Anda di halaman 1dari 9

MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI SEMBILAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN MSS NS KE-62, 2012

PERATURAN PERTANDINGAN 1.0 Undang-Undang 1.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia dengan beberapa pengecualian tertentu. Tarikh 2.1 Tarikh Kejohanan ialah 2.2 Tempat Kejohanan ialah : 9, 10, 12 dan 13 April 2012 : SSNS / SMK Zaba.

2.0

3.0

Penyertaan 3.1 Tiap-tiap MSS D dibenarkan mendaftar tidak lebih dari dua peserta bagi sesuatu acara perseorangan, dua peserta juga untuk acara terbuka dan satu pasukan sahaja untuk acara pasukan. 3.1.1 Atlet-atlet dari Sekolah Sukan Malaysia atau Sekolah Sukan Negeri dibenarkan untuk bertanding mewakili MSS D masing-masing. Perlu buat permohonan sendiri secara bertulis. Atlet-atlet berkenaan adalah tanggungjawab sepenuhnya MSS D yang diwakilinya.

3.2 Seorang peserta tidak dibenarkan bertanding lebih dari tiga acara perseorangan dan dua acara
berpasukan. Acara terbuka ialah acara perseorangan.

3.3 Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu kelas tertentu mengikut kategori
umurnya sahaja kecuali acara-acara Terbuka Kategori yang membenarkan untuk mendaftarkan seramai tiga (3) orang peserta. 3.4 Peserta-peserta Heptathlon (L), Pentathlon dan Quatathlon (L&P) tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara perseorangan dan berpasukan.

3.5 Acara Terbuka Kategori terdiri dari acara-acara lompat bergalah, tukul besi, 3000 m (P) dan 5000
m (L). Dibenarkan untuk mendaftarkan sebanyak tiga (3) orang peserta. 4.0 Pembahagian Kelas 4.1 Peserta-peserta adalah dibahagikan kepada kelas mengikut umur pada 1hb. Januari 2012. Kelas 1 Kelas 2 Kelas 3 Kelas 4 4.1.1 5.0 : : : : bawah 18tahun lahir pada tahun 1994,1995, 1996 bawah 15 tahun lahir pada tahun 1997,1998, 1999 bawah 12 tahun- lahir pada tahun, 2000, 2001 bawah 10 tahun lahir pada atau sebelum tahun 2002

Tingkatan 6 atas dan bawah tidak dibenarkan.

Pendaftaran Peserta 5.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat 2 minggu sebelum kejohanan dengan menggunakan Disket dan /Borang Penyertaan Rasmi (tiga salinan) yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butirbutir tentang seseorang peserta hendaklah disahkan oleh Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga MSS D masing-masing. Disket dan 2 salinan Borang pendaftaran ini hendaklah dihantar kepada Pengerusi Pertandingan Kejohanan di alamat : SSNS SMK Zaba, Kuala Pilah. 5.2 Sila lengkapkan juga borang M 01 dan R 01 bersama gambar atlet bagi setiap peserta. Segala pengesahan oleh (pengetua , guru besar, GPK) di buat hanya oleh pihak sekolah atlet berkenaan
1

MSS NS/ B &P /PTPS (AO)/ 2012

didaftarkan. Pengelola peringkat daerah tidak dibenarkan membuat sebarang pengesahan kecuali atlet sekolahnya sendiri. 5.2.1 Kegagalan melengkapkan borang M 01 dan R 01 mengakibatkan atlet berkenaan tidak dibenarkan bertanding. 5.2.2 Tarikh akhir melengkapkan dan menghantar borang M 01 dan R 01 kepada urusetia pertandingan adalah pada 2/4/2012. 5.2.3 Jawatankuasa pertandingan, Semua PTPS Daerah bersama PTPS MSSNS berhak menyemak borang M 01 dan R 01 dari mana-mana daerah bermula dari tarikh 2/4/2012 hingga selepas kejohanan MSSNS. Jika terdapat sebarang salah laku / kemusykilan / yang seumpamanya, jawatankuasa integriti / kesahihan akan bermesyuarat dan mengambil pelbagai langkah sehingga ke peringkat menarik pingat yang dimenangi oleh atlet berkenaan, ataupun apa saja yang berkaitan dengan atlet dan juga MSS Daerah atlet berkenaan. Penipuan adalah sangat-sangat dilarang. Jika terdapat sebarang usaha untuk melakukan penipuan dan terbukti benar, pihak pengelola tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan. 5.2.4 Jawatankuasa khas integriti adalah terdiri dari: Setiausaha Kehormat MSSNS / wakil PTPS Balapan Dan Padang MSSNS / Pengarah Kejohanan Pengerusi Kepegawaian / wakil 2 orang PTPS daerah yang berkecuali. Setiausaha (Pencatat)

5.3

Peserta yang hanya mengambil bahagian dalam acara Lari Beganti-ganti wajib mendaftar juga.

5.4 5.5

Tarikh tutup permohonan ialah pada: 28/3/2012. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan. Gunakan borang berasingan mengikut kelas dan jantina berikut. KELAS 1 2 3 4 LELAKI Kuning Merah Putih Biru PEREMPUAN Kuning Merah Putih Biru

6.0

Nombor Peserta 6.1 Nombor yang digunakan oleh peserta adalah dicetak mengikut daerah,kelas dan nombor peserta. Ditulis di atas kertas tidak diterima. Tebal Nombor ialah 1.5cm dan tinggi nombor ialah 10cm. Ukuran lain (putih) yang digunakan ialah 25cm x 15cm. Cetakan warna HITAM untuk peserta lelaki dan warna MERAH untuk peserta perempuan. Nombor-nombor peserta adalah tanggungjawab MSS DAERAH masing-masing. 6.2 Semua peserta hendaklah diberi nombor termasuk peserta acara berpasukan di dalam borang pendaftaran.

6.3

Setiap nombor peserta akan menggunakan 1 / 2 huruf dan tiga angka. Huruf pertama dan kedua menunjukkan daerah diikuti angka pertama menunjukkan kelas peserta, angka kedua dan ketiga menunjukkan nombor peserta dari daerah tertentu. 6.3.1 Kod Daerah KOD DAERAH T R DAERAH Tampin Rembau BILANGAN PESERTA 2 2
2

MSS NS/ B &P /PTPS (AO)/ 2012

D J E P SA SB 6.3.2

Jempol Jelebu Port Dickson Kuala Pilah Seremban 1 (U & B) Seremban 2 (S & T)

2 2 2 2 2 2

Nombor Peserta Mengikut Kelas KELAS Kelas 1 Kelas 2 Kelas 3 Kelas 4 NOMBOR PESERTA LELAKI 101 - 150 201 - 250 301 - 350 401 - 450 NOMBOR PESERTA PEREMPUAN 151 - 199 251 - 299 351 - 399 451 - 499

6.4
6.5 7.0

Peserta-peserta diwajibkan menggunakan empat pin di hadapan dan empat pin di belakang. Peserta untuk acara Lompat Tinggi dibenarkan menggunakan satu nombor sama ada di hadapan atau di belakang

Pakaian Peserta 7.1 Dalam semua acara, peserta hendaklah memakai pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. Peserta lelaki dan perempuan boleh menggunakan baju t, singlet dan seluar pendek/trek.Jika memakai tudung kepala hendaklah diikat dengan kemas atau dimasukkan ke dalam baju supaya tidak menutup nombor peserta berkenaan atau mengganggu peserta lain. 7.1.1 Pegawai-pegawai berkenaan berhak menghalang mana-mana peserta yang memakai pakaian yang tidak sesuai daripada menyertai acara tersebut.

7.2

Semua peserta MSSD mesti memakai jersi yang berwarna seperti jadual di bawah: BIL MSSD 1 Tampin 2 Rembau 3 Jempol 4 Jelebu 5 Port Dickson 6 Kuala Pilah 7 Seremban A 8 Seremban B Guna warna jersi yang sedia ada. WARNA JERSI MSSD Biru Tua Hijau Kuning Merah Biru Tua & Biru Muda Kuning Merah Putih Merah Putih

8.0

PERALATAN 8.1 Alat-alat untuk acara padang/balapan akan disediakan oleh pihak Pengelola Kejohanan Pesertapeserta dibenarkan membawa alat sendiri tetapi perlu diserahkan kepada penganjur 2 minggu sebelum kejohanan untuk diperiksa dan disahkan. 8.1.1 Kelas 1 2 3 Ketinggian permulaan acara Lompat Tinggi (cadangan) Lelaki 1.60m 1.40m 1.20m Perempuan 1.20m 1.10m 1.05m
3

MSS NS/ B &P /PTPS (AO)/ 2012

1.00m

0.90m

Peningkatan pada setiap pusingan berikut ialah 3cm. 8.1.2 Ketinggian permulaan bagi acara Heptathlon, Pentathlon dan Quatathlon. Kelas Hepta Penta Quata Lelaki 1.40m 1.30m Perempuan 1.20m 1.10m

Bilangan percubaan bagi acara-acara padang ialah TIGA kali percubaan sahaja 8.1.3 Kedudukan papan lonjak untuk acara Lompat Kijang. Kelas 1 2 Lelaki 11/9m 9/7m Perempuan 9/7m 9/7m

8.1.4 Acara 1 60m 80m L/P 100m L/P 110m L/P 200m L/P 400m L/P Peluru Cakera Lembing Tukul Besi

Ukuran Tinggi/Berat alat yang digunakan. Lelaki 2 3 0.762m 0.838m 0.762m 0.762m 2.72kg 2.00kg 0.762m 4.00kg 1.00kg 600g 4.00kg 4.00kg 1.00kg 600g 2.72kg 2.00kg 4 0.60m 1 Perempuan 2 3 0.60m 0.762m 0.762m

0.992m 0.914m 5.45kg 1.50kg 700g 5.45kg 8.1.5

0.914m 0.838m 4.55kg 1.00kg 600g

Acara 60m, 80m, 100m, 110m, 200m dan 400m Lari Berpagar. Pagar 1 dari Garisan Permulaan 12.00m 12.00m 13.00m 13.72m 16.00m 45.00m : : : : Pagar ke Pagar 6.5m 8.00m 8.50m 9.14m 19.00m 35.00m Pagar akhir ke Garisan Penamat 15.50m 15.50m 10.50m 14.02m 13.00m 40.00m

Acara 60m 80m 100m 110m 200m 400m 8.1.6

Bilangan Pagar 6 8 10 10 10 10

Acara Pentathlon Hari pertama Hari Kedua

Perempuan Kelas1 100m Lari berpagar, Lompat tinggi dan Peluru Lompat Jauh dan 80m

8.1.7 Acara Hepta Hari pertama Hari Kedua 8.1.8

: Lelaki Kelas 1 110m Lari berpagar, Lompat Tinggi dan Peluru dan 400m : Lompat Jauh, Merejam Lembing dan 1500m : Lelaki & Perempuan Kelas 2 100/110m Lari berpagar, Lompat Tinggi
4

Acara Quatathlon : Hari pertama

MSS NS/ B &P /PTPS (AO)/ 2012

Hari Kedua

Lompat Jauh dan 800m

9.0

Melapor Diri dan ketetapan masa 9.1 Peserta-peserta hendaklah melapor kepada Hakim Bilik Penggilan 30 minit sebelum acara dimulakan. Setiap peserta diwajibkan menunjukkan Kad pengenalan/Surat pengenalan diri/surat beranak atau salinan fotostat yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar atlet berkenaan. Masa untuk melapor akan diumumkan/dipaparkan.

9.2
9.3 9.4

Para peserta TIDAK dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan. Peserta yang tidak melapor pada masa yang dicatatkan (untuk acara balapan pusingan separuh akhir dan pada akhir) dianggap tidak mengambil bahagian dalam acara berkenaan. Peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan olahraga dan jika telah memperolehi apa jua pingat pada acara sebelum ini, pingat tersebut tidak perlu dikembalikan kepada pengelola.Jika kelewatan ini tidak disengajakan persetujuan pegawai Hakim Bilik Panggilan perlu diperolehi sebelum dibenarkan bertanding. Syarat ini bergantung kepada kedudukan acara dan tidak boleh mengubah kedudukan atau keputusan yang telah diperolehi. Sekiranya peserta terbabit mengambil bahagian di dalam acara yang sedang dijalankan, Pengurus Pasukan hendaklah memberitahu Hakim Bilik Panggilan. Acara Balapan diberi keutamaan. Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir WAJIB memulakan dan menamatkan perlumbaan (acara balapan). Jika tidak peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan. Peserta yang menarik diri semasa kejohanan tidak boleh diganti. Peserta berkenaan tidak dibenarkan bertanding bagi acara berikutnya. Jika telah memenangi pingat sebelum diistiharkan menarik diri, pingat yang dimenangi tidak akan diambil.

9.5 9.6 9.7

10.0

Penggantian Peserta. 10.1 Tidak dibenarkan sebarang pertukaran acara bagi peserta-peserta acara perseorangan di sepanjang kejohanan ini.

10.2

Penggantian peserta hanya boleh dibuat dalam taklimat Pengurus Pasukan sebelum atau pada 28/3/2012. Ia hanya melibatkan penggantian atlit yang telah berdaftar sahaja. (Atlit A hanya boleh diganti oleh Atlit B dengan syarat Atlit B mengambil semua acara yang didaftarkan bagi Atlit A). Peserta yang disahkan cedera oleh Pegawai Perubatan kejohanan atau pengurus Kejohanan semasa kejohanan dikecualikan dari fasa 9.7

10.3 11.0

Pembatalan 11.1 Semua peserta yang telah layak dari pusingan separuh akhir keakhir TIDAK boleh menarik diri dari peringkat akhir. Peserta yang mengambil bahagian pada peringkat akhir mesti memulakan dan menamatkan perlumbaan. Jika tidak peserta berkenaan dianggap menarik diri dari kejohanan olahraga. 11.2 Peserta acara balapan tidak akan diberi kad kuning (peringatan) jika memulakan larian sebelum tembakan mula. Sebaliknya akan dibatalkan walaupun melakukan kesalahan buat pertama kali. (Peraturan terkini) 11.2.1 Masih lagi menggunakan peraturan sebelumnya; iaitu amaran akan diberikan kepada
5

MSS NS/ B &P /PTPS (AO)/ 2012

semua atlet selepas kesalahan kali pertama, walaubagaimanapun atlet akan dibatalkan jika melakukan kesalahan yang berikutnya. Ini bertujuan untuk mendidik atlet serta MSS NS akan kerugian atlet yang bagus. 12.0 Penentuan Johan pasukan dan Individu 12.1 Keputusan keseluruhan berpandukan jumlah pungutan emas diikuti pingat perak dan gangsa termasuk pencapaian pasukan dan individu. 12.2 Pemilihan Peserta Terbaik. 12.2.1 Pemilihan peserta terbaik mengikut kelas umur berpandukan kepada peserta yang memecahkan rekod pada peringkat yang tertinggi (MSSNS,MSSM, SEKOLAH ASEAN, MAAU) Sekiranya perkara 12.2..1 tidak ada, maka penyamaan rekod akan diambil kira dalam pemilihan peserta terbaik. Atau berpandukan kepada pungutan pingat emas, perak dan gangsa yang diperolehi oleh peserta tersebut. Jika pungutan pingat-pingat seri, keputusan akan dibuat berpandukan kepada gabungan acara: 1. Balapan & padang 2. Balapan (Acara jarak dekat diutamakan dari jarak jauh) 3. Padang. Jika masih seri, rekod yang paling lama bertahan menjadi keutamaan. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih Peserta terbaik kejohanan adalah muktamad.

12.2.2 12.2.3 12.2.4

12.2.5 12.2.6 13.0

Akhir. 13.1 Jika terdapat Tiga Separuh Akhir - Dua peserta pemenang dari setiap separuh akhir akan layak ke peringkat akhir. 13.2 13.3 Jika terdapat Dua Separuh Akhir: Tiga peserta pemenang dari setiap separuh akhir dan dua peserta lain yang memperolehi catatan masa terbaik akan layak ke peringkat akhir: Kedudukan lorong pada peringkat akhir akan ditentukan mengikut masa yang dibuat pada peringkat separuh akhir. Empat masa terbaik akan ditempatkan dalam lorong 3,4,5 dan 6 mengikut cabutan undian . Dua masa terbaik berikutnya diundikan dilorong 7 dan 8. Dua masa berikutnya diundikan di lorong 1 dan 2.

Bantahan

14.1

Sebarang bantahan berhubung dengan kejohanan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan secara bertulis dalam 15 minit (peringkat separuh akhir) dan 30 minit (peringkat akhir) selepas satu-satu keputusan rasmi diumumkan. Bayaran Perkhidmatan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja) hendaklah disertakan sama. Bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus. Wang Pertaruhan ini akan menjadi hak milik Jawatankuasa Pertandingan jika bantahan tidak berjaya.

14.2

MSS NS/ B &P /PTPS (AO)/ 2012

14.3 14.4

Sebarang masalah yang timbul berhubung dengan Kejohanan ini, Pengurus-pengurus pasukan hendaklah kemukakan kepada Pengurus Kejohanan. Penggunaan sebarang peralatan berteknologi terkini adalah tidak diterima sebagai bahan bukti jika berlaku sebarang bantahan kecuali yang disediakan oleh MSS Negeri Sembilan / Unit Sukan dan seumpamanya. 14.4.1 Jika pihak berkenaan tidak menyediakan kemudahan tersebut, keputusan referi kehormat dan akhirnya juri rayuan adalah diambilkira sepenuhnya. Panel juri rayuan adalah terdiri: Setiausaha Kehormat MSSNS / wakil Pengerusi Teknik Dan Pembangunan Sukan Balapan Dan Padang MSSNS / Pengarah Kejohanan Pengerusi Kepegawaian / wakil Setiausaha (Pencatat) Pertama hingga Ketiga Pertama hingga Keenam Pertama hingga Keenam Pertama hingga Ketiga (Lima orang setiap pasukan) Pertama hingga Ketiga Pertama hingga Keenam

14.5

15.0

Penyampaian Hadiah 15.1 Acara Individu sehingga 1500 meter 15.2 15.3 15.4 15.5 15.6 15.7 15.8 Acara Individu 2000 meter ke atas Acara Quatathlon, Pentathlon dan Heptathlon Acara Berpasukan Acara Padang Acara Tukul Besi dan Lompat Bergalah

Penyelia hadiah akan menjemput pemenang untuk menerima hadiah. Pengurus Pasukan mesti menyediakan pengganti peserta jika pemenang tidak dapat hadir. Penerima hadiah hendaklah berpakaian sesuai (baju dan seluar trek), berkasut dan tanpa bertopi Pihak Pengelola akan mengambil langkah-langkah tertentu perkara-perkara yang tidak diingini. untuk mengelakkan berlakunya

Keselamatan 16.1 16.2 16.3 16.4 17.0

Pihak Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku ke atas mana-mana pihak sebelum, semasa atau selepas kejohanan Sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda peserta adalah tanggungjawab peserta itu. Penyertaan peserta adalah tanggungjawab sendiri.

Penggunaan Dadah 17.1 Penggunaan dadah sebelum atau semasa kejohanan adalah diharamkan. 17.2 Ujian-ujian pengesanan (doping test) boleh dijalankan ke atas peserta-peserta secara rambang.

18.0

Tindakan Mahkamah 18.1 Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas pengelola berhubung dengan kejohanan ini MSSDST/MSSNS/MSSM. Status Atlet
7

19.0

MSS NS/ B &P /PTPS (AO)/ 2012

19.1

Atlet yang bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia , Sekolah Sukan Negeri serta mana-mana sekolah / pusat latihan di luar Negeri Sembilan dibenarkan untuk menyertai daerah yang mana nama asalnya didaftarkan. 19.1.1 Jika terdapat sebarang masalah, perbincangan adalah diharapkan. Walaubagaimanapun keputusan Jawatankuasa Teknikal Negeri adalah muktamad.

20.0

Pindaan dan Hak Jawatankuasa Pengelola 20.1 Semua acara dijalankan mengikut masa yang ditetapkan. Pihak Pengelola berhak membuat pindaan dalam susunan acara jika difikirkan perlu 20.2 Pengelola berhak membuat sebarang pindaan atau pertukaran tertentu ke atas peraturan pertandingan jika perlu tanpa terikat kepada persetujuan Pengurus- pengurus Pasukan. Sebarang pindaan atau pertukaran yang dibuat akan diumumkan. Pengelola berhak memutuskan sebarang perubahan Peraturan Pertandingan yang tidak tercatat dalam peraturan MSSM dan Undang-undang KOAM.

20.3

MSS NS/ B &P /PTPS (AO)/ 2012

Disediakan oleh PTPS BALAPAN DAN PADANG NEGERI SEMBILAN 2012

MSS NS/ B &P /PTPS (AO)/ 2012