Anda di halaman 1dari 6

ZAINUL Sinopsis

Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabal sebagai Yantuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk. Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar olehorang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntuk bela atas kematian ayahandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negeri Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang. rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan "daulat". Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Plot 1. Permulaan : Tuan Bujang belayar ke Palembang dan Jambi. Di Jambi, Tuan Bujang membantu Sultan Maharaja di Batu mengalahkan sultan di Kedah. 2. Perkembangan : Tuan Bujang dilantik sebagai Yamtuan Sakti. Adat pelantikan Tuan Bujang dilakukan, Puteri Jilan dan Yang Dipertuan Sakti memberikan Tuan Bujang pelbagai barangan seperti pedang sakti, cap, rambut Puteri Jilan dan dua butir kupang sebagai bukti bagi mendapatkan sumpah setia orang-orang Minangkabau. Raja Kecil memulakan perjalanan ke Johor untuk menuntut kembali hak baginda. 3. Perumitan : Raja Kecil sampai di Mengkalis iaitu sebuah perkampungan orang-orang Minangkabau. Setelah membaca cap itu, penghulu mengumpulkan segala orang Minangkabau untuk membantu Raja Kecil menyerang Johor. Raja Kecil dibantu oleh Daeng Perani, Daeng Celak dan Ratu Duha. Keturunan Laksamana meminta Raja Kecil menawarkan air yang masin sebagai bukti bahawa baginda anakraja Johor. 4. Klimaks : Peperangan berlaku antara orang0orang Raja Kecil dengan rakyat Yang Dipertuan Johor. 5. Peleraian : Yamtuan Muda yang mengamuk menyembunyikan diri kerana takut akan kesalahannya membunuh anak dan isteri. Yang Dipertuan Besar menyerah diri kerana tahu akan kesalahan baginda membunuh bapa Raja Kecil. Bonda Raja Kecil telah meninggal dunia sebelum sempat baginda bertemu dengannya. Raja Kecil berkahwin dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Kamariah.

AKMAL Watak dan Perwatakan 1. Raja Kecil : Nama sebenar ialah Tuan Bujang. Berkahwin dengan anak Dipati Batu Kucing dan mempunyai anak yang bernama Raja Alam. Mempunyai kuasa sakti iaitu boleh menawarkan air yang masin. Berkahwin dengan Tengku Kamariah. Digelar Sultan Abdul Jalil Syah selepas dilantuk menjadi Yang Dipertuan Besar Johor. Perwatakan (a) Baik hati Baginda tidak mahu membunuh Yang Dipertuan Besar setelah baginda menyerah diri kepadanya tanpa bersenjata (b) Gagah Baginda membantu Sultan Maharaja di Batu mengalahkan sultan di Kedah kerana berebut kerajaan (c) Amanah Menyerahkan cap pemberian Puteri Jilan sebagai bukti agar orang-orang Minangkabau di Mengkalis bersumpah taat setia dengan baginda. (d) Prihatin Menasihati orang Johor dan orang Minangkabau agar jangan berkelahi tentang keturunan baginda sebaliknya bekerjasama menyiapkan perahu. (e) Penyayang Raja Kecil amat menyayangi bondanya, Encik Apung. Baginda menangis kerana tidak sempat bertemu dengan bondanya tersebut. (f) Tidak menepati janji Berkahwin dengan Tengku Kamariah walaupun sebenarnya baginda telah bertunang dengan kakak Tengku Kamariah iaitu Tengku Tengah. 2. Puteri Jilan : Berkebolehan membaca mantera Perwatakan (a) Prihatin Memahami kehendak Tuan Bujang lalu menyuruh Tuan Bujang menuntut semula negeri Johor. (b) Bijaksana Menulis cap, memberikan rambutnya sepanjang lima depa, dua butir kupang sebagai bukti agar orang Minangkabau taat setia kepada Raja Kecil. (c) Penyayang Memeluk dan mencium Raja Kecil tatkala baginda hendak berangkat ke Siak,

3. Bendahara : Merupakan Bendahara Johor. Mempunyai anak yang bernama Tengku Tengah dan Tengku Kamariah. Tengku Kamariah telah berkahwin dengan Raja Kecil. Perwatakan (a) Taat Bendahara tidak mampu berbuat apa-apa setelah Raja Kecil mahu mengahwini anaknya, Tengku Kamariah walaupun Tengku Kamariah menangis. (b) Bertanggungjawab Sebagai seorang ayah, Bendahara memujuk anaknya, Tengku Kamariah agar mentaati perintah sultan.

Tema -Pengembaraan anak raja


Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangat Dijulang sehingga baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.

SYAKIR Latar Latar Masyarakat


1. Golongan masyarakat feudal. Contohnya, masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 2. Golongan masyarakat istana. Contohnya, masyarakat yang tinggal di istana.

Latar Masa
Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan pemerintahan Raja Siak.

Latar Tempat
1. Rawas. Contoh: Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. 2. Siak. Contoh: Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk. 3. Johor. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan Bahasa Arab. Contoh: Allah Ta'ala.

2. Penggunaan Bahasa Istana. Contoh: Patik, Baginda, Hulubalang, titah

3. Penggunaan Kata Ganda. Contoh: Kaya-kaya, besar-besar, masing-masing

FAHIM Nilai
1. Nilai kegigihan. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang. 2. Nilai keberanian. Contoh: Yang Dipertuan Kecik berani memutuskan pertunangannya dengan Tengku Tengah. 3. Nilai ketaatan. Contoh: Rakyat negeri Johor menunjukkan taat setia kepada Yang Dipertuan Raja Kecik setelah mengetahui baginda ialah keturunan raja.

Pengajaran
1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. 2. Kita janganlah cepat berputus asa sekiranya gagal dalam sesuatu hal. 3. Kita hendaklah patuh akan perintah ketua.

Persoalan
1. Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan. 2. Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya.