Anda di halaman 1dari 4

Teks Juruacara Majlis

MAJLIS HARI PENINGKATAN PRESTASI TAUTAN KASIH DAN TITIAN EMAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PATIAMBUN, LIMBANG

KS = Kenny Simon KS

SJ = Lee Siaw Ju

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Mohammad bin Samsuddin, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang diiringi bersama oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Bin Melan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang, penolong-penolong kanan, guru-guru kanan serta guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang. Hadirin dijemput terus berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Negara, Negaraku. Para hadirin dipersilakan duduk Majlis dengan hormatnya menjemput (nama), untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada (nama) di atas bacaan doa sebentar tadi. Yang Berbahagia Encik Mohammad bin Samsuddin, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang merangkap Naib Pengerusi 2 Program Tautan Kasih PMR 2010 Yang Berusaha Encik Ahmad Bin Melan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang. Yang Berusaha Ustazah Norsham Binti Md. Jub, Penolong Kanan Pentadbiran dan Ikhtisas Yang Berusaha Encik Matusin Bin Lakah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Berusaha Kokurikulum Encik Saadi Bin Hamid, Penolong Kanan Hal Ehwal menghormati dan

SJ SJ KS KS SJ

KS SJ KS SJ KS SJ KS SJ KS

Barisan guru-guru kanan Barisan tenaga pengajar Para ibu bapa dan penjaga Dan para pelajar yang dikasihi sekalian Selamat pagi, Salam 1 Malaysia dan selamat datang ke Hari Peningkatan Prestasi Akademik Tautan Kasih PMR 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang. Program Tautan Kasih PMR 2010, hasil inisiatif pihak sekolah bersama dengan tenaga akademik sekolah khususnya tenaga pengajar Tingkatan Tiga

SJ

bertujuan untuk mendekatkan silaturahim antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan dan kegemilangan akademik calon-calon Penilaian Menengah Rendah pada tahun ini. KS Disamping mendekatkan silaturahim antara ibu bapa dan pihak sekolah, majlis pada pagi ini juga akan lebih ke arah meningkatkan semangat caloncalon Penilaian Menengah Rendah pada tahun melalui ceramah akademik, lontaran motivasi yang membakar semangat calon-calon, input-input berguna khas untuk ibu bapa dan galakan kepada mereka yang bakal membawa nama sekolah ke persada kecemerlangan. Untuk pengetahuan para hadirin, Program Tautan Kasih PMR 2010 adalah julung-julung kali diadakan di peringkat sekolah. Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Encik Ahmad Bin Melan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang untuk menyampaikan ucapan dan juga kata-kata pembakar semangat kepada ibu bapa dan caloncalon PMR 2010. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Ahmad Bin Melan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang di atas ucapan dan kata-kata semangat beliau sebentar tadi. MaCS (Managing Challenging Schools) adalah satu program peringkat Jabatan Pelajaran Negeri yang bertujuan untuk memberi sasaran tertentu sekolah dalam melonjakan kecemerlangan akademik khususnya dalam peperiksaanpeperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang tidak terkecuali daripada menyahut seruan MaCS dalam melonjakkan kecemerlangan akademiknya melalui pelaksanaan pelbagai program, pendekatan dan juga strategi yang berkesan khas buat semua calon peperiksaan awam. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Ustazah Norsham Binti Md. Jub, selaku Penolong Kanan Pentadbiran dan Ikhtisas untuk menyampaikan Taklimat Akademik yang akan menjurus kepada previu keputusan Gerak Gempur PMR I dan II, peratusan prestasi akademik sekolah dan perancangan sebelum, semasa dan selepas PMR 2010. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Ustazah Norsham binti Md. Jub di atas Taklimat Akademik beliau sebentar tadi. Pihak sekolah sentiasa prihatin terhadap akademik murid-murid khususnya yang bakal menduduki peperiksaan-peperiksaan awam setiap tahun. Pada tahun ini, pihak sekolah akan memberi galakan kepada 11 orang calon Gemilang PMR 2010 yang menjadi harapan sekolah dan ibu bapa untuk mencapai keputusan 7A/8A. Hadiah galakan akan diberikan kepada 11 calon Gemilang PMR 2010 dengan harapan akan membakar semangat mereka supaya lebih berusaha dan

SJ

SJ

KS

SJ

KS

KS SJ

KS

bersemangat dalam menempuh hari-hari menjelang detik peperiksaan PMR kelak. SJ Bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Galakan kepada Kumpulan Pelajar Gemilang PMR 2010, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Bin Melan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang untuk mengiringi Encik Mohammad bin Samsuddin, Yang DiPertua PIBG SMK Seri Patiambun, Limbang untuk menyampaikan hadiah galakan kepada 11 pelajar Gemilang SMK Seri Patiambun, Limbang. Nama-nama pelajar yang dipanggil sebentar lagi diminta tampil ke pentas untuk menerima hadiah dengan diiringi oleh ibu bapa atau penjaga atau guru kelas masing-masing. Selepas menerima hadiah galakan, anda diminta untuk berada di hadapan pentas dan berbaris mengikut turutan menghadap para hadirin.

KS

UMMU ZAHIDAH BINTI ZAHARI NURUL AINI BINTI JAMRI MASLYANA ANAK JIMIE NOOR HAMISAH BINTI MATAMIT MOHD. HAZIQ BIN SUBPRI VERONICA SURA ANAK TUGANG MASTURA ANAK LUCHANG GLORIA ANAK KLING ODYLIA ANAK ROBERT NURHAMIZAH BIN MAHADI NURASDINA BINTI HAJI
SJ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohammad bin Samsuddin, Yang DiPertua PIBG SMK Seri Patiambun, Limbang dan Yang Berusaha Encik Ahmad bin Melan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang di atas penyempurnaan Majlis Penyampaian Hadiah Galakan kepada Kumpulan Pelajar Gemilang PMR 2010 sebentar tadi. Dengan berakhirnya penyampaian hadiah galakan PMR itu tadi, maka Majlis Tautan Kasih PMR 2010 pada pagi sudah hampir ke penghujungnya. Tetapi sebelum itu, makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga muridmurid, selepas ini akan diadakan sesi perjumpaan ibu bapa bersama guru tingkatan dan guru mata pelajaran. Perjumpaan ini akan diadakan di bilik-

KS SJ

bilik kelas yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Pelan lokasi kelas ada ditampal disekitar ruang legar ini serta kawasan sekolah. KS Dalam sesi perjumpaan ini, anda boleh mengetahui dan bertanyakan tentang prestasi akademik serta disiplin anak masing-masing. Sekiranya anda ingin berjumpa dengan guru-guru matapelajaran, anda boleh terus saja ke Anjung Muhibah atau di Bilik Guru. Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput para hadirin untuk berdiri bagi menghormati lagu rasmi sekolah, WAWASAN CEMERLANG. Majlis mengumumkan keberangkatan pulang Yang Berbahagia Encik Mohammad bin Samsuddin, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang diiringi bersama oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Bin Melan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang, penolong-penolong kanan, guru-guru kanan serta guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Patiambun, Limbang. Dengan ini, tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

SJ KS

SJ

Anda mungkin juga menyukai