Anda di halaman 1dari 15

Piagam Pelanggan Secara bersendirian ataupun dalam satu unit, kami warga Sekolah Kebangsaan Sungai Durian [ SD15

] , Pontian, Johor, dengan sepenuh jiwa berikrar memberikan perkhidmatan cemerlang setiap masa tanpa prejudis, bersikap profesional menangani kepentingan organisasi, mematuhi peraturan, pekeliling dan panduan perkhidmatan yang khusus bagi profesion perguruan yang kami cintai ini demi mencapai kepuasan setiap pelanggan kami , sepanjang masa iaitu : MURID : " Membolehkan semua murid menerima pendidikan yang selesa dan berkesan mulai hari pertama sesi persekolahannya. " Memastikan proses pengajaran dan pembelajarannya dijalankan mengikut jadual waktu yang ditetapkan. " Guru yang tidak hadir ke kelas akan digantikan selewat-lewatnya 10 minit selepas loceng dibunyikan. GURU / STAF : " Memberi layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan menyelesaikan masalah pelanggan dengan segera. " Proses P&P guru berfokus kepada pendekatan "Guru membimbing, murid berbuat". " Memastikan setiap guru dan staf mendapat latihan dalaman atau luaran sekurang-kurangnya sekali setahun. " Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini kepada pelanggan dengan lengkap, tepat dan cepat. IBUBAPA / PENJAGA : " Memberikan layanan yang mesra dan segera. " Sebarang aduan / permintaan akan diambil tindakan pada hari yang sama. MASYARAKAT : " Bersedia memberikan khidmat kepakaran jika diperlukan. " Memberikan jawapan kepada permohonan penggunaan kemudahan sekolah selepas tiga (3) hari permohonan diterima. SEMUA PELANGGAN : " Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak bagi mempertingkatkan prestasi

perkhidmatan, kecemerlangan akademik, keunggulan pencapaian ko-kurikulum, penghayatan amalan hidup bersahsiah, mengamalkan sistem pentadbiran sekolah yang mantap, menjelmakan suasana persekitaran sekolah yang ceria, selamat dan selesa dan menjalinkan hubungan yang mesra dengan semua pelanggan sekolah.

GURU PEMBINA MASYARAKAT BERAKHLAK MULIA Oleh: Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady Kertaskerja dipetik dari Kertas Panduan Kursus Ketrampilan Pensyarah Pendidikan Islam Institut/Maktab Perguruan Malaysia - 22-26 Julai 1996 Guru adalah ahli ilmu yang menyampai dan mengembang serta menjayakan ilmu dalam masyarakat. Ia merangkumi ilmu pengetahuan mengenai Islam atau pengetahuan umum dengan ciri serta tugas yang perlu mendapat pembelaan sewajarnya dalam masyarakat. Mereka boleh menjalankan tugas dengan berkesan untuk mewujudkan umat yang beriman, berilmu dan beramal. Dalam Islam, dilihat dari segi sejarah dan ajarannya, ada beberapa istilah yang digunakan mengenai guru. Antaranya ialah mu'allim, murabbi, mu'addib dan mudarris. Mu'allim ialah guru yang menjayakan proses penyampaian dan pembangunan ilmu dalam diri manusia (ta'lim). Dalam al-Quran, proses ta'lim ini dimulakan sendiri oleh Allah dalam ayat yang bermaksud: Dan Allah ajarkan kepada Adam (hakikat) segala nama. (Q.2.31) Kemuliaan Nabi Adam dengan mendapat taklim daripada Allah. Dengan memiliki ilmu menjadikannya sebagai makhluk paling mulia. Allah memerintahkan malaikat sujud memuliakannya, bukan sujud ibadat. Guru sebagai mu'allim, mengajar dan mengembangkan ilmu serta menjayakannya dalam masyarakat - satu usaha suci dan mulia. Dengan itu, kemuliaan kedudukan guru dalam sejarah dan masyarakat Islam terjamin. Sikap memuliakan guru dan ilmu pengetahuan oleh umat Islam mendapat sanjungan tinggi daripada Franz Rosenthal dalam bukunya Knowledge Triumphant. Beliau berpendapat sukar untuk dicari peradaban seperti Islam yang memuliakan ilmu pengetahuan dan guru. Kedudukan mulia diberikan kepada guru, walaupun mereka bukan berstatus ulama. Guru dipanggil juga sebagai murabbi, iaitu guru yang mendidik (menjayakan tarbiah). Mereka menjayakan peningkatan murid dari segi akal, rohani, jiwa dan fizikal. Mereka bertanggungjawab membentuk murid yang memiliki peribadi yang baik. Apa yang berlaku ialah proses peningkatan dalam diri murid. Guru yang mempunyai kemampuan sebagai murabbi - apa lagi murabbi dalam pengertian kerohanian - dipandang mulia dalam Islam kerana mereka mempunyai keperibadian yang mampu membawa manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya. Alangkah beruntung dan bahagianya masyarakat dengan adanya guru yang bukan sahaja menyampaikan mata pelajaran kepada murid, tetapi turut meningkatkan peribadi dan kemampuan mereka. Guru yang berfungsi sebagai murabbi dan penuh iltizam diperlukan oleh masyarakat dan umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi Islam. Peradaban guru sedemikian sifatnya mampu menyelesaikan banyak masalah. Dalam Islam, guru juga dipanggil mursyid, iaitu guru yang membimbing, menentukan kehidupan serta nilai yang betul. Ini memang tepat dengan tujuan dan matlamat pendidikan sebagai proses menyampaikan kepada generasi muda, apa yang benar, baik

dan unggul yang pernah diketahui, difahami, diyakini dan diamalkan dalam peradaban manusia, khususnya Islam. Ini termasuk setiap yang positif yang boleh dimanfaatkan daripada peradaban lain, termasuk barat. Mana-mana yang negatif pula perlu dijauhkan. Guru sebagai pendidik, adalah ahli ilmu yang membimbing manusia ke jalan yang betul dalam pandangan hidup, hidup kerohanian, akhlak dan kepakaran dalam bidang ilmu yang berfaedah. Dengan ini, dikatakan bahawa pendidikan atau irsyad itu berjalan seiring dengan matlamatnya. Dalam Islam guru juga dipanggil muaddib, iaitu guru yang menjayakan adab. Yang dimaksudkan dengan adab ialah semua jenis gerak-geri, sikap dan perbuatan serta nilai yang betul dan 'manis' dalam hubungan dengan semua pihak, bermula dengan Tuhan, orang tua, ibu, bapa, guru, rakan dan seterusnya. Inilah konsep adab yang menyeluruh dan luas yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw. dalam hadis yang lebih kurang bermaksud: Tuhanku menjayakan pendidikan adab dalam diriku dan Dia sempurnakan pendidikan adab itu. Adab dalam pengertian yang menyeluruh dan mendalam inilah yang dimaksudkan oleh al-Mawardi dalam kitabnya Adabud-Dunya wad Din (Adab hidup dunia dan hidup beragama). Kita boleh lihat bagaimana pendidikan tidak terpisah daripada adab atau akhlak yang tinggi. Pendidikan yang dijayakan oleh guru yang beradab kepada murid adalah pendidikan yang unggul. Ia memang diharapkan melihat kepada pelbagai masalah akhlak dan moral yang dihadapi sekarang. Kepentingan akhlak diberi penekanan yang wajar oleh Islam. Sebab itu Nabi Muhammad saw. bersabda lebih kurang maksudnya: Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Dan Allah memuji Nabi Muhammad saw. dengan menyebut peribadinya yang agung dalam ayat yang kira-kira bernaksud: Sesungguhnya tuan hamba mempunyai peribadi yang agung (Q.4) Kita boleh bersetuju dengan pemikir barat mengenai peradaban dan moral. Albert Schweitzer dalam bukunya Civilization and Ethics menyebut, kualiti sesuatu peradaban itu terletak pada keberadaban tenaga moral dalam peradaban itu. Adanya guru yang beradab dan memberi pendidikan adab kepada murid selain mendidik ilmu, adalah penyelesai banyak masalah yang dihadapi masyarakat. Akhirnya guru digelar dalam Islam sebagai mudarris, iaitu mereka yang mengajar mata pelajaran kepada pelajar. Guru sebagai mu'allim, murabbi, muaddib dan mursyid adalah kualiti yang perlu diusahakan bersama supaya ia muncul di kalangan kita dan dengan itu banyak masalah akan selesai. Dalam peradaban Islam, ulama dan guru yang mempunyai fungsi menjayakan budaya ilmu dalam Islam berpandukan keimanan dan ketaqwaan. Mereka juga menjayakan kemahiran untuk umat, dengan itu golongan yang diajar menjadi umat yang unggul, menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Mereka

menjadi ustazaul'alam. Dengan ini manusia mendapat hasanah di dunia ini dan hasanah di akhirat. Tugas utama bagi guru ialah membentuk pandangan hidup yang betul dalam bentuk akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Pandangan hidup ini mengajar manusia hubungan yang betul dan tepat sesama manusia, Tuhan, alam dan kehidupan serta pengabdian manusia kepada Tuhan. Manusia menyempurnakan hidupnya di dunia demi untuk mencapai kebaikan dan kesempurnaan dalam alam yang kekal abadi. Masalah pandangan hidup dan akidah adalah masalah pokok. Pandangan hidup inilah yang mendominasi manusia Nusantara sejak dulu hingga sekarang. Pandangan ini perlu diperjelas dan dijayakan. Dengan itu manusia Muslim menjadi orang yang mempunyai pegangan yang betul dan tepat mengenai Tuhan, Nabi dan Rasul, sahabat, alam malaikat, wahyu, alam akhirat serta qada dan qadar. Mereka terelak daripada kepalsuan rohaniah dan akliah yang datang daripada pegangan sesat dalam bentuk klasik atau moden. Tugas guru juga ialah membantu dan mendidik manusia menjayakan hidup rohani yang sebenarnya supaya kehausan mereka dalam bidang ini dipenuhi dan mereka menjadi orang yang sihat dari segi perjalanan rohaninya dan tidak terpedaya dengan amalan rohani atau ajaran pseudospiritual yang pelbagai ragaam. Guru juga bertanggungjawab mendidik murid mengenal dan menghayati nilai kebenaran, kebaikan, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar dalam konteks memandang insan sebagai khalifah Allah dan hambaNya. Nilai kebenaran, keadilan, keindahan, amanah, keberanian, perjuangan, ihsan, itqan dan seterusnya, menjadi ciri hidup yang unggul dan penuh bererti, diterapkan dalam peribadi, keluarga dan masyarakat serta peradaban. Guru juga bertanggungjawab membentuk hidup berdisiplin berdasarkan syariat Ilahi serta aturan berdasarkan syariat itu. Dengan ini, disiplin menyeluruh wujud dalam peribadi, keluarga, masyarakat dan budaya. Tugas guru juga untuk mendidik murid mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam bidang yang diperlukan. Dengan itu mereka boleh berdikari dalam hidup. Mereka adalah harta kepakaran bagi umat Islam. Ini bersesuaian dengan maksud ayat al-Quran: Dan bersiap sedialah kamu bagi menghadapi mereka (musuh). (al-Anfal.61) Guru juga bertanggungjawab, serta pihak lain dalam masyarakat, untuk membentuk budaya ilmu dalam masyarakat. Dengan itu umat Islam akan menjadi umat yang memimpin manusia dalam akidah, ilmu, kemahiran dan budaya. Dengan kesungguhan umat dalam usaha yang diredhai Allah, cita-cita ini akan tercapai. Bagaimanapun, guru perlu memberi kesedaran kepada murid supaya mereka tidak tenggelam dalam slogan hidup mewah dan berfikiran mudah. Mereka hanya mementingkan barangan mahal tetapi fikiran mereka terhad kepada perkara-perkara yang bersahaja, tanpa mempedulikan citacita rohaniah, akliah dan moral tinggi.

Ada beberapa sifat yang perlu dimiliki demi melahirkan guru yang boleh berfungsi dengan baik: Matlamat dan tujuan terakhir ialah berusaha untuk mendapat keredhaan Allah dalam hidup keduniaan, berbuat jasa dan bakti kepada manusia untuk mencari keredhaan Allah. Sentiasa ingat kepada matlamat dan tujuan dalam hidup sama ada dari segi jangka panjang atau pendek. Manusia adalah makhluk bertanggungjawab. Bebanan tanggungjawab dan amanah ini jelas daripada ayat yang kira-kira bermaksud: Sesungguhnya Kami bentangkan amanah kepada langit, bumi dan bukit-bukau, tetapi mereka tidak mahu memikulnya kerana takut kepadaNya dan manusia memikulnya. Ia zalim lagi jahil (apabila menyalahgunakan amanah). (al-Ahzab.72) Terikatnya manusia dengan tanggungjawab dijelaskan dalam ayat yang kira-kira bermaksud: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati dipertanggungjawabkan semuanya. (al-Israk.36) Maka hendaklah sifat bertanggungjawab ini dibentuk dalam diri, sesuai dengan kedudukan manusia sebagai khalifah Allah dan hambaNya. Sifat hidup dan beramal serta berusaha mengikut aturan dan ketertiban, dan kepentingan hidup mengikut tertib dan aturan berdasarkan ajaran Tuhan dan syariatnya itu, menjadi syarat dan rukun dalam ibadat dan ia sesuatu yang amat dituntut. Guru mempunyai sifat berkerjasama dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas serta mesra dalam semua perkara yang baik dan benar, bukannya dalam perkara yang palsu dan salah. Sifat berkerjasama ini adalah satu daripada ciri-ciri orang yang berjaya. Dalam al-Quran ada ayat yang lebih kurang maksudnya: Berkerjasamalah kamu antara satu dengan lain dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu berkerjasama dalam perkara dosa dan perkelahian. (al-Maidah.3) Dalam alam tabie mesti wujud kerjasama yang mesra dalam bentuk symbiosis. Maka kelihatanlah panorama alam yang harmonis dan indah, penuh dengan faedah dan manfaat. Sifat suka meneliti dan menghisab diri untuk pencapaian yang lebih tinggi perlu ada pada guru, bagi membolehkan mereka menjadi guru yang memberangsangkan. Dari segi ilmu, mereka hendaklah meneliti, melihat bagaimana ilmu boleh ditingkatkan dengan pembacaan dan penelitian, samada ilmu agama atau kemahiran diri. Pembacaan yang luas dan berguna perlu dilakukan. Dari segi rohaniah dan akhlak, guru perlu menghitung dirinya mengenai keyakinan dan amalannya serta hubungannya dengan Allah. Demikian juga akhlaknya yang sentiasa perlu ditingkatkan, samada dengan pembacaan atau taubat dan penyesalan terhadap kesilapannya. Dari segi fizikal dan kemasyarakatan, ia perlu meneliti bagaimana kesihatan badannya yang perlu diberi perhatian supaya tidak merana dan gagal dalam melaksanakan tugas. Sifat meneliti diri demi untuk mencapai tahap yang lebih baik dalam semua kepakaran, apa lagi hubungan dengan Tuhan, adalah sifat yang amat penting. Dengan itu dia akan muncul sebagai guru yang utama.

Sudah tentu guru perlu sedar kemuliaan tugas sebagai guru dan kedudukan mereka, sebagaimana yang diajar dalam sejarah dan ajaran Islam. Dengan itu dia perlu menjaga kemuliaannya. Masyarakat pula perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk memuliakan guru dan menyedarkan guru mengenai kemuliaan mereka. Antaranya:

Menyebarluaskan maklumat dan kesedaran mengenai kemuliaan guru dan tugasnya dalam masyarakat melalui majlis ilmu, perbincangan, forum dan seterusnya anjuran persatuan ibubapa dan guru (PIBG) dan sebagainya. Memberi layanan baik dan beradab kepada masyarakat terhadap guru dengan mengenang jasa mereka dalam pendidikan dan dengan mengajar anak-anak supaya memuliakan guru, samada guru yang mengajarkan ilmu syariat atau ilmu yang berfaedah. Selain ilmu syarak, ilmu umum yang berguna menjadi 'jalan' yang boleh membawa ke syurga. Sejarah ulama dan cendikiwan serta guru dalam peradaban Islam hendaklah disebarkan dalam media samada media elektronik atau cetak. Penghormatan kepada guru eloklah diberikan dalam bentuk kurnia yang bernilai dan berharga, bukan sahaja kepada mereka yang berjasa dalam sukan dan sebagainya. Penerbitan buku dan risalah yang membicarakan ketokohan guru dan kemuliaan mereka dalam sejarah Islam, sejarah rantau ini dan sejarah dunia eloklah dijayakan. Dengan itu jasa guru dan kehormatan mereka disedari

seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya. Dalam bahasa pedalogi, pendekatan ini disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berkesan juga mengambil kira sumber pengajaran di sekeliling, termasuk landskap fizikal dan budaya. Dalam era globalisasi, guru menghadapi pelbagai cabaran. Selain kerenah murid, ibu bapa dan birokrasi, masalah paling besar ialah persekitaran yang semakin berubah dan sifatnya yang tidak pernah statik. Persekitaran dibentuk dan membentuk pemikiran manusia, malah boleh mengubah dimensi hidup masyarakat secara total. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya.

Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa. Jika kita meneliti sejarah perkembangan pendidikan kebangsaan, bermula daripada Laporan Razak 1956, terdapat kesinambungan utuh bagi memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan. Dasar kerajaan ketika itu ialah menjadikan satu sistem persekolahan dengan bahasa Melayu sebagai lingua franca bagi penyampaian ilmu kepada anak didik. Kemudian muncul Penyata Rahman Talib pada 1961 yang memberikan penekanan kepada pemantapan pembelajaran 3M (membaca, menulis dan mengira). Sistem aliran persekolahan akademik dan vokesyenal turut diperkenalkan. Laporan Kabinet pada 1979 memberi pengakuan bahawa peluang pembelajaran harus dilanjutkan dari sembilan tahun di bangku sekolah kepada 11 tahun. Ini bagi memastikan tiada murid tercicir pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Rang Undang-undang Pendidikan diperkenalkan kerajaan pada 1995 memantapkan lagi visi dan misi kerajaan ke arah melahirkan warga intelek bertaraf dunia. Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulum yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum. Bentuk kurikulum yang usang dan difikirkan kurang menyumbang kepada kemajuan negara bangsa harus diberi nafas baru atau digubal semula agar

penampilannya lebih segar sebagai agen kemajuan dan pembangunan 2020. Barangkali tidak keterlaluan jika kurikulum al-Quran diwajibkan kepada pelajar Islam dan pilihan kepada bukan Islam di peringkat tadika hingga ke universiti demi melahirkan warga intelek seimbang.

Guru merupakan jurubina atau architect kemanusiaan dan membentuk insan dalam segala segi termasuklah pembangunan jasmani dan rohani. Guru yang proaktif dan inovatif menggapai kecemerlangan pelajar dalam usahanya menimba Ilmu. Semuanya berpaksi kepada semangat seorang guru yang sentiasa berpegang kepada prinsip hendak seribu daya ta hendak seribu dalih. Khidmat seorang guru tidak sewajarnya dapat dipersoalkan kewibawaannya mendidik anak muridnya kerana ia telah melalui berbagai latihan intensif dari Institute Perguruan dan telah melalui berbagai kaedah termasuklah kefahaman psikologi kanak-kanak dan juga remaja. Seorang guru sewajarnya sentiasa tidak ketandusan cara menyampaikan ilmu kepada anak muridnya walau dalam keadaan apapun atau dalam situasi yang rumit sekalipun guru mempunyai cara tersendiri. Hanya persoalannya ialah hendak mendidik dengan jujur dan ikhlaskah atau sebaliknya. Kepimpinan seorang Guru Besar atau Pengetua sekolah wajar berpegang kepada prinsip: Come with a solusion and dont come with a problem. Maksudnya lebih kurang datang dengan membawa cadangan penyelesaian masalah dan jangan datang dengan masalah, tanpa cadangan. Guru yang mempunyai masalah dengan anak muridnya, dialah orang yang paling arif tentang penyelesaian masalah berkenaan berbanding dengan guru lain yang tidak terlibat dalam pengajaran murid berkenaan. Murid-murid dibawah jagaan seorang guru dianggap sebagai anaknya sendiri. Apa yang baik untuk anak sendiri maka baiklah untuk anak muridnya di sekolah. Satu peristiwa pernah berlaku kepada seorang guru wanita yang baru juga menamatkan latihan dari Institute Perguruan, ditugaskan mengajar muridmurid tahun enam di sebuah sekolah di pedalaman atas Sabah. Murid-murid tahun enam tersebut adalah dalam kumpulan mixed ability atau kebolehan yang bercampur. Bilangan murid dalam kelas hanya seramai dua belas orang sahaja. Dalam dua belas orang tersebut ada seorang murid lelaki yang agak lemah pencapainnya dalam kelas. Guru berkenaan pinggirkan murid berkenaan dengan alasan ia dalam kumpulan bodoh. Ia tidak padai membaca dan mengira. Ia duduk di belakang tanpa teman dan hanya mengikuti kelas tanpa penyertaan mahu pun perhatian dari gurunya. Pegawai yang menyelia pengajaran guru tersebut mencuba mengambil alih kelasnya dan melibatkan murid yang lemah itu. Ia mencoba mendidik murid berkenaan dengan menggunakan system suku kata dalam membaca

perkataan. Murid tersebut boleh kenal huruf dan boleh menyebut atau membacanya. Latihan suku kata berjalan selama tiga minit sahaja kemudian pegawai mencobanya membaca suku kata berkenaan apabila dalam perkataan dan kemudian dalam ayat. Latihan mengambil masa selama enam minit sahaja untuk membolehkan murid itu membaca ayat tersebut dengan lancar. Seorang guru mengatakan murid bodoh amat mengaibkan profesion keguruan. Kehadiran murid yang lemahlah maka wujudnya sebuah sekolah dengan segala kelengkapan pengajaran dan pembelajaran, termasuklah seorang guru yang ditauliahkan untuk mendidik manusia dengan diberi ganjaran berupa gaji setiap bulan. Guru yang berkhidmat sehingga sampai usia pesaraan akan diberi keestimewahan mendapat wang persaraan sehingga akhir hayatnya. Malah sesudah ajal menjemput nyawa, jika ia maseh mempunyai anak yang masih bersekolah akan dibela oleh ganjaran persaraannya hingga anak itu mendapat pekerjaan.

Peranan guru merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan FPK. Guru yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar warga sekolah sentiasa selangkah ke hadapan, dengan itu sentiasa bersedia terhadap sesuatu perubahan. Guru pembentuk iklim sekolah. Iklim sekolah yang terbuka memberi ruang dan peluang murid melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan. Suasana adil, mesra, demokratik dan liberal memberi rangsangan yang baik ke arah dedikasi, gembira dan sempurna.

Guru pencetus aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu . Guru yang baik tidak mengabaikan aspek ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, guru juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat,. Perlu ditegaskan lagi, peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab melahirkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid.

Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah : Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka. 4.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran. (Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah : Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama dalam tahuntahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996). Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan, antaranya : Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri

Memberi arahan secara lebih positif Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah : Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid Sentiasa mengulang isi-isi penting Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : "Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" (Riwayat Al-Bakhari) "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal" (Riwayat Al-Bakhari) "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya" (Riwayat Al-Tabrani)

5.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), terdapat juga halangan-halangan yang menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu : Faktor fizikal Seperti bangunan, dinding bilik dan kecacatan tubuh badan Faktor bukan fizikal Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut, marah, ragu-ragu, malu dan sebagainya serta faktor masa. 6.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi, terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru. Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah : Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan Pendekatan individu Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas, kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja, eksperimen dan sebagainya. Walaubagaimanapun, menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992), ternyata bahawa saranan-saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan tenaga guru, seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah.

7.0 CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi perhatian kepada situasi dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, dari permulaan hingga penutup. Sebagai contoh, hasil kajian Wlodkowski, 1984 (classroom Life, 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya. Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. (Wlodkowski, 1984)(dalam Classroom Life, 1994).

Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Di dalam Islam, saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang, kesefahaman dan kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt), manakala doa adalah pendidikan, ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady, 1991) (dalam Rosli Abd. Rahman,1997). Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun. Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur, yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak', 'kamu', 'anda' dan sebagainya. (Ab. Rahman Abu Bakar, 1992). Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah : Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui pembacaan, peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan pelajaran, mengikuti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya. 8.0 KESIMPULAN Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

BIBLIOGRAFI Abdullah Yusuf Ali (1991), Al Quranul Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud, Terjemahan Uthman ElMuhammady, KL., DBP. Abdul Hamid Mahmood (Okt.1990), Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Ab. Rahman Abu Bakar (1992), Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan, Jurnal Dewan Bahasa, KL., DBP. Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia: The Falmer Press. Ee Ah Meng (1996), Pendidikan Di Malaysia 1, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam. Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP. Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, , 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu. Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine.

Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes, 1994, _ HYPERLINK http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html __http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html_.