Anda di halaman 1dari 16

KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

DISEDIAKAN OLEH:NUR FARAHIYA BINTI MUSTAFA KAMIL

G5.6

PENGENALAN (APA ITU PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? )


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on.

Pengalaman Harian Individu

Persekolahan

Kehidupan Masyarakat

Alam Pekerjaan

DEFINISI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL


Pembelajaran kontekstual berdasarkan John Dewey (1916) ialah murid-murid akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Kontekstual bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula bermaksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian : i. ii. Yang berkenaan, releven ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan.

KONSEP PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL


Melalui kaedah ini, murid berupaya mengenalpasti perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Ini kerana kaedah ini membina persekitaran pembelajaran melalui proses pengalaman, penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Pembelajaran ini juga melibatkan pelajar berfikir dan hands on.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL


Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual. Menerangkan kepentingan dan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.

Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru Menghubungkait pengetahuan sedia ada dgn pengetahuan baru (kekalkan). Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

KITA BELAJAR & KITA KEKALKAN


o 10% APA YANG KITA BACA
o 20% APA YANG KITA DENGAR o 30% APA YANG KITA LIHAT o 50% APA YANG KITA DENGAR DAN LIHAT o 70% APA YANG KITA BINCANG DENGAN ORANG LAIN o 80% APA YANG KITA ALAMI SENDIRI o 95% APA YANG KITA AJAR PADA ORANG LAIN

KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Relating (Menghubungkait) Experiencing (Mengalami) Applying (Mengaplikasi) Cooperating (Bekerjasama)

E
A C

Transfering (Memindahkan)

Relating (Menghubungkait) Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh kedua ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.

Experiencing (Mengalami) Murid diberi pengetahuan serta pengalaman bagaimana cara merawat kecederaan ringan. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi di mana jika ahli keluarga mereka mengalami kecederaan ringan ketika berada di rumah.

Applying (Mengaplikasi) Murid mempelajari tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dalam tema sayangi diri. Dengan menggunakan pengetahuan sedia ada, mereka akan bersenam, bersukan serta menjaga pemakanan bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.

Cooperating (Bekerjasama) Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk berbincang mengenai kepentingan mengamalkan sikap toleransi antara masyarakat. Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama.

Transfering (Memindahkan) Murid pengurusan konflik dan stres. Murid boleh memindahkan bagaimana untuk mengatasi konflik dan stres seandainya berlaku masalah tidak mempunyai kawan di sekolah atau mengalami masalah di rumah bersama ibu bapa.

7 PRINSIP PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL


Prinsip berobjektif : Guru membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk; bukan sahaja apa yang mereka harus belajar tetapi mengapa tajuk itu harus dipelajari. Prinsip membina : Pengetahuan baru dihubungkan kepada prapengetahuan pelajar supaya pembelajaran baru dibina di atas pengalaman lama pelajar. Prinsip aplikasi : Pengetahuan baru dihubungkan secara spesifik kepada aplikasinya dalam peranan pelajar sekarang dan masa depan sebagai rakyat, pengguna, pekerja, ahli keluarga, ahli masyarakat yang berguna.

Prinsip penyelesaian masalah : Pelajar digalak menjadikan pembelajaran aktif dengan menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan masalah. Prinsip berpasukan : Pelajar membina semangat berpasukan dan kerjasama apabila bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah. Prinsip penemuan : Pelajar sentiasa digalakkan untuk cubalah. Mereka dibimbing ke arah menemui pengetahuan baru dan bukan menerimanya secara pasif. Guru membantu pelajar meneroka, menguji dan mencari jawapan. Prinsip hubungan : Guru membantu pelajar melihat hubungan antara isi kandungan pelajaran dan konteks, pengetahuan dan aplikasi satu bidang dengan bidang yang lain.

PENGGUNAAN BAHAN DALAM PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Komputer - untuk menghubungkaitkan secara langsung dengan tempat kerja dan dunia pembelajaran dan menyediakan motivasi untuk belajar. Teks - memperkembangkan lagi pengetahuan, membantu menjelaskan lagi senario, aktiviti, contoh dan tunjuk cara dalam kelas. Makmal - untuk memudahkan kajian kumpulan dan analisis serta gunakan alat yang releven untuk selesaikan masalah dalam makmal.

KEPENTINGAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan dan memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Memudahkan mereka untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat pada masa akan datang. Subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka.

KESIMPULAN
Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi sebenar. Keadaan ini secara tidak langsung boleh memotivasikan murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian mereka sebagai seorang pelajar, ahli keluarga, pekerja dan warga masyarakat.

RUJUKAN
1. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan.

2.
3. 4. 5. 6.

Buku Pedagogi Pendidikan Kesihatan, Open Universiti.


http://www.slideshare.net/zabidah/pembelajaran-secarakontekstual http://www.scribd.com/doc/47346529/Teori-PembelajaranKontekstual http://www.tutor.com.my/lada/tourism/edu-kontekstual.htm http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/09/strategi-kaedahpengajaran-dan.html