Anda di halaman 1dari 6

Perbezaan Ikan Keli Memakan Bahan HARAM dan HALAL

Tuesday, July 6, 2010 , Cetusan ilham oleh sale_ehs gerrard pada 12:22 AM

cuba teka yang mana jantan, yang mana betina.. ehhehhe Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

Kepala berbentuk 'V' Bentuk badan mirip torpedo Badan berwarna hitam berkilat Bahagian bawah badan berwarna putih melepak Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

Kepala berbentuk 'U' Bentuk badan tirus Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan Digoreng tidak meletup

Suara yang didengar oleh mayat


Tuesday, July 6, 2010 , Cetusan ilham oleh sale_ehs gerrard pada 2:07 AM

Khamis, 24 Jun 2010 Lebih kurang jam 5.30 pada petang itu. Aku dikejutkan deringan telifon rumahku. Emakku menyambut dengan nada terkejut memangilku dan memberitahu, bapa saudaraku baru sahaja kembali kerahmatullah. Innalillahiwainalillahirajiun...

Arwah yang bernama Suroji berumur 67 tahun, telah lama terlantar di Hospital Banting akibat beberapa penyakit kronik, seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Aku bergegas ke Hospital banting bersama ayahku yang juga abang kepada arwah. Aku dapat maklumat, hanya isteri & seorang sahaja anaknya yang berada disana. Anak2 yang lain semua jauh mencari rezeki. Jadi akulah bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah untuk dibawa pulang. Sampai disana aku menguruskan jenazah mengikut prosuder pihak hospital, dimana aku perlu menuntut mayat di rumah mayat. Sehingga maghrib barulah urusan di Hospital Banting selesai, setelah van mayat dari masjid Kampungku tiba . Sampai saja dirumah arwah, kulihat rumah telah dikemas oleh jiran2. Terima kasihku ucapkan kepada jiran2 yang sudi membantu. Pada waktu malamnya, ramai sanak saudara, jiran & sahabat handai menziarah. Setelah larut malam mereka2 pulang dan aku mengambil kesempatan ini membacakan alquran. Sehingga pagi aku & beberapa saudara serta ayahku menemankan arwah. Keesokan paginya setelah aku datang kembali, aku menyiapkan lagi kelengkapan untuk mandi, zon tahlil & sebagainya. Inilah kali pertama dalam sejarah hidupku, melihat & membantu jenazah dimandikan & dikapankan. Suatu pengalaman yang amat berharga bagiku.Ia juga menginsafkan diriku.

Setelah disembahyangkan, jenazah dibawa ketanah perkuburan & selamat dikebumikan tanpa sebarang masalah. Apabila talkin mula dibacakan, sungguh sayu hatiku. Takut pun ada. Tetapi itulah ketentuan Allah, bahawa semua manusia akan merasai mati. Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu; 1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan... - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika Mayat Diusung. ..... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan.. - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan... - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik

- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan... Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan... - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... ... Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... . Kini Kau Tinggal Seorang Diri Tiada Teman Dan Tiada Kerabat Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.. Mereka Pergi Meninggalkanmu. .... Seorang Diri Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku Hari Ini,.... Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, 'Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada Tuhanmu Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Anda Ingin Beramal Soleh ? Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini. Rasulullah SAW.... menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu! Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini. Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.

Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

5 syarat nak buat maksiat


Sunday, July 18, 2010 , Cetusan ilham oleh sale_ehs gerrard pada 6:53 PM

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? " "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat "yang ketiga". Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang seterusnya. "Yang keempat". Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Artikel diambil dari : http://kembarasangs ufi.blogspot. com/