Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Fazrina binti Mohd Tamiri 1 ppismp-PM/PJ/SEJ

Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi kewangan,masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada oleh pensyarah mata pelajaran Kemahiran Belajar, saya dapat memahami serta memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini,saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini saya kurang memahami tentang teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memudahkan pembelajaran serta memudahkan proses mengingat bagi sesuatu mata pelajaran. Di mana kaedah belajar ini sebenarnya banyak yang boleh kita gunakan untuk memudahkan kita mengingat sesuatu maklumat mengenai mata pelajaran-mata pelajaran yang kita pelajari. Namun begitu setelah saya mengkaji serta mencari maklumat mendalam tentang perkara tersebut bagi tugasan ini,saya dapat memahami subjek ini dengan lebih mendalam.

Saya dapat memahami bahawa mata pelajaran ini terlalu sesuai digunakan dalam proses pembelajaran. Sya juga dapati sebenarnya banyak cara yang kita boleh gunakan untuk memudahkan pembelajaran dan mengingat kita bagi sesuatu mata pelajaran yang sukar. Melalui tugasan ini, banyak mengajar dan memberi pengajaran kepada saya tentang penggunaan mnemonik-mnemonik yang pelbagai dan sesuai dengan mata pelajaran tertentu, serta saya lebih menghargai setiap satu kelebihan serta kelemahan saya.

Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban sama ada dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya,saya tetap berpuas hati kerana hasil kerja keras saya dapat juga menyiapkan tugasan ini. Walaupun kami telah beberapakali membuat penambahbaikan semula tugasan kami, namun saya amat berpuas hati kerana dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang cara-cara belajar yang lebih mudah. Apa yang paling membuat saya teruja apabila saya dapat mengetahui dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam proses pembelajaran saya. Melalui tugasan ini juga dapat meningkatkan semangat untuk belajar dan untuk lebih Berjaya dalam semua bidang. Di mana saya berpendapat bahawa tidak semestinya yang susah itu susah yang mudah itu mudah, iaitu setiap perkara kita mesti hadapi untuk lebih berjaya.

Saya dapati pengalaman ini adalah amat bernilai kerana banyak yang boleh dipelajari serta dapat mengetahui sesuatu yang baru. Pelajaran ini amat berguna dan amat sesuai dipelajari oleh setiap pelajar untuk mengetahui atau mempelajari kaedah-kaedah belajar yang lebih sesuai dan mudah digunakan dalam pembelajaran kita. Ia juga memudahkan proses mengingat kita bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian mata pelajaran tertentu. Sebagai contoh jika kita mempelajari mata pelajaran pengajian Bahasa Melayu, banyak kaedah belajar yang boleh kita gunakan bagi memudahkan kita mengingat. Begitu juga dengan mata pelajaran yang lain. Kita boleh menggunakan banyak cara yang sesuai untuk memudahkan proses pembelajaran kita. Apa yang penting ialah dapat memudahkan kita mengingat perkara-perkara yang penting dalam setiap mata pelajaran yang kita pelajari.

Akhir kata, saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya siapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa saya hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.