Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti semasa Berkhemah

Lord Baden Powell (1955) menyatakan salah satu daya penarikan kaum belia menyertai pergerakan sesuatu badan persatuan ialah kerana aktiviti semasa berkhemah. Kadangkala sesuatu perkhemahan membosankan peserta, kerana penganjur tidak merancang dan menjalankan aktiviti sepatutnya. Banyak aktiviti yang boleh dirancang dan dijalankan dalam suatu perkhemahan. Aktiviti-aktiviti ini seharusnya dirancang terlebih dahulu sebelum diadakan sesuatu perkhemahan. Di antara aktiviti yang boleh dirancang dan dijalankan bagi sesuatu perkhemahan adalah seperti berikut : I. Malam Kebudayaan a) Satu aktiviti yang sangat menggembirakan bagi setiap peserta sesuatu perkhemahan. Aktiviti ini mempunyai matlamat yang tertentu. b) Diantaranya untuk menghilangkan rasa bosan dan penat peserta perkhemahan setelah pada siangnya menjalankan aktiviti yang memenatkan. c) Kebudayaan dari sesuatu tempat, masyarakat dan bangsa dapat ditunjukkan di malam kebudayaan. Keadaan ini perlu untuk mengurangkan krisis dan menambahkan pengetahuan peserta. d) Malam Kebudayaan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat, memberi keyakinan diri dan beberapa faedah lain. e) Namun begitu malam kebudayaan yang dijalankan seharusnya dirancang dan diberi taklimat secara ringkas. Seharusnya majlis itu tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak bermoral dan bertentangan dengan agama peserta perkhemahan.

II.

Permainan Kim a) Berasal daripada nama seorang pengakap (Kim-ball OHara) yang terkenal dalam angkatan tentera India. b) Permainan Kim ini adalah untuk melatih seoarang belia menggunakan semua pancainderanya, seperti mata dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau.

c) Permainan Kim bagi deria mata dan ingatan dapat dilakukan dengan meletakkan kira-kira 25 benda kecil di atas kertas. Benda tersebut seperti pen, pensel, daun, gula-gula dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi masa lebih kurang 1 minit untuk melihat dan mengingat benda-benda tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat. Selepas cukup masanya benda tersebut ditutup dan peserta dikehendaki mengingat dan menulis kembali benda-benda yang dilihatnya. Peserta yang banyak sekali mengingati benda dengan tepat dikira menang. d) Permainan Kim deria pendengaran dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti memberi 10 minit kepada peserta mendengar bunyi binatang dan burung berhampiran kawasan perkhemahan. Mereka perlu menyenaraikan nama binatang dan burung yang didengarnya. e) Permainan Kim deria rasa dapat dilakukan bagi menguji deria rasa tangan dan rasa lidah. Deria rasa tangan dapat dilakukan dengan dua cara. Cara pertama, peserta ditutup matanya dan dikehendaki memegang dan merasa dengan tangannya 8 hingga 10 benda. Selepas itu, mereka dikehendaki menyenaraikan kembali nama benda yang dipegang. f) Cara kedua, sekumpulan benda (ketul batu, tanah, duit, keratan buluh dan sebagainya) dimasukkan ke dalam karung plastic dan sebarang bekas yang tidak boleh dilihat. Setiap peserta dikehendaki memegang benda tadi tanpa melihatnya. Selepas itu, mereka dikehendaki menyenaraikan kembali nama benda yang dipegang. g) Deria rasa lidah dapat dilakukan dengan menyediakan beberapa larutan seperti air gula, air larutan, air garam, asam jawa, cuka, kicap dan sebagainya. Peserta dikehendaki menutup matanya dan seorang petugas akan metelatkkan sedikit larutan ke tapak tangan mereka untuk dirasa dengan lidah. Setelah itu, mereka seharusnya menyenaraikan kembali apa yang dirasai. h) Permainan Kim deria bau dapat dilakukan dengan setiap peserta dikehendaki menutup matanya. Mereka akan diberi sebanyak 8-10 bahan untuk dihidu, Setelah itu, mereka disuruh menyenaraikan kembali bahan-bahan tersebut.

III.

Permainan Kecil a) Aktiviti permainan kecil dilakukan selama lebih kurang 5 minit atau kurang. b) Aktiviti ini bertujuan mengelakkan peserta daripada rasa jemu, mengantuk dan seharusnya mempunyai falsafah yang tersembunyi. c) Permainan-permainan kecil ini seharusnya yang rancak, melibatkan semua peserta dan sesuai dengan umur peserta. d) Contoh permainan kecil adalah elak bola dalam bulatan, pijak kaki, belalang dengan burung dan sebagainya.

IV.

Mengesan dan Menjejak a) Peserta dikehendaki menyiasat, mengesan dan menjejak kawasan tertentu berhampiran dengan kawasan perkhemahan, Mereka dikehendaki mengesan dan menjejak tapak binatang dan sebagainya. b) Mereka dikehendaki mengecam jenis binatang, tingkah lakunya (berlari, berjalan dan membawa beban) dan sebagainya.

V.

Projek Penerokaan (Perintis) a) Peserta dikehendaki membuat beberapa projek penerokaan. Banyak jenis penerokaan yang boleh dipertandingkan dalam sesuatu perkhemahan.

VI.

Berhalangan a) Aktiviti berhalangan ini bertujuan untuk menguji ketahan mental dan fizikal peserta. Banyak aktiviti berhalangan semula jadi dan boleh dibuat di sesuatu perkhemahan bagi tujuan ini. b) Di antara aktiviti berhalangan semula jadi ialah memanjat pokok, merntas lopak, meniti batang kayu, bergayut dengan akar dan sebagainya. c) Di antara halangan yang boleh dibina semasa dalam sesuatu perkhemahan ialah seperti menyeberangi anak sungai dengan menggunakan seutas dan utas tali, menggolek kayu bulat, meniti kayu yang diikat memanjat dinding dan sebagainya.

VII.

Aktiviti Bebas a) Aktiviti ini merupakan masa lapang dan berehat. b) Peserta bebas melakukan sebarang aktiviti yang difikirkan sesuai bagi seperti berehat, berbual-bual dengan kawan-kawan, menghayati alam semula jadi dan sebagainya.

VIII.

Pengembaran Ringkas a) Sesuatu pengembaran yang singkat dapat diadakan dalam sesuatu

perkhemahan. b) Pengembaran ini mengambil masa lama selama sehari atau sepetang sahaja. c) Selepas itu peserta dikehendaki kembali ke kawasan perkhemahan. Soalan dan arahan pengembaran ini boleh disediakan secara lisan atau bertulis.

IX.

Memasak dan Kehidupan di Hutan a) Banyak kegiatan tentang memasak dan kehidupan di hutan dapat dilaksanakan di sesuatu perkhemahan. b) Kemahiran hidup di hutan dapat dilaksanakan di sesuatu perkhemahan terutama apabila berkhemah di kawasan pergunungan, ditepi hutan atau ditepi sungai.

X.

Pertolongan Cemas dan Keselamatan a) Pelajaran pertolongan cemas dan keselamatan boleh dilaksanakan di kawasan perkhemahan. b) Peserta boleh didedah secara praktikal dengan ilmu pertolongan cemas dan keselamatan. c) Pendedahan pada aktiviti keselamatan yang sebenar dapat disediakan dalam sesuatu perkhemahan. d) Contohnya, bagaimana kaedah menyelamat mengsa kemalangan jatuh dari pokok, gunung dan membawa mangsa kemalangan.