Anda di halaman 1dari 3

Sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang maju dan mampu menyediakan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Bincangkan berasaskan konteks sebelum, semasa dan selepas merdeka serta masa kini. Perkembangan dunia pendidikan di negara kita Malaysia sememangnya suatu yang tidak dapat dinafikan. Pendidikan di negara ini pada asalnya wujud sejak zaman Melayu Melaka iaitu bermula dengan pendidikan yang berkonsepkan pendidikan tidak formal sehinggalah telah dikembangkan dengan mewujudkan pendidikan formal dan ditingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa. Sehingga hari ini, terdapat beberapa kurikulum telah diperbaharui bagi memperbaiki kualiti pendidikan di negara ini. Namun begitu, sejauh mana perkembangan dan kejayaan sistem pendidikan di negara ini dalam meningkatkan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap rakyat di negara ini bertanggungjawab untuk memajukan negara baik dari aspek ekonomi, politik mahupun pendidikan. Namun begitu, jika dilihat secara mendalam pendidikan di negara kita dari zaman pra-merdeka sehinggalah ke zaman pasca merdeka dan seterusnya pada hari ini, kita dapat melihat perubahan-perubahan yang telah dibuat dalam kurikulum pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara. Perubahan-perubahan yang ternyata mampu mengubah hampir 100 peratus sistem pendidikan di negara kita ini pada setiap ketika. Sebagi contohnya, mutakhir ini dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah dimansuhkan dan diubah kepada dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Perubahan ini sememangnya tidak dinafikan kebaikan dan kewajaran dasar ini dijalankan kerana jika dilihat masyarakat pada hari ini terutamanya generasi muda, mereka lebih mengagungkan bahasa asing berbanding bahasa kebangsaan sendiri. Malahan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seakan-akan sudah luput ditelan oleh suara-suara rakyat Malaysia yang kedengaran lebih senang bertutur dalam bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris berbanding bahasa sendiri. Penggunaan bahasa rojak ataupun percampuran bahasa Melayu dengan bahasa asing semakin menjadi-jadi dalam kalangan rakyat di negara ini. Ternyata kewibawaan bahasa Melayu semakin

hilang ditelan arus globalisasi. Namun begitu, hal ini bukanlah alasan bagi mengubah dasar pendidikan negara dalam sekelip mata. Jika dinilai secara terperinci, perubahan dasar PPSMI kepada dasar MBMMBI sebenarnya berlaku terlalu pantas. Adakah kita sudah melihat kejayaan atau hasil bagi dasar PPSMI pada hari ini sehingga kita begitu yakin untuk menukar dasar pendidikankepada MBMMBI? Seharusnya, kita perlu menilai hasil dan perubahan-perubahan yang bakal dibawa oleh generasi yang dihasilkan oleh dasar pendidikan sebelumnya sekiranya kita ingin menukar dasar pendidikan yang baru. Hal ini demikian kerana, proses pertukaran dasar sebegini akan menimbulkan masalah kepada generasi keluaran dasar sebelumnya. Apabila mereka telah diberikan ilmu asas dalam bahasa pengantar asing, berkemungkinan besar ini akan menimbulkan masalah kepada mereka untuk kembali mempelajari subjek yang sama dalam bahasa kebangsaan. Masalah penterjemahan pengetahuan juga akan berlaku kerana wujud perbezaan dalam istilah-istilah tertentu antara bahasa kebangsaan dan bahasa asing. Oleh hal yang demikian, kita seharusnya melihat dan menilai terlebih dahulu keupayaan dan hasil daripada dasar atau kurikulum sebelumnya sekiranya merancang untuk mengubah sistem tersebut. Selain itu, sistem pendidikan di negara kita sememangnya menunjukkan kemajuan yang positif. Jika dibandingkan sistem dan dasar pendidikan ketika mulamula Malaysia menubuhkan sistem pendidikan sendiri pada awal kemerdekaan dahulu, dengan struktur perancangan sistem pendidikan pada hari ini, ternyata kemajuan tersebut sememangnya kemajuan yang boleh dibanggakan. Sistem pendidikan di negara kita sememangnya bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan intelek rakyatnya. Hal ini kerana, sistem pendidikan di negara kita bukan hanya memberi peluang dalam penguasaan dalam bidang akademik sematamata, tetapi turut juga membuka peluang kepada golongan yang lemah dalam bidang akademik untuk mencuba mempelajari dalam bidang teknik dan vokasional. Sebagai buktinya, telah diwujudkan banyak sekolah dan kolej yang berbentuk teknik dan vokasional bagi memberikan tunjuk ajar tentang kemahiran-kemahiran kasar kepada rakyat di negara ini. Sistem sebegini sememangnya bagus dan seharusnya diteruskan bagi mengelakkan kebanjiran rakyat yang menganggur dan miskin kerana lemah dalam bidang akademik kerana ternyata negara sistem pendidikan memberikan mereka peluang untuk mencuba perkara lain.

Pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan sepanjang hayat ini merupakan salat satu elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kewujudan banyak pusat-pusat pengajian tinggi yang boleh diumpamakan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan ternyata membuktikan bahawa negara kita mementingkan pendidikan yang berterusan kepada rakyatnya. Penubuhan IPTA dan IPTS yang banyak di negara ini telah memberi peluang kepada rakyat untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat tertinggi. Standard pendidikan di pusat pengajian tinggi yang semakin dinaiktarafkan membuktikan bahawa pendidikan di negara kita ini mampu berdiri setanding dengan negara-negara maju lain seperti Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan banyak lagi. IPT di negara kita juga sudah mampu melahirkan pakar atau profesionalis dalam sesebuah bidang yang diajar. Malahan, pada hari ini ramai pelajar dari negara luar sudah mula menoleh ke arah pusat pengajian tinggi di negara kita. Mereka juga sudah mula menunjukkan keyakinan untuk melanjutkan pelajaran di negara kita ini dan mengikuti pendidikan yang dilaksanakan di negara kita. Penekanan pendidikan yang tidak membataskan peringkat umur juga menjadi salah satu bukti kepada sistem di negara kita yang ternyata mementingkan pendidikan setinggi dan semampu yang boleh kepada semua rakyatnya. Oleh itu, sistem dan dasar di negara kita ini sememangnya bersifat adil dan mampu memberikan kegemilangan kepada negara pada suatu hari nanti sekiranya kita mampu menimbusi lompang-lompang kecil yang terdapat dalam sistem pendidikan pada hari ini. Kesimpulannya, sebenarnya perubahan dalam sistem pendidikan di negara Malaysia ini mempunyai implikasi positif dan negatifnya sendiri. Perubahanperubahan yang berlaku adalah berdasarkan penilaian yang telah dibuat secara terperinci oleh pihak yang berkenaan. Perubahan tersebut juga dibuat berdasarkan tindak balas dan produk yang dihasilkan oleh sistem yang telah dijalankan. Oleh itu, perkara yang berkaitan dengan pendidikan ini perlu dititikberatkan kerana ianya melibatkanmasa depan rakyat dan negara kita. Semua pihak harus mengambil peranan dalam meningkatkan kualiti pendidikan supaya mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

Anda mungkin juga menyukai