Anda di halaman 1dari 13

1.0 Interaksi antara pelbagai tamadun seperti China, India dan Jepun dan Islam dalam Tamadun Melayu.

1.1 Hubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun-tamadun Lain.

Masyarakat Melayu di Malaysia khususnya, sentiasa berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain. Perhubungan Tamadun Melayu dengan Tamadun lain boleh dikira sebagai satu perkara yang positif dan membawa manfaat dan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Hal ini disebabkan beberapa faktor yang menjadi pemangkin kepada perkara tersebut. Antara faktor tersebut adalah sikap masyarakat Melayu yang bersifat terbuka kepada kedatangan orang luar.

1.2 Perkembangan Tamadun Islam di Asia Tenggara

Islam berkembang di Asia Tenggara melalui pelbagai cara dan pengembang-pengembang agama itu pula datang dari berbagai-bagai bangsa seperti Arab, Parsi, India, Turki, Maghribi dan orang Melayu sendiri. Menurut Azhar Hj. Mad. Aros (2004) menyatakan bahawa Islam mula bertapak kuat di daerah Acheh, kemudian di Melaka.

Dari Melaka, Islam berkembang ke Brunei dan terus ke Sulu di Filipina Selatan. Dari Jawa Timur pula, Islam berkembang ke Maluku, Kalimantan Selatan, Sulawesi Selatan dan Jawa Barat. Dari Jawa Barat pula, tamadun Islam telah melebarkan agama Islam terus berkembang ke Brunei dan terus ke Sulu di Filipina Selatan. Dari Jawa Barat , Islam berkembang ke Lampung. Dari Acheh, Islam merebak ke Minangkabau dan terus ke Tapanuli Selatan. Dari daerah Sulawesi Selatan , Islam tersebar ke Nusa Tenggara.

Terdapat pelbagai tanda jelas yang membuktikan interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu khususnya di nusantara. Antaranya adalah seperti buku-buku sejarah yang ditulis pada zaman itu, seperti buku Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hukum Kanun Melaka dan lainlain. Selain daripada itu, batu-batu besurat seperti baru bersurat di Terengganu (1303M), dan di Minye Tujuh, Acheh (1380M). Seterusnya ialah kerajaan-kerajaan Islam yang diasaskan di Asia Tenggara seperti di Acheh, Melaka, Johor, Demak (Jawa Tengah), Tidore, Banten, (Jawa Barat), Goa (Makasar), Ternate, Brunei, Sulu dan kerajaan yang lain.

Pengaruh tamadun Islam dalam Tamadun Melayu memberikan jiwa yang baharu dan besar kepada kebudayaan Melayu khususnya bahasa Melayu. Menurut Azhar Hj. Mad. Aros (2004) berpendapat bahawa interaksi tamadun Islam dalam tamadun Melayu telah menjadikan bahasa Melayu kaya dan mampu digunakan untuk membahas perkara-perkara yang ilmiah seperti falsafah. Perkara ini tidak pernah berlaku pada masa sebelum kedatangan

Islam, walaupun pengaruh Hindu cukup kuat bertapak pada kebudayaan Melayu sebelum itu. Tasawuf, hukum dan undang-undang, penterjemahan alQuran seperti Abdul Rauf Al-Fansuri telah menterjemahkan al-Quran buat kali pertama dalam bahasa Melayu pada abad ker 17 M, perbahasan ilmu Hadis , ilmu fekah dan berbagai-bagai ilmu lagi.

Interaksi yang berlaku antara tamadun Islam dan tamadun Melayu lagi ialah dari segi tulisan iaitu tulisan Jawi. Dengan tulisan ini, bahasa Melayu dapat ditingkatkan, sementara hasil-hasil kebudayaan Melayu zaman dahulu dapat dirakamkan sehingga kita dapat menyaksikan sehingga ke hari ini. Bahkan, karya-karya Melayu lama lebih banyak dalam bentuk tulisan Jawi daripada yang telah dirumikan.

Interkasi tamadun Islam dalam tamadun Melayu yang lain pula adalah dari segi bidang politik, perundangan yakni pelaksanaan hukum syarak dan pentadbiran. Ini dapat disaksikan pada sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka (1403-1511 M). Rentetan perkara ini, peranan ulama-ulama Islam sangat penting khasnya dalam membentuk masyarakat di Asia Tenggara, selain menjadi para pemimpin untuk menentang pencerbohan kuasa-kuasa asing, terutama daripada penjajah-penjajah Barat.

Menurut Ahmad Zaki Abd. Latiff ( 2012), menyatakan bahawa interaksi dengan tamadun Islam adalah dari segi sudut bahasa dan kebudayaan,

lahirnya tulisan Jawi, buku-buku sastera Arab seperti Kisah Seribu Satu Malam dan Pahlawan Islam. Dalam bidang pendidikan, kurikulum pendidikan agama dan bahasa Arab di sekolah-sekolah agama ; nama-nama Arab dan nama-nama Nabi dan sabahat digunakan dalam menamakan anak-anak yang baru dilhirkan. Selain itu, makanan Arab seperti nasi Bukhara, nasi Arab, pakaian Arab seperti jubah, seni bina masjid dan rumah, filem Arab dan lainlain.

Ulama-ulama tempatan dan juga dari Tamadun Islam khususnya tanah Arab telah mengajar dan mendidik masyarakat dalam tamadun Melayu untuk menegakkan maruah bangsa, mempertahankan tanah air, agama dan bangsa, di samping menghayati ajaran-ajaran agama Islam.

1.3 Tamadun Jepun Signifikannya & Interaksinya dalam Pembinaan Tamadun Melayu (Malaysia)

Melalui tamadun Jepun, interaksi dalam pembinaan ketamadunan bangsa khususnya kepada masyarakat dalam tamadun melayu telah berlaku. Kepercayaan seperti Budhhisme-Zen-Samurai, Bushido, Tsun Tzu yakni berani membuat keputusan, Berdisiplin, bertanggungjawab, kesetian dan keikhlasan untuk mencari sendiri rezeki telah diperkenalkan oleh masyarakat Jepun dan telah diasimilasikan dalam ketamadunan Melayu khususnya dalam aspek ekonomi.

Menurut Azhar Hj. Mad. Aros (2004) berpendapat bahawa dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 Malaysia, negara Jepun boleh dijadikan model Malaysia dan Asia dalam aspek pembangunan dan kecemerlangan walaupun bukan secara keseluruhan. Jepun juga dianggap sebagai pemimpin Asia.

1.4 Tamadun India : Interaksi dengan Tamadun Melayu

Terdapat banyak bukti sejarah yang menjadi saksi wujudnya interaksi antara tamadun India dengan tamadun Melayu. Penemuan arkeologi tentang kedatangan serta pengaruh masyarakat India terdapat di sekitar negeri Kedah. Kuala Merbok berperanan sebagai pelabuhan bagi kapalkapal India kerana ia merupakan tempat yang paling dekat dan sesuai untuk masuk ke Tanah Melayu.

Tidak lama kemudian, kawasan ini mula memainkan peranan sebagai pusat perdagangan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu. Di kawasan tersebut, penyebaran agama Budha berlaku bersama

perkembangan kerajaan Hindu-Budha yang dikenali sebagai negara kota. Bukti-bukti rekod negara China, batu-batu bersurat dan patung-patung berhala juga yang ditemui juga menguatkan buktinya : Azhar Hj. Mad. Aros (2004).

Terdapat beberapa tinggalan yang menguatkan lagi bukti bahawa koloni Hindu dengan kuil-kuil yang musnah di sepanjang lereng Gunung Jerai, Kedai bersama dengan serpihan patung-patung ditemui oleh Kol. Low. Beliau juga turut menjumpai inskripsi Sanskrit pada abad ke-4 Masihi di Bukit Mertajam. H.G.Q. Wales, seorang ahli kaji purba pula menemui banyak patung mahzhab Saivisme di sepanjang Sungai Bujang dan di Lembah Merbok.

Di Gunung Jerai , ditemui patung-patung suci Saivisme yang menjadi daya penarik penganut agama ini. Penemuan patung Dewi Durga, Mahishasura, kepala Nandi (kenderaan dewa Shiva) di Sungai Batu Pahat, Kedah juga membuktikan amalan penduduk kawasan itu yang menganuti agama Hindu. Seorang sarjana bernama Alaistair Lamb yang membuat kajian di Candi Batu Pahat juga telah menemukan bukti-bukti pengaruh Hindhu yang kuat seperti objek singa, lembu, kura-kura, bunga teratai yang dikaitkan dengan mazhab Saivisme dan Vaisnisme.

Pengaruh yang jelas akan agama Budha juga berlaku di Tanah Melayu dan sebagai buktinya sebuah inskripsi Sanskrit (775 M) ditemui di Ligor, di mana seorang Raja Srivijaya dikatakan membina beberapa buah rumah persinggahan bagi mengenangkan sumbangan Budha serta Bodhisattva, Padmapani dan Vairapani.

Pengaruh tamadun India juga bertapak kuat di Alam Melayu dengan perkembangan konsep Devaraja, iaitu raja dianggap sebagai pembayang Tuhan. Ini merupakan tradisi Hindu yang amat berpengaruh di Alam Melayu. Sebelum pertabalan, seseorang raja India diwajibkan mengikuti beberapa upacara keagamaan yang dijalankan oleh para Brahmana yang mengiktiraf raja sebagai raja yang berkuasa.

Pengaruh tamadun India tersebut masih kekal sehingga ke hari ini dalam masyarakat tamadun Melayu hari ini, misalnya Menjunjung Duli Seri Paduka Baginda. Duli-debu dari perkataan thuli, seri-suci, padukaalas kaki raja dalam bahasa Sanskrit.

Menurut Ahmad Zaki Abd. Latiff ( 2012), menyatakan bahawa interaksi dengan tamadun India ini telah menyebabkan berlakunya percampuran antara bahasa Sanskrit dengan bahasa Melayu, bahasa Tamil dengan bahasa Melayu seperti perkataan amma, appa, pancaindera, maharaja, mahaguru (Indo-Eropah, pura, kepala, mantra kaca dan cinta). Begitu juga dalam kesenian seni binaan yang berunsurkan India seperti Masjid India, semua binaan mempunyai kubah ke atas merujuk kepada Tuhan yang esa.

Dalam aspek kesusasteraan Tamadun Melayu juga, interaksi dengan Tamadun India juga telah sedikit sebanyak memberikan impak dalam cabang sastera Melayu. Dalam masyarakat Melayu pada ketika itu, dikatakan terdapat zaman Hindu dalam sejarah kesusasteraaan Melayu lama. Antara hasil nukilan karya-karya saduran epik-epik agung Hindu seperti Ramayana dan Mahabharatta. Hikayat Seri Rama dan Hikayat Pandawa Lima/Jaya, Hikayat Sang Boma merupakan antara hasil nukilan yang jelas.

Secara amnya, kesan pengaruh interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun India dapat dilihat dengan jelas dalam pelbagai bidang di Tanah Melayu khususnya seperti dalam bidang wayang kulit (Siam), magis, lukisan , tarian , adat isitiadat perkahwinan, pemikiran, kepercayaan, kesenian, makanan, aspek ekonomi dan politik masyarakat dalam Tamadun Melayu yang sedikit sebanyak telah dicorakkan oleh

ketamadunan India.

1.5 Interaksi dengan Tamadun China : Melayu & Islam

Dalam aspek kebudayaan China telah masuk ke dalam masyarakat Tamadun Melayu. Antaranya seperti Budaya Baba-Nyonya yang mana menyaksikan imigran China ke Tanah Melayu dan mengadaptasikan kehidupan Melayu dalam hidup mereka. Ada juga di kalangan mereka yang menganut agama Islam, sebagai sebahagian daripada cara hidup beragama.

Dalam

seni

binaan

pula,

interaksi

telah

sedikit

sebanyak

mempengaruhi pembinaan bangunan seperti Masjid Tanjung Kling, Masjid Tengkera , seni kaligrafi dan lukisan cat minyak. Dalam kesusasteraan pula, pertalian bahasa Cina dengan bahasa Melayu seperti perkataan tauke, teh, bihun, tauhu, bakmi, mi, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, angki (pisang kaki), uncoil dan dacing.

Pada masa yang sama wujud kelompok masyarakat Cina dalam tamadun Melayu yang digelarkan sebagai China peranakan yakni cina Kampung seperti Cina peranakan yang terdapat di Kelantan yang menjalani kehidupan seperti masyarakat Melayu dan masih sedikit sebanyak masih mengekalkan tradisi mereka sebagai masyarakat China.

Menurut Ahmad Zaki Abd. Latiff ( 2012), menyatakan bahawa interaksi dengan tamadun China bersama dengan Tamdun Islam juga telah berlaku, semasa Zaman Khulafa al-Rasyidin yang ketiga , iaitu Uthman bin Affan r.a., beliau telah menghantar Saad Bin Abi Waqqas r.a malawat China pada tahun 651 M (29H) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Rentetan peristiwa tersebut, Maharaja China telah mengarahkan pembinaan masjid yang besar dan indah di bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou ( Abdul Rauf, 1994 ).

Agama Islam juga tersebar ke China melalui Laluan Sutera (Silk Route). Pada abad ke 13 M, ramai orang Islam dibawa masuk ke Moggol dari Asia Barat untuk membantu dalam pentadbiran. Sehingga kini, masih terdapat ramai penganut agama Islam di China. Kebanyakkannya terdiri daripada kaum minoriti dari bahagian barat laut dan barat Xin Jiang, Qing Hai dan Ning Xia.

1.6 Kesan Interaksi dan Pertembungan antara Tamadun

Menurut Ahmad Zaki Abd. Latiff ( 2012), menyatakan bahawa interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Faktor-faktor seperti agama, pegangan nilai, bahasa, budaya adat dan sistem sosial mempengaruhi semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling hormat-menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Sikap sedemikian menyebabkan bercambahnya ilmu dan budaya serta mengelak daripada berlaku kemerosotan sesebuah tamadun.

Interaksi antara masyarakat dalam tamadun Islam dengan masyarakat dalam tamadun China, telah mengembangkan

perdagangan dan ekonomi. Lebih daripada itu, ramai pedagang Arab telah menetap di negara China dan berkahwin dengan wanita tempatan. Pada zaman pemerintahan Dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh pemimpin Islam dalam pemerintahan negara China. Ini telah memungkinkan penyebaran Islam dengan lebih meluas dan kewujudan komuniti Islam di negara China.

Interaksi antara tamdun China dengan tamadun Melayu telah melibatkan kemajuan dalam teknologi kebendaaan, tetapi tidak mengubah pemikiran beragama. Barangan dan perdagangan seperti

gula, sutera, tembikar dan logam datangnya dari tamadun China. Hubungan diplomatik negara China dengan Melayu juga semakin berkembang , khususnya pada zaman Dinasti Yuan dan Ming serta Kesultanan Melayu Melaka.

Secara tuntasnya, interaksi antara tamadun telah membawa seribu satu rahmat. Segala perkongsian dan kemajuan dapat dikongsi dan dibangunkan bersama-sama antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain.