guan Eng , kes pemecatan bekas TPM Datuk Seri Anwar dan sebagainya. Kes Anwar misalnya, mampu memberi masalah kepada Barisan Nasional kerana UMNO kehilangan tokoh yang membawa imej keagamaan dan memperjuangkan Islam melalui penglibatannya dalam ABIM sebelum ini (Rosni Hassan, 2 Oktober 1999). Oleh itu, melalui media massa , Barisan Nasional dapat menjelaskan isu-isu politik tersebut. Kesannya, secara tidak langsung dapat mempengaruhi pemikiran rakyat dan mendapat sokongan politik. Isu-isu politik yang disalurkan oleh media massa di Malaysia menyokong parti memerintah. Maka, secara tidak langsung dapat membentuk sikap, emosi dan nilai masyarakat yang menyokong parti yang memerintah. Maka secara tidak langsung kerajaan BN dapat memenangi hati pengundi dan menang dalam pilihanraya 1999.

Di negara kita, media massa boleh dijadikan sumber untuk mendapatkan maklumat secara berkesan kerana kita tahu sumbernya berbanding dengan surat layang. Kejayaan untuk mendapatkan pemimpin yang berwibawa dan mempunyai visi ke hadapan tidak akan tercapai tanpa maklumat yang tepat untuk ditimbangi secara saksama oleh masyarakat. .Mengikut Davison dalam bukunya Internasional Politikal Communication sumber maklumat yang boleh memberi gambaran sebenar secara tidak langsung membantu calon dalam pilihan raya ialah daripada media massa (Azizul Halim Yahya, November 1993). Oleh itu, media masa berperanan untuk menyalurkan maklumat mengenai pemimpin, calon pilihan raya, parti politik dan sebagainya. Peranan ini dapat membantu masyarakat membuat pertimbangan yang sewajarnya daripada maklumat tersebut.

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

Memang tidak dapat dinafikan bahawa melalui peranan media massa sebagai alat pemujukan politik dan sokongan politik telah memberi kesan yang besar kepada proses sosialisasi politik. Media massa membolehkan perubahan sosiopolitik dijalankan dengan aman, memberi maklumat tentang ahli politik, dan berupaya melibatkan lebih ramai rakyat dalam proses politik; menyebarkan berita dan menjadikan rakyat lebih mengetahui tentang hal-ehwal negara; memberikan pelbagai pengalaman sosialisasi melalui menonton rancangan serta membaca berita; dan mengajarkan nilai sosial yang dapat diterima oleh masyarakat. Kesan ini dapat dilihat melalui maklumat-maklumat yang disampaikan oleh media massa tentang ahli-ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya dan isu-isu yang sebenarnya kepada khalayak ramai. Kita dapat melihat bahawa media massa dikawal oleh kerajaan dalam menyampaikan sesuatu maklumat seperti ketika kempen pilihan raya diadakan. Pihak media massa lebih banyak mengutarakan isu-isu yang menyokong parti pemerintah. Kesan daripada tindakan media massa yang dikawal kerajaan ini adalah rakyat akan memberi sokongan politik kepada parti pemerintah, membantu calon-calon pilihan raya, dan memberi sokongan kepada rakyat dalam memilih calon yang sesuai. Contohnya, dalam pilihan raya tahun 1999 yang lalu, pengundi-pengundi di Johor berminat dengan isu-isu yang dibawa oleh pembangkang. Keadaan ini berlaku kerana kedudukan Johor di selatan tanah air dan maklumat-maklumat isu terkini pembangkang amat kurang diterima. Oleh itu, mereka menghadiri ceramah-ceramah pihak pembangkang. Untuk mendapatkan semula sokongan pengundi maka UMNO Johor telah meningkatkan program penjelasan dan menyalurkan fakta yang tepat terhadap sesuatu isu berbangkit (Berita Harian, 20 Ogos 1999).

Tindakan cekap, cepat dan penuh taktik daripada media massa sebagai alat sokongan dapat memulhkan kembali situasi mencemaskan di Johor. Tindakan dan taktik berpolitik ini bukanlah sesuatu yang luar biasa atau tidak bermoral, tetapi ianya adalah satu cara politik untuk mempertahankan pengundi dan kuasa serta memastikan demokrasi dapat berperanan seimbang dengan mentaliti dan kebudayaan masyarakat semasa (Zakry Abadi, 1992: 248) Kesan peranan media sebagai alat pemujukan politik dapat dilihat melalui cara-cara media massa menanam keyakinan pengundi atau rakyat kepada pemerintah. Dalam hal ini, media massa banyak

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

memainkan peranan menyokong pemimpin politik UMNO, membantu membangkitkan isu-isu sebenar, dan mengubah pendapat dan mempengaruhi pengundi bertindak memberi sokongan padu kepada UMNO dalam pilihan raya 1999.

Namun begitu, media massa yang dikawal oleh kerajaan ini boleh memberi kesan negatif. Media massa dilihat sebagai kedai menjual calon politik sebagai barang komersil; tidak mementingkan isu-isu sosial dan politik sebenar dan yang penting, menjanakan peristiwa palsu untuk menjadikan berita lebih menarik; mengemukakan model yang salah untuk mempelajari proses sosialisasi. Menurut Halloran (1970), televisyen dituduh beroperasi untuk menyokong kepentingan politik untuk mereka yang ada keuntungan daripadanya; dan menghalang pembangunan demokrasi yang benar-benar mendapat penyertaan rakyat. Sokongan yang diberikan media massa kepada kerajaan boleh menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap parti politik yang memerintah. Media massa yang gagal melaksanakan tugas dengan adil dan saksama dalam memberi sokongan politik dan menyampaikan maklumat bagi pihak pemerintah sahaja dianggap bertindak berat sebelah. Suasana politik dan perkembangan semasa yang berlaku membuatkan masyarakat lebih peka dan lebih serius ingin mengetahui hal sebenarnya. Kekangan dan halangan yang berlaku menyebabkan prinsip demokrasi tidak diamalkan sepenuhnya. Oleh itu, media massa yang terlampau memberikan sokongan kepada parti politik yang memerintah akan menyebabkan rakyat menganggap sistem demokrasi tidak lagi berfungsi mengikut maksudnya yang sebenar. Isu-isu yang diutarakan oleh media massa hanya menyokong kerajaan juga boleh menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap media massa sendiri. Justeru, di sebalik kekangan yang wujud, media massa seharusnya lebih bersikap adil dalam menyalurkan maklumat politik agar masyarakat menerima berita politik daripada semua parti politik tanpa mengira sama ada ia parti pemerintah atau parti pembangkang. 7.3 Penentuan agenda

Fungsi pembentukan agenda media massa adalah keupayaan media massa untuk memilih dan menekankan isu-isu tertentu dan oleh itu menyebabkan isu-isu tersebut dianggap penting oleh pihak umum (Werner,J.S. & Tenkard, J.W. 1988:366). Media massa mampu menentukan isu-isu
10

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

dan kejadian yang harus diberi perhatian dan ini menentukan tahap ianya diketahui dan dibincangkan oleh masyarakat. Menurut model penentuan agenda, media massa bertindak kepada perangsang dalam persekitaran yang mendorongnya mempengaruhi pengetahuan umum dan ini membawa kepada tindak balas perilaku umum (Mohd. Hamdan Hj. Adnan, 1995:125). Seterusnya, penentuan agenda merujuk kepada kuasa media untuk menumpukan perhatian khalayak terhadap sesuatu isu atau kejadian. Keluasan, kekerapan dan keutamaan yang diberikan oleh media massa kepada isu itu dipercayai boleh menentukan tahap pemerhatian, tindak balas atau pemikiran masyarakat umum terhadapnya. Mereka yang terdedah kepada isu tersebut akan membuat tafsiran mengikut minat dan keperluan sendiri berdasarkan pengetahuan, pengalaman, perwatakan dan kedudukan dalam struktur sosial. Media massa dapat mempengaruhi khalayak tentang apa yang seharusnya diberi perhatian dalam media massa dan mempengaruhi orang ramai tentang apa yang akan dibicarakan oleh khalayak sesama sendiri.

Perletakan jawatan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perlantikan Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri kelima secara peralihan kuasa menjadi agenda utama media cetak dan media elektronik di Malaysia. Oleh itu, media massa memainkan peranan penting menonjolkan agenda yang menyokong proses peralihan kuasa tersebut. Secara tidak langsung dapat mempengaruhi pemikiran rakyat menyokong hasrat kepimpinan negara.

Kesan daripada peranan media massa sebagai penentu agenda adalah rakyat yang terpengaruh dengan sesuatu isu yang dimomokkan oleh media massa dan sekaligus membentuk sokongan masyarakat terhadap sesuatu isu atau pihak. Akhbar dan televisyen mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk pendapat umum atau public opinion. Contohnya, peranan akhbar dalam menyampaikan berita, memberi ulasan, menyiarkan pendapat pembaca tentang perkara-perkara tertentu dapat mempengaruhi pembaca dan mendesak kerajaan melalui berita, penonjolan yang diberi kepada sesuatu berita, pendapat-pendapat rakyat, dan sebagainya. Kesan penentuan agenda dalam proses sosialisasi politik oleh media massa khususnya televisyen dan akhbar ialah peningkatan keperluan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di

11

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

kalangan masyarakat. Kesan ini dapat dilihat dengan jelas semasa penonjolan isu-isu sensitif semasa negara menghadapi zaman kegawatan ekonomi. Tentu kita masih ingat kelantangan dan keberanian pertubuhan seperti Pang Jiau Zeng dan Suqiu mencabar dasar kerajaan dan hak istimewa orang Melayu akibat daripada kegawatan ekonomi 1998 (Aziz Ishak, 1 Jun 2003). Justeru, media massa di Malaysia dikawal oleh kerajaan untuk memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam terus stabil. Sekiranya media massa tidak mengawal atau terus menonjolkan isu tersebut, sudah pasti akan mewujudkan ketegangan kaum. Kita juga dapat melihat kesan media massa sebagai penentu agenda dalam liputan meluas mengenai isu sekolah wawasan, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris serta isu Sekolah Agama Rakyat yang dipolitikkan. Kesedaran rakyat terhadap isu ini semakin bertambah dan semakin menjadi perbincangan hangat di kalangan khalayak. Oleh itu, media massa sebagai penentu agenda dapat membentuk tingkah laku masyarakat terhadap isu-isu tersebut dan menjadi agenda rakyat untuk mengikuti perkembangan isu ini di peringkat akar umbinya. Akhirnya, isu-isu tersebut dapat diterima baik masyarakat dengan baik melalui penjelasan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin negara dalam media-media massa. Contoh lain kesan peranan media massa sebagai penentu agenda adalah isu tentang budaya politik yang sering dikaitkan dengan kekotoran, kejelekan, tipu daya dan kerakusan kuasa. Disebabkan pandangan umum inilah ada kalangan masyarakat yang melihat politik sebagai najis dan virus yang boleh mencemarkan dan membinasakan jati diri pengamalnya. Natijahnya, masyarakat mula benci dengan sepak terajang politik Machiavelli (Utusan Malaysia, 4 Jun 2003). Tentu kita masih ingat Dato Shahnon Ahmad pernah menggemparkan tanah air dengan novelnya yang mencerca politik dengan bahasa yang kotor dan kesat sehingga novel tersebut diharamkan. Sebenarnya, media cetak dan media elektronik telah mencetuskan pelbagai isu dan peristiwa untuk menarik penyokong agar menyokong kerajaan. Ini menunjukkan media massa, dengan memberikan penonjolan kepada sesuatu berita akan mempengaruhi bahan perbincangan di kalangan khalayaknya. Isu di atas memberi kesan apabila semakin banyak rakyat Malaysia yang menyedari perlunya mereka memilih pemimpin politik yang memiliki ketokohan dan ketrampilan diri yang sesuai dengan kehendak mereka. Media massa berkemampuan menyediakan agenda untuk sesuatu isu, membuat dan mengubah imej calon, mengubah sikap dan perasaan pengundi, dan mempengaruhi para pengundi untuk

12

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

mengundi seseorang calon. Oleh itu, apa-apa maklumat yang dibaca dalam media massa, khususnya akhbar, membantu rakyat membuat pemilihan yang tepat. Menurut Rebecca Quarles (Azizul Halim Yahya, Nov. 1993), seorang penyelidik politik Amerika Syarikat, pendedahan melalui akhbar lebih memberi kesan dalam meningkatkan maklumat tentang calon yang akan bertanding berbanding dengan media lain. Laporan yang berasas dapat membantu bakal pengundi membuat pilihan.

8.0

Media Cetak (Majalah)

Media cetak seterusnya ialah majalah. Tidak seperti akhbar, majalah mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. Jika akhbar menyampaikan segala bentuk maklumat bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat, majalah pula lebih menumpukan kepada menyampaikan maklumat-maklumat tertentu dan spesifik sahaja. Di samping itu, maklumat yang disampaikan oleh akhbar bersifat harian dan ,akhbar memberi tumpuan yang tinggi terhadap soal ketepatan masa (timeliness) sesuatu berita itu. Berbanding majalah, isu-isu yang diketengahkan adalah semasa tetapi sense of urgency nya tidaklah begitu tinggi. Maka ia boleh diterbitkan secara bulanan atau mingguan.Kesannya ialah maklumat yang disebarkan melalui akhbar adalah umum disebabkan ia terpaksa menyampaikan pelbagai jenis berita setiap hari untuk memenuhi kehendak pembaca yang pelbagai. Sementara informasi yang disampaikan oleh majalah bersifat mengkhusus iaitu hanya menumpu kepada bidang-bidang tertentu dan pembaca tertentu sahaja. Ia memenuhi keperluan spesifik pembaca dengan mengetengahkan isu-isu spesifik. Namun, majalah masih dikategorikan sebagai media-massa kerana ia mempunyai pembaca yang luas dan bersifat massa. Penyampaian maklumat dilakukan oleh komunikator profesional dengan menggunakan teknologi yang mengkhusus. Menurut John Merrill dan Ralph Lowenstein, majalah boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu Unit Pengkhususan (Unit Specialisation) dan Pengkhususan Dalaman (Internal Specialisation). Unit Pengkhususan bermaksud majalah yang mana sasaran pembaca mempunyai minat tertentu. Misalnya :- Majalah Remaja. Pengkhususan Dalaman pula ialah majalah yang menerbit isuisu umum, yang mempunyai pembaca yang luas serta menyediakan artikel dari pelbagai isu. (Dewan Masyarakat, Times, Newsweek).
13

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

8.1

Sejarah Perkembangan Majalah di Dunia & Malaysia

Majalah sebagai salah satu bentuk media cetak memiliki sejarah perkembangan yang cukup panjang hingga saat ini. Di England, majalah yang pertama wujud pada awal abad ke-18 iaitu majalah Review yang sebenarnya gabungan sebuah majalah dan akhbar. Ini diikuti dengan majalah Tatler kedua-dua majalah ini memuatkan artikelartikel mengenai sastera dan satira. Manakala di Amerika Syarikat, majalah yang pertama diterbitkan ialah majalah American Magazine oleh Andrew Bradford dan Benjamin Franklin yang menerbitkan majalah General Magazine and Historial Chronicle pada tahun 1741. Majalah-majalah di Amerika Syarikat disasarkan kepada golongan elit dan juga segelintir masyarakat yang mana tahap celik hurufnya adalah tinggi .Menjelang abad ke-19, majalah mula mengalami perkembangan yang pesat dan menjadi sebuah industri yang besar. Perkembangan pesat itu disebabkan oleh meningkatnya teknologi dalam percetakan, bertambahnya kadar celik huruf akibat polisi pendidikan wajib di sekolah-sekolah dan juga pembaharuan-pembaharuan sosial yang berlaku di dalam masyarakat. (De Fleur dan Dennis, 1996). Pada ketika itu, majalah-majalah yang diterbitkan kebanyakan mengetengahkan soal-soal kesusasteraan, politik, agama dan juga sosial. Apabila berakhirnya, Perang Saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1865, majalah telah mula memperkenalkan budaya popular dalam isu keluarannya. Bagaimanapun periode selepas Perang Dunia Kedua, barulah majalah mula berkembang dengan pesat sekali. Pada waktu inilah, majalah mula mengetengahkan isu-isu yang berkisar mengenai kehidupan seharian pembaca di samping bermulanya nilai konsumerisme dalam majalah.Antara jenis-jenis majalah yang mula diterbitkan ialah McCalls dan Cosmopolitan, dua majalah yang begitu terkenal sehingga kini. Di Malaysia, majalah berbahasa Melayu yang pertama pada abad ke-20 ialah Khizanah Al-Ulum diikuti oleh Al-Imam dua tahun kemudiannya. (Hamedi Mohd Adnan, 2003) Dunia permajalahan Melayu aktif pada tahun 1990-an kerana terdapat rangsangan untuk peningkatan prestasi penerbitan lebih banyak berbanding dulu. Menurut Dr Hamedi, faktor kecanggihan teknologi penerbitan iaitu desktop publishing telah membuka laluan kepada semua individu yang berminat untuk memulakan perniagaan penerbitan.

14

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

8.2

Peranan majalah dalam kehidupan masyarakat dikatakan memainkan peranan pembentukan budaya dalam

Secara umumnya, majalah

kehidupan pembacanya. Berbeza dengan akhbar, majalah menentukan aliran pemikiran dan cara hidup masyarakat mengikut peredaran zaman. Menurut John Vivian (1997), majalahmajalah di Amerika Syarikat menyumbang kepada pembentukan konsep kenegaraan kepada masyarakat. Majalah yang awal di Amerika membawa kepada pembentukan pembaca di tahap nasional. Majalah-majalah tersebut menyiarkan kesusasteraan Amerika dan membentuk identiti nasional rakyat Amerika. Selain dari itu, majalah juga dilihat sebagai saluran periklanan yang pertama di dunia. Sebelum wujudnya, media-massa yang lain para pengiklan menggunakan majalah untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka kepada para pengguna. Di Malaysia, peranan majalah berubah mengikut perkembangan semasa. Menurut Dr Hamedi yang mengkaji mengenai kegiatan dan perkembangan majalah Melayu di Tanah Melayu, perkembangan awal penerbitan majalah Melayu di negara didorong oleh dua faktor iaitu (1) eksploitasi agama dan (2) perjuangan bersifat kebangsaan. (Hamedi Mohd Adnan, 2003). Isu agama menjadi tema kepada isu-isu yang dibincangkan dalam majalah Melayu sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, suasana sosial masyarakat mula berubah di mana pengenalan kepada satu bentuk media baru iaitu wayang gambar filem telah menyebabkan masyarakat beralih minat dari isu-isu politik dan sosial kini beralih kepada hiburan. Masyarakat dikatakan lebih suka membaca kisah-kisah artis sama ada dari Barat mahupun Hindi dan Indonesia maka majalah-majalah hiburan lebih popular dari majalah umum dan agama. Akibatnya, penerbitan majalah tempatan terpaksa berubah dari berbentuk agama kepada bentuk komersil dan hiburan demi survival mereka. (Hamedi Mohd Adnan, 2003). Model pembangunan berasaskan dan peranan majalah dari sebuah sistem kapitalis yang telah mengubah matlamat tanggungjawab institusi mempunyai

sosial kepada satu industri yang berbentuk komersil dan mementingkan

keuntungan. Dulu, majalah diwujudkan kerana untuk memberi kesedaran agama dan semangat nasionalisme melalui hasil-hasil kesusasteraan kini majalah wujud bagai cendawan tumbuh kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan. Apabila satu penerbitan itu diwujudkan sebagai satu entiti perniagaan maka falsafah editorialnya akan menyentuh isu-isu yang mendapat meraih sokongan pengguna. Dalam keadaan ini, majalah mula menumpu kepada
15

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

pengembangan untuk

budaya-budaya popular yang akhirnya membentuk budaya konsumerisme. orang ramai supaya menumpu kepada minat masing-masing.

Jumlah majalah fesyen, wanita, hiburan, berbentuk hobi lebih banyak dan diwujudkan menggalakkan Bagaimanapun, dalam menggalakkan orang ramai ke arah minat mereka, majalah itu turut menarik mereka kepada hal-hal yang remeh.Kemunculan majalah Playboy pada tahun 1953 menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iaitu mereka yang menjadi pengkritik sosial dan pelopor budaya popular. Wujudnya media yang bersifat mengkhusus seperti majalah juga telah membawa kepada pembentukan pemikiran individualistik di kalangan masyarakat yang semakin luntur kesedaran sosialnya 8.3 Majalah wanita, Majalah Nona, Majalah Jelita

Peningkatan kesedaran manusia untuk memperolehi maklumat mendorong berkembangnya industri media, baik media cetak mahupun media penyiaran (elektronik). Media cetak berkembang lebih pesat yang menuju pada khalayak khusus. Saat ini dengan mudah kita mencari media yang diperuntukkan bagi perempuan-remaja mahupun wanita matang, baik berbentuk tabloid dengan harga yang sangat murah, mahupun majalah dengan paparan "lux" yang harganya tidak boleh dibilang murah. Keadaan ini tentu saja memberi indikasi besarnya relung pasaran yang masih tersedia. Semakin banyak pula majalah dari "luar" yang diterbitkan dalam edisi Indonesia, seperti majalah "Herworld". Perkembangan ini tentu saja kerana ibu rumah tangga memainkan peranan yang penting dalam perubahan gaya hidup keluarga, demikian kata Andre Harjana. Dalam kajiannya ia termasuk sajian kegemaran dalam tabloid wanita; (1) masakmemasak, (2) bonus makanan, (3) perundingan kesihatan, (4) konsultasi psikologi, dan (5) perundingan etiket. Penemuan kajian beliau yang paling menarik, berkaitan dengan alasan responden menggunakan kosmetik, iaitu untuk meningkatkan rasa percaya diri dan demi penampilan sebagai wanita (bahawa wanita perlu cantik). Namun, perlu dipertanyakan pendapat Andre Harjana yang mengatakan alasan tersebut didorong oleh "drive" atau "desakan hati" dari diri sendiri, bukan kerana tekanan persekitaran. Oleh kerana adanya keyakinan bahawa perempuan harus cantik, kalau tidak cantik tidak layak disebut sebagai wanita.

16

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

Ditengarai hal ini lebih sebagai "want" bukan "need". Hal ini disokong oleh kenyataan dalam perkembangannya, kemudian majalah wanita lebih banyak menimbulkan lifestyle yang pasti akan mempengaruhi gaya hidup pembacanya. Oleh kerana tekanan media massa yang sangat kuat, justeru akan membentuk perwakilan perempuan sebagaimana dikehendaki para pemodal untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sungguh sayang, hingga saat ini masyarakat Malaysia masih bersikap pasif, belum mampu bersikap kritis terhadap sajian media. Mereka menerima secara pasif apa yang disajikan oleh media. Sebagai gambaran media membina perempuan cantik adalah perempuan yang berkulit putih, berambut lurus, dan bertubuh langsing. Bagi yang tidak memenuhi kriteria tersebut tidaklah cantik, dan untuk mereka disediakan produk yang dapat membuat kulit menjadi putih, rambut menjadi lurus, dan badan menjadi langsing. Sangat sedikit perempuan yang berfikir dan bersikap kritikal bahawa warna kulit seseorang terbentuk kerana pigmen yang tidak dapat dihilangkan, rambut yang keriting kerana gen yang dibawanya memang demikian, dan sebagainya. Debra A. Yatim dalam tulisan berjudul "Perempuan dan media Massa, Oleh Lelaki untuk Priakah?" Berkata, "Di satu pihak, betul media jadi cermin bagi keadaan di sekelilingnya. Namun, di pihak lain, ia juga membentuk realiti sosial itu sendiri. Lewat sikapnya yang selektif dalam memilih hal-hal yang ingin diungkapkannya, dan juga lewat caranya menyajikan hal-hal tersebut, media memberi tafsiran, bahkan membentuk realitinya sendiri ". Masalahnya ialah bagaimana majalah wanita, Nona dan Jelita tersebut memainkan peranan penting dalam perkembangan zaman yang semakin penuh cabaran melalui perwakilan wanita dalam sajian-sajiannya? Julia I. Suryakusumah mengatakan, "Majalah wanita adalah komoditi ekonomi.

Sebagaikomoditi, ia berkewajipan menyokong komoditi lain. Secara ekonomi, majalah wanita adalah suatu perniagaan, yang sebagai lembaga kapitalis yang sihat dan sejati-bertujuan mencari keuntungan dari konsumen, pembacanya. Pernyataan Julia tersebut disokong pernyataan Naomi Wolf dalam bukunya The beauty Myth: How Images of beauty Are Uses Against Women yang

17

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

mengatakan, perempuan rela menderita dengan melakukan diet dan menghabiskan banyak masa merawat tubuhnya agar tetap langsing, indah, dan cantik. Gallagher (Liesbet van Zoonen, 1999) menyimpulkan; women are underrepresented in the media, in production as well as in content. Moreover, the women that do appear ini media content tend to be young ang conventionally pretty, defined in relation to their husband, father, son, boss or another man, and portrayed as passive, indesicive, submissive, dependent, etc ". Kenyataan tersebut sangat jelas meletakkan wanita pada kedudukan yang sangat inferior berbanding laki-laki yang superior. Untuk memahami bagaimana majalah wanita mewakili perempuan dapat dilihat dari rubrikasi yang disajikan dan iklan produk yang dimuatkan dalam majalah tersebut, serta profil yang dipaparkan. Bila dilihat dari sisi rubrikasi, Majalah Wanita mempunyai 9 rubrik besar, sedangkan Jelita 11 rubrik besar, yang masing-masing terbahagi kepada rubrik-rubrik kecil. Meskipun demikian, tampak persamaan rubrikasi Wanita dan Jelita. Kedua-dua majalah tersebut mempunyai rubrik "yang tetap". Berdasarkan Majalah Wanita, Nona dan Jelita, ketiga-tiga mengandungi pelbagai iklan yang terdiri dari produk kecantikan, produk kesihatan, fashion, kenderaan, makanan / minuman, hiburan, media massa, produk perkhidmatan komunikasi, penjagaan rumah / toiletries, produk peralatan rumah tangga, peralatan pejabat, managerial / pendidikan / kemahiran, dan institusi kewangan. Sementara itu, untuk Profil, secara rutin ketiga-tiga majalah ini memaparkan cover story

(selebriti) dan satu tokoh yang tidak terkenal, namun merupakan orang yang mempunyai dedikasi dan ahli di bidangnya dan terdapat juga pofil wanita eksekutif terdiri daripada pelbagai profesion tokoh nonselebriti. Bahkan, ada dua edisi yang memaparkan 2 (dua) tokoh sekaligus. Perbezaan nyata pemuatan profil pada majalah Femina adalah tidak selalu (tidak setiap edisi) memaparkan tokoh non-selebriti yang dikenal luas oleh masyarakat. Yang tetap dalam setiap terbitan selalu ada cover story, sedangkan profil tokoh yang tidak terlalu dikenali luas jarang muncul.
18

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

Naomi Wolf dalam buku Mitos Kecantikan mengatakan bahawa mitos kecantikan, dalam bentuknya yang moden, muncul untuk mengambil alih mistik feminin, untuk menyelamatkan majalah dan pengiklan dari kejatuhan ekonomi dalam revolusi kaum perempuan. Pentingnya kecantikan wanita, bagi majalah Wanita, Nona dan Jelita tidak hanya dapat ditemui di dalamrubrikasi dan iklan saja, tetapi juga pada profil yang mereka paparkan, terutama bila profil tersebut adalah para selebriti. Tentu kerana majalah Jelita lebih banyak memaparkan profil dari kalangan yang terkenal tersebut, maka perbahasan tentang kecantikan artis-artis tersebut juga lebih banyak, kecuali beberapa yang memang mempunyai profesion tertentu. Sejauh ini, kedua-dua majalah tersebut masih mengutamakan kecantikan artifisial sebagai daya tarikan perempuan yang ditunjukkan oleh iklan mahupun kenyataan-kenyataan tokoh. Gaya hidup konsumtif sangat menonjol pada majalah Jelita yang dapat dilihat dari jenis dan cara menjajakan barang maupun jasa yang mendorong untuk terus membeli dan membeli produk tertentu sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden. Gaya hidup yang aktif-kreatif belum banyak disajikan. Majalah yang sepatutnya mewakili dan menyuarakan kepentingan perempuan tersebut masih sekadar menjadi bacaan hiburan, dan belum menjadi bacaan yang memacu orang untuk mengenali potensi diri dengan baik dan mampu bersikap kritis. Betul, sebagai majalah yang banyak dibaca oleh kaum perempuan, baik majalah Wanita, Nona dan Jelita mempunyai peluang yang luas untuk menularkan atau mencerdaskan melalui tulisan tulisan yang dimuatkan. Dari rubrik serta paparan iklan yang ada, tampak gaya hidup konsumtif lebih menonjol daripada usaha untuk menumbuhkan pembaca yang aktif dan kreatif. Pendedahan diri para selebriti yang diprofilkan sebagai cover story sangat berbeza dengan sajiannya mengenai tokoh yang tidak termasuk selebriti tersebut. Nafas profesionalisme dalam dedikasi para tokoh tersebut sangat terasa. Termasuk perjuangan, kerja keras, serta pentingnya kerjasama sehingga mereka dapat menduduki kedudukan penting dalam bidang yang ditekuni. Kehadiran majalah-majalah ini yang diharapkan dapat menyuarakan kepentingan perempuan secara lantang, ternyata masih berkutat di sekitar kawasan domestik. Ragam rubrikasi yang ada

19

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

menunjukkan hal itu, dengan tetap hadirnya kuliner, penjagaan rumah, kecantikan, pakaian, dan sebagainya. Demikian juga iklan yang menyokong kehidupan kedua-dua majalah wanita tersebut. Produk rawatan tubuh mendominasi iklan yang ada pada kedua-duanya, walaupun Majalah Wanita jauh lebih banyak memaparkannya. Sudah barang tentu pengiklan akan selalu mempertimbangkan jenis khalayak yang mengakses media sehingga tetap pada sasaran. Persoalannya, kedua-dua majalah tersebut justeru menyokong kemungkinan pemasangan iklan semacam itu melalui tulisan-tulisan yang diturunkannya. Yang membezakan ketiga-tiga majalah tersebut adalah pada pemilihan tokoh yang ditulis dalam rubrik Profil. Secara keseluruhan, sumbangan majalah-majalah ini pada kepentingan perempuan belum standing dengan kemampuan yang dimilikinya. Majalah-majalah ini yang mempunyai peluang luas untuk menyuarakan dan memperjuangkan kesamarataan gender belum dilakukan secara optimum. Mereka belum dapat meninggalkan pola sajian yang konsumtif dan menuju pada pembentukan karakter pembaca yang aktif-kreatif. Sajiannya lebih banyak bersifat bacaan ringan yang menghibur, daripada bacaan yang mendorong pembaca untuk berfikir kritis. Meskipun demikian, ada hal-hal positif yang dapat dipetik sebagai pelajaran bagi pembacanya, iaitu pada rubrik Profil yang di dalamnya ditulis mengenai latar belakang kejayaan para tokoh, bagaimana mereka mempertahankan kewujudannya, serta tanggung jawab terhadap keluarga dan anak-anak.

20

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

9.0

Kesimpulan

Sejauhmanakah ketepatan maklumat sesuatu isu yang disalurkan oleh media masa? Kebanyakan negara di dunia, media masa dikawal oleh parti pemerintah. Semua media di dunia, termasuk yang mendabik dada sebagai pengamal media bebas , tidak dapat lari daripada hakikat bahawa tanggungjawab pertama mereka ialah kepada pemilik media terbabit (Berita Harian, 2 Mei 2003). Kita telahpun membincangkan beberapa perkara berhubung media massa di Malaysia. Perbincangan ini juga telah mengupas peranan media massa dan kesannya ke atas proses sosialisasi politik di Malaysia. Antaranya adalah media massa adalah sumber maklumat utama mengenai kerajaan dan tentang politik; media massa berperanan sebagai alat pemujukan dan sokongan politik; dan peranannya dalam pembentukan agenda. Setiap peranan yang dimainkan oleh media massa akan memberikan implikasi sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Antara kesan media massa ke atas sosialisasi politik yang telah dibincangkan adalah berjaya memujuk masyarakat memilih pemimpin yang dipercayai, memberi sokongan politik kepada tokoh-tokoh yang digemari, memperoleh maklumat yang tepat dan benar mengenai sesuatu isu dan sebagainya. Antara kesan negatif adalah kerajaanmelalui kawalan ke atas media, hilangnya kepercayaan rakyat terhadap parti pemerintah, masyarakat kurang yakin kepada berita yang disampaikan oleh media massa, menjatuhkan sesebuah pemerintahan, dan sebagainya. Media massa yang memberikan penonjolan sesuatu berita atau isu akan dapat mempengaruhi khalayaknya. Media massa juga berpotensi dalam menjanakan wacana tertentu yang kemudiannya menjadi begitu popular dan dominan hinggakan wacana ini pada keseluruhannya boleh mempengaruhi minda sebilangan besar ahli masyarakat berkenaan dalam konteks rakyat memikirkan satu-satu isu sosial (Mustafa Karim. Febuari 1997). Namun begitu, media massa tempatan perlulah berhati-hati dan bertindak bijak dalam melaporkan isu yang berkaitan dengan politik. Media massa juga haruslah mengelakkan diri daripada berkecenderungan berpaut pada pemberitaan politik sensasi atau atau keterlaluan. Langkah ini wajar difikirkan dan diambil tindakan oleh pihak media massa bagi menjamin rakyat mendapat maklumat yang betul, tepat, dan dapat membantu rakyat memahami politik tanah air dengan lebih jelas dan telus. Kerapuhan isu dan pelanggaran etika kewartawanan dalam

21

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

melaporkan isu-isu khususnya politik akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpin politik, sistem demokrasi, dan media massa itu sendiri.

Rujukan

22

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

Aziz

Ishak.

2003.

Cabaran

politik

nasional.

dalam

Utusan

Malaysia.

Azizul Halim Yahya. Laporan Akhbar Menentukan Kemenangan Calon?, dalam Dewan Masyarakat. November 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baharom Mahussin. Pengaruh Pilihan raya Indonesia. Massa. 1 Mei 1999.

Beer, S.M. & Adam Ulan. 1958. Patterns of Government. New York.

Everrete E. Dennis, Arnold H. Ismach, Donald M. Gillmer. 1994. Penterjemah Md. Salleh Kassim. Isu-isu Komunikasi Massa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gouldner, A. 1976. The Dialectic of Ideology and Technology. New York: Seabury. Halloran, J.D. (ed) Effects of Television. London: Panther Books Ltd.

Kamus Dewan. 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lerner, D. & Wilbur, S. 1967. Pen Comunication and Change in the Developing Nations. Honolulu: East West Press.

Mansor Ahmad Saman, Ramli Mohamed, Shawaluddin Aris, 1984. Pengantar Kumunikasi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Mohd. Hamdan Adnan. 1986. Komunikasi: Peranan dan pengkhususannya. dalam Mohd. Rajib dan Mohd. Hamdan Adnan (ed.) 1986. Komunikasi Sebagai Profesion. Kuala Lumpur: Karya Bestari.
23

KOB 3201 BINCANGKAN SECARA TERPERINCI PERKEMBANGAN MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK DI MALAYSIA

Mohd. Hamdan Hj. Adnan. 1995. Pendapat Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

24