Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN EKPERIMEN

Tajuk: Pelastikan Kereta Masalah : Adakah daya tmempengaruhi jarak yang dilalui oleh sesuatu objek? Objektif : Untuk menyatakan hubungan antara panjang regangan getah dengan jarak yang di lalui oleh kereta mainan. Hipotesis : Semakin panjang regangan getah semakin jauh jarak kereta mainan bergerak. Pemboleh ubah :
a) Pemboleh ubah di malarkan: Jarak antara dua paku ,jenis kereta mainan dan

jenis getah fail.


b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: Panjang regangan getah dari garisan mula. c) Pemboleh ubah bergerak balas: Jarak yang dilalui kereta mainan dari garisan

mula. Radas dan bahan: Getah fail, Papan, Penukul, 2 batang paku berukuran 6cm , Kereta Mainan, Pensil, Pembaris dan Pita Pengukur.

Rajah 1: Radas yang diperlukan.

Prosedur :
1) Paku di ketuk di atas sebuah papan seperti rajah 2.

Rajah 2
2) Setiap hujung getah fail di ikat pada kedua-dua paku tersebut dan garisan

permulaan di tanda di antara dua paku tersebut dengan menggunakan pensil dan pembaris.

Rajah 3

3) Sebuah kereta mainan di letakkan di hadapan getah tersebut. Kemudian, getah

tersebut ditarik 6 cm ke belakang dari garisan permulaan bersama-sama dengan kereta mainan tersebut seperti yang ditunjuk dalam rajah 4.

Garisan mula

Rajah 4

4) Kereta mainan di lepaskan.

Rajah 5

5) Kedudukan akhir kereta mainan tersebut di tanda menggunakan pensil dan pembaris.
6) Jarak yang di lalui oleh kereta mainan dari garisan permulaan hingga ke

kedudukan akhir diukur dengan menggunakan pita pengukur.

Rajah 6
7) Langkah 1 hingga 6 di ulang dengan jarak regangan getah dari garisan mula

yang berbeza iaitu 9cm, 12cm, 15cm, and 18cm. Jadual merekod data: Panjang getah ditarik ke belakang dari Jarak yang dilalui oleh kereta dari garisan mula (cm) 6 9 12 15 18 garisan mula (cm)

Kesimpulan : Hipotesisi diterima. Semakin tinggi daya yang dikenakan ke atas kereta mainan, semakin jauh jarak yang dilaluinya.Hal ini kerana daya merupakan sesuatu yang dapat menyebabkan perubahan bentuk, kedudukan, kelajuan, atau arah gerakan objek.

Kereta mainan yang diberikan daya yang tinggi akan menyebabkan ia bergerak dengan laju.