Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah

naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan berm ula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis NegeriPerak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu. Apabila Inggeriskembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggerisdi Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pinPENGAJIAN KENEGARAAN MALAYSIA 146 daan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia. SOALAN PERBINCANGAN 1 Terangkan secararingkas tentang kewujudan Perlembagaan Persekutuan. BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN Secararingkasnya, terdapat dua jenis bentuk perlembagaan, iaitu bentuk bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis ialah bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Bentuk perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat, contohnya perlembagaan United Kingdom. Ini tidak bermakna bahawa United Kingdom

tidak mempunyai perlembagaan, sebaliknya prinsip-prinsip perlembagaan United Kingdom bertaburan dalam Akta Parlimen, keputusan mahkamah dan beberapa sumber lain. Berbeza dengan perlembagaan tidak bertulis,perlembagaan bertulis menpunyai tiga sifat utama iaitu: Pertama, ia adalah kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan terdapat peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda. Kedua, kuasa Parlimen. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan. Kebanyakan perlembagaan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 147 melarang parlimen membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi. Ketiga, mengenai tugas mahkamah. Disebabkan perlembagaan tersebut adalah bertulis, maka amatlah perlu peruntukan perlembagaan mendapat tafsiran yang jelas dan m uktamad. Ini bermakna mahkamah memainkan peranan yang penting dalam mentafsir undang-undang dan melindungi aspirasi perlembagaan tersebut. CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), Perlembagaan Malaysia mempunyaiciri-ciri asas sepertiberikut:

(a) Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan. (b) Sebagai negara raja berperlembagaan. (c) Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen. (d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama. (e) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang. (f) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran
diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidang
PENGAJIAN KENEGARAAN MALAYSIA

148

kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak serta liabiliti

laihttp://faculty.unitarklj1.edu.my/courseweb/aac/pdf/ugb0033/module9. pdfn dalam perlembagaan.

KANDUNGAN RINGKAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Secara ringkasnya, Perlembagaan Persekutuan mengikut cara persekutuan iaitu kuasa-kuasa Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri disebutkan dengan nyata sementara segala baki kuasa (yang tidak disebut dalam Senarai I dan II) terserah kepada kerajaan negeri. Perlembagaan Persekutuan juga menjelaskan tentang hubungan antara Persekutuan dan negeri-negeri. Ia diterangkan melalui: (i) Senarai Persekutuan meliputi hal-ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan acara sivil jenayah serta pentadbiran keadilan, kewarganegaraan, dan beberapa perkara lain; (ii) Senarai Bersama Senarai ini meyenaraikan perkaraperkara yang membolehkan badan perundangan Negeri membuat undang-undang tetapi jika ada pertentangan antara undang-undang negeri dengan undangundang Persekutuan, undang-undang Persekutuan hendaklah dipakai. Antaranya ialah perlindungan bagi kanak-kanak, biasiswa, perlindungan bagi binatang liar dan burung liar, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain; dan (iii) Senarai negeri Senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri semata-mata bertujuan untuk membuat undang-undang. Ia meliputi hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan beberapa perkara lain. Sama sepertiperlembagaan lain, Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda dengan cara yang berbeza daripada cara pindaan yang diperuntukkan dalam Akta-akta ParliPENGAJIAN
KENEGARAAN MALAYSIA

150

men. Perkara 4 memperuntukkan bahawa Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan. Ketua Utama dalam Persekutuan ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja untuk tempoh lima tahun. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa Agama Islam ialah agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga menggariskan dengan jelas tentang doktrin pengasingan kuasa, prinsip-prinsip kewarganegaraan, Parlimen, kebebasan asasi, bahasa kebangsaan, perkhidmatan awam, kuasa-kuasa darurat dan pihak berkuasa negeri.

Anda mungkin juga menyukai