Anda di halaman 1dari 5

ARGUMEN Pemikiran kritis banyak berpusatkan kepada argumen (Maimunah,2004).

Dalam bahasa biasa, argumen bermaksud perdebatan atau perbahasan atau pertentangan pendapat. Argumen merujuk kepada satu set dakwaan yang dikemukakan oleh seseorang dalam usahanya membuktikan dakwaan diterima secara rasional. Ataupun seseorang yang cuba mendakwa sesuatu dengan memberikan sebarang bukti agar sebarang dakwaan tersebut diterima orang. Namun begitu, seperti mana pemikiran kritis, argumen yang dikemukakan oleh seseorang individu boleh membawa kepada argumen yang positif atau membina/ konstruktif. Dalam bidang logik, argument mengandungi inferens atau takbir. Argumen ialah satu dakwaan bahawa sesuatu itu adalah berikutan daripada sesuatu yang lain. Ayat-ayat argumen mempunyai strukturnya yang tersendiri, iaitu mempunyai premis dan kesimpulan. Premis merupakan asas hujahan yang mengandungi alasan dan bukti. Kadang-kadang premis juga memberikan bukti yang khusus agar diterima untuk membuat kesimpulan. Perkataan kata sendi bagi premis biasanya didahului dengan perkataan seperti kerana itu , addalah dan .ialah. Manakala kesimpulan pula merujuk kepada dakwaan yang dipertahankan dalam hujah dan biasanya didahului dengan perkataan sendi logic seperti oleh itu, oleh yang demikian ,jadi, maka dan kesannya.

Contoh 1: Jika seseorang itu islam, maka dia akan mempercayai tuhan. Oleh itu orang islam orang yang mempercayai tuhan. Contoh 2: Orang yang banyak bercakap menunjukkan dia pandai. Oleh itu orang pandai adalah orang yang berilmu. Contoh 3: Kalau hari tidak hujan, orang akan memancing ke sungai. Oleh kerana hari hujan, maka tidak ramai orang yang dating memancing ke sungai. Contoh 4: Kalau Ali rajin belajar, maka dia akan lulus dalam peperiksaan. Oleh kerana Ahmad malas belajar, dia tidak lulus dalam peperiksaan.

Argumen dapat dibahagikan kepada kategori tertentu, iaitu sama ada: a) Argumen Induktif dan Argumen Deduktif b) Argumen Sah dan Argumen Tidak Sah.

Argumen Induktif Argumen induktif dikatakan argument yang bermula dengan kes khusus dan daripada kes itu kita membuat kesimpulan yang umum. Kes khusus ini dapat dilihat sekiranya berlaku di hadapan mata atau sering didegari tentang sesuatu contoh sahaja. Kebiasaannya kesimpulan yang diberikan belum pastibenar kerana hanya satu kes sahaja dirujuk. Contoh 1: Premis Kesimpulan : Kerbau Ali berwarna putih : Semua kerbau adalah bewarna putih.

Contoh di atas terjadi apabila hanya satu kes sahaja dirujuk mengakibatkan kita membuat kesimpulan bahawa semua kerbau berwarna putih, sedangkan tidak dipastikan adakah semua kerbau yang ada di dunia ini berwarna putih atau sebaliknya? Contoh 2: Premis Kesimpulan : Nenek saya kuat berleter. Usianya sudah 65 tahun. : Perempuan tua suka berleter.

Contoh kedua di atas, Nenek saya ialah satu kes yang khusus. Perempuan tua bererti bukan nenek saya sahaja yang suka berleter, tetapi semua perempuan-perempuan tua lain saya katakana suka berleter. Contoh lain ialah: Premis Kesimpulan : En Azman seorang ang tampan dan beliau ramai teman wanita. : Lelaki-lelaki yang tampan mempunyai ramai teman wanita.

Argumen Deduktif Argumen deduktif merupakan argumen yang bermula dengan satu dakwaan am, dan daripada dakwaan itu kita membuat kesimpulan yang menunjukkan tip-tiap kes adalah benar seperti dakwaan tersebut. Contoh 1: Premis Kesimpulan : Lelaki lebih garang daripada wanita. Abu ialah seorang lelaki. : Oleh itu, Abu lebih garang daripada semua wanita.

Contoh 2: Premis Kesimpulan : Lelaki lebih berani daripada wanita. En. Azman ialah seorang lelaki. : Oleh itu, En. Azman lebih berani daripada semua wanita.

Contoh 3: Premis : Pengetahuan agama menjaminn setiap individu akan menjadi orangorang yang bertanggungjawab.En. Azman ialah seorang individu yang kurang pengetahuan agamanya. Kesimpulan : Oleh itu,dia adalah individu yang tidak bertanggungjawab.

Argumen Sah Sesuatu argumen itu dikatakan sah ialah apabila premis dan kesimpulannya adalah sah. Setiap premis mestilah sah dan diterima secara logiknya. Begitu juga dengan kesimpulannya mestilah terhasil daripada premis yang sah. Contoh 1: Premis Kesimpulan : Semua orang Melayu adalah beragama Islam. En. Ali seorang Melayu. : Oleh itu, En. Ali adalah beragama Islam.

Contoh 2 : Premis : Semua pelajar tingkatan 5 akan mengambil SPM. Aminah seorang pelajar tingkatan 5. Kesimpulan : Oleh itu, Aminah akan mengambil SPM.

Contoh 3 : Premis : Semua mamalia adalah haiwan. Anjing adalah mamalia. Kesimpulan : Oleh itu, Anjing adalah haiwan.

Argumen Tidak Sah Argumen tidak sahboleh berlaku dalam tiga keadaan, iaitu: A) Premis dalam satu argumen itu sah tetapi kesimpulannya tidak sah. Contoh 1 : Premis : Semua kenari adalah burung. (Sah) Semua merpati adalah burung. (Sah) Kesimpulan : Oleh itu, Semua kenari adalah merpati. (Tidak Sah)

Contoh 2 : Premis : Semua pengawal keselamatan botak. (Sah) Lee botak. (Sah) Kesimpulan : Oleh itu Lee ialah pengawal keselamatan. (Tidak Sah)

B) Premis dalam satu argument itu tidak sah ataupun disyaki tidak sah tetapi kesimpulannya sah.

Contoh 1 : Premis : Hanya orang yang memberi arahan patut dihukum (Sah) Saya tidak mengeluarkan sebarang arahan. (Sah) Saya hanya melaksanakan arahan itu. (Tidak Sah) Kesimpulan : Oleh itu, Saya tidak patut dihukum. (Sah)

C) Premis dan kesimpulan dalam satu argumen itu tidak sah. Contoh 1 : Premis : Membuat akaun palsu adalah dibenarkan serta tidak menjadi kesalahan yang patut dihukum (Tidak Sah) Saya membuat akaun palsu kerana ianya tidak menjadi kesalahan. (Tidak Sah) Kesimpulan : Oleh itu, Saya tidak patut dihukum. (Tidak Sah)

Argumen yang premisnya benar dan kesimpulannya adalah sah disebut argumen yang baik.Secara amnya, orang berhujah bagi meyakinkan orang supaya menerima pendapat-pendapatnya di mana dia percaya pendapat-pendapatnya itu adalah benar dan patut diterima oleh orang lain sebagai benar juga. Apa-apa alasan dan bukti-bukti yang dikemukakannya untuk berhujah disebut premis. Jadi, premis ialah asas hujah. Secara ilmiah hujah (argument) ialah satu set dakwaan yang dikemukakan oleh seseorang dalam usahanya membuktikan dakwaan-dakwaan berikutnya oleh diterima secara rasional (Trudy Gover, 1992). Dakwaan yang dipertahankan dalam hujah disebut kesimpulan. Berhujah ialah suatu daya usaha rasional untuk mewajarkan sesuatu kesimpulan. Aktiviti berhujah adalah aktiviti yang penting dalam politik dan dalam dunia akademik. Contoh ayat yang mengandungi hujah ialah: Santan kelapa mengandungi kolestrol yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Oleh itu, jangan makan santan kelapa.

Anda mungkin juga menyukai