Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN PERMAINAN TUJU SELIPAR Cara Bermain: Permainan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan.

1 kumpulan menyerang (A) dan 1 kumpulan bertahan (B). Berikut adalah cara untuk bermain:
1. 5 selipar disusun dalam keadaan berdiri. 2. Kumpulan A perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar selipar ke arah susunan

selipar itu.
3. Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu, orang kedua hingga orang

terakhir dalam kumpulan A boleh mencuba untuk menjatuhkan selipar itu. Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar tersebut, maka kumpulan itu akan dikira mati.
4. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan B dikehendaki membuat balingan selipar

kepada ahli kumpulan A dengan menggunakan selipar yang disediakan.


5. Misi kumpulan A adalah untuk menyusun semula selipar tersebut secara berdiri. 6. Kumpulan B perlu menghalang kumpulan A dari menyusun selipar itu.

7. Ahli kumpulan B yang memegang selipar untuk dibaling kepada kumpulan A tidak dibenarkan bergerak dan perlu membalingnya terlebih dahulu sebelum bergerak.
8. Jika kesemua ahli kumpulan A telah dimatikan sebelum selipar siap disusun, giliran kumpulan

B untuk menyerang. Tiada mata akan diberikan kepada mana-mana pasukan dalam keadaan ini.
9. Mata akan diberikan jika kumpulan A berjaya menyusun selipar sebelum kesemua ahli

kumpulan A dimatikan.
10. Jika kumpulan B berjaya mematikan semua ahli kumpulan A, mereka pula akan

membaling sususan selipar tadi. SYARAT PERMAINAN:

1. Selipar mesti disusun secara berdiri untuk mendapatkan 1 mata. 2. Pemenang dipilih berdasarkan mata yang banyak dikumpul.

3. Keputusan pengadil adalah muktamad.


4. Had anggota badan yang boleh dibaling dengan selipar adalah dibawah paras

pinggang. Jika dengan sengaja membuat balingan melebihi atas pinggang, pengadil berhak mendenda pihak yang membaling dari segi mata perlawanan.
5. Sebarang cara bermain yang mendatangkan kecederaan seperti Body contact

atau lawan badan adalah tidak dibenarkan sama sekali.