Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Pengenalan

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sempurna dan yang membezakannya dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini adalah

pengurniaan akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah, berkembangnya emosi manusia seiring dengan peredaran masa. Perasaan dan emosi seperti sedih, ketawa, takut mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan

personalitiseseorang. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan jiwa seseorang. Kebolehan untuk mengecam perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kompetensi kecerdasan emosi adalah pengetahuan berketrampilan dan perilaku tugas yang harus dimiliki oleh setiap orang guru. Setelah dimiliki, para guru perlulah menghayati dan menguasai kompetensi tersebut dan mempraktikkannya dalam kehidupan harian dan bilik darjah. Setelah guru mempunyai kompetensi ini, barulah mereka dapat menyusun aktiviti P&P sambil menyemaikan kompetensi tersebut dalam kalangan pelajar. Dalam kerja kursus kompetensi kecerdasan emosi ini saya akan

menerangkan dengan lebih lanjut tentang kompetensi personal dan kompetensi sosial. Kompetensi personal bermaksud seseorang itu haruslah mempunyai keperibadian diri yang baik, stabil, bersifat matang dan bijaksana. Apabila seorang guru berakhlak mulia, maka mereka mampu untuk menjadi contoh teladan kepada para pelajar dan masyarakat. Manakala kompetensi sosial pula merangkumi kemampuan seseorang sebagai sebahagian dari masyarakat yang mampu berkomunikasi lisan, tulisan atau secara isyarat dengan orang sekelilingnya. Tidak ketinggalan juga, cabaran dan desakan hidup pada zaman sekarang memerlukan tenaga pengajar yang berkualiti tinggi agar mampu berhadapan dengan arus dan keperluan kehidupan yang sangat mencabar. Dalam proses untuk menghasilkan tenaga pengajar yang sedemikian, pembentukkan jati diri guru perlu diberi penekanan. Salah satu komponen dalam jati diri ialah memupuk tahap Kecerdasan Emosi dalam diri guru agar guru mampu berhadapan dengan cabarancabaran yang terlibat dalam profession perguruan malahan dalam kehidupan harian.
1

Keupayaan Kecerdasan Intelek (IQ) yang tinggi tidak akan menjamin kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang tertentu. Tanpa kekuatan dalam Kecerdasan Emosi seseorang individu tidak dapat membuat penilaian kendiri dengan baik supaya dia dapat bertindak dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi dan cabaran yang dihadapinya. Akhir sekali, sebagai seorang bakal guru sudah tentu kita sudah didedahkan bahawa kita perlu menyediakan dan merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) agar objektif ilmu yang ingin kita sampaikan kepada para pelajar diterima oleh mereka dengan sempurna, berkesan dan terancang. RPH ialah persediaan guru untuk merancang strategi-strategi yang perlu dilakukan agar objektif ilmu yang ingin disampaikan kepada para pelajar dapat diterima dan menepati sukatan pelajaran. Seorang guru perlulah mengintegrasikan kompetensi kecerdasan emosi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka agar para pelajar dapat menghayati kepentingan kompetensi ini dalam diri masing-masing.

2.0 Definisi Kompetensi

Selama ini ramai orang yang berpendapat bahawa untuk meraih prestasi belajar yang tinggi, Kecerdasan Intelektual (IQ) yang diperlukan juga tinggi. Namun, menurut hasil penelitian terbaru dibidang psikologi membuktikan bahawa IQ bukanlah satusatunya faktor yang mempengaruhi prestasi belajar seseorang, tetapi ada banyak faktor lain yang mempengaruhi dan salah satunya adalah kecerdasan emosional. Kecerdasan emosional adalah kemampuan seseorang untuk mengenali emosi diri, mengelola emosi diri, memotivasi diri sendiri, mengenali emosi orang lain ataupun bersifat empati dan kemampuan untuk membina hubungan kerjasama dengan orang lain. Menurut Kamus Dewan (2002) kompetensi ialah kecekapan. Manakala kompetensi kecerdasan emosi menurut Salovey & Mayor (1990) pula ialah kebolehan untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain dengan tujuan untuk memotivasi dan menguruskan emosi diri sendiri dalam usaha membina dan mengekalkan hubungan dengan orang lain. Kecerdasan emosi juga adalah satu kayu ukur yang diperlukan oleh seseorang untuk berjaya dalam kerjaya. Kecerdasan emosi juga berkait rapat dengan nilai kerja yang dipegang oleh seseorang dan mampu memberikan kesan ke atas prestasi kerja individu tersebut. Guru yang cemerlang didapati mempunyai atribusi atau domain kecerdasan emosi seperti empati dan kemahiran sosial. Kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru cemerlang mempunyai tahap kepintaran interpersonal dan intrapersonal yang tinggi. Kompetensi personal dan kompetensi sosial merupakan salah satu cabang ilmu dalam kajian kompetensi kecerdasan emosi. Menurut Suharsono (2002) kompetensi personal ialah kemampuan seseorang yang dihubungkan dengan keperibadian, sifat-sifat atau karakter yang dimilikinya. Seseorang yang mempunyai kompetensi jenis ini sedar akan emosi yang dirasa dan sebabnya. Dia juga sedar akan perkaitan perasaan, pemikiran, perlakuan dan pertuturannya. Oleh itu, dia akan berupaya menangani emosinya dengan baik dan bijak supaya tidak mempengaruhi prestasi kerjanya pada sesuatu masa itu.

Menurut Martini & Adiyanti(1991) kompetensi sosial pula merupakan keupayaan seseorang individu mempunyai kecekapan untuk menyesuaikan diri untuk berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, kompetensi jenis ini amat berhubungan dengan kemampuan seorang guru sebagai anggota masyarakat yang meliputi kemampuan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan teman sejawat untuk meningkatkan kemampuan professional, kemampuan untuk mengenal dan memahami fungsi-fungsi setiap susun atur kemasyarakatan dan kemampuan untuk menjalin kerja sama baik secara individu mahupun secara berkumpulan. Guru juga perlulah menyemai kompetensi sosial ke dalam diri para pelajar juga supaya mereka mampu bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Kompetensi Kecerdasan Emosi

Kompetensi Personal

Kompetensi Sosial

Kesedaran Kendiri

Pengurusan Kendiri

Kesedaran Sosial

Kompetensi Sosial

2.1 Definisi dan Konsep Kompetensi Personal Kompetensi personal ialah perkara yang berkait rapat dengan keperibadian dan rohani seseorang. Seseorang yang mempunyai kemampuan yang kuat bagi jenis ini mampu mengawal emosi dan perasaannya sekaligus mampu mengelakkan tindakan yang terburu-buru. Menurut Soharsono (2002), kompetensi personal ialah

kemampuan seseorang yang dihubungkan dengan keperibadian, sifat-sifat atau karakter yang dimilikinya.

Kompetensi personal dapat dibahagikan kepada dua iaitu: i. ii. Kesedaran kendiri Pengurusan kendiri

Kesedaran Kendiri Kesedaran kendiri amat penting dalam kehidupan individu.Tanpa kesedaran jenis ini, kita akan menghadapi konflik kerana kurang pemahaman positif & negatif terhadap diri kita. Kesedaran jenis ini menyebabkan seseorang itu dapat mengenali emosi dan kesan emosi tersebut sekali gus berupaya membuat tafsiran yang tepat serta mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri.

Kesedaran Emosi Kendiri Mengetahui emosi sendiri Mengesan kesannya Menggunakanya sebagai panduan dalam membuat keputusan

Kesejahteraan Berpuas hati dengan kehidupan sendiri, menikmati kehidupan sendiri dan bersama orang lain dan bergembira dengan mempamerkan emosi yang positif

Keyakinan Kendiri Kepercayaan yang tinggi terhadap keupayaan kendiri

KESEDARAN KENDIRI

Kesedaran Ketepatan Kendiri Mengetahui kadar kekuatan seseorang Mengetahui batasan sesuatu perkara

Penghormatan Keupayaan dan kesedaran untuk memahami, menerima dan menghormati diri sendiri.

Pengurusan Kendiri Pengurusan Kendiri juga merupakan aspek yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu. Pengurusan jenis ini merangkumi pengurusan sikap dan karakter seseorang dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Ketekunan sentiasa berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas

Inovatif sentiasa selesa dengan idea, pendekatan, dan maklumat baru

Kebolehpercayaan sentiasa bersifat amanah dan boleh dipercayai ramai

Berorentasikan Pencapaian Desakan untuk baiki prestasi untuk memenuhi piawai kecemerlangan yang ditetapkan Inisiatif Bersedia untuk bertindak dan merebut peluang

Kebolehsuaian Keupayaan dalam menangani segala jenis perubahan

Pengurusan Kendiri
Kawalan Emosi Kendiri Keupayaan mengawal emosi dalam pelbagai situasi Optimis Tekal dalam usaha mencapai objektif mengatasi halangan

2.1 Konsep Dan Definisi Kompetensi Sosial Kompetensi sosial merangkumi keupayaan seseorang dalam menyesuaikan diri dengan masyarakat dan cara hidup sekeliling. Seorang guru yang bagus haruslah mempunyai tahap kompetensi sosial yang tinggi. Hal ini kerana, guru sering kali berurusan dan berinteraksi dengan masyarakat, murid-murid serta teman sejawat. Menurut Martini & Adiyanti (1991) pula kompetensi sosial merupakan keupayaan seseorang individu mempunyai kecekapan untuk menyesuaikan diri untuk

berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat sekeliling. Kompetensi sosial dapat dibahagikan kepada dua, iaitu: i. ii. Kesedaran sosial Kemahiran sosial

Kesedaran Sosial Kesedaran sosial ialah kesedaran tentang perasaan dan kemahuan orang lain. Kesedaran jenis ini amat diperlukan oleh setiap individu khusunya para guru agar dapat memahami masalah yang dihapadapi oleh murid. Hal ini membolehkan guru berupaya membantu murid menyelesaikan masalah tersebut.

Kesedaran sosial
Empati Sedar akan perasaan dan keperluan orang lain serta mengambil berat Membangun Individu Kesedaran tentang keperluan pembangunan individu lain dan membantu untuk peningkatan individu tersebut Kesedaran Organisasi Keupayaan membaca perubahan emosi selaras dengan perubahan politik semasa Berorientasikan perkhidmatan Boleh menjangka, mengenalpasti dan memenuhi keperluan individu Melayani Kepelbagaian Membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia

Kemahiran Sosial Kemahiran jenis ini mencakupi kemampuan seseorang sebagai anggota masyarakat dan sebagai makhluk sosial. Kemahiran ini meliputi tahap kemampuan seseorang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan teman sejawat untuk meningkatkan kemampuan profesional, kemampuan untuk mengenal dan memahami fungsi-fungsi setiap lembaga kemasyarakatan dan serta kemampuan untuk menjalin

kerja sama baik secara individu ataupun secara kelompok.

Kemahiran Sosial Kepimpinan berinspirasi Memandu dan mendorong orang lain melaksanakan desakan visi Komunikasi Menyampaikan maklumat yang jelas dan meyakinkan Pengaruh Berupaya menggunakan pelbagai taktik untuk memujuk Pemangkin perubahan Memulakan hala tuju baru Mengurus dan memimpin perubahan Membina perhubungan Mendorong dan memupuk hubungan yang baru Kolaborasi dan kerja berpasukan Membina visi yang dikongsi dan bekerja dengan orang lain untuk mencapai matlamat bersama Pengurusan konflik Membantu menyelesaikan masalah

3.0 Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran Tahun Bilangan murid Tema Tajuk Tarikh Masa Objektif

: Bahasa Melayu : 6 Cemerlang : 28 orang : Sejarah : Kembara Sejarah : 5 Ogos 2011 : 11.30 12.30 pagi (60 minit) : Pada akhir pembelajaran murid dapat ; 1) Menyumbangkan dua daripada lima isi perwatakan

Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan. 2) Membina ayat dengan menggunakan lima daripada tujuh kata penguat di dalam buku teks. 3) Membina bertemakan berkumpulan. Fokus utama : 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan, dan ayat yang sesuai. Aras 3 analitis. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam secara sekurang-kurangnya Pelayaran satu rangkap Cheng Ho pantun secara

Laksamana

Fokus sampingan : 10.1 Menghasilkan pelbagai genre prosa dan puisi termasuk emel yang mudah menarik dan bermakna. Aras 1 Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. Kemahiran bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Kemahiran bernilai tambah (KBT) Kemahiran berfikir : i. ii. iii. Kecerdasan pelbagai : i. ii. Kaedah : i. ii. Tatabahasa Pengetahuan sedia ada Penggabung jalinan Teknik perbincangan Interpersonal Verbal-Linguistik Merumus Mengenalpasti idea utama Membanding beza

: Kata penguat belakang, kata penguat hadapan : Murid pernah mendengar cerita tentang sejarah Melaka dan Laksamana Cheng Ho

Bahan bantu belajra

: Komputer, LCD, buku teks Bahasa Melayu Tahun 6

10

Rancangan Pengajaran Harian

Langkah

Isi Pelajaran

Kaedah Penyampaian

Catatan

Set induksi 1.Guru berbual-bual dengan murid tentang 5 minit perlabuhan negeri Melaka sebagai perlabuhan interpot. 2. Guru mempertontonkan murid video mengenai gambaran perlabuhan negeri Melaka.

1.1 Guru bertanya murid sama ada BBB :Tayangan murid pernah mendengar sejarah Melaka ataupun tidak. 1.2 Guru menceritakan tentang keagungan dan kemasyuran Melaka pada suatu ketika dahulu. Nilai : video menggunakan Notebook dan LCD

1.3 Guru menceritakan kedatangan Patriotisme pedagang dari negara asing dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. Kebanyakan pedagang berasal dari: -China -Portugis -Arab 1.4 Guru menceritakan tokoh pedagang yang terkenal turut dating, iaitu: - Laksamana Cheng Ho

11

Langkah 1 1. Guru menggunakan teks 1.1 Guru meminta seorang demi BBB :Buku teks dalam buku teks Bahasa 15 minit Melayu tahun 6 halaman 128 2. Murid menjawab secara lisan 1.2 Guru meminta semua murid membaca teks secara bersama-sama. 1.3 Guru meminta murid menjelaskan apa yang mereka fahami melalui teks yang dibaca. 1.4 Guru menjelaskan bahawa kata penguat hadapan dan penguat belakang digunakan untuk menegaskan lagi maksud sesuatu ayat. -sangat -amat -lah 1.5 Guru meminta murid menyenaraikan kata penguat belakang dan hadapan secara lisan. KKE: Kolaborasi dan kerja berpasukan Nilai : Hormatmenghormati seorang murid membaca teks bahasa melayu tahun secara bacaan mekanis dan guru membetulkan kesalahan dalam pembacaan murid. Kemahiran Ganerik: Kemahiran Berfikir 6,kertas mahjung

12

Langkah 2 1. Murid secara berkumpulan 15 minit menyenaraikan perwatakan laksamana Cheng Ho dan menyatakan pengajaran yang terdapat dalam teks tersebut. 2.Secara berkumpulan murid membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat di dalam buku teks berkaitan dengan perwatakan Laksamana Cheng Ho

1.1 Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Guru memberi kertas mahjung kepada setiap kumpulan. 1.2 Setiap kumpulan hendaklah menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho, nilai yang bersesuaian dengan teks dan menyatakan kesan perhubungan yang ingin dijalinkan oleh Laksamana Cheng Ho dengan negeri Melaka dalam bentuk lakaran kerangka. 1.3 Guru meminta murid-murid di dalam setiap kumpulan membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam teks 1.4 Guru meminta setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas

KKE : Kolaborasi dan kerja berpasukan, Keyakian Kendiri, Komunikasi Nilai: Kerjasama

13

Langkah 3 1. Membina 3 rangkap pantun bertemakan 20 minit pelayaran laksaman Cheng Ho

1.1 Guru meminta pelajar dalam kumpulan yang sama menghasilkan 3 rangkap pantun bertemakan Laksamana Cheng Ho di atas

BBM: Kertas warna Pensel warna

kertas warna yang disediakan. KKE: Inovatif, 1.2 Pantun hendaklah ditulis Kebolehsuaian,

dengan menggunakan tulisan Pengurusan Konflik berangkai 1.3 Guru menyatakan kumpulan yang berjaya menyiapkan pantun yang terbaik dan cantik akan diberikan token untuk setiap ahlinya. Penutup 5 minit 1. Ulasan guru 1.1 Guru mengulas semula tajuk pengajaran pada hari ini dan menyatakan nilai kerjasama dan persahabatan di antara dua buah negara dapat memperkukuhkan lagi negara tersebut dan rakyat akan hidup dalam keadaan selesa. 1.2 Guru menjelaskan bahawa Negara Malaysia mempunyai khazanah yang berharga dan murid-murid bertanggungjawab menjaga khazanah Negara dari di cerobohi. KKE: Membangun individu, Kepimpinan berinspirasi, Pengaruh Kaedah pengukuhan Kerjasama Nilai:

14

1.3 Guru menjelaskan bahawa murid-murid perlu menjalinkan hubungan baik sesame sendiri dan bekerjasama. 1.4 Guru memupuk semangat dalam diri muri-murid agar melawat Negara asing agar bertambah ilmu di dada.

15

4.0 Refleksi Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana limpah dan kurnia-Nya saya telah diberi kesihatan dan kesempatan untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dalam masa yang telah ditetapkan. Sepanjang tempoh saya menyiapkan kerja Kemahiran Kecerdasan Emosi (KKE) ini pelbagai cabaran, pengalaman dan pengetahuan

khususnya pengetahuan baru terutamanya tentang cara-cara untuk mennyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) telah saya perolehi. Saya telah memilih untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran harian (RPH) bagi matapelajaran Bahasa Melayu kerana saya merupakan seorang bakal guru pengkhususan Bahasa Melayu. Di samping itu, saya juga telah memasukkan beberapa unsur-unsur Komponen Kompetensi personal dan kompetensi sosial yang telah saya pelajari dalam subjek Kompetensi Kecerdasan Emosi (EQ). Penyediaan RPH ini juga memberi saya sedikit gambaran unutk menyediakan RPH setelah saya menjadi guru kelak. Saya telah memilih matapelajaran Bahasa Melayu dengan bertemakan Sejarah. Tajuk dan tema yang telah saya pilih membolehkan saya menerapkan unsur-unsur Kompetensi Kecerdasan Emosi (EQ) semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan itu, murid dapat memperoleh maklumat yang bervariasi. Selain mendapat maklumat tentang sejarah Melaka dan Laksamana Cheng Ho, murid juga didedahkan dengan cara-cara untuk mengenalpasti dan mengendalikan emosi dan perasaan diri sendiri serta orang lain. Hal ini secara tidak langsung dapat membentuk peribadi murid yang seimbang. Bagi menjayakan setiap pengajaran yang telah saya rancangkan untuk para murid, saya perlulah bijak mengintegrasikan komponen-komponen kecerdasan

emosi dengan baik yang meliputi kompetensi personal dan kompetensi sosial semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kompetensi ini amat penting untuk disesuaikan dengan kanak-kanak tersebut kerana mereka merupakan kanak-kanak yang secara semula jadinya masih mentah dan gemar meniru perlakuan orang yang lebih dewasa tanpa mengetahui perlakuan tersebut baik atau buruk.

16

Dengan menerapkan unsur kompetensi personal yang melibatkan aspek keperibadian diri yang baik, stabil, bersifat matang, dan bijaksana dalam membuat keputusan, secara tidak lansung pelajar akan didedahkan kepada kepentingan sifatsifat seperti ini. Dengan itu murid akan berusaha untuk memiliki sifat-sifat seperti itu agar mudah bagi mereka untuk membuat sebarang tindakan dan keputusan yang tepat dan tidak menyesal dengan keputusan yang diambil oleh mereka itu. Selain itu, penerapan unsur-unsur ini juga sedikit sebanyak melatih murid untuk menjadi seorang individu yang stabil emosinya. Walau bagaimanapun, aspek-aspek yang terdapat dalam unsur kompetensi sosial juga tidak harus diketepikan. Kompetensi sosial ialah kemampuan seseorang berkomunikasi secara lisan, tulisan atau secara isyarat dengan masyarakat sekeliling mereka. Keupayaan murid dalam memiliki aspek seperti ini akan melahirkan warga masyarakat yang berkualiti dan disenangi ramai. Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajran dijalankan, guru perlulah bijak menyelitkan aktiviti berkomunikasi antara para pelajar dan guru. Contohnya seperti aktiviti yang melibatkan pembentangan murid di dalam kelas. Aktiviti ini amat penting untuk memastikan para pelajar berani untuk berkomunikasi dengan orang ramai dan tidak segan-silu meluahkan pendapat dan idea. Setelah menyiapkan kerja kursus ini, saya sedar bahawa kejayaan seseorang guru sebagai seorang pengurus di bilik darjah tidak dinilai semata-mata daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran serta pembelajaran semata-mata, tetapi kawalan emosi bilik darjah perlu di ambil kira. Kualiti peribadi dan sahsiah diri sebagai seorang guru juga merupakan tarikan kepada murid-murid. Selain itu,tahap kehebatan pengajaran guru juga bergantung pada beberapa aspek seperti kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik dan tidak membosankan, inovasi, kreatif, pengurusan masa yang berkesan, dan pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid serta penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Akhir sekali, saya berharap agar persembahan kerja kursus saya memuaskan hati para pensyarah terutamanya pensyarah unit saya iaitu, En, Zulkifli Mahayuddin.

17

5.0 Bibliografi Martani,W., & Adiyanti,M.,G.,(1990). Kompetensi Sosial Dan Kepercayaan Diri Remaja. Yogyakarta: Fakultas Psikologi Universitas Gajah Mada. Suharsono. (2002). Melejitkan IQ, IE, dan IS. Depok : Inisiasi Press. Kamus Dewan. (Edisi Ketiga). (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Retrieved July 20, 2011, from http://www.scribd.com/doc/25773293/1-0Konsep-Kompetensi-Kecerdasan-Emosi-1-1-Pengenalan (n.d). Retrieved July 25, 2011, from http://duniapsikologi.dagdigdug.com/tag/definisikecerdasan/ (n.d.). Retrieved July 28, 2011, from http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Contoh%20Rancangan%20Mengajar.pdf (n.d). (n.d) Retrieved July 30, 2011, from http://duniapsikologi.dagdigdug.com/tag/definisikecerdasan/ (n.d) Retrieved August 1, 2011, from http://www.scribd.com/doc/2078899/Rancangan-Pengajaran-Harian (n.d) Retrived August 3, 2011, from www.scribd.com/doc/.../tanggungjawab-danperanan-guru

18