Anda di halaman 1dari 4

Reka Letak

Rekaletak yang akan digunakan perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum sesuatu proses pembinaan bahan multimedia dimulakan. Rekaletak yang dimaksudkan ialah contohnya penggunaan frame, menu serta grafik yang akan digunakan di dalam bahan tersebut. Rekaletak yang baik akan membolehkan suatu bahan yang menarik dihasilkan. Rekaletak yang baik juga akan membolehkan penggunaan yang lancar dan seterusnya akan mendapat faedah serta akan menyebabkan objektif pembinaan bahan itu tercapai. Beberapa contoh reka letak adalah sebagaimana di bawah : Frame 1 Tajuk Frame 1 Tajuk/Menu/Navigasi

Frame 3 Laman Utama

Frame 2 Laman Utama

Frame 2 Menu/Navigasi Contoh 1 Contoh 2

Frame 1 Tajuk

Frame 2 Laman Utama

Frame 2 Laman Utama

Frame 1 Tajuk/Menu/Navigasi Contoh 3

Frame 3 Menu/Navigasi Contoh 4

FASA REKABENTUK DALAM PEMBANGUNAN PERISIAN. Sebelum proses pembangunan sesuatu produk multimedia dapat dilaksanakan, terdapat beberapa fasa yang perlu dituruti dan dilalui oleh pembangun aplikasi. Ini adalah bagi menjamin penghasilan produk yang dapat memenuhi kehendak kumpulan sasaran dan bermutu. Perancangan Setiap pembangun produk multimedia perlu menentukan dan merancang jenis produk atau perisian yang hendak dibangunkan. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika proses perancangan projek ialah: 1. Mendapatkan ide dan konsep persembahan yang bermutu dan tulin. 2. Menentukan matlamat dan objektif yang boleh dicapai oleh pengguna perisian selepas mereka menggunakannya. 3. Mengenal pasti segala jenis kekangan dari segi masa, kos, kemahiran, perisian, perkakasan, bahan dan pengguna sasar yang mungkin ada sebelum dan semasa proses pembangunan produk multimedia berlaku.

Analisis Keperluan Pembangun produk multimedia juga perlu menentukan dan mengenal pasti kumpulan sasaran yang akan menggunakan produk yang dibangunkan nanti agar ianya menepati kehendak perisian tersebut. Kemampuan peralatan dan perkakasan yang akan digunakan oleh pengatur cara multimedia juga harus diberi perhatian begitu juga keupayaan minima sistem komputer yang dimiliki oleh pengguna nanti. Antara persoalan yang cuba dijawab oleh seorang pembangun produk multimedia ialah: 1. Berapakah saiz paparan dan keupayaan resolusi warna bagi monitor komputer tersebut. 2. Adakah komputer pengguna mempunyai peralatan-peralatan sokongan seperti kad suara, pemacu CD ROM dan kad video untuk membolehkan elemen-elemen multimedia dimasukkan dan digunakan dalam aplikasi? Melalui fasa ini juga, proses menganalisis semua keperluan yang dikehendaki oleh pengguna dilakukan dari segi fungsi kelakuan sistem, antara muka pengguna, format data, keselamatan data, sumber, kos dan jenis-jenis pengguna. Analisis keperluan juga merupakan satu aktiviti komunikasi secara dua hala yang intensif antara pembangun produk multimedia dengan pengguna. Apa jua masalah dan gangguan yang berlaku boleh menimbulkan kesukaran bagi proses pembangunan.

Rekabentuk Merupakan satu proses kreatif bagi mengubah masalah kepada penyelesaian. Maklumat yang diperolehi semasa fasa analisis keperluan merupakan asas bagi fasa ini. Langkah ini memerlukan kreativiti dan juga memerlukan pakar-pakar lain membantu untuk menghasilkan produk multimedia yang baik dan bermutu seperti pakar isi

kandungan, pakar grafik dan animasi, pakar video dan pakar audio. Antara aktiviti yang dilakukan adalah: 1. Mengumpul bahan-bahan yang diperlukan seperti fakta, gambar, animasi, video dan audio. 2. Menyediakan lakaran papan cerita bagi menggambarkan isi kandungan bahan yang hendak dipersembahkan melalui produk multimedia. 3. Menyediakan carta berstruktur seperti carta aliran dan carta hubungan entiti (Conseptual Model) bagi menggambarkan aliran dan tugas-tugas utama yang hendak dipersembahkan secara keseluruhan. Implementasi Setelah fasa rekabentuk sistem dilaksanakan, proses pembangunan diteruskan ke fasa implementasi yang melibatkan kerja-kerja pengaturcaraan/pembangunan. Proses ini adalah untuk membangunkan aplikasi yang lengkap untuk sistem produksi yang telah direkabentuk. Sebelum proses pengaturcaraan/pembangunan dilaksanakan, spesifikasi rekabentuk yang telah dihasilkan semasa fasa rekabentuk perlu disahkan dan disemak bagi memastikan spesifikasi rekabentuk lengkap, sesuai dan dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ini bertujuan bagi mengelakkan perubahan dan penambahan yang melibatkan konsep dibuat semasa kerja-kerja pengimplementasian dijalankan.

PAPAN CERITA Lakaran papan cerita adalah satu tugas yang perlu diselesaikan oleh penulis skrip sebelum proses pembangunan produk multimedia dilakukan secara keseluruhannya ataupun secara berfasa. Papan cerita hendaklah dilakarkan berpandukan skop yang telah ditentukan. Ianya merupakan satu jujukan pengaturcaraan yang membolehkan pengatur cara multimedia menjalankan tugasnya dengan licin dan teratur. Papan cerita diperlukan untuk: Membolehkan semua ahli projek terutamanya pengatur cara multimedia mengetahui apa yang perlu ada pada skrin serta kandungan yang dimaksudkan oleh penulis skrip. mewujudkan satu sistem arahan grafik, teks, animasi, video, audio dan proses produk multimedia yang sistematik. Memudahkan proses pengimplimentasian dilakukan di tempat yang berasingan pada masa yang berasingan. Membolehkan pakar kandungan aplikasi, pakar grafik dan animasi, pakar video dan pakar audio memahami keperluan masing-masing tanpa memerlukan mereka berada bersama pada satu masa. Membantu penulis skrip dan pengatur cara multimedia melakar dan membangun produk secara sistematik.

Rumusan
Membangunkan sebuah produksi multimedia yang memenuhi keperluan, adalah berdasarkan komitmen yang tinggi dalam sesebuah kumpulan pembangun. Selain dari kemahiran asas dalam elemen-elemen multimedia, kerjasama kolektif juga perlu diterapkan di kalangan kumpulan pembangun bagi menjamin kelicinan tugas dalam setiap peringkat pembangunan.

Anda mungkin juga menyukai