Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGU 7

Masalah kekurangan idea dalam sesi P&P Nurul Izzati bt Mohd Zain 7 PISMP Pengajian Sosial 2

Masalah Pada minggu ini, saya ingin mengutarakan masalah mengenai kekurangan idea baru dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran memandangkan hampir semua teknik dan aktiviti yang pernah dipelajari telah dijalankan. Bagi meningkatkan kefahaman murid dan mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki, saya selaku guru perlu sentiasa membuat pendekatan pengajaran yang segar dan baru buat murid-murid. Seandainya bentuk sesi pembelajaran yang sama dijalankan dikhuatiri akan menimbulkan rasa jemu di kalangan murid-murid

Analisis Masalah Pada pandangan saya masalah ini berlaku atas beberapa sebab: i. Kekangan masa. Sebagai guru pelatih saya terpaksa membahagibahagikan masa untuk menyediakan alatan bantu mengajar, laporan jurnal, folio, melengkapkan buku perancangan, dan melibatkan diri dengan aktiviti aktiviti anjuran sekolah. Maka kepadatan masa menyebabkan saya sukar untuk mendapatkan ilham mencari idea baru untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Peter F. Drucker, dalam Ambosworkz, (2005) Masa merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tiada ada sesuatu pun yang dapat diurus kecuali masa diurus.

Menurut Randy Pausch (2005) masa diertikan sepertimana yang dikatakan oleh Benjamin Franklin 1748 Remember that time is money. ii. Keghairahan menggunakan berbagai kaedah dan aktiviti pembelajaran pada peringkat awal memulakan praktikum.

iii.

Merencana

rancangan

pengajaran

secara

bersendirian

tanpa

perkongsian idea dengan sesiapa atau mana-mana pihak.

iv.

Saya masih baru dalam arena pendidikan, kurang pengalaman menyebabkan saya banyak bergantung kepada teori semata- mata.

Cadangan Rentetan masalah-masalah yang disebut sebagaimana di atas, di sini saya senaraikan cadangan untuk mengatasinya: 1Menyusun dan membahagikan masa sepanjang tempoh praktikum

dengan bijak. Misalnya membuat jadual perancangan harian. Ini bagi memastikan saya mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan setiap tugasan seperti menyediakan alat bantu mengajar, laporan jurnal, folio, melengkapkan buku perancangan, dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran sekolah. mempunyai masa memikirkan rancangan pengajaran dengan sebaik- baiknya. 2Walaupun telah menggunakan kaedah atau teknik pengajaran yang Malah

sama namun saya boleh mempelbagaikan cara perlaksanaannya. Misalnya walaupun kuiz pernah dijalankan namun kuiz pada sesi pengajaran seterusnya dijalankan dalam cara dan susasana yang berbeza. 3Berkongsi idea dan pandangan dengan rakan-rakan guru pelatih, guru-

guru sekolah, guru pembimbing dan pensyarah. Ini bagi memastikan percambahan idea yang baru dan segar dalam merencanakan rancangan pengajaran.

Tempoh Penyelesaian Untuk mendapatkan idea-idea baru dan merencana rancangan pengajaran memerlukan kesungguhan dan keazaman yang berterusan. Usaha bukan sahaja datang daripada diri sendiri malah saya perlu bekerjasama dengan guru pembimbing, rakan guru pelatih malah dengan pensyarah. Oleh itu saya menjangkakan masalah ini akan dapat diatasi dalam tempoh yang berperingkat.

Tindakan Susulan Saya akan cuba berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan idea daripada beliau. Selain itu, saya juga akan mendekati guru-guru senior untuk meminta pandangan serta berkongsi kaedah pengajaran yang digunakan oleh mereka. Saya percaya kepada pengalaman dan ilmu yang ada pada mereka.

Kesimpulan Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar kata-kata kegagalan seorang guru boleh mematikan seorang pesakit, tetapi kegagalan seorang guru boleh merosakkan satu generasi. Jadi, jelaslah kepada kita bahawa seorang guru memainkan peranan yang penting. Tanpa guru yang kreatif dan berdedikasi, amatlah sukar kepada murid-murid untuk mendapatkan pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Tandatangan Guru Pembimbing

Tandatangan Pensyarah Pembimbing

___________________________

___________________________

Anda mungkin juga menyukai