Anda di halaman 1dari 9

KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI

KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI KONSEP FONETIK Fonetik, yang berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah kajian yang membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan organ. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi yang bersambung-sambung lalu membentuk perkataanperkataan yang bermakna. Bunyi-bunyi bahasa dikaji bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya. Bunyi-bunyi itu didengar terlebih dahulu sebelum membuat transkripsinya. Oleh itu, bunyi-bunyi yang dikaji dirakamkan dahulu. Ini bermakna, kajian bergantung kepada kualiti rakaman mesin tersebut. Mesin perakam yang baik dapat merakamkan bunyi suara dengan baik, dapat menghasilkan deskripsi bunyi yang baik. Deskripsi Fonetik Bagi memastikan bunyi-bunyi itu dapat didesktripsi, maka kita perlu mewujudkan bunyi-bunyi tersebut sebagai unit-unit yang dapat dikaji. Ini dilakukan dengan mendengar rakaman bunyi-bunyi tadi dan kemudian mensegmen atau memenggal bunyi-bunyi tersebut kepada unit-unit terkecil. Pemenggalan bunyi dalam satu perkataan dapat dilakukan kerana bunyi tersebut adalah bunyi bahasa. Walau bagaimanapun, ada masalah semasa mensegmen bunyi-bunyi, kerana bunyi bahasa dituturkan berterusan dan tidak terpisah-pisah. Kita perlulah mensegmen bunyi-bunyi bahasa itu sebaik mungkin. Hanya setelah bunyi-bunyi bahasa disegmen menjadi unit-unit bunyi, maka barulah kita dapat membuat deskripsinya. Bunyi bukan bahasa pula, walaupun dikeluarkan oleh mulut manusia tidak boleh dipenggalkan, seperti bunyi berdehem, mengeluh dan batuk. Bunyi ini tidak dapat dipenggalkan kerana ia bukan bunyi bahasa. Selain itu, walaupun bunyi yang dikeluarkan oleh mulut manusia dan didengar oleh manusia adalah bersambung-sambung dan bertali arus. Manusia sejak dahulu lagi telah memenggal bunyi-bunyi ini kepada unit-unit individu. Sebagai contoh, perkataan makan sebenarnya terdiri daripada lima urutan bunyi. Bunyi pertama diwakili oleh huruf m, bunyi kedua diwakili oleh huruf a, bunyi ketiga diwakili oleh huruf k, bunyi keempat diwakili oleh huruf a, dan bunyi yang terakhir diwakili oleh huruf n. Sesuatu perkataan terdiri daripada satu aliran arus bunyi-bunyi dan terdapat hentian antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Dengan lain perkataan, satu aliran arus bunyi terhenti-henti berdasarkan sempadan setiap satu perkataan. Contohnya, Saya makan nasi terdiri daripada tiga aliran arus bunyi, iaitu aliran bunyi yang diwakili oleh saya, aliran bunyi yang diwakili oleh makan dan aliran bunyi yang diwakili oleh nasi. Bagi yang memahami bahasa Melayu, tidak ada masalah untuk memenggalkan aliran arus bunyi ini. Membuat deskripsi bunyi dilakukan dengan menggunakan kesan-kesan pendengaran yang kita dapati dalam menuturkan bunyi-bunyi tersebut. Apabila membuat deskripsi bunyi-bunyi bahasa, kita mendeskripsi bagaimana bunyi-bunyi tersebut dituturkan, apa daerah sebutan yang terlibat, apa alat sebutan yang digunakan, dan adakah pita suara digetarkan atau tidak. Klasifikasi Bunyi Bunyi-bunyi yang mempunyai ciri-ciri yang sama diklafisikasikan ke dalam satu golongan. Klasifikasi bunyi dilakukan dengan menggunakan maklumat dalam deskripsi bunyi tadi. Maklumat tentang daerah sebutan, alat-alat sebutan, kesan-kesan pendengaran bunyi-bunyi dan keadaan pita suara digunakan dalam deskripsi. Kemudian baharulah bunyi-bunyi tadi diklasifikasikan ke dalam dua golongan besar, iaitu vokal dan konsonan. Kemudian, vokal pula diklasifikasikan lagi kepada jenis-jenisnya, dan konsonan juga kepada jenis-jenisnya. Transkripsi Setelah disegmen, bunyi-bunyi itu diberi transkripsinya. Membuat transkripsi ialah memberi lambang kepada bunyi-bunyi bahasa tersebut. Kita perlu memahami proses memberi transkripsi ini. Bunyi diberi lambang fonetik, bukan sebaliknya. Semasa kita belajar membaca, kita diajar membunyikan huruf. Ini

seolah-olah huruf mempunyai bunyi. Kita perlu menyedari hakikat sebenarnya adalah sebaliknya, iaitu bunyi-bunyi itu diberi lambang, bukan lambang yang diberi bunyi. KONSEP FONOLOGI Fonologi merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Ia melibatkan kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya. Skop kajiannya adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat. Bidang-bidang Fonetik Bagi mengkaji fonetik, terdapat tiga pendekatan yang sering digunakan iaitu fonetik artikulasi, fonetik auditori dan fonetik akustik. i. Fonetik Artikulasi Fonetik artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk bertutur. Ini adalah kaedah yang baik bagi menghasilkan deskripsi yang memuaskan untuk tujuan mengajar bahasa. Pendeskripsian ini melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran suara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu lafaz. Manakala organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa. Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan artikulator pasif. Organ artikulator aktif ialah organ dalam saluran suara yang bergerak seperti lidah, bibir, lelangit lembut dan gigi bawah. Manakala organ artikulator pasif ialah organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti lelangit keras dan gigi atas. Kajian ini melibatkan produksi bunyi tuturan oleh organ vokal manusia, iaitu cara penutur menghasilkan bunyi dengan menggunakan organ tuturan bagi menghasilkan bunyi yang digunakan dalam tuturan, dan cara bunyi tersebut diklasifikasikan dan dideskripsikan. Dengan mendeskripsi cara bunyi bahasa dihasilkan, kita dapat memahami bagaimana bunyi bahasa disebut atau dituturkan. Apabila membuat deskripsi bunyi dari segi penyebutan atau artikulasi, kita mendeskripsi bunyi-bunyi sebagaisengau, letupan, geseran dan sebagainya. Kita membuat penggolongan terhadap pendengaran dan tidak semata-mata sebutan. Selain itu, kajian fonetik juga menggunakan alat. Antara alat-alat tersebut ialah palatogram, laringoskopi dan letromiografi. Dengan menggunkan alat ini, ahli fonetik dapat menentukan alat, kedudukan lidah, bahagian lelangit keras yang terlibat dalam mengujarkan sesuatu bunyi. ii. Fonetik Auditori Fonetik auditori ialah pendekatan mengkaji bunyi melalui pendengaran, iaitu membuat deskripsi bunyi yang didengar. Proses yang terlibat dinamakan sebagai mendekod, iaitu melibatkan pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod tertentu seperti bunyi, kata dan ayat. Manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam fikiran untuk menjadikannya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlaku. Melalui pendengaran, bunyi dideskripsikan sebagai kasar, garuk, halus, nyaring, lantang, lunak dan sebagainya. Pandangan pendengar terhadap ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi tertentu. Makna emosi tersebut pula dianggap sebagai suatu kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. Pendekatan ini memperhatikan pengaruh bunyi terhadap syarat pendengar yang dipengaruhi neurologi. Oleh kerana proses perolehan bunyi melalui syarat pendengar sukar dianalisis, maka pendekatan ini kurang digunakan. iii. Fonetik Akustik Fonetik akustik mengkaji sifat-sifat bunyi yang dilakukan dengan menganalisis bunyi yang dirakam dengan alat-alat yang persis. Ia merupakan kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Melalui alat-alat yang sensitif, bunyi dapat dianalisis dari segi sifatnya. Teknik ini menganalisis gambar-gambar gelombang bunyi yang dirakam. Sifat-sifat bunyi seperti ukuran

gelombangnya, kesengauan bunyi, daerah sebutan dan lain-lain mudah dilihat dalam gambar-gambar akustik atauspektogram.

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Organ Pernafasan Semasa menghasilkan bunyi bahasa, banyak organ pernafasan yang digunakan. Ini termasuklah organ yang terlibat dengan sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru. Dalam menghasilkan bunyi, semua organ dan sistem pernafasan digunakan. Organ-organ penting yang terlibat dalam aliran udara bagi bernafas, juga terlibat dalam penghasilan bunyi. Antaranya ialah paru-paru, rengkung, epiglotis dan tekak. Organ Sebutan Organ sebutan ialah organ yang terlibat dalam proses mengeluarkan bunyi bahasa secara langsung. Lidah adalah organ yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Organ sebutan lain yang terlibat ialah gigi, bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, rongga hidung dan pita suara. Alat artikulasi Alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi ini boleh dipecahkan kepada tiga iaitu alat bahagian dalam tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bahagian dalam tubuh adalah bahagian yang memulakan sesuatu gerakan udara seperti paru-paru trakea, kotak suara, pita suara, epiglotis dan farinks. Alat pertuturan dan fungsinya 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagaibagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

FONEM Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental. Fonem segmental Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya. Fonem segmental dapat dibahagikan kepada vokal dan konsonan. Perbezaan antara vokal dan konsonan hanya terletak pada ada atau ketiadaan halangan ketika bunyi-bunyi itu difonasikan. Sekiranya bunyi itu mendapat halangan ketika difonasikan, maka fonem itu disebut sebagai konsonan misalnya / b, d, g, h, k, l,/ dan sebagainya. Jika bunyi itu keluar secara leluasa ketika difonasikan, maka bunyi tersebut

digelar vokal misalnya, / a, i, u, /. Sebagai contoh, apabila disegmenkan atau dipenggal, maka perkataan / #makan# / terbahagi kepada fonem-fonem berikut, iaitu /m/, /a/, /k/, /a/, /n/. Fonem suprasegmental Bidang kajian bunyi yang mengkaji bunyi-bunyi yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran. Fonem-fonem yang tidak boleh dipisahkan daripada fonem/fonem-fonem yang ditumpanginya. Iaitu fonem yang kewujudannya harus bersama-sama dengan fonem segmental. Bersifat fonemik iaitu bersifat bunyi. JENIS-JENIS Tekanan Panjang pendek (mora) Jeda/persendian (hentian) Nada/ton Intonasi Tekanan Keras/lembut penyebutan sesuatu suku kata Lambang [ ] diletak atas suku kata yang menerima tekanan BM tidak beza makna BI bersifat fonemik Cth : export perbuatan mengeksport

export hasil yang dieksport conduct perangai/kelakuan conduct memimpin/membimbing survey penyelidikan survey menyelidik Panjang pendek Kadar pendek sesuatu bunyi diucapkan. Lambang [ : ] mora

[ . ] mora [ : ] 1 mora [ : : ] 2 mora # Bahasa Melayu tidak beza makna, tetapi Bahasa Inggeris berbeza.

Contoh : sit [ sit ] duduk ship [ ip ] kapal fit [ fit ] sesuai , ,

seat [ si : t ] tempat duduk

sheep [ i : p ] kambing biri-biri feet [ fi : t ] kaki

Bahasa Arab dipanggil harkat = panjang pendek (tidak bezakan makna), baris bezakan makna.

Jeda/persendian Unsur hentian yang memisahkan antara linguistik. (perkataan, ayat, rangkaitaan) Lambang [ # ] ayat , [ + ] perkataan Contoh : i. [ # saya makan nasi ma? # ]

[ # saya makan nasi # ma? # ] ii. [ b likan + tin ] , [ b li + kantin ] iii. [ b r + ikan ] , [ b rikan ] iv. [ ai + skri:m ] 1 scream v. [ ais + kri:m ] aiskrim Nada/tona Kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu perkataan. Dalam bahasa Mandarin, Thai, Vietnam, Kampuchea, Laos dan lain-lain, membezakan makna. Contoh : mendatar [ ma ] , , meninggi [ ma ]

turun naik [ ma ] Intonasi -

menurun [ ma ]

Menaik atau menurun penyuaraan sesuatu ayat atau frasa Bahasa Melayu, intonasi ayatnya berbeza-beza Contoh :

1. Intonasi ayat berita meurun di akhir ayat. Ibu mencuci pakaian 1. Intonasi ayat tanya meninggi di akhir ayat. Awak dapat wang itu dari mana?

BUNYI BAHASA Bunyi merupakan gelombang udara yang keluar daripada paru-paru seterusnya ke pita suara, rongga tekak dan keluar rongga mulut atau hidung. Bunyi bahasa pula merupakan bunyi yang berfungsi dalam

pertuturan dan bunyi bukan bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi tetapi tidak dianggap sebagai salah satu bahasa di dunia ini. Contohnya bunyi batuk. Bunyi bersuara dihasilkan semasa udara keluar melalui pita suara, pita suara agak rapat dan berlakulah getaran. Manakala bunyi tak bersuara pula dihasilkan semasa udara keluar melalui pita suara. Pita suara renggang atau terbuka dan tidak berlaku getaran. Pengelasan bunyi dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu vokal, diftong dan konsonan. Bunyi Vokal Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Bunyi vokal juga dikategorikan sebagai bunyi bersuara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan kedudukan lidah dan bentuk bibir. Ini melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas. Selain itu, bukaan lidah turut mempengaruhi bunyi vokal yang dilafazkan sama ada vokal depan, belakang atau tengah. Sekiranya lidah depan yang terlibat, maka bunyi yang dihasilkan adalah vokal depan, apabila bahagian lidah yang terlibat adalah bahagian belakang lidah, maka vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang, dan apabila bahagian lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dan berada dalam keadaan tegang maka vokal yang dihasilkan dipanggil vokal tengah. Secara keseluruhannya, pelabelan nama vokal ditentukan oleh kedudukan lidah, manakala jenis vokal pula ditentukan oleh bentuk bibir dan saiz rongga mulut. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti pada rajah di bawah. 1. Vokal Depan Vokal depan ialah bunyi [ i ], [ e ], [ e ] dan [ a ]. Alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah, saiz rongga mulut dan bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras. Vokal depan dapat dibahagikan kepada empat iaitu vokal depan sempit [ i ], vokal separuh sempit [ e ], vokal depan separuh luas [ e ], dan vokal depan luas [ a ]. 1. Vokal Belakang Vokal belakang terdiri daripada bunyi [ u ], [ o ], [ ] dan [ a ]. Alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi vokal ini ialah lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat pula adalah lelangit keras. Vokal belakang boleh dikategorikan kepada vokal belakang sempit [ u ], vokal belakang separuh sempit [ o ], vokal belakang separuh luas [ ] dan vokal belakang luas [ a ]. 1. Vokal Tengah [ ] Vokal tengah dihasilkan dengan melatakkan lidah pada lantai rongga mulut. Bibir terbuka tetapi tidak luas. Udara melalui rongga mulut menghasilkan bunyi vokal [ ]. Contoh penggunaan vokal [ ] ialah [ # ma? # ] (emak) dan [ # l bah # ] (lebah). Bunyi Diftong Bunyi diftong ialah dua bunyi vokal yang disebut secara berterusan iaitu dalam satu hembusan nafas dan semasa menghasilkannya terdapat ciri geluncuran. Diftong dianggap sebagai satu suku kata dan dilambangkan oleh dua lambang vokal. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu diftong [ ai ], [ au ] dan [ oi ].

1. Diftong [ai] Bunyi ini dapat dihasilkan dengan kedudukan lidah sebagaimana menghasilkan vokal hadapan luas [ a ] dan secara cepat digeluncurkan ke arah membunyikan vokal hadapan sempit [ i ]. Hujung lidah pula dinaikkan tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan vokal [ i ]. Hujung lidah terkena gigi bawah dan pita suara digetarkan. Bibir agak terhampar dan buka antara rahang adalah antara luas dan sederhana. 1. Diftong [au] Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah sebagaimana menghasilkan vokal hadapan luas [a] dan secara cepat digeluncurkan ke arah membunyikan vokal belakang tertutup [u]. Walau bagaimanapun, bahagian belakang lidah ini tidak setinggi sebagaimana membunyikan vokal [u]. Apabila hampir kepada selesainya lafaz bunyi ini, bentuk bibir menjadi bundar. Hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan buka antara rahang antara sederhana dan luas. 1. Diftong [oi] Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal belakang separuh tertutup [o] dan secara cepat digeluncurkan ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Hujung lidah pula dinaikkan tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan vokal [i]. Pembukaan rahang semasa lafaz ini adalah luas. Contoh bunyi ini dalam bahasa Melayu ialah [ # s poi # ] (sepoi) dan [ # amboi # ]. Bunyi Konsonan Terdapat tujuh jenis konsonan dalam bahasa Melayu iaitu letupan/hentian, geseran, letusan, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal. Konsonan letupan terdiri daripada konsonan letupan dua bibir [p] dan [b], konsonan letupan gusi [t] dan [d], konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g], konsonan letupan pita suara [?] dan konsonan letusan [c] dan [j]. Seterusnya, konsonan sengauan. Terdapat empat bunyi konsonan sengau dalam bahasa Melayu, iaitu sengau dua bibir bersuara [m], sengau gusi bersuara [n], sengau lelangit keras gusi bersuara [ ] dan sengau lelangit lembut bersuara [h]. Konsonan geseran pula terdiri daripada sembilan jenis. Empat bersuara dan empat lagi tak bersuara. Manakala satu bunyi lagi adalah geseran pita suara yang tidak dapat dikatakan bersuara atau tak bersuara, dan dilambangkan dengan [ ]. Konsonan geseran bibir ialah geseran gigi bibir [f] dan [v], geseran gusi [s] dan [z], geseran lelangit keras [s] dan [z], geseran lelangit lembut [x] dan [Y] dan geseran pita suara [h]. Seterusnya, terdapat hanya satu bunyi konsonan getaran dan konsonan sisian. Bagi konsonan getaran ialah [r] dan konsonan sisian adalah [l]. Bagi bunyi separuh vokal pula terdiri daripada dua jenis iaitu bunyi separuh vokal dua bibir [w] dan bunyi separuh vokal lelangit keras [y]. Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak dihasilkan dalam keadaan yang sempurna.

Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi.

Bil.

Fonetik

Fonologi

1.

1.

1. 1.

1. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat Fonologi ialah kajian tentang sistem semula jadi, produksi dan persepsi bunyi bahasa dan sifat-sifat semula jadi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan. sistem tersebut secara umum. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotaktik. 2. Kajian fonetik dapat dipecahkan Kajian fonologi adalah berkaitan dengan kepada tiga bahagian iaitu fonetik hubungan antara butir-butir akustik, fonetik atrikulasi, dan lekasikal dengan butir-butir lekasikal fonetik auditori. lain yang membentuk ayat. 3. Bidang fonetik mengkaji unsur setiap Bidang fonologi mengkaji pola-pola bunyi. intonasi. 4. Bidang fonetik menghasilkan Bidang fonologi menghasilkan sistem transkripsi fonetik untuk semua bunyi ejaan sesuatu bahasa. dari semua bahasa.

Perbezaan Fonetik dan Fonologi


Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:

Fonetik Fonologi Fenomena bunyi atau pertuturan manusia Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu seluruhnya. dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu Asas kepada kajian fonologi. morfologi dan sintaksis. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang Dapat merumuskan, menghuraikan dan dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menjelaskan segala bentuk bunyi dalam menghalusi segala variasi bunyi tersebut sesuatu bahasa secara teliti dan dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi terperinci dengan tujuan untuk semua bahasa yang dituturkan oleh manusia menentukan peraturan dan bentuk bunyi dengan sempurna. secara spesifik.
(Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90)

Anda mungkin juga menyukai