Anda di halaman 1dari 27

SUNDAY, 9 OCTOBER 2011

Strategi Dan Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru


Strategi pemusatan guru adalah merujuk kepada strategi pengajar dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Dalam pembelajaran yang dilakukan, guru memainkan peranan yang sangat penting iaitu guru yang menguasai dan mengawal semua aktiviti pembelajaran. Ini bermakna, guru lebih banyak memberi penerangan sementara murid-murid hanya mendengar apa yang disampaikan. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan sesetengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru. Ciri-Ciri Strategi Pemusatan Guru 1. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang sangat penting sementara murid hanya sekadar mendengar dan meonton sahaja. 2. Komunikasi dan interaksi di antara guru dengan murid adalah sehala kerana guru lebih banyak bercakap berbanding murid yang lebih banyak mendengar. 3. Guru memplihatkan ciri kepimpinan yang bersifat autokratik kerana guru lebih banyak bertindak seperti mengawal dan memberi arahan. 4. Strategi pengajaran dan pembelajran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. 5. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. 6. Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. 7. Teknik mengajar guru lebih kepada bentuk penyampaian fakta-fakta seperti menghafaz. Ini bermakna, murid lebih banyak mengingat dan menghafaz tetapi kurang berupaya membuat interpretasi. 8. Interaksi di antara murid adalah pasif dan dari segi sosial murid adalah kurang. 9. Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian. 10.Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.
Posted by Mohamad Rosly Mohamad Shah at 16:04

http://mohdrosly78.blogspot.com/2011/10/soalan-tugasan-krt3013.html
WEDNESDAY, SEPTEMBER 14, 2011

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN


1. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU?

Kaedah mengajar seorang guru dan seorang pelajar, Untuk mengatasi kelemahan mengajar secara seluruh kelas Sebuah kelas mempunyai pelajar yang berbagai kebolehan dan keupayaan,

kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah individu perlu, belajar untuk mengembangkan kebolehan individu, guru harus mengenal potensi murid-murid mereka, mengenalpasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran beasaskan kebolehan individu

2. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA BERPASANGAN?


Satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan aktiviti secara berkumpulan. Pergerakan guru lebih mudah dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain.

3. APA DIA PENGAJARAN SECARA KUMPULAN?

strategi pengajaran berpusatkan murid, murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan dan dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka. Cara berkesan melibatkan murid secara aktif dalam proses P&P Mendorong murid berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan Setiap murid yang terlibat akan merasa diri mereka sebagai individu yang setaraf Peranan guru dikurangkan @ tidak diperlukan sama sekali

4. JENIS-JENIS KUMPULAN

MENGIKUT KEBOLEHAN

a. Satu kumpulan kecil murid cerdas b. Satu kumpulan kecil murid sederhana c. Satu kumpulan kecil murid lambat

PELBAGAI KEBOLEHAN

a. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil, b. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil c. Cerdas, sederhana dan lambat dalam satu kumpulan kecil 5. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF?

Belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan, Berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran Tujuan mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang Murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan, Murid bertanggung jawab terhadap diri dan kumpulan (5-6 orang)

6. APA DIA PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF?

Berusaha bersama untuk mencapai sesuatu matlamat yang sama Pembelajaran secara kumpulan kecil, berbagai kebolehan Matlamat intelek, sosial dan penyelesaian masalah disiplin bilik darjah, Pembelajaran dapat ditingkatkan, kerjasama dapat dipupuk, masalah disiplin dapat dikurangkan.

7. BAGAIMANA PELAKSANAAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN SECARAKOPERATIF DAN KOLABORATIF?

Aktiviti pembelajaran sekumpulan murid dibawah bimbingan guru, bertukar-tukar idea melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan, Kumpulan pelbagai kebolehan bekerjasama dan tolong menolong bagi menyelesaikan sesuatu projek pembelajaran Sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih cepat dan berkesan daripada uasaha secara sendiri, Empat kriteria asas untuk pelaksanaan pembelajaran koperatif dan kolaboratif Semangat kebergantungan Kemahiran sosial Kesedaran pertanggungjawaban individu Penilaian kumpulan Membahagikan murid dalam kumpulan yang sesuai dan beri nama setiap kumpulan, Kumpulan terdiri murid pelbagai kebolehan, Nyatakan objektif pelajaran, bahan-bahan pelajaran dan langkah-langkah melaksanakan aktiviti, Nyatakan kemahiran kerjasama yang diperlukan, Tegaskan penilaian kumpulan, kerjasama diperlukan dalam pembelajaran berkumpulan TUGASAN Sila kaji kekuatan dan kelemahan setiap kaedah dan teknik pengajaran di atas.
Posted by sakila at 5:47 PM

http://sakiladollah.blogspot.com/2011/09/kaedah-dan-teknik-pengajaran.html

1.0 PENGENALAN Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsann (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Bagi merialisasikan FPK dan menghadapi globalisasi pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif memperkasa sekolah-sekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-2010. Dalam konteks ini, seseseorang guru bertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran dan menghasilkan modal insan kelas pertama. Justeru, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P). Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid (Mohamad Johdi, 2007). Terdapat empat strategi pengajaran pembelajaran yang perlu difahami dan dikuasai oleh seseorang guru (Noriati A. Rashid ,2009). Pertama, strategi pengajaran berpusatkan guru di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Dengan kata lain,guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Strategi yang kedua adalah strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Strategi ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid dan memberi peluang kepada murid untuk menentukan jenis pengetahuan dan meneroka sesuatu ilmu yang baru. Ketiga, strategi pengajaran berasaskan bahan yang mana guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan banyak bahan seperti buku,blok-blok binaan,komputer dan lain-lain bagi meningkatkan pemikiran kritikal dan mental. Strategi keempat ialah pengajaran berasaskan tugasan. Dalam strategi ini, guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan apa yang dipelajarinya. Dengan kata lain, strategi ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek atau tugasan. Sehubungan dengan itu, diharapkan semua guru sentiasa memilih strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Dengan cara ini, ia dapat membantu murid untuk mendapat pencapaian yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam kehidupan sehariannya. Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020. Bagi mengetahui dengan meyeluruh tentang strategi pengajaran pembelajaran, dua strategi akan dikupas dan dibincangkan dalam tajuk berikutnya iaitu strategi pengajaran berpusatkan murid dan strategi pengajaran berasaskan tugasan. 2.0 STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID Dewasa ini, strategi pengajaran berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru semasa meyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahkan telah menjadi tren utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia. Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh (Orlich et al.,2007) dalam Noriati (2009). Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Esah (2003) menyatakan bahawa guru hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran semasa menyediakan aktiviti untuk mereka. Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin,2007). Strategi pengajaran berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya adalah seperti yang dinyatakan oleh Noriati (2009) iaitu murid lebih minat dalam pelajaran, melibatkan komunikasi dua hala, kepimpinan bercorak demokratik, membina kreativiti murid dan pembelajaran bercorak pengarahan kendiri. Menurut Amaljaya (2009), aktiviti yang dijalankan mengikut strategi pemusatan murid menjadikan murid lebih member fokus dalam proses pembelajaran. Strategi ini adalah lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal (Noriati,2009). 2.1 KAEDAH PENGAJARAN YANG BERSESUAIAN DENGAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID SERTA TEORI-TEORI YANG BERKAITAN 2.1.1 Kaedah Pengajaran Perbincangan Mengikut Gauthier (2001) dalam Noriati (2009), perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid dalam persekitaran pembelajaran. Bond (2001) menegaskan bahawa dalam perbincangan ini, murid akan menjadi lebih aktif (Noriati,2009).

Bagi menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti berkumpulan perlu diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan (Shahabuddin et.al. , 2007). Abd. Ghafar (2003) menjelaskan bahawa dalam kaedah ini, guru hendaklah memastikan murid sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran. Guru-guru perlu menggalakkan para pelajar berfikir untuk lebih menghasilkan daya pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang bernas. Kaedah pengajaran perbincangan kumpulan ini termasuk dalam model pembelajaran koperatif. Noriati (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara koperatif yang dipelopori oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang berupaya mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan murid. Noriati (2009) menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip pembelajaran koperatif iaitu kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan seimbang dan akautabiliti individu. Arends(2001) dalam Noriati(2009) menjelaskan bahawa kaedah perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu murid membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran. Menurut Noriati (2009) lagi, terdapat empat elemen penting yang perlu diberi penekanan sewaktu seseorang guru ingin menggunakan kaedah perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu matlamat dan objektif P&P, saiz kumpulan, susunan bilik dan pemilihan topik yang ingin dibincangkan. Terdapat 5 teknik utama dalam pembelajaran koperatif. Pertama, Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation). Dalam teknik ini, setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan murid mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Kedua, teknik Student Team Achievement Division (STAD). Dalam teknik ini, murid-murid perlu berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan. Ketiga, teknik Jigsaw. Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahliahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap murid dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari. Teknik keempat ialah Team-Accelerated Instruction (TAI). Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini

bertujuan untuk memberi peluang kepada murid yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan murid lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Teknik kelima ialah Team Games Tournament (TGT). Dalam teknik ini, guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Dalam kaedah perbincangan, terdapat dua teknik yang boleh digunakan iaitu teknik Putaran Giliran (Round Robin) dan teknik Meja Bulat (Round Table). Dalam teknik Putaran Giliran, setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah proses bertukartukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna. Manakala teknik Meja Bulat pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan mereka mantap dan bermakna. 2.1.2 Aplikasi Kaedah Pengajaran Secara Perbincangan Dalam Subjek Bahasa Melayu Tahun 6. Kaedah perbincangan kumpulan amat bersesuaian diaplikasikan dalam P&P bagi mata pelajaran bahasa Melayu terutamanya dalam bahasa Melayu penulisan untuk murid Tahun 6 di bawah tajuk penulisan karangan yang bertemakan isu alam sekitar. Guru akan memulakan sesi pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik minat muridmurid untuk meneruskan aktiviti P&P. Contohnya, selepas memberi salam, guru meminta murid-murid memeriksa sampah di bawah kerusi masing-masing dan meminta mereka mencuci dan membuang sampah yang berdekatan dengan mereka. Selepas itu, guru mengucapkan tahniah dan memberikan pujian kepada murid-murid atas kesudian mereka membuang sampah tersebut. Kesannya, emosi murid akan berada dalam gembira dan bersemangat untuk meneruskan P&P. Menurut teori pelaziman klasik J.B. Watson (1878-1958) dalam Noriati (2009), emosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui proses pelaziman. Jadi, pembentukan emosi yang positif sebelum memulakan P&P amatlah penting bagi memastikan murid-murid bersedia untuk meneruskan pembelajaran. Seterusnya, guru mengaitkan perbuatan murid tadi dengan kepentingan menjaga alam sekitar serta menceritakan senario yang berlaku di Malaysia tentang masalah pencemaran alam sekitar. Kemudian, guru membentuk beberapa kumpulan kecil. Katakan guru membentuk 6 kumpulan kecil iaitu kumpulan A,B,C,D,E dan F. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua kumpulan. Guru juga

digalakkan untuk memilih ketua kumpulan kerana guru lebih tahu akan kebolehan murid-muridnya. Pembentukan kumpulan boleh dibuat melalui bulan kelahiran, saiz kasut, dan sebagainya. Setiap ketua kumpulan diminta mengambil kad soalan daripada guru. Sebanyak tiga soalan yang berbeza dikemukakan dan ini bermakna dua kumpulan akan mendapat soalan yang sama. Selain itu, guru juga membekalkan sehelai kertas mahjong dan dua batang marker pen bagi setiap kumpulan. Mereka akan mencatatkan segala isi perbincangan di atas kertas mah-jong tersebut dengan menggunakan pengurusan grafik seperti peta minda, jadual, carta alir dan sebagainya. Dalam kad soalan tersebut, murid-murid dikehendaki membincangkan tentang punca-punca pencemaran, kesan-kesan pencemaran dan langkah-langkah yang yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut. Dalam kumpulan tersebut, murid-murid perlu menyumbangkan idea masing-masing. Mereka boleh menggunakan teknik Meja Bulat atau Putaran Giliran. Bagi memudahkan perbincangan kumpulan, guru boleh menetapkan teknik yang akan digunakan oleh setiap kumpulan. Apabila murid berbincang dan mengemukakan idea, mereka biasanya akan mengeluarkan pendapat mereka berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Hal ini berkait rapat dengan teori pembelajaran konstruktivisme yang dipelopori oleh Jean piaget (yang dikenali sebagai Konstruktivisme psikologi/ individu/kognitif/kognitif)dan Lev Vygotsky (yang dikenali sebagai konstruktivisme sosial). Menurut Lev Vygotsky dalam dalam Noriati (2009), dalam sesi perbincangan, hubungan sosial berjaya diwujudkan seterusnya individu saling membina pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain member peluang kepada murid untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri. Ketika sesi perbincangan, guru perlu bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan sentiasa menghala ke arah perkara yang betul. Dengan kata lain, guru bertindak sebagai fasilitator untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk mengeluarkan idea masing-masing. Guru perlu menetapkan masa perbincangan kumpulan bagi memastikan mereka tidak melakukan perbincangan dengan main-main dan berbual tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan. Setelah tamat perbincangan guru hendaklah meminta setiap kumpulan untuk melaporkan isi-isi perbincangan. Guru memberi peneguhan positif melalui pujian kepada semua murid kerana memberikan komitmen sepenuhnya dalam perbincangan. Peneguhan yang diberikan oleh guru ini termasuk dalam teori pelaziman operan B.F. Skinner. Mengikut Skinner, peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Menurut Baldwin dan Baldwin (2001) dalam Noriati (2009), peneguhan positif menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya manakala peneguhan negatif ialah peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah laku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkirkan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis. Guru perlu membuat perbincangan semula dengan murid-murid bagi memilih isi-isi dan idea-idea yang bernas. Bagi mengakhiri P&P ini, guru mengarahkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti penulisan karangan berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan. Murid boleh menyiapkan esei ini di rumah dan perlu dihantarkan pada keesokan harinya.

2.2 IMPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN Kaedah ini memberi impak yang amat baik terhadap perkembangan pendidikan masa kini. Hal ini demikian kerana, kaedah perbincangan ini menekankan aspek penglibatan murid berbanding kaedah tradisional yang berpusatkan guru. Kaedah perbincangan ini dapat merangsang minda murid-murid. Melalui kaedah ini, murid akan berusaha untuk memberikan idea dan pandangan serta melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Dengan kata lain, kaedah ini dapat mengubah diri murid daripada pasif kepada lebih aktif. Penglibatan murid-murid secara aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang. Pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan kemahiran sosial antara murid. Mengikut pendapat Shahabuddin et.al.(2007), kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat penyayang, kerjasama, hubungan yang erat antara murid dan sebagainya. Kaedah ini menggalakkan murid-murid mengajar sesama sendiri dan bantu-membantu antara satu sama lain dalam kumpulan seterusnya dapat mengukuhkan hubungan persahabatan antara murid-murid. Selain itu, kaedah perbincangan membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana, murid-murid akan cuba membuat perbincangan yang rapi dalam kumpulan mereka. Apabila semua murid memberikan pandangan, maka pemahaman mereka terhadap sesuatu topik yang dibincangkan akan meningkat dan memudahkan untuk mereka meyelesaikan sesuatu masalah. Implikasi yang negatif dalam kaedah ini adalah disiplin sesetengah murid menjadi tidak terkawal semasa sesi perbincangan. Hal ini dapat mengganggu murid-murid yang lain yang memberi fokus kepada isi perbincangan. 3.0 STRATEGI PENGAJARAN BERASASKAN TUGASAN Menurut Sharifah (1986), strategi pengajaran berasaskan tugasan telah dikemukakan oleh Professor William Heard Kilpatrick ( 1871-1965 ) yang mana telah diubah suai daripada kaedah penyelesaian masalah John Dewey. Strategi ini merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Noriati (2009) menjelaskan bahawa dalam strategi ini, guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan mereka peluang untuk mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari. Dalam menghasilkan aktiviti menggunakan strategi ini, guru perlu mengambil kira beberapa kriteria. Pertama, aktiviti yang dipilih mesti berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Kedua, guru perlu mempelbagaikan aktiviti berdasarkan matlamat pengajaran. Ketiga, guru hendaklah memastikan aktiviti yang dirancang membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi. Keempat, guru perlu memastikan setiap aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau bagi menghasilkan P&P yang berkesan. Kajian John Brodi (2008) menunjukkan strategi pengajaran berasaskan tugasan mampu meningkatkan

keyakinan dan motivasi murid seterusnya menjadikan murid lebih aktif dalam P&P. Bagi menjadikan proses P&P lebih bermakna, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan dan objektif-objektif pembelajaran berdasarkan aktiviti yang bakal dilakukan supaya murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Apabila murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan member bantuan jika perlu. Di akhir tugasan, guru perlu membuat sesi perbincangan dan refleksi dengan murid tentang tugasan yang telah dijalankan. 3.1 KAEDAH PENGAJARAN YANG BERSESUAIAN DENGAN BERASASKAN TUGASAN SERTA TEORI-TEORI YANG BERKAITAN 3.1.1 Kaedah Simulasi Kaedah simulasi adalah sesuai digunakan dalam P&P berteraskan strategi pengajaran berasaskan tugasan. Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benarbenar wujud di dalam keadaan yang terkawal. Menurut Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu melalui tugasan dalam simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan dalam pencapaian sesuatu aspek atau bidang. Terdapat beberapa ciri kaedah simulasi. Pertama, simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Murid belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. Kedua, dalam kaedah simulasi, peranan murid agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan. Ketiga, murid dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut Joyce et al. (2002) dalam Noriati (2009), model simulasi mengandungi empat fasa iaitu orientasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan. Fasa orientasi merupakan fasa guru mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi serta memberikan gambaran umum tentang aktiviti dalam simulasi. Dalam fasa kedua, murid akan diperkenalkan tentang peraturan, peranan murid, prosedur, cara mendapat skor serta matlamat simulasi. Guru akan mengagihkan peranan kepada setiap murid supaya mereka mengetahui peranan mereka. Murid-murid akan mula melakukan simulasi dalam fasa yang ketiga. Pada fasa ini, guru akan bertindak sebagai pengadil dan jurulatih. Guru juga boleh memberhentikan proses simulasi buat seketika bagi mendapatkan maklum balas daripada murid, menilai prestasi dan memperjelas salah tanggapan yang berlaku semasa proses simulasi. STRATEGI PENGAJARAN

Selepas murid-murid menjalankan proses simulasi, guru hendaklah membuat perbincangan bersama murid tentang hasil pembelajaran dan refleksi daripada hasil aktiviti yang telah dijalankan. Ini adalah merupakan fasa yang keempat. 3.1.2 Aplikasi Kaedah Simulasi Bagi Mengajar Subjek Bahasa Melayu Tahun 6. Katakan seorang guru yang ingin mengajar subjek bahasa Melayu tahun 6 dalam tajuk penulisan karangan jenis cerita. Pertama, guru akan memberikan salam kepada murid-murid dan mengambil kedatangan murid-murid. Guru bertanyakan khabar dengan murid-murid dan meminta mereka bersedia untuk meneruskan pembelajaran. Guru meminta semua murid untuk datang ke hadapan untuk mengambikkertas undian kumpulan yang terdiri daripada nombor 1 hingga 6. Kemudian, guru memberitahu murid supaya berada dalam kumpulan mengikut nombor yang mereka dapat. Cara pembahagian kumpulan ini membantu murid untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mencari ahli kumpulan masing-masing. Kumpulan yang berjaya dibentuk dahulu diberi pujian dan hadiah oleh guru manakala kumpulan yang terakhir yang dapat dibentuk dikenakan denda untuk menyanyikan sebuah lagu. Melalui cara ini, murid akan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Peneguhan dan hukuman yang diberikan oleh guru ini amat berkait rapat dengan teori pelaziman operan B.F. Skinner. Dalam teori Skinner, peneguhan dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan negatif. Hukuman juga dibahagikan kepada dua iaitu hukuman beri dan hukuman tarik. Hukuman beri mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang diberikan manakala hukuman tarik mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik (Noriati, 2009). Dalam kes tadi, kumpulan terakhir yang dapat dibentuk dikenakan hukuman beri iaitu mereka terpaksa menyanyikan sebuah lagu. Proses pengajaran diteruskan dengan perlantikan seorang ketua bagi setiap kumpulan. Pemilihan ketua kumpulan adalah berdasarkan tarikh lahir. Murid yang paling tua automatik dilantik menjadi ketua. Kemudian, ketua kumpulan diminta untuk mencabut kad tugasan daripada guru. Dalam kad tersebut tercatat situasi-situasi yang perlu dilakonkan oleh murid bagi setiap kumpulan. Dalam masa yang ditetapkan, murid-murid perlu berbincang antara ahli kumpulan tentang watak-watak yang yang diperlukan. Guru perlu memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti perbincangan ini. Kemudian, setiap kumpulan diminta melakonkan situasi-situasi yang dikehendaki dalam kad tugasan tadi dalam bentuk simulasi. Kumpulan yang tidak terlibat semasa simulasi dikehendaki mencatat idea-idea yang dikeluarkan oleh kumpulan yang melakukan simulasi. Proses ini diulang kepada kumpulan yang lain pula. Selepas simulasi tamat, guru memberikan pujian bagi membangkitkan semangat murid-murid. Guru membuat refleksi bersama pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan. Di akhir pengajaran, guru meminta murid menulis satu karangan berbentuk cerita berdasarkan manamana simulasi yang telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Guru menetapkan supaya murid-murid

menyiapkan tugasan ini di rumah dan murid dikehendaki menghantar karangan ini pada keesokan harinya. 3.2 IMPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN Pertama, kaedah simulasi membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Hal ini demikian kerana dalam kaedah simulasi, semua murid perlu memberikan idea secara verbal. Kedua, kaedah simulasi membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif. Kaedah simulasi membolehkan murid berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. Kaedah simulasi ini juga dapat membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran menjawab, dimana para pelajar akan memberi pendapat, cadangan, bantahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 4.0 RUMUSAN

Dalam menghadapi arus globalisasi dalam dunia pendidikan ini, guru perlu bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran bagi menjadikan suasana kelas lebih menarik seterusnya dapat menghasilkan P&P yang berkesan. Strategi pengajaran yang berpusatkan murid perlu diberi keutamaan sewaktu menjalankan P&P agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif. Kaedah perbincangan adalah sangat sesuai dijalankan kerana kaedah ini melibatkan semua murid untuk memberi pandangan dan idea seterusnya dapat membina hubungan sosial dalam kalangan murid. Selain itu, strategi pengajaran berasaskan tugasan juga tidak boleh diabaikan. Hal ini demikian kerana strategi ini dapat member peluang kepada murid untuk mengaplikasi apa-apa yang dipelajari oleh mereka. Kaedah simulasi perlu dilaksanakan oleh guru bagi memberikan peluang kepada murid-murid untuk melakonkan mengikut situasi hampir sama dengan situasi yang sebenar. Di samping itu, kaedah simulasi dapat menjana kreativiti pemikiran murid dan memantapkan kemahiran berbahasa. 5.0 CADANGAN

Sebagai seorang guru, haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan Oleh itu, perancangan guru seharusnya lebih kreatif dari segi mengadakan pelbagai kemudahan dan sumber rujukan supaya aktiviti P&P menjadi lebih bermakna dalam mendorong proses P&P menjadi lebih sempurna. Dalam proses membentuk kumpulan, guru perlu mempelbagaikan cara untuk membahagikan kumpulan supaya murid-murid dapat merasai pengalaman bersama murid-murid yang lain. Selain itu, guru perlu mengambil kira aspek kesesuaian tempat sekiranya ingin menjalankan kaedah simulasi agar murid-murid berasa selesa semasa mempersembahkan simulasi mereka. Bagi memastikan disiplin murid sentiasa terkawal, guru hendaklah memberitahu murid supaya berbincang dalam keadaan yang tidak mengganggu murid-murid yang lain sebelum mengarahkan murid melakukan sesuatu aktiviti. Sekiranya murid masih dalam keadaan bising, guru perlu bertindak cepat

untuk RUJUKAN Jurnal

member

amaran

kepada

murid

yang

membuat

bising.

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar : Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. John Brodi (2009). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes Teaching School,IPTAR : Jabatan Ilmu Pendidikan, IPTAR Buku :

Abd. Ghafar M.D (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Noriati A. Rashid,Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah .(2009). Murid dan Alam Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd. Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan : Pedagogi (edisi pertama). Kuala Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Internet : Amaljaya. (2009, May 06). Teaching Strategies. Retrieved Ogos 24, 2010, from Info Pendidik Guru: http://amaljaya.com/guru/2009/05/06/teaching-strategies/

http://cikgumadrid.blogspot.com/2011/09/kerja-kursus-pendek-murid-dan-alam.html

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

1.1.

Kaedah bercerita

Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Cerita yang baik harus mempunyai permulaan, perkembangan dan penutup. Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang baik dan harus dicontohi. Antara perkara yang harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita haru sesuai dengan tahap kanak-kanak, menarik, berbantukan gambar dan menarik. Suara guru juga jendaklah menarik, ada nada, dan menarik agar dapat murid dapat memberi sepebuh perhatian kepada cerita. Dalam aktviti pendidikan islam, guru boleh bercerita tentang kejadian alam dan makhluk Allah. Guru boleh bersoal jawab bersoal jawab tentang pencipta bagi makhluk haiwan, manusia dan tumbuhan.cerita tauladan juga boleh diceritakan sebagai contoh, pengembala kambing yang jujur dengan Khalifah Umar Al-Khattab. Selitkan nilai-nilai murni dalam cerita tersebut agar kanak-kanak dapat mengambil iktibar daripada kisah tadi. Dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik bercerita. Guru boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan dustanya, semua orang tidak mempercayai bahawa harimau telah menyerang kambingkambingnya. 1.2. Kaedah lakonan

Terdapat beberapa cara lakonan dapat dijalankan dalam P&P. Terdapat 2 cara iaitu lakonan tanpa skrip dan berskrip. Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk membawa sesuatu watak. Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilainilai yang ada dalam cerita itu. Kemudian kaitkan nilai-nilai yang ada dalam kehidupan seharian.

Manakala lakonan berskrip pula, memerlukan murid membaca dan memahami skrip serta watak dan ajalan cerita. Murid boleh dipilih berdasarkaan watak. Perbincangan tentang nilai-nilai moral dalam lakonan tadi harus diadakan dan ringkasan perlu dihasilkan. Dalam pendidikan islam, antara lakonan yang dapat dijalankan adalah seperti: Lakonan cara menghormati al-Quran Cara melakonkan cara bersuci dari najis ketika berwuduk. Abad adab makan Dalam pendidikan moral pula aktiviti yang dapat dijalankan adalah: Melakonkan suatu situasi menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila dalam interaksi. Melakonkan cerita Si Tenggang untuk memberi keinsafan kepada anak derhaka. Lakonan dapat menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid. Murid juga akan menjadi aktif. Pengajaran dan pembelajaran adalah menarik dan menyeronokkan dan menggalakkan interaksi di kalangan murid-murid.

1.3. Kaedah bermain Kaedah bermain dapat meransang interaksi sosial dan emosi. Ia juga menambah keyakinan dan mengurangkan rasa bosan. Bermain juga bertindak sebagai satu alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Permainan juga dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Selain itu, permainan juga dapat membentuk perkembangan tumpuan seseorang murid serta minat untuk menjelajahi dan mencipta idea. Dalam pendidikan islam, aktiviti bermain dapat dijalankan melalui belajar sambil bermain. Guru boleh membuat permainan yang memerlukan murid menjawab soalan mudah. Contohnya:

Memilih bola bernombor dalam baling. Kemudian menjawab soalan mudah mengikut nombor bola tersebut. Murid yang berjaya menjawab 2 soalan dengan betul diberi sebatang pensil. Dalam pendidikan moral, guru boleh melakukan permainan yang lebih kurang sama seperti contoh di atas. Hanya soalan sahaja yang berlainan. Selain itu main pasir, air dan bongkah secara berkumpulan dapat mendidik kanak-kanak bersabar, bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam kumpulan. 1.4. Kaedah simulasi/main peranan

Aktiviti dimulakan dengan penyampaian dilema dan apakah yang harus dilakukan oleh muriid tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian meminta murid memainkan peranan masing-masing.Guru memberi tugas memerhati kepada murid lain seperti menilai. Kaedah inimenekankan kepada ekspresi dan perasaan. Perbincaangan diadakan melibatkan kesan teknik main peranan diadakan. Kemudian membuat keputusan besaskan generalisasi dan ulangi aktiviti tersebut dengan melibatkan murid lain. Kaedah simulasi dapat melibatkan murid sepenuhnya dalam P&P. ini juga meningkatkan kemahiran komuniksai dan perkembangan diri murid. Ia juga berkesan dalam cara memberi kefahaman tentang suatu konsep. Langkah-langkah main peranan dimulakan dengan menyediakan kertas panduan dan penerangan kepada setiap murid tujuan main peranan. Ianya melibatkan kaedah dan peraturan mudah yang harus dipatuhi oleh detiap pemain. Alatan seperti kertas, pen dan bahan lain digunakan dalam permainan ini. Bermula sahaja permainan simulasi guru melihat dan tidak boleh mengganggu melainkan ada perkara penting sahaja. Selepas tamat permainan, adakan sebuah refleksi. Dalam pendidikan islam, aktiviti yang sesuai adalah seperti makan mengikut adab yang betul. Iaitu membaca doa, makan berjemaah dan duduk tertib. Manakala dalam pendidikan moral pula, aktiviti simulasi dan cara berkawan dan berbaik dengan masyarakat setempat.

1.5.

Kaedah lawatan

Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria KLCC tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya. Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang sesuai dengan nilai moral yang hendak di tekankan.kemudian guru menyediakan panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian. Penerangkan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan kepada murid. Kemudian guru mendapatkan kebenaran ibu bapa murid. Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah sentiasa memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa yang dilihat. Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada murid.ia juga merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria. Kaedah lawatan dapat digunakan adalam pendidikan islam dan moral. Bagi pendidikan islam, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron Highland iaitu melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan nikmat pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian dan boleh mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain itu mereka boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri supaya bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya dapat berjaya, murid-murid juga boleh berjaya. Manakala pendidikan moral, murid boleh dibawa melawat pusat pembuangan sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu,

adakah mereka sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan itu, maka mereka harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. 1.6. Kaedah projek

Teknik ini memberi peluang kepada murid mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran sama ada dilaksanakan dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Aktiviti projek adalah aktiviti yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara hands-on dan minds-on. Aktiviti ini dapat di jalankan secara membuat pemerhatian dalam atau luar bilik darjah. ini termasuk mencari, mengumpul dan menganalisis sesuatu maklumat. Antara langkah-langkah yang harus diikuti dalam kaedah projek ini adalah guru menerangkan mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan jenis projek yang sesuai mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan mental. Kemudian, guru menerangkan bagaimana sesuatu projek itu di jalankan. Guru dan murid menentukan kumpulan kerja. Pengawasan murid dilakukan oleh guru secara terbimbing semasa aktiviti berlangsung. Kemudian hasil murid dikumpul dan dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi diadakan di akhir aktiviti. Kaedah projek dapat melibatkan diri murid dalam perancangan dan menghasilkan rancangan mereka serta menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab. Dalam pendidikan islam, kaedah projek dapat dijalankan seperti aktiviti membuat buku skrap tentang alam sekitar ciptaan Tuhan. Guru boleh meminta murid menghimpunkan daun-daun kering dan gambar-gambar bunga, binatang, air terjun dan benda-benda ciptaan Tuhan. Kemudian tampal dan label dalam buku skrap. Selain itu, guru boleh meminta murid membersihkan dan menjaga taman sains. Ini sebagai salah satu usaha menerapkan nilai cintakan alam pemberian Tuhan kepada manusia. Dalam pendidikan moral pula, guru boleh meminta murid membersihkan bilik darjah secara beramai-ramai. Murid juga boleh mengumpul dan menampal gambar peminpin dan Raja dalam buku skrap. 1.7. Kaedah tunjuk cara/demonstrasi

Tunjuk Cara atau Demonstrasi merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan individu yang berpengetahuan menunjukkan cara sesuatu perkara itu di lakukan di hadapan murid-murid. Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara yang sukar diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang praktikal perlu melalui proses amali. Demonstrasi melibatkan penglihatan, komunikasi dan pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Contohnya seperti tunjuk cara mengambil wuduk dan memberus gigi. Langkah-langkah melakukan kaedah demonstrasi adalah yang mula-mula guru akan menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dan diberi perhatian. Kemudian, guru akan membuat tunjuk cara di depan kelas dan semua murid akan melihat dengan teliti. Murid akan balik pada kumpulan atau individu dan membuat apa yang telah di lihat dalam demonstrasi itu dengan bimbingan guru. Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat dan mendengar murid-murid.selain dapat memberi kefahaman yang lebih, ia dapat menarik perhatian murid. Murid dapat membentuk konsep dan idea secara positif serta mengawal dan meningkatkan mutu hasil kerja. Kaedah demonstrasi dalam pendidikan islam dapat dijalankan apabila mengajar cara-cara mengambil air sembahyang. Kaedah demonstrasi boleh disertakan dengan video pada awalnya, kemudian guru melakukan demonstrasi. Kemudian barulah murid meniru kelakuan tersebut. Dalam pendidikan moral, kanak-kanak boleh diajar cara menggosok gigi dengan betul, cara menyikat rambut dan mengikat tali kasut.
http://majorpra.blogspot.com/2010/11/1.html
Thursday, 28 June 2012

Pedagogi: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Strategi Pengajaran Secara Terus / Langsung (Direct Instruction / direct teaching) Pengajaran secara terus / langsung merupakan pendekatan berpusatkan guru. Strategi pengajaran ini sangat berkesan apabila matlamat guru adalah untuk: Memberikan atau menyampaikan maklumat Mengajarkan prosedur (SOP) Membina kemahiran langkah demi langkah Strategi pengajaran secara terus / langsung melibatkan kaedah-kaedah berikut:

Demonstrasi Penyoalan didaktik Latih tubi Pengajaran eksplisit Kuliah masteri Panduan dan bimbingan bacaan, mendengar dan pemerhatian Gambaran keseluruhan berstruktur

Kebaikan Sekiranya digunakan dengan bijak, strategi pengajaran secara terus / langsung membolehkan guru menyampaikan ilmu pengetahuan atau maklumat yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Melalui strategi ini juga guru akan berupaya untuk menyampaikan maklumat yang tidak sedia ada (not readily available) untuk membolehkan murid mengaksesnya walau dengan apa cara pun. Ia juga merupakan strategi pengajaran yang baik untuk membolehkan guru meningkatkan keghairahan murid untuk mata pelajaran berkenaan serta meningkatkan minat murid. Guru boleh menggunakan strategi pengajaran secara terus / langsung untuk membolehkan murid menunpukan perhatian kepada isi kandungan pelajaran yang relevan agar dapat membantu murid mengaitkan maklumat baru dengan maklumat sedia ada atau dengan pengalaman lalu. Kelemahan Salah satu kelemahan utama strategi pengajaran secara langsung ialah penyalahgunaan strategi tersebut: ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan strategi pengajaran secara terus atau secara langsung ini. Guru perlu akui bahawa keupayaan pengajaran secara terus / langsung sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal serta membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu, pengajaran secara terus / langsung hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar. Strategi Pengajaran Tidak Langsung (Indirect Instruction / Indirect teaching) Bertentangan dengan strategi pengajaran secara langsung, pengajaran tidak langsung lebih bersifat tumpuan murid, walaupun kedua-dua strategi pengajaran tersebut (langsung dan tidak langsung) merupakan dua strategi yang saling melengkapi antara satu dengan lain. Strategi pengajaran tidak langsung memerlukan penglibatan yang tinggi dari kalangan murid semasa membuat pemerhatian, penyiasatan, menghasilkan inferens daripada data atau membentuk hipotesis. Strategi pengajaran tidak langsung mengambil kira minat dan rasa ingin tahu murid yang akan menggalakkan mereka untuk menjana alternative atau untuk menyelesaikan masalah. Peranan guru beralih daripada pengajar / pengarah kepada fasilitator, pemberi sokongan dan menjadi sumber rujukan. Guru akan menyusun serta mengatur persekitaran pembelajaran dengan menyediakan peluang untuk penglibatan murid, dan apabila dirasakan sesuai, akan memberikan maklum balas kepada murid semasa mereka melakukan inkuiri (Martin, 1983). Strategi pengajaran tidak langsung merupakan strategi berpusatkan pembelajaran yang akan menggalakkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Dengan demikian strategi pengajaran

tidak mlangsung ini dapat menggalakkan pemahaman pembelajaran yang sebenar-benarnya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terlibat adalah seperti berikut: Kajian kes Prosedur cloze Pencapaian konsep Pembentukan konsep Pemetaan konsep Inkuiri Penyelesaian masalah Mencari makna Pembelajaran reflektif Kebaikan Strategi pengajaran tidak langsung membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan ke atas murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator. Strategi pengajaran tidak langsung dapat menggalakkan kreativiti dan membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajarn yang berasaskan sumber ini membolehkan berlaku pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas. Kelemahan Strategi pengajaran secara tidak langsung lebih bersifat tumpuan pembhelajaran. Oleh yang demikian, tempoh untuk berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawal pembelajaran murid-muridnya, dan ini mungkin boleh menyebabkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Strategi Pengajaran Pembelajaran Melalui Pengalaman (Experiential Learning) Pengajaran pembelajaran melalui pengalaman merupakan pengajaran pembelajaran konstruktivis di mana murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. Strategi pengajaran pembelajaran melalui pengalaman boleh melibatkan salah satu atau beberapa kaedah seperti berikut: Ujikaji (eksperimen) Pemerhatian lapang Lawatan Gambaran berfokus Permainan Pembinaan model Main peranan Simulasi Tinjauan

Kebaikan

Murid lebih bersedia untuk memahami apa yang mereka pelajari. Oleh itu mereka akan dapat mengekalkan ingatan tentang pelajaran dalam jangka waktu yang lebih lama. Pengalaman secara handson dan minds-on akan dapat memotivasikan murid untuk terus belajar. Strategi ini amat sesuai untuk topik-topik yang melibatkan pembelajaran amali seperti ibadah khusus (besuci, solat dan sebagainya) serta muamalat. Kelemahan Strategi Pembelajaran Melalui Pengalaman merupakan satu strategi yang memakan masa dan melibatkan sumber pembelajaran yang agak pelbagai dan banyak. Seringkali melibatkan usaha yang lebih pada pihak guru seperti membuat persediaan untuk simulasi, ujikaji, lawatan dan sebagainya. Walau agaimanapun, impak pembelajaran melalui pengalaman ke atas pendidikan menyebabkan ia menjadi salah satu strategi yang menjadi pilihan guru. Strategi Pembelajaran Sendirian / Individu (Independent / Individual Study) Strategi pembelajaran secara sendiri ini melibatkan murid akan merancang pembelajarannya sendiri di bawah bimbingan guru mata pelajaran atau ibu bapa (di rumah). Strategi ini lazim digunakan oleh murid ketika akan menduduki peperiksaan pertengahan atau akhir semester dan ketika membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan awam. Biasanya hanya melibatkan kelas-kelas yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR atau SPM dan hanya dilaksanakan setelah sukatan pelajaran dapat diselesaikan lebih awal. Antara kaedah yang digunakan dalam strategi ini adalah: Soalan-soalan tugasan Pengajaran berbantukan komputer Pelajaran koresponden Penulisan esei (menjawab soalan latihan) Kerja rumah Pakej aktiviti pembelajaran (modul pembelajaran) Kontrak pembelajaran Projek penyelidikan

Strategi pembelajaran sendirian merupakan strategi pengajaran yang penting kerana ia direkabentuk untuk menggalakkan mempunyai kemampuan diri serta memperolehi kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.

Kebaikan

Murid yang terlibat dalam penggunaan strategi ini lazimnya merupakan murid yang bermotivasi tinggi disebabkan mereka mempunyai peluang untuk meneroka dengan lebih mendalam tajuk-tajuk yang mereka minati. Murid akan mampu untuk memperkukuhkan kekuatan yang ada tentang topic berkenaan di samping memperbaiki kelemahan tertentu yang berkaitan. Strategi ini berguna di dalam kelas yang terdapat perbezaan keupayaan, kemahiran dan penguasaan ilmu pengetahuan yang sangat luas dan ketara (contohnya di dalam kelas inklusif yang terdiri daripada murid berkebolehan tinggi, lembam, autistik dan ADHD- lihat bab 7: Pengurusan Bilik Darjah Melibatkan Murid Berkeperluan Khas dalam

buku Pengurusan Bilik Darjah & Tingkahlaku tulisan Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, terbitan Freemind Horizons).

Kelemahan

Untuk memastikan strategi pembelajaran sendiri dapat dilaksanakan dengan haik dan berkesan, murid perlu mempunyai kematangan dan kebolehan untuk bekerja di bawah pengawasan dan penyeliaan guru. Strategi pembelajaran secara sendiri atau individu akan lebih berkesan sekiranya guru dapat membuat penilaian secara tepat tentang kebolehan murid-muridnya untuk melaksanakan tanggungjawab belajar di samping berupaya untuk membantu dan mebimbing murid menstrukturkan tugas serta projek sesuai dengan tahap kesukaran untuk setiap individu murid.

Strategi Pengajaran Interaktif (Interactive Instruction) Strategi pengajaran interaktif melibatkan kaedah-kaedah berikut: Sumbangsaran Kitaran ilmu pengetahuan Kumpulan pembelajaran koperatif Perdebatan / perbahasan Diskusi / dialog Temubual Kumpulan makmal Panel dan forum Amalan kumpulan rakan sebaya (peer coaching) Penyelesaian masalah Main peranan Kumpulan tutorial Kebaikan Strategi ini memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi, berkolaborasi dengan rakan sebaya, pakar serta guru (More Knowledgeable Others) ndengan tujuan untuk menambahbaik kemahiran bersosial di samping mengakses maklumat serta menstruktur respons yang efektif kepada maklumat yang diperolehi. Interaksi yang berlaku lazimnya dapat memotivasikan murid. Peluang untuk berinteraksi dengan orang lain akan dapat memperluaskan pengalaman pendidikan mereka dan dapat membawa mereka menjangkau melewati batasan bilik darjah tradisional, ilmu pengetahuan, kemahirankemahiran serta guru-guru secara individu. Kelemahan Cabaran menggunakan strategi pengajaran interaktif ialah kejayaan serta kaedah-kaedahnya bergantung kepada kepakaran guru ketika menstruktur dan membina / membentuk kumpulan dinamik. Selain daripada lima strategi pengajaran dan pembelaaran di atas, terdapat beberapa strategi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidikan seperti strategi pembelajaran berfikrah, strategi pembelajaran

Terdapat juga tokoh pendidikan yang mengemukakan strategi berdasarkan kepada orientasi pengajaran dan pembelajaran seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, strategi berpusatkan bahan dan strategi berpusatkan tugas. Jika diperhatikan secara terperinci, strategi-strategi ini
kontekstual, strategi pembelajaran aktif dan sebagainya. telah termasuk ke dalam salah satu daripada lima strategi yang dinyatakan di atas. Penggunaan beberapa istilah yang bertindanan antara satu dengan lain, kadangkala boleh mengelirukan. Apa yang penting ialah keupayaan guru untuk merancang dan melaksanakan apa juga strategi (termasuk yang dibina sendiri) secara berkesan dan berupaya untuk mengoptimumkan pembelajaran.

Strategi berpusatkan guru Ditulis dengan menggunakan perkataan lain, strategi berpusatkan guru adalah strategi pengajran langsung (direct instruction) seperti yang telah saya kemukakan sebelum ini / di atas. Berdasarkan strategi ini, guru memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara pasif. Strategi tradisional ini meletakkan guru sebagai pakar dalam mata pelajaran yang diajarnya dan menjadi sumber utama ilmu pengetahuan. Oleh itu, tujuan pembelajaran adalah untuk mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan kepada murid. Murid sekadar mengulangi serta mencurahkan kembali apa yang telah diajarkan kepada mereka. Kaedah yang digunakan di bawah strategi ini sama dengan kaedah strategi pengajaran langsung. Berdasarkan strategi berpusatkan guru: Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum untuk membolehkan mereka berfikir secara kritikal Murid menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk mencapai kejayaan akademik Murid bertindak balas kepada jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan oleh guru dalam proses ansur maju melalui aktiviti yang telah ditetapkan. Murid diberikan motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau gred penilaian yang akan memotivasikan mereka untuk memahami maklumat serta menunjukkan kefahaman tentang konsep yang telah diajarkan. Hasil kerja murid dinilai oleh guru.

Untuk melaksanakan strategi berpusatkan guru, murid terlebih dahulu diajarkan perkara-perkara asas sebelum diajarkan konsep yang baru. Contohnya, untuk membolehkan murid memahami konsep wudhu mereka perlu terlebih dahulu diajarkan tentang taharah (bersuci) serta jenis-jenis air yang digunakan untuk membolehkan bersuci.

Strategi berpusatkan murid Sekiranya strategi berpusatkan guru adalah strategi pengajaran secara langsung, maka strategi berpusatkan murid pula adalah strategi pengajaran tidak langsung. Tidak seperti strategi berpusatkan guru, untuk strategi berpusatkan murid, peranan guru beralih daripada pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator. Murid terlibat aktif (berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang, menilai, berkolaborasi serta membuat refleksi pembelajaran) dalam proses pembelajaran. Murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai perancah (scaffolding) secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan kolaboratif dengan rakan atau orang lain. Penekanan sedemikian membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran terarah kendiri serta mengikut kadar kendiri. Untuk melaksanakan strategi berpusatkan murid, perhatian perlu diberikan kepada perkara-perkara berikut:

Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu topik atau konsep

Guru perlu mengambilkira tentang keperluan indivdu murid seperti keperluan inyelektual dan emosi. Keperluan sosial murid: kolaborasi, komunikasi, penerimaan rakan sebaya

Kaedah yang boleh digunakan di bawah strategi berpusatkan murid ini adalah sama dengan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan strategi pembelajaran secara tidak langsung (indirect teaching / indirect instruction) di atas. Aplikasi strategi berpusatkan murid tidak bermakna murid akan menentukan apa yang mereka ingin pelajari atau lakukan. Seringkali strategi ini diinterpretasikan dengan murid memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri. Strategi berpusatkan murid sepatut meletakkan murid sebagai tumpuan pembelajaran (contohnya, aplikasi kaedah berasaskan inkuiri). Peranan guru adalah sebagai fasilitator yang aktif untuk memudahcara pembelajaran yang akan membawa kepada pengalaman yang bermakna kepada murid, bukan sebagai fasilitator yang hanya duduk di meja guru dan menantikan murid mendatanginya.

Lea dan rakan-rakan (2003) telah membuat rumusan tentang strategi pemusatan murid daripada beberapa sumber seperti berikut:
1. 2. 3. Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman yang lebih mendalam Meningkatkan tangungjawab murid

4. 5. 6. 7.

Meningkatkan autonomi murid Saling bergantung antara guru dan murid Saling menghormati antara guru dan murid Pendekatan pengajaran dan pembelajaran refleksif untuk guru dan murid

Strategi berpusatkan bahan Strategi berpusatkan bahan menekankan penggunaan bahan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru terlebih dahulu perlu memastikan bahan yang akan digunakan di dalam kelas merupakan bahan yang relevan, kemas kini dan boleh berfungsi. Penggunaan bahan dapat membantu memudahkan pemahaman murid sekiranya digunakan secara betul dan berkesan. Pengajaran boleh dilakasanakan dalam kumpulan pembelajaran koperatif, sekiranya bilangan bahan tidak mencukupi, dan murid akan menggunakan bahan untuk meneroka maklumat secara inkuiri. Strategi berpusatkan bahan merupakan strategi yang paling kurang digunakan oleh guru disebabkan isu bahan-bahan yang lazimnya kurang mencukupi dan tidak pelbagai. Peralatan teknologi lazimnya adalah sangat terbatas bilangannya untuk membolehkan guru dan murid menggunakannya secara berkesan. Meskipun telah masuk era abad ke 21 di mana teknologi ICT telah mula diperkenalkan di sekolah, dan bahan-bahan pelajaran boleh diakses melalui Internet dan jalur lebar, namun bagi kebanyakan sekolah, bilangan komputer dan akses Internet menjadi masalah. Strategi berpusatkan tugas Menurut Merill (2002), pembelajaran akan meningkat apabila murid terlibat dalam melaksanakan tugas atau aktiviti pembelajaran termasuk demonstrasi atau aplikasi kemahiran-kemahiran belajar tertentu. Strategi berpusatkan tugas ini akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya murid terlibat sepenuhnya dengan tugas yang telah diberikan kepada mereka. Sesebuah tugas yang kompleks memerlukan murid mengaplikasikan pelbagai maklumat dan kemahiran (gagne dan Merill, 1990). Apabila guru memilih strategi berpusatkan tugas, guru perlu memastikan bahawa tugas itu diberi mengikut tahap iaitu bermula dengan aplikasi kemahiran serta maklumat asas. Setelah murid memperolehi kemahairan yang mencukupi barulah tugasan yang lebih kompleks diberikan. Merill telah mengemukakan prinsip pertama pengajaran yang merupakan prinsip-prinsip yang saling berkaitan dan akan dapat meningkatkan pembelajaran murid iaitu prinsip berpusatkan tugas, prinsip pengaktifan, demonstrasi, aplikasi dan integrasi. Prosedur strategi berpusatkan tugas (tahap 3 strategi pengajaran) digambarkan oleh Merill seperti dalam gambar rajah di bawah.

Kaedah

untuk

PAI

dan

jQaf

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan jQaf, terdapat kaedah-kaedah tertentu serta khusus untuk aspek atau topik tertentu sahaja seperti yang telah dikemukakan oleh para ulamak seperti Ibnu Khaldun, Al Ghazali, Asad Hummam, Dachlan Salim Zarkasyi dan sebagainya. Sila lihat artikel Beberapa Kaedah Pengajaran Ibadah, Kaedah Pengajaran Aqidah, Kaedah Pengajaran Sirah, Kaedah PengajaranAl Quran serta perincian beberapa kaedah yang boleh didapati di dalam blog ini. Lihat juga jenis-jenis strategi di http://shamsinagurupendidikanislam.blogspot.com/2012/11/jenis-jenis-strategi-pembelajaran.html

http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2012/06/pedagogi-strategi-pengajaran-dan.html

Anda mungkin juga menyukai