Anda di halaman 1dari 5

Soalan 3 : Pandangan seorang tokoh falsafah pendidikan Islam dan seorang tokoh falsafah pendidikan Timur.

# Pengertian Falsafah Islam. Menurut Al-Farabi - Falsafah boleh dilihat daripada dua sudut: i) ii) Falsafah teori : mengetahui sesuatu yang ada Falsafah amalan : mengetahui sesuatu yang diwujudkan dalam perbuatan

# Konsep Pendidikan. satu proses berterusan untuk mengubah, melatih, dan mendidik akal, jasmani dan rohani manusia berasaskan nilai-nilai Islam yang bersumberkan wahyu bagi melahirkan insan yang bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat # Matlamat Pendidikan Islam Mengembangkan insan untuk menjadi manusia yang mencintai Allah dan Pesuruh-Nya serta berupaya untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di dunia ini. # Falsafah Pendidikan Islam Merupakan suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah # Tujuan Pendidikan Islam Untuk membantu pembentukan akhlak yang mulia Persiapan untuk kehidupan dunia dan akhirat Prinsip untuk mencari rezeki dan pemeliharaan dari segi kemanfaatan

Menumbuhkan roh ilmiah(scientifict spirit) pada pelajar dan memuaskan keinginan erti untuk mengetahui(curiosity)

Menyiapkan pelajar dari segi teknik, profesional dan perusahaan tertentu

Tokoh Falsafah Pendidikan Islam

Al- Ghazali Riwayat hidup. Nama sebenar beliau ialah Abu Hamed Mohammad ibn Mohammad al- Ghazali. Al- Ghazali dilahirkan di Tus, Khorasan, Iran pada tahun 1058. Apabila ayahnya meninggal dunia, beliau berdaftar di sebuah madrasah di Gurgan untuk belajar ilmu fiqh. Tujuh tahun kemudian, Al- Ghazali kembali ke Tus dan melanjutkan pengajiannya. Pada tahun 1091, Al-Ghazali dilantik sebagai seorang Professor di Baghdad.

Pandangan Tokoh Terhadap Pendidikan Islam Menurutnya, pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek intelek, latihan jasmani, serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

# Prinsip Falsafah Pendidikan Timur Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah. Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian kebahagiaan. Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka. Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai nirvana.

Tokoh Falsafah Pendidikan Timur

Confucius Riwayat hidup Nama sebenar ialah Confucius atau Kung Fu Tze. Confucius dilahirkan pada tahun 551 SM di Qufu, daerah Shandong. Beliau berasal daripada keluarga miskin. Sejak kecil lagi, beliau sudah tekun belajar. Apabila Confucius berusia 20 tahun, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Rendah Kerajaan Cina. Kemudian beliau menjadi seorang hakim di Chung Tu diikuti dengan jawatan sebagai Grand Secretary of Justice dan akhirnya sebagai Ketua Menteri.

Falsafah Pendidikan Confusius Pendidikan adalah untuk semua tanpa mengira status sosioekonomi. Matlamat pendidikan adalah menghasilkan individu berkebolahan dan bermoral tinggi. Kurikulum berfokuskan: Pendidikan Moral Falsafah Kesusteraan Puisi Muzik Sejarah Tatacara Kelakuan yg baik

Pandangan Tokoh Terhadap Pendidikan Timur Pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh bertimbang negara dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, ikhlas hati, kesederhanaan, menghormati orang tua,

rasa,

menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan

Buku teks yang mula dipelajari ialah The Four Books yang mengandungi falsafah pendidikan konfusianisme , iaitu empat buah buku: Confucian Analects Book of Mercius The Great Learning The Doctrine of Mean

Anda mungkin juga menyukai