Anda di halaman 1dari 2

TIDAK ADA PERINTAH QADHA BAGI WANITA HAID Jabir bin Abdillah r.

a menceritakan, Di ketika Perang Khandak Umar al-Khattab menyumpah-marah kaum kafir Quraish di ketika matahari sudah terbenam lalu berkata, Ya Rasulullah ! Saya tidak sempat mendirikan solat Asar dan matahari sudahpun turun! Nabi sallallahu-alaihi-wasallam berkata, Demi Allah! Aku juga belum solat! Dengan itu kami turun ke Buthan (perigi air) dan Nabi berwudhu dan kami juga berwudhu dan kemudian kami mendirikan solat Asar setelah matahari terbenam diikuti dengan solat Maghrib. (Maksud hadith dari Sahih Bukhari 1/ 570 dan 2/560). Dari Anas bin Malik Radhiallahu anhu , Nabi Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Maksudnya: Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman:Dirikanlah solat untuk mengingati Aku. (Hadits riwayat Muslim) Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada Uqbah bin Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,). Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: wahai Bilal kita telah ditimpa malam, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulullah s.a.w dan para sahabat terus tidur. Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat. Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku. (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227). Haid dan nifas termasuk kategori uzur syariie jadi tak wajib qada Hadis riwayat Aljamaah: Muadzah berkata: Aku pernah bertanya kepada Aisyah, maka kataku: mengapa orang haid itu mengqadha puasa dan tidak mengqadha sembahyang? Jawabnya: Adalah pernah menjadi pengalaman kami yang demikian itu dimasa Rasulullah SAW, maka kami diperintah mengqadha puasa dan

tidak diperintah dengan mengqadha sembahyang. : . . :

Daripada muazah bahawasanya seorang perempuan bertanya ia akan siti aisyah katanya: adakah mengqada seseorang daripada kami akan sembahyangnya beberapa hari haidnya, maka katanya : adakah engkau dari kalangan mazhab haruri? (segolongan dari mazhab khawarij, yang menyuruh qada solat bagi wanita haid) Sanggahnya: adalah seorang daripada kami haid maka tiada disuruhnya qada. Kewajipan mengqadha puasa dan tidak perlu mengqadha solat juga ditetapkan oleh Syarak. Ketetapan qadha itu tiada kaitan dengan ibadah yang paling baik/utama antara dua ibadah tersebut. Akan tetapi ia kembali kepada keringanan yang ingin diberikan Syarak untuk kaum wanita. Masalah qadha puasa dan solat juga kembali kepada ketetapan Syarak (al-Quran dan as-Sunnah). Syarak menetapkan kedua-dua solat dan puasa adalah wajib ke atas lelaki dan juga wanita. Syarak juga menetapkan pengecualian bagi wanita-wanita yang kedatangan haid dan nifas untuk tidak melakukan dua ibadah tersebut sebagai keringanan untuk mereka memandang situasi yang mereka hadapi.