Anda di halaman 1dari 1

Refleksi.

Pada minggu ini, saya dan rakan-rakan telah mempelajari rangkaian sarapan American breakfast ataupun sarapan pagi ala barat . Antara menu yang telah kami sediakan termasuklah poaching egg, scramble egg , sunny side up , pan cake ,French toast, omelette , serta sausage and baked bean. Kami telah membuat perancangan kerja yang rapi terhadap resipi berkenaan , di mana saya telah memasak menu poached egg, French toast , serta scramble egg. Walaupun kebanyakan menu tersebut tidak asing bagi saya , tapi pengalaman memasak sendiri poached egg merupakan pengalaman pertama saya menyediakannya. Untuk menyediakan poached egg , saya telah mempelajari teknik yang belum pernah saya pelajari . Kombinasi antara teknik dan kemahiran jelas sangat penting agar resipi yang dipelajari dapat terhasil dengan baik dan menyelerakan . Penyediaan scramble egg pula merupakan pengalaman saya yang biasa kerana saya sering memasak menu ini dalam penyediaan sarapan pagi . Dengan pengalaman memasak scramble egg sebelum ini , saya dapat menghasilkan scramble egg yang gebu dan bertekstrur lembut serta tidak terlalu garing dan sedikit lembap seperti yang diinginkan. Bagi French toast pula, saya kurang Berjaya menghasilkan French toast yang sempurna disebabkan oleh tersilap teknik semasa membakar roti di dalam pan . Tambahan pula kuantiti roti yang sedikit mengekang saya untuk memasak roti yang baru. Dari aspek penilaian menu yang dinilai oleh kumpulan lain , menu yang disediakan oleh saya mendapat respon positif kecuali menu French toast .walaubagaimanapun pengalaman menyediakan sndiri beberapa menu sarapan pagi ala barat atau lebih dikenali sebagai American Breakfast ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan memberikan saya idea baru untuk menyediakan sarapan pagi dengan menu yang lebih kreatif pada masa akan datang.