Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab

memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak. Pada mulanya, permainan ini dinamakan Mintonette, tetapi ditukar kepada volley ball kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain. Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tenteratentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar

Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964 Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun

1959.
Permainan ini dimainkan oleh sepasukan 6 orang di dalam gelanggang yang berukuran 18mX19m dan jaring setinggi 2.5m. Pertandingan bola tampar di kawal oleh 2 orang referi. Pergerakan servis mesti dilakukan dalam masa 5 saat dari bunyi wisel referi. Permainan boleh kontek bola dengan menggunakan mana-mana bahagian badannya. 1

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini.

Kemahiran Asas Bola Tampar i) ii) iii) iv) v) Menyangga Servis Merejam Menghadang Mengumpan

MENGUMPAN

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di mana pemain 'setter' akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup.

PERATURAN DAN GELANGGANG

PERATURAN BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satusatu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan manamana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan.

Skor (Pengiraan Mata) 1. Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang. 2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata. 3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan.

LATIHAN BEBAN UNTUK PERMAINAN BOLA TAMPAR Antara kemahiran dalam permainan bola tampar ialah servis, menyangga, mengumpan dan merejam. Kemahiran ini memerlukan atlit bola tampar untuk melatih otot-otot tangan, kaki, bahu dan belakang seperti Quadriceps, Gastrocnemius, Gluteus Maximus, Hamstring, Pectoralis Major, Pectoralis Minor, Latissimus Dorsi, Trapezius, 7

Infraspinatus, Teres Major, Teres Minor, Rhomboids, Triceps, Biceps, Brachiallis dan Posterior Deltoids. Untuk melatih otot-otot tersebut, jurulatih bolehlah merancang satu latihan bebanan kepada pemain bola tampar. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah front squat, leg curl, pull over, lateral pull down, triceps push down, dan two hands curl.

BIBLIOGRAFI http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_tampar http://gay-melayu.com/tag/peraturan-bermain-bola-tampar

RIFLEKSI Bismillahirahmanirahim.. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-NYa dapat kami menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Setelah hampir 2 minggu menghasilkan folio ini. Maka inilah yang dapat kami sembahkan dalam folio Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO). Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini, kami terpaksa menghadapi beberapa masalah yang sedikit menggangu proses penghasilan folio ini iaitu masalah internet kurang memuaskan. Tetapi kami mencari jalan penyelesaian dengan meminjam broadband rakan. Akhirnya kami dapat menyiapkan folio ini. Masalah kesuntukan masa juga turut memeningkan kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Dengan tempoh yang diberikan singkat, ditambah kerja kursus dari pensyarah bagi mata pelajaran lain, yang mana inginkan tugasan mereka di hantar dalam tempoh yang lebih singkat. Alhamdulliah, dengan adanya jadual kerja yang tersusun, masalah kesuntukkan masa dapat kami atasi sebaiknya. Dalam penyedian bahan pula, saya tidak menghadapi masalah yang ketara kerana kami mempunyai bahan rujukan yang mencukupi di samping mendapatkan bahan rujukan dari pusat sumber di institut ini. Sumber internet juga dijadikan sebagai rujukan kami bagi mencanangkan lebih banyak idea.Dari segi pemerolehan ilmu, kami telah dapat memahami secara lebih mendalam lagi mengenai kemahiran bola tampar terutamanya teknik mengumpan (setting) dan memahami konsep yang perlu ada dalam satu- satu permainan sukan. Secara kesuluruhannya, kami dapat lebih kefahaman dan pengetahuan terhadap apa itu permainan bola tampar. Tugasan ini dapat kami siapkan hasil dorongan keluarga, para pensyarah dan kerjasama daripada rakan- rakan sekumpulan. kami amat berharap apa yang kami sembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan. 10

Di akhir coretan refleksi ini, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan, kiranya ada terdapat salah silap, kekurangan dan kelemahan dalam folio kerja kursus ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan kerja kursus ini sama ada secara langsung ataua tidak langsung. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Ahmad Naimuddin bin A. Manaf Nik mohd Zaini Aiqal bin Zainurin

11