Anda di halaman 1dari 19

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN


Bab 1 : Pengenalan kepada Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 2 : Rekreasi dan Kesenggangan Bab 3 : Perancangan Organisasi Dalam Pendidikan Jasmani dan Sukan Bab 4 : Agensi-agensi Sukan Nasional dan Antarabangsa Bab 5 : Proses Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani Bab 6 : Pengelolaan Pertandingan Sukan Bab 7 : Undang-undang dan Peraturan Pertandingan Bab 8 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Mini Bab 9 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Permainan Tradisional Bab 10 : Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan Ragam

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti bab ini, anda akan dapat: Memahami makna rekreasi dan kesenggangan Menghuraikan hasil yang boleh diperolehi aktiviti rekreasi dan kesenggangan Menjelaskan perbezaan di antara aktiviti rekreasi dan kesenggangan Mengenal pasti jenis aktiviti yang dijalankan dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan Mencirikan konsep aktiviti rekreasi dan kesenggangan

2.0

PENGENALAN

RINGKASAN BAB REKREASI Hasil yang Diharapkan dari Rekreasi KESENGGANGAN Konsep kesenggangan AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN Aktiviti Rekreasi Luar Aktiviti Rekreasi Dalam Aktiviti Kesenggangan PENGURUSAN AKTIVITI REKREASI Persediaan Program Pelaksanaan Program

Rekreasi dan kesenggangan bukanlah satu aktiviti baru dalam kehidupan manusia. Sejak zaman dahulu kala, manusia sentiasa akan merasa istirahat dan kegembiraan walaupun sejenak. Pengalaman beraktiviti ini akan berbeza dari seorang dengan yang lain. Setiap manusia mempunyai variasi dan kepelbagaian dalam memilih aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Ianya mempunyai perkaitan dengan istirahat dan kegembiraan melalui pengaruh persekitaran yang ada. Kesemua peristiwa, pengalaman dan tempat di mana istirahat dan kegembiraan itu terjadi, dari segi sejarahnya adalah berbeza antara seseorang dan antara satu kelompok budaya dengan yang lain.

22

OUM

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN

2.1
2.1.1

KONSEP, DEFINISI DAN KEPENTINGAN REKREASI DAN KESENGGANGAN


Rekreasi

Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa. Masa digunakan manusia bagi memenuhi pelbagai kehendak dan keperluan asas manusia seperti untuk makan, minum dan tidur, keperluan hidup melakukan pelbagai jenis pekerjaan, dan keperluan untuk berehat. Masa yang dimaksudkan ini boleh didefinisikan sebagai waktu lapang, iaitu waktu yang wujud untuk manusia bebas melakukan apa sahaja dengan kemahuan mereka sendiri. Aktiviti yang dilakukan pula bebas dari sebarang unsur-unsur paksaan. Aktiviti rekreasi adalah merupakan komponen pelbagai bentuk aktiviti ruang dipilih manusia untuk mengisi masa lapang mereka. Berikut adalah antara beberapa teori yang anda boleh kaitkan mengenai rekreasi dan memudahkan anda memahaminya: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Membantu mewujudkan kesejahteraan kesihatan melalui rekreasi Lebihan tenaga yang boleh disalurkan untuk berekreasi Wujud pendekatan penggunaan pergerakan fizikal Pelaksanaan aktiviti tanpa paksaan dan menurut naluri sendiri Membantu melepaskan tekanan dan pelepasan emosi terkurung Mampu mengembalikan kesegaran tenaga (energy restoration) Membantu dalam penglahiran rasa (self expression).

Para penggiat rekreasi menggariskan bahawa rekreasi adalah aktiviti, terutamanya aktiviti fizikal, yang mempunyai ciri berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Coraknya beraneka Aktiviti ini boleh dilakukan secara berseorangan atau berkumpulan Penyegaran jasmani dan rohani Perlaksanaan atau penyertaan seseorang dalam aktiviti ini adalah secara sukarela Masa dilakukannya adalah di luar masa bertugas Tiada sebarang jadual waktu untuk melakukan aktiviti itu Aktiviti yang dilakukan oleh seseorang itu seharusnya berlainan corak daripada aktiviti tugasnya yang lazim Selain daripada untuk mengisi masa lapang luar tugas, aktiviti ini juga bertujuan menjadikan seseorang itu melupakan buat sementara waktu dan tekanan kerja sehariannya.

Rekreasi perlu dilihat sebagai satu aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Rekreasi merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela bertujuan untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan diberhentikan bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat. Rekreasi adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual.

OUM

23

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

Rekreasi merupakan aktiviti fizikal dan bukan fizikal yang melibatkan darat, air dan udara sama ada menggunakan tenaga manusia, kuasa alam (air dan angin) atau menggunakan motor. Aktiviti rekreasi memberikan kesan positif terhadap psikologi dan fisiologi. Pembabitan diri dalam aktiviti rekreasi memberi ruang kepada kita membina jati diri dan ketahanan mental serta dapat memupuk semangat setia kawan antara rakan-rakan di samping dapat menyerapkan nilai murni. Secara amnya rekreasi boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu: (a) (b) Tahap aktif termasuklah aktiviti pendidikan luar, bersukan, berlakon, bermain alat muzik, berkebun dan berkhemah. Tahap pasif termasuklah aktiviti membaca, menonton televisyen, mendengar radio atau menjadi penonton aktiviti sukan dan lain-lain.

Dengan menyertai aktiviti rekreasi anda boleh merentasi samudera atau menyelami dasar lautan, menyaksikan keindahan karangan laut atau mempelajari permainan gasing tradisional, berkhemah, meredah hutan belantara. Di Malaysia Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Rekreasinya merupakan badan utama bertanggungjawab terhadap aktiviti rekreasi luar seperti kembara, mendaki tembok dan lain-lain. Sementara Kementerian Kebudayaan dan Warisan bertanggungjawab terhadap aktiviti sukan tradisional dan lain-lain.

2.1.2

Kesan daripada abiliti Rekreasi

Antara hasil yang boleh dapat dinikmati oleh seseorang selepas melakukan aktiviti rekreasi adalah seperti berikut: (a) Kegembiraan dan Keseronokan Melalui aktiviti rekreasi dan boleh merasai keseronokan dan mengalami pengalaman baru. Kepuasan Apabila anda telah berasa gembira dan seronok, anda boleh merasakan kepuasan atas penglibatan dan pengalaman yang dilalui Keseimbangan Melakukan aktiviti rekreasi ianya dapat mewujudkan keseimbangan di antara tekanan kerja dan beraktiviti melalui rekreasi Pembinaan Sikap Melalui rekreasi juga seseorang itu dapat membina sikap yang baik seperti bertolak ansur, bekerjasama, berbudi bahasa dan mampu membina kestabilan emosi. Pembelajaran Melalui aktiviti rekreasi anda boleh mempelajari pelbagai perkara baru yang diperolehi sepanjang aktiviti dan ianya dapat membentuk memperkembangkan daya pemikirannya Kebebasan Rekreasi memiliki ciri-ciri tiada wujud sebarang unsur paksaan atau tekanan ketika melakukan aktiviti rekreasi. Oleh yang demikian rekreasi dapat membantu anda menikmati kebebasan dan menentukan hala tuju aktiviti.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

24

OUM

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN

(g)

Kesegaran Fizikal Dengan melakukan berbagai bentuk aktiviti rekreasi anda akan memperoleh kesegaran fizikal yang membantu mewujudkan kesihatan jasmani dan mental yang baik. Interaksi Sosial Melalui aktiviti rekreasi peluang dan ruang untuk berinteraksi melalui rekreasi dapat membantu mewujudkan suasana hubungan sosial yang lebih baik harmoni

(h)

Semak Kendiri 2.1


1. Apakah yang anda faham mengenai rekreasi dan bincangkan ciricirinya? 2. Dari penglibatan dalam bidang rekreasi apakah hasil yang berpotensi untuk diperolehi?

2.2

KESENGGANGAN

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan Inggeris leisure. Kehidupan masyarakat secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi kesenggangan yang memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti. Dari segi istilah leisure itu berasal dari kata Latin licere, yang membawa maksud untuk menjadi bebas'. Dari perkataan licere itu maka timbul pula istilah loisir dalam bahasa Perancis yang bermaksud membenarkan', dan kata license (bermakna bebas untuk menyeleweng dari peraturan, amalan dan sebagainya) dalam bahasa Inggeris. Kesemua kata-kata ini adalah berkaitan, menyarankan kebebasan atau memberikan pilihan dan ketiadaan paksaan. Berdasarkan istilah Greek Tua leisure adalah schole yang bermakna aktiviti yang serius tanpa tekanan keperluan. Kata school dalam bahasa Inggeris adalah berasal dari kata Greek untuk leisure tersebut. Dengan itu is membawa implikasi bahawa ada hubungan yang rapat di antara leisure atau kesenggangan dengan pendidikan. Jean Mundy dan Linda Odum ketika dalam aktiviti senggang, individu bebas memilih kesempatan yang memberikan suatu pengalaman yang boleh memenuhi kehendak individu pada ketika itu. Kehendak itu pula perlu mampu memenuhi keinginan dan keperluannya. Ini bermakna situasi ini dilihat memberikan ruang yang membenarkan. seseorang memilih untuk beraktiviti secara bebas tanpa halangan.

2.2.1

Konsep Kesenggangan

Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara rekreasi dan konsep bermain (play). Ketiga-tiganya memiliki elemen dan ciri-ciri yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Berdasarkan dari definisi Torkildsen (1992), Edington (1978) dan Murphy (1990) terdapat kesamaan dalam hujah mereka mengenai kesenggangan. Menurut mereka kesenggangan memiliki ciri-ciri seperti berikut:

OUM

25

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)

Berkait masa Masa terluang Sebagai satu aktiviti Satu aktiviti yang menyenangkan Memiliki konsep yang menyeluruh holistic Sebagai satu cara hidup Simbol taraf sosial

Semak Kendiri 2.2


1. Jelaskan apa yang faham mengenai kesenggangan dan konsepnya. 2. Apakah perbezaan yang boleh anda kaitkan di antara kesenggangan dan rekreasi?

2.3

AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN

Setelah anda memahami akan ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan, anda akan diperkenalkan dengan beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh komuniti aktiviti rekreasi dan kesenggangan di Malaysia

2.3.1

Aktiviti Rekreasi Luar

Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan sebarang kegiatan yang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam sekitar. Dari aspek jenis aktiviti ianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat luas. (a) Berkhemah

Rajah 2.1: Berkhemah

Perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi. Ianya merupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk mencapai matlamat yang dinginkan. Aktiviti ini memerlukan anda berada di persekitaran yang berbeza dari kehidupan biasa. Anda perlu meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakan di rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang
26

OUM

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN

tidak memungkinkan anda membawa segala peralatan yang sama seperti di rumah. Anda akan berada dekat dengan alam sekitar dan ianya merupakan satu aktiviti yang menyegarkan. (b) Berbasikal Bukit (Mountain Biking)

Rajah 2.2: Berbasikal bukit (mountain biking)

Berbasikal bukit ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran pengendalian basikal bukit yang berkesan dan cekap. Ianya tidak sama seperti perlumbaan atau aktiviti basikal lain kerana aktiviti basikal bukit ini melibatkan laluanlaluan semula jadi yang mencabar seperti berbukit-bukit, sempit, curam dan sebagainya. Basikal yang digunakan juga berbeza dari pada basikal biasa yang digunakan kerana sifat aktivitinya yang lasak. (c) Kayak

Rajah 2.3: Kayak

Aktiviti kayak adalah satu aktiviti yang memerlukan anda mengemudi kayak di atas air dengan mengaplikasikan kaedah dan teknik yang paling mudah digunakan. Ianya memerlukan latihan dan kemahiran bagi mengemudi sebuah kayak.

OUM

27

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

(d)

Mendaki Tembok Tiruan dan Semula Jadi

Rajah 2.4: Mendaki tembok tiruan dan semula jadi

Aktiviti mendaki tembok tiruan dan tembok semula jadi ini adalah merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang popular masa kini. Aktiviti ini memerlukan kemahiran peserta untuk menggunakan kekuatan tangan dan teknik yang betul untuk sampai ke puncak. Aktiviti ini menggunakan tembok tiruan yang dilengkapi dengan tombol meletak tangan (hand hold) dan kaki (foot hold). Bagi permukaan tembok semula jadi pula ianya memerlukan peralatan khas yang digunakan sebagai anchor untuk meletak Pitons sejenis alat yang membantu melekatkan karabiner dari jenis snap gate. Antara peralatan lain diperlukan adalah seperti harness, tali, karabiner, chalk bag dan kasut mendaki. Bagi tujuan pertandingan terdapat pelbagai tembok yang memiliki tahap kesukaran (difficulty) yang berbeza untuk menambahkan cabaran aktiviti ini. Aktiviti ini juga boleh dilakukan di luar dengan menggunakan temboktembok semula jadi seperti permukaan gunung batu kapur dan ianya lebih mencabar berbanding memanjat tembok tiruan.

28

OUM

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN

(e)

Mendaki Gunung (Mountaineering)

Rajah 2.5: Mendaki gunung (mountaineering)

Mendaki gunung merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan cabaran dan kepuasan kepada penggiatnya. Ianya bukan hanya bertumpu kepada pendakian dan menikmati akan keindahan panorama dari kawasan tinggi tetapi ianya juga turut mencabar fizikal dan mental, berisiko dan memerlukan usaha yang gigih tanpa putus asa. Aktiviti ini memerlukan penggiatnya memiliki kemahiran asas dalam aktiviti rekreasi luar seperti berkhemah, penggunaan tali, navigasi, keselamatan, ikhtiar hidup, dan pertolongan cemas. Kemahiran ini akan menjadi pelengkap kepada aktiviti mendaki gunung sebagai contoh ada gunung yang memerlukan peserta bermalam di sepanjang laluan kemahiran berkhemah amat diperlukan manakala navigasi pula bagi membantu anda menyemak kedudukan dengan peta dan kompas. (f) Kembara Hutan (Jungle Tracking)

Rajah 2.6: Trekking

Trekking adalah satu aktiviti yang dilakukan dengan melalui denai-denai dan jalan kecil di dalam hutan. Aktiviti ini memerlukan satu kawasan yang luas dan jarang di lalui oleh orang mahupun binatang. Trekking biasanya di lakukan di dalam hutan simpan atau hutan dara yang belom di terokai. Impak melalui aktiviti seperti selain mencabar kemampuan fizikal dan mental peserta ianya dapat merapatkan hubungan manusia dan alam sekitar.

OUM

29

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

(g)

Paintball

Rajah 2.7: Paintball

Paintball satu sukan ekstrem baru dan sedang mendapat tempat di negara kita. Ia mulanya berasal daripada aktiviti mewarnakan pokok di hutan dan menandakan lembu untuk disembelih. Ketika itu ianya menggunakan spray gun untuk menandakan lembu atau pokok. Disebabkan terlalu bosan, mereka mula menembak sesama sendiri dan akhirnya sukan paintball mula tercipta. Perang dalam sukan ini Paintball membabitkan dua kumpulan yang bertarung untuk menyelamatkan bendera mereka di tempat musuh. Ketika peperangan ini peluru paintball yang digunakan akan pecah menjadi warna setelah ditembak. Aktiviti paintball diadakan dengan tujuh peserta untuk setiap kumpulan. Misi utama dalam aktiviti ini ialah untuk mendapatkan bendera yang dicacakkan di tengah padang. Setiap kumpulan diberi peluang untuk berperang sebanyak tiga kali. (h) Whitewater Rafting

Rajah 2.8: Whitewater rafting

White Water Rafting adalah satu aktiviti rekreasi yang amat mencabar fizikal dan mental para penggemarnya. Aktiviti ini memerlukan peserta memiliki kekuatan daya tahan yang maksimum. Aktiviti ini membawa peserta mengemudi bot getah menerusi sungai yang memiliki jeram yang dilabel mengikut tahap kesukaran. Lebih sukar tahap satu-satu jeram yang bakal dilalui maka bertambah mencabar dayungan dan kawalan ketika melaluinya.

30

OUM

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN

(i)

Selam Scuba

Rajah 2.9: Selam scuba

Scuba adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri). Aktiviti selaman scuba ini merupakan aktiviti yang dilakukan di bawah permukaan air. Ianya dilakukan dengan menggunakan bantuan alatan menyelam. Ianya menggunakan tangki udara yang membekalkan bekalan udara bagi membolehkan penyelam kekal lama bawah air untuk jangka masa yang agak lama. Aktiviti seperti melihat keindahan laut, spesies hidupan dan karangan laut merupakan aktiviti yang biasa dilaksanakan ketika selam scuba. (j) Orienteering

Rajah 2.10: Orienteering

Orienteering adalah satu aktiviti rekreasi yang memerlukan seseorang itu menggunakan peta dan kompas untuk menuju dari satu titik ke satu titik kawalan yang lain. Aktiviti orienteering ini bukan hanya memerlukan seseorang itu memiliki kemahiran membaca peta dan kompas tetapi mereka juga perlu mantap dari segi kemampuan fizikal dan mental.

OUM

31

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

(k)

Snorkeling

Rajah 2.11: Snorkeling

Snorkeling adalah aktiviti yang membolehkan anda melihat dan menghayati hidupan di dasar laut seperti terumbu karang dan spesies hidupan marin dengan menggunakan topeng muka dan bernafas dengan menggunakan snorkel' .Aktiviti ini juga merupakan salah satu aktiviti rekreasi yang amat popular pada masa ini selain dari aktiviti yang lebih mencabar dan agak sofistikated seperti selam scuba. Aktiviti snorkeling ini dapat membantu seseorang individu menikmati pemandangan dalam laut dengan menggunakan beberapa peralatan ringan serta mudah dikendalikan. Peralatan yang gunakan agak ringkas dan ianya terdiri dari peralatan-peralatan asas seperti, topeng (mask), snorkel, dan fins.

Semak Kendiri 2.3


1. Bincangkan apakah ciri-ciri yang terdapat dalam setiap aktiviti yang diperkenalkan dalam rekreasi. 2. Kenal pasti apakah kepentingan aktiviti luar ini kepada pendidikan di sekolah.

2.3.2

Aktiviti Rekreasi Dalaman

Aktiviti rekreasi dalaman pula banyak melibatkan aktiviti yang dilaksanakan secara dalaman seperti di dalam dewan, rumah, kelas dan sebagainya. Ianya tidak melibatkan aktiviti dan persekitaran luaran. Jenis-jenis aktivitinya juga disesuaikan untuk dilakukan dalam suasana dan persekitaran dalaman.

32

OUM

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN

(a)

Sukan Siber (Cyber Sports)

Rajah 2.12:Sukan siber (cyber sports)

Rekreasi terbaru di abad ini ialah penggunaan aplikasi sukan secara elektronik dalam talian internet. Terdapat pelbagai jenis aplikasi sukan yang berbentuk maya dimainkan secara online di seluruh dunia. Permainan ini boleh dimainkan secara berpasukan dan juga secara individu. Pemain hanya perlu menghubungi pemain lain di mana saja mereka berada di dunia yang berada dalam system yang sama. Perhubungan ini boleh dilakukan melalui sistem internet relay chat yang biasa digunakan. Ianya mampu mewujudkan satu komuniti yang membentuk satu liga permainan siber. Setiap liga yang diwujudkan perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Antara liga online yang popular adalah seperti Cyber athlete Amateur League, Cyber Evolution, Clan Base, United Kingdom Electronic Sports Network dan Electronic Sports League. (b) Permainan Catur

Rajah 2.13: Bidak buah catur

Catur adalah permainan yang menggunakan kemahiran berfikir dan dimainkan oleh dua orang. Pecatur adalah orang yang memainkan catur. Sebelum sebarang permainan dimulakan pecatur memilih biji catur yang akan ia mainkan. Terdapat dua warna yang biasa bagi bidak catur iaitu hitam dan putih. Kebiasaannya permainan yang memiliki buah

OUM

33

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

berwarna putih akan memulakan langkah pertamanya dan diikuti selanjutnya oleh pemain buah hitam secara bergantian sehingga tamat permainan.

2.3.3

Aktiviti Kesenggangan

Bagi aktiviti kesenggangan pula kebanyakan dari aktivitinya terdiri daripada aktiviti yang sama seperti aktiviti rekreasi. Manusia bebas memilih jenisnya tetapi apa yang perlu dilihat konsep dan ciri-ciri kesenggangan itu dilakukan untuk tujuan apa. Aktiviti kesenggangan melibatkan masa yang membantu manusia untuk melepaskan tekanan dari rutin kehidupan biasa seperti bekerja dengan menggantikan dengan aktiviti yang dipilih tanpa ada unsur paksaan dan memberikan kesan kepada mental dan fizikal pelaku.

Semak Kendiri 2.4


1. Apakah perbezaan yang terdapat pada aktiviti rekreasi luar dan dalaman? 2. Bagaimanakah aktiviti kesenggangan boleh memanfaatkan kehidupan?

2.3.4

Pengurusan Aktiviti Rekreasi dan Kesenggangan

Bagi setiap aktiviti rekreasi yang ingin dilaksanakan ianya perlu dirancang secara teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek penting bagi setiap jenis aktiviti rekreasi ataupun kesenggangan. Perancangan ini bukan hanya diguna pakai untuk aktiviti rekreasi berkumpulan sahaja malah ianya juga melibatkan aktiviti rekreasi yang hendak dijalankan secara bersendirian. Dalam konteks ini perancangan yang menyeluruh perlu mengambil kira pelbagai perkara penting dalam aktiviti rekreasi baik dari segi peralatan hinggalah kepada keselamatan.

2.4

PENGURUSAN AKTIVITI REKREASI

Rajah 2.14: Proses perancangan aktiviti rekreasi

34

OUM

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN

Dalam merancang sebarang jenis aktiviti rekreasi anda perlu melalui proses perancangan yang mengambil kira pelbagai aspek penting yang perlu difikirkan bagi mendapat hasilan aktiviti yang dingini. Beberapa faktor yang perlu dititik beratkan dalam perancangan adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Maklumat aktiviti Objektif aktiviti Organisasi Persiapan Logistik Kewangan Pelaksanaan Keselamatan

2.4.1

Maklumat Aktiviti

Sebagai perancang aktiviti anda perlu tahu jenis aktiviti yang bakal anda pilih untuk dilaksanakan. Maklumat mengenai aktiviti tersebut perlu mengambil kira akan faktor latar belakang peserta yang sesuai mengikutinya dan juga tahap kesukaran yang bakal dihadapi. Antara sumber-sumber maklumat yang boleh diperolehi adalah seperti laporan aktiviti, brochures, rencana akhbar, majalah, laman web, persatuan, agensi kerajaan dan juga syarikat swasta. Beberapa contoh maklumat yang perlu anda cari adalah seperti: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Penerangan mengenai aktiviti Bagaimana untuk terlibat dalam aktiviti ini Jika ingin mendaki sebagai contoh anda perlu mendapatkan maklumat mengenai cuaca, jarak dan bentuk muka bumi kawasan pendakian. Potensi bahaya yang bakal dihadapi Peralatan asas yang diperlukan untuk aktiviti Kemudahan yang disediakan untuk pelbagai tujuan termasuk ketika berlaku kecemasan Kadar harga yang akan dikenakan

Selain daripada itu juga sebagai perancang anda perlu juga menyemak jika sebarang aktiviti rekreasi itu perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak berwajib seperti Majlis kerajaan Tempatan, Jabatan Perhutanan, Polis dan sebaginya. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada melanggar sebaran peraturan atau syarat yang ada di keluar oleh pihak berwajib bagi tujuan mengawal dan memantau keselamatan para peserta.

2.4.2

Objektif Program

Berbalik kepada definisi rekreasi dan kesenggangan anda perlu mengklasifikasikan aktiviti anda. Anda perlu tahu apakah tujuan utama pelaksanaan aktiviti dan output yang anda inginkan. Ianya mungkin untuk tujuan berseronok ataupun untuk tujuan pembangunan kendiri dan anda perlu tentukan.

OUM

35

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

Sesuatu objektif program itu perlu boleh diukur dengan membuat perbandingan berdasarkan objektif yang telah digariskan bagi satu-satu aktiviti atau dengan kata lain objektif perlu melambangkan sesuatu yang ingin dicapai.

2.4.3

Organisasi

Berikutnya setelah menetapkan jenis dan matlamat objektif aktiviti sudah sampai waktunya bagi melaksanakan aktiviti melalui penubuhan satu organisasi yang akan merealisasikan aktiviti yang telah dirancang. Melalui organisasi ini anda perlu memilih ahli jawatankuasa yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan yang telah dirancang. Sebagai contoh seperti penubuhan pelbagai jawatankuasa kecil seperti jawatankuasa keselamatan, logistik, aktiviti, ketering/makanan, kewangan dan sebaginya. Inilah dinamakan pengurusan di mana melalui pengorganisasian semua tugasan dilakukan melalui anggota yang anda bagi mencapai satu objektif yang diinginkan.

2.4.4

Persiapan

Rajah 2.15: Persiapan dan pemeriksaan peralatan aktiviti

Dalam fasa persiapan ini anda sebagai perancang perlu melihat aktiviti persiapan ini dari pelbagai sudut antaranya seperti menyediakan kenderaan peserta, insurans peserta, kelulusan aktiviti, bekalan makanan, kelengkapan dan peralatan aktiviti dan sebagainya. Bagaimana anda boleh memantau persiapan ini dilaksanakan dengan berkesan? Berikut adalah beberapa panduan yang anda boleh gunakan untuk memastikan persiapan telah berjalan seperti yang dirancang: (a) (b) Menyediakan carta aliran kerja yang boleh disemak dan diikuti oleh semua anggota jawatankuasa. Carta ini telah menetapkan jenis-jenis Persiapan yang perlu dijalankan dan menetapkan bila tugasan tersebut perlu disediakan sebagai contoh kelulusan program perlu diperolehi dari pihak pengurusan atau proses pinjaman peralatan aktiviti.

36

OUM

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN

(c)

Pemantauan yang berterusan ketika persiapan perlu dilakukan oleh Ketua projek atau pengerusi jawatankuasa agar semua aktiviti persiapan menepati jadual dan perancangan yang telah ditetapkan. Menyediakan senarai semak yang boleh dijadikan panduan kepada anda bagi menentukan semua agenda persiapan telah dilakukan Mesyuarat merupakan satu aktiviti yang perlu dilaksanakan secara Berterusan bagi mendapatkan gambaran mengenai status persiapan, masalah yang dihadapi dan juga dalam masa yang sama meninjau prestasi persiapan aktiviti. Melalui mesyuarat juga anda boleh berkomunikasi secara terus dan berbincang untuk menyelesaikan masalah. Jika aktiviti yang ingin dilaksanakan itu perlu melibatkan latihan seperti Aktiviti mendaki gunung misalnya, maka perancangan yang rapi untuk latihan mendaki perlu dititikberatkan. Antara latihan yang boleh dijalankan adalah seperti latihan kecergasan, latihan penyesuaian iklim, latihan menggunakan peralatan, latihan menyelamat dan sebagainya.

(d) (e) (f)

(g) (h)

2.4.5

Logistik

Rajah 2.16: Kemudahan penginapan yang baik melicinkan perjalanan aktiviti

Bagi tujuan logistik anda perlu memastikan apakah kemudahan logistik yang perlu disediakan untuk menyokong aktiviti yang bakal anda laksanakan. Tanpa kemudahan logistik yang baik anda akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran ketika aktiviti dilaksanakan. Antara contoh kemudahan logistik adalah seperti kemudahan: (a) (b) (c) (d) Peralatan aktiviti Bekalan makanan Pengangkutan darat atau air Tempat penginapan dan sebagainya

OUM

37

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

2.4.6

Kewangan

Melalui maklumat-maklumat yang telah diperolehi dan apa yang telah anda rancang, anda sudah boleh mengenal pasti anggaran kewangan yang diperlukan bagi aktiviti. Anda perlu membuat anggaran perbelanjaan kewangan aktiviti ini berdasarkan keperluan yang amat diperlukan untuk memastikan aktiviti tersebut boleh dijalankan. Elakkan dari memasukkan perbelanjaan yang tidak penting bagi mengelakkan pembaziran. Melalui rancangan kewangan ini juga anda perlu memastikan bagaimana sumber kewangan boleh diperolehi dalam jangka masa yang telah ditetapkan antaranya seperti mendapatkan penajaan, mengumpul wang sumbangan ahli dan sebagainya.

2.4.7

Pelaksanaan

Seperti yang telah dirancang tibalah masanya untuk melaksanakan atau merealisasikan apa yang telah dirancang sekian lama. Ketika pelaksanaan aktiviti anda perlu mengambil kira semua keperluan aktiviti telah dilengkapkan untuk mengelak sebarang kekalutan ketika aktiviti bakal berjalan. Melalui penjadualan aktiviti yang tersusun dan mengambil kira semua aspek perancangan aktiviti juga akan menjadi penentu kepada kelicinan aktiviti.

2.4.8

Keselamatan

Rajah 2.17: Pemeriksaan keselamatan peralatan perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan

Menitik berat dan mengutamakan keselamatan merupakan agenda yang perlu sentiasa ada kepada perancang aktiviti rekreasi. Keselamatan bukan hanya tertumpu kepada aspek tertentu sahaja tetapi ianya perlu mengambil kira pelbagai aspek. Sebagai contoh melaksanakan aktiviti ekspedisi berkayak, anda perlu memastikan keselamatan seperti: (a) (b) (c) (d) Peralatan peserta seperti kayak dan jaket keselamatan selamat digunakan Peserta membawa keperluan yang cukup ketika aktiviti seperti makanan yang cukup, air dan peralatan ikhtiar hidup Keadaan cuaca, arus kekuatan laut, pasang surut air dan kawasan yang berombak kuat dan berbahaya Memastikan kumpulan ekspedisi diiringi oleh bot keselamatan yang berkuasa tinggi untuk tujuan menyelamat ketika kecemasan

38

OUM

BAB 2

REKREASI DAN KESENGGANGAN

Anda juga perlu sentiasa memastikan kesemua peralatan aktiviti selamat digunakan dan perlu diperiksa sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Pemilihan tempat aktiviti juga perlu dipastikan selamat dengan mengadakan penilai potensi bahaya di persekitaran tempat. Anda juga perlu menyediakan satu pelan tindakan kecemasan sebagai iaitu ketika berlaku kecemasan berlaku apakah tindakan yang perlu dibuat seperti memiliki nombor agensi menyelamat, hospital, polis dan sebagainya.

2.5

PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS AKTIVITI

Perlunya pada setiap kali selesainya sebarang aktiviti, satu penilaian yang menyeluruh perlu dijalankan bagi meninjau akan keberkesanan aktiviti. Penilaian boleh dilakukan melalui seisi maklum balas bersama peserta dan juga anggota pelaksana aktiviti. Apa yang ingin diperolehi dari aktiviti penilaian dan maklum balas ini bukanlah untuk mencari kesilapan tetapi ianya bertujuan untuk mengetahui pelbagai isu dan permasalahan yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan. Maklumat yang diperolehi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan di masa akan datang bagi memperkemaskan lagi perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang sama di masa-masa akan datang.

Semak Kendiri 2.5


1. Senaraikan faktor-faktor penting yang perlu dititik beratkan dalam perancangan aktiviti rekreasi dan kesenggangan. 2. Apakah kepentingan menjalankan penilaian aktiviti?

RUMUSAN
Rekreasi banyak berkait dengan penggunaan masa. Masa yang dimaksudkan dengan rekreasi ini boleh didefinisikan sebagai waktu lapang, iaitu waktu yang wujud untuk manusia bebas melakukan apa sahaja dengan kemahuan mereka sendiri. Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang mempunyai perkaitan rapat di antara rekreasi dan konsep bermain (play). Kesenggangan merupakan satu bentuk aktiviti yang telah digunakan oleh manusia untuk bermain, melepaskan tekanan atau keletihan daripada aktiviti kerja. Ianya tergolong di dalam konsep kesenggangan, istilah ini diterjemahkan dari perkataan Inggeris leisure. Kehidupan masyarakat secara tradisi telah secara langsung mewujudkan satu institusi kesenggangan yang memainkan peranan memberikan ruang untuk beraktiviti. Beberapa faktor yang perlu dititik beratkan dalam perancangan adalah seperti maklumat aktiviti, objektif, aktiviti, organisasi, persiapan, logistik, kewangan, pelaksanaan dan keselamatan. Maklumat yang diperolehi melalui penilaian aktiviti boleh dijadikan panduan dan rujukan di masa akan datang bagi memperkemaskan lagi perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang sama di masa-masa akan datang.

OUM

39

REKREASI DAN KESENGGANGAN

BAB 2

RUJUKAN
Darly Siedentop. (2001). Introduction to Physical Education, Fitness and Sports. Mc Graw Hill. New York Charles A. Bucher. (2002). Management of Physical Education and Sports. Mc Graw Hill. New York Covell et. al. (2003). Managing Sports Oragnization:Responsibilty for Performance. Thomsom South Western: Canada Trevor Slack. (1997). Undertanding Organization: Aopplication of Organization Theory. Human Kinetic. USA Richard F. Mull et. al. (1997). Recreational Sports Management. Human Kinetics. USA John R. Olson. (1997). Facility and Equipnment Management for Sports Directors. Human Kinetics. Illinios Ruben Acosta Hernandez. (2002). Managing Sports Organization. Human Kinetics. USA Judith E. Rink (2002). Teaching Physical education for Learning. Mc Graw Hill. New York Christoper R. Edinton. et. al. (2004). Leisure Programming. Mc Graw Hill. New York John C. Miles. et. al. (1990). Adventure Education. Venture Publishing. USA

40

OUM