Anda di halaman 1dari 9

2.

2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan

Berdasarkan pemerhatian saya, semua bilik darjah di sekolah ini memang kelihatan menarik dan ceria. Suasana yang diperlukan oleh seseorang murid yang ingin meneruskan pembejarannya dengan lebih berkesan memang terdapat di setiap bilik darjah sekolah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa suasana bilik darjah sekolah ini dapat memberikan keadaan yang lebih selesa bagi setiap murid mahupun guru agar dapat berjaya dalam bidang kurikulam. Kesemua bilik darjah di sekolah ini penuh dengan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran agar dapat merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran kita. Segala sumber yang sedia ada dalam bilik darjah sekolah ini pasti akan membantu agar setiap murid sentiasa dengan bidang kurikulam. Sebagai contohnya : i. Tingkap di bilik darjah dipenuhi dengan kad - kad manila dan sumber pengajaran dan pembelajaran daripada pihak Kementerian Pelajaran menggantikan langsir. ii. Di sebelah papan hitam hadapan bilik darjah dipamerkan dengan hasil murid - murid yang berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran. iii. Sebahagian daripada permukaan atas meja murid - murid dilekatkan dengan kertas - kertas yang berisi simpulan bahasa, penjodoh bilangan dan sebagainya. iv. Pelbagai jenis cerita dalam bahasa Cina, Tamil, Melayu mahupun Inggeris ditampal di atas permukaan almari yag terdapat di setiap bilik darjah agar dapat membentuk budaya membaca di kalangan murid - murid sekolah ini.

v.

Kedua - dua pintu di setiap bilik darjah ditampal dengan kata-kata atau nilai-nilai murni agar setiap murid dapat mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka.

vi.

Terdapat juga sudut pembelajaran di sebelah belakang setiap bilik darjah tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid menggukan sudut membaca ini pada setiap hari. Mereka menjadikan kegiatan ini sebagai amalan harian mereka ketika mereka di sekolah. Selain murid - murid tahap 2, murid- murid tahap 1 juga rajin untuk datang ke bilik darjah yang mempunyai sudut membaca ini untuk menimba ilmu.

vii.

Terdapat juga kad-kad kecil yang ditulis dengan suku kata digantung melintasi bilik darjah tahun 1, 2 dan 3 atas sebab setiap murid perlu menguasai suku kata terlebih dahulu agar mereka dapat mahir dalam bidang akademik.

2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran.

Sudut Ilmu

Papan Hitam

Sudut Ilmu Meja Guru

Mentor

Diri Saya
( dengan bantuan mentor )

Pintu Masuk Utama

Meja
T i n g k a p

Meja Murid

Meja Murid
T i n g k a p

Murid

Meja Murid
Pintu Masuk Belakang

Meja Murid

Meja Murid

Sudut Bacaan

2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid

Papan Maklumat Setiap Subjek

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Sekolah Kebangsaan Tunku Kurshiah, Kuala Pilah, ini mengutamakan kepentingan para murid agar tidak ketinggalan dalam bidang akademik mahupun bidang ko - kurikulum. Sekolah ini tidak tercicir dari segala sukatan dan hasrat Kementerian Pelajaran kita. Dalam usaha memperkukuhkan murid dengan ilmu, pihak pentadbiran sekolah menyediakan pelbagai kemudahan khas untuk murid - murid. Pihak sekolah khususnya golongan pendidik sangat kreatif dalam memwujudkan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran ang kreatif dan berguna untuk murid-murid. Salah satu bahan atau sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid sekolah ini adalah kad-kad imbasan (flash cards). Pelbagai jenis kad imbasan disediakan oleh pihak guru sekolah ini agar murid sentiasa melibatkan diri secara langsung bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Murid-murid sekolah ini juga lebih mudah untuk menggunakan kad- kad imbasan yang telah disediakan ini pada masa persekolahan mahupun di rumah. Kad-kad seperti ini tidak menjurus kepada satu bahasa sahaja malah, ia merangkumi bahasa - bahasa utama seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Bahasa Tamil. Cara yang dikendalikan oleh sekolah ini lebih menyenangkan para murid dalam usaha meningkatkan budaya membaca di kalangan murid selaras dengan hasrat kerajaan kita yang mana menekankan bidang akedemik. Cara ini adalah salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid. Saya sebagai seorang bakal guru percaya akan cara dan kaedah ini agar dapat membentuk insan yang berpendidikan dengan cara yang baik serta berpengeahuan luas. Di samping itu, sekolah ini menggunakan lembaran-lembaran kerja bagi memudahkan murid menerima ilmu. Lembaran-lembaran kerja yang sering digunakan

oleh pihak guru adalah kertas-kertas photostat, bahan cetakan komputer dan sebagainya. Murid sekolah ini lebih suka dan berasa seronok untuk belajar menggunakan bahan - bahan seperti ini kerana huruf atau tulisan yang terdapat dalam cetakan sebegini mudah dibaca oleh mereka kerana saiz perkataan adalah besar serta berwarna-warni. Guru-guru sekolah ini juga lebih mudah untuk mengajar dan memberikan penjelasan kepada para murid kerana murid dapat memahami isi yang ingin disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa kaedah ini juga merupakan salah satu sumber yang mudah digunakan oleh murid dalam proses pembelajaran mereka. Tambahan lagi, sumber lain yang mana mudah digunakan oleh murid sekolah ini adalah sumber multimedia. Ini merupakan satu - satunya sumber yang amat berguna pada zaman berteknologi ini. Lebih-lebih lagi, pihak kerajaan kita juga telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk memperkasakan bidang ICT ini di semua sekolah. Berdasarkan pemerhatian saya hampir kebanyakan guru di sekolah ini mempunyai komputer proses riba dan mereka dan menggunakan pembelajaran kelebihan ini untuk Pihak melaksanakan pengajaran yang berkesan.

Kementerian Pelajaran kita inginkan semua murid zaman sekarang wajib menguasai bidang ICT seperti yang dihasratkan dalam Multimedia Super Corridor (MSC), kerana komputer memainkan peranan yang sangat penting dalam segala bidang di seluruh dunia. Pada masa yang sama, murid-murid juga lebih seronok dan mudah menerima ilmu yang diperolehi daripada penggunaan multimedia. Sekolah ini juga mempunyai Bilik Akses dan Makmal Komputer yang boleh digunakan oleh murid-murid untuk tujuan pembelajaran. Berdasarkan pemerhatian saya, para murid sekolah ini juga sering dibawa ke perpustakaan sekolah agar mereka dapat menimba ilmu. Buku-buku rujukan yang terdapat di perpustakaan ini juga merupakan salah satu sumber yang mudah digunakan oleh murid sekolah ini. Pihak pentadbiran dan Jawatankuasa Pusat Sumber sekolah ini menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk muridmurid tahap satu dan dua agar mereka mudah menerima ilmu pada bila-bila sahaja.

Saya mendapati bahawa murid sekolah ini suka boleh menimba ilmu jika mereka dibawa ke Pusat Sumber kerana mereka juga inginkan keadaan dan situasi yang berbeza daripada situasi dalam bilik darjah mereka. Jadi, ini juga merupakan salah satu sumber pengajaran pembelajaran yang mudah diperolehi oleh para murid dalam hal menimba ilmu. Selain itu, Pusat Sumber sekolah ini mempunyai sebuah TV yang disumbangkan oleh Kampus Astro untuk tujuan pendidikan. Rancangan dalam TV ini memaparkan saluran Discovery, National Geography dan History Channel. Ini adalah salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid.

2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT
Berdasarkan pemerhatian saya, semua murid diberi peluang dan masa untuk menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT. Setiap murid dibawa ke Makmal Komputer mengikut jadual waktu untuk menggunakan kemudahan ICT di sekolah ini. Saya pernah mengunjungi Makmal Komputer dan memerhati aktiviti murid dalam makmal ini. Guru yang bertugas memberitahu memperkenalkan semua peralatan komputer dan menjelaskan fungsinya. Antara perisian yang digunakan oleh murid-murid semasa mengunjungi Makmal Komputer ialah Paint, Microsoft Word dan Photo Shop. Mereka berasa seronok dan teruja menggunakan perisian-perisian ini. Mereka juga diberi peluang untuk menggunakan kemudahan Internet untuk murid Tahap 2. Ini membuktikan pihak sekolah ini memberi peluang untuk murid-muridnya

menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT. Melalui pemrhatian saya murid-murid cepat belajar ilmu pengetahuan kerana apabila mereka menggunakan ICT khususnya komputer mereka berasa seronok dan berminat untuk belajar. Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh guru.

2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran?

Melalui pemerhatian saya sepanjang di sekolah, saya mendapati bahawa murid-murid sekolah ini amat digalakkan untuk melibatkan diri dalam semua aktiviti pembelajaran yang dirancang dan dijalankan oleh pihak sekolah. Pada masa yang sama, para murid juga sangat giat mengambil bahagian dalam aktiviti - aktiviti pembelajaran kerana saya mendapati bahawa mereka faham dan tahu akan kepentingan penglibatan diri masingmasing dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid sekolah ini digalakkan melibatkan diri seratus peratus dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak guru melalui menjalankan aktiviti berkumpulan. Tidak dapat dinafikan bahawa, guru-guru sekolah ini sering memberikan aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah. Kerjasama dan penglibatan yang ditunjukkan oleh semua murid adalah pada tahap yang sangat tinggi. Saya begitu terpengaruh dengan sikap yang ada pada murid sekolah ini. Guru Besar sekolah ini juga memberikan pandangan positif ke atas sikap murid dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan kepada saya. Murid-murid sentiasa bekerjasama dan bantu-membantu sesama mereka. Guru-guru sekolah ini juga begitu yakin dengan aktiviti yang dijalankan oleh mereka. Mereka berpendapat bahawa aktiviti ini akan dapat meningkatkan prestasi murid - murid dalam bidang kurikulam mahupun kokurikulum. Selain itu, para guru sekolah ini juga sering mengadakan kuiz-kuiz berasaskan kurikulum di kelas untuk murid-murid. Golongan pendidik di sekolah ini menarik perhatian murid-murid dengan cara mengadakan kuiz. Sebagai contohnya, kuiz yang telah diadakan semasa saya berada di sekolah tersebut adalah seperti kuiz mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Tambahan pula, para pendidik sekolah ini juga berusaha dalam mengadakan kelas kelas tambahan sebagai medium menggalakkan murid-murid agar dapat melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru- guru sanggup berkorban masa mereka untuk mengadakan kelas-kelas tambahan pada sebelah petang pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis. Kelas tambahan untuk murid tahun berlangsung dan juga kelas tambahan untuk murid tahun 5 yang diadakan pada setiap hari Selasa. Pihak sekolah telahpun menyediakan sebuah jadual untuk kelas tambahan. Kaedah ini yang diambil oleh pihak penadbiran dan para guru sekolah ini amat menggalakkan penglibatan diri murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid sekolah juga digalakkan dalam setiap perhimpunan sekolah yang diadakan pada setiap 7.30 pagi. Laluan ikrar adalah satu kaedah untuk melibatkan murid-murid secara aktif dalam pembelajaran. Semasa laluan ikrar murid-murid akan membaca buku dan selepas itu, salah seorang murid dari tahap dua dan seorang dari tahap satu akan dipanggil ke hadapan untuk berkongsi perkataan-perkataan baru. Kemudian guru tersebut akan menjelaskan maksud perkataan-perkataan tersebut. Pada hari Rabu murid-murid digalakkan untuk membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa waktu perhimpuna pagi.

2.6 Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulankumpulan tertentu


Pihak sekolah ini telah membahagikan murid secara seragam melalui sistem pengkelasan. Bagi tahap satu mempunyai 6 kelas iaitu dua kelas bagi setiap darjah. Kelas pertama dikenali sebagai Cerdik manakala kelas kedua ialah Cerdas. Bagi tahap dua mempunyai 6 kelas juga dimana 2 kelas bagi setiap darjah. Kelas pertama dikenali sebagai Gemilang dan kelas kedua dikenali sebagai Cemerlang.

Jika kita melihat cara murid dibahagikan dalam kumpulan, dalam bilik darjah, guru kelas membuat 3 barisan meja dimana lelaki dan perempuan diasingkan tempat duduknya. Ruangan antara satu barisan meja dengan barisan meja lain membolehkan guru berjalan di tengah ruangan tersebut. Melalui pemerhatian saya, semasa murid menjalankan eksperimen, guru membahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4 hingga 5 orang murid dan murid lelaki dan perempuan dicampurkan dalam satu kumpulan. Akhir kalam menerusi pemantauan saya selama seminggu di Sekolah Kebangsaan Tunku Kurshiah, 72000 Kuala Pilah ini, saya mendapati bahawa cara dan kaedah pengajaran pembelajaran yang dijalankan di sekolah ini memang berbeza dan berkesan. Guru-guru sekolah ini sanggup berkorban masa dan tenaga mereka dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah agar dapat menandingi sekolah-sekolah lain. Saya berharap sekolah ini mampu mencapai kejayaan dan pencapaian tertinggi dalam bidang akademik dan bidang kokurikulum pada masa akan datang.