Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2011

KOD KURSUS: HBIS2203

TAJUK KURSUS: AL-QIRAAT

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL NAMA PENSYARAH PROGRAM PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

MOHD LUKMAN BIN MAT YASIN 721013035027002 721013035027 012-8198495 thetrulyphenom@yahoo.com.my

: EN. WAN AZMI BIN WAN OMAR : SARJANA MUDA PENGAJARAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS TAWAU, SABAH

1.

Mukaddimah Al-Quran dan ilmu Al-Qiraat adalah satu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga pada Ilmu Tajwid. Maka, Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran. Ini bermakna menjadi satu kesalahan apabila membaca Al Quran tanpa Tajwid dan tidak dianggap satu ibadah kerana mungkin ianya akan memberi maksud yang berbeza dengan bacaan tersebut. Firman Allah S.W.T : Maksudnya : Bacalah Al-Quran dengan tertib (bertajwid dan menyebut hurufnya dengan baik). Ini adalah perintah yang wajib daripada Allah S.W.T apabila seseorang Islam itu membaca AlQuran. Pembacaan yang bertartil adalah salah satu asas dalam bacaan Qiraat. Qiraat yang dianggap mutawatir dalam pembacaan Al-Quran adalah Qiraat Sab'ah atau Qiraat Tujuh. Sebahagian orang menyangka bahawa qiraat atau macam-macam bacaan Al-Quran tersebut direka oleh Rasulullah SAW atau oleh para sahabat dan para tabiin. Tidak kurang juga yang membuat andaian ianya dibuat oleh pakar Al-Quran yang dipengaruhi oleh kabilah-kabilah Arab atau bangsa Ajam (bukan Arab) yang Islam. Anggapan tersebut adalah tidak benar berdasarkan riwayat puluhan hadis sahih menerangkan pelbagai bacaan semenjak Al-Quran diturunkan. Kesemua bacaan yang diriwayatkan oleh ketujuh-tujuh imam itu telah diakui dan disepakati oleh para ulama sebagai sahih dari Rasulullah SAW yang dikenali dengan Qiraat Sab'ah atau Qiraat Tujuh. Beberapa kitab ulum Al-Quran menyebut tentang qiraat tujuh yang dianggap mutawatir oleh jumhur ulama. Periwayatan Al-Quran dan Qiraat dikalangan para sahabat R.A. pada zaman Rasulullah S.A.W. adalah berbeza di antara satu sama lain. Terdapat Qiraat yang diriwayatkan oleh sesetengah sahabat tidak diriwayatkan oleh sahabat yang lain, sedangkan mereka hidup pada zaman Rasulullah S.A.W. dan membaca Al-Quran dengan Baginda.

2.0

Definisi Dan Perkembangan Ilmu Al Qiraat Qiraat dari segi bahasa adalah kalimah berbentuk masdar daripada qaraa atau jamak

daripada qiraah yang ertinya bacaan. Dari segi istilah pula, qiraat bermaksud satu mazhab(aliran) pengucapan Al-Quran yang dipilih oleh salah seorang Imam qurra sebagai suatu mazhab yang berbeza dengan mazhab lainnya. Dengan kesimpulannya, ia membawa maksud perbezaanperbezaan dalam membaca Al-Quran, iaitu perbezaan dari segi lafaz-lafaz Al-Quran, mengenai huruf-huruf dan cara mengucapkannya di segi tebal atau nipis, panjang pendeknya dan sebagainya. Muhammad Salam Muhsin mengatakan: Qiraat adalah satu ilmu yang membahaskan tentang cara pertuturan kalimat-kalimat Al-Quran serta cara pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap wajahnya kepada seorang Imam pakar qiraat. Manakala Muhammad Ali Shabuni mengatakan: "Qiraat ialah suatu cara daripada beberapa cara mengucapkan Al-Quran yang masing-masing imam itu memilih satu cara yang berbeza dengan yang lainnya dalam mengucapkan Al-Quran. Manakala definisi ilmu Al Qiraat pula ialah ilmu yang membincangkan kalimah-kalimah Al- Quran dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang, pendek dan sebagainya. Faedah mempelajarinya ialah ia dapat memelihara daripada tersalah dan terpesong ketika menyebut kalimah-kalimah Al Quran. Ia juga dijadikan sebagai hujjaah kepada fuqaha ketika mencari hukum-hukum syarak sebagai panduan kepada ummah. Selain itu ia juga bertujuan untuk mengetahui corak-corak bacaan imam-imam Qurra yang tujuh itu. Ilmu Al Qiraat adalah antara ilmu yang wajib dipelihara di mana hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Definisi tersebut di atas, dapatlah dirumuskan bahawa qiraat adalah suatu ilmu pengetahuan mengenai cara melafazkan Al-Quran secara praktikal dengan pengucapannya yang baik, sama ada disepakati atau diperselisihkan kesahihannya dengan berpandukan pada mazhabmazhab yang diakui sanadnya hingga sampai kepada Rasulullah SAW. Pada permulaan wahyu, Nabi SAW amat menitikberatkan ajaran dan pembacaan alQuran. Para sahabat diberi galakan oleh baginda untuk membaca dan menghafaz ayat al-Quran

sehingga melahirkan sejumlah generasi intelektual dan memadamkan buta huruf setelah diselubungi kegelapan jahiliah. Strategi dakwah di Makkah merupakan marhalah pembentukan aqidah, akhlak dan ruh. Marhalah ini juga dikenali sebagai Marhalah Al-Ijaz yang melemahkan bangsa Arab daripada menolak ajaran al-Quran serta membuktikan kebenaran risalah nubuwwah. Di peringkat awal Al-Quran hanya diturunkan dalam satu huruf sahaja, akan tetapi Rasulullah SAW mendesak malaikat Jibril agar ditambah lagi, supaya umatnya tidak menghadapi masalah dan kesusahan dalam membaca Al-Quran dan memilih mana-mana bacaan yang mudah. Lalu Jibril pun menambahnya sehingga tujuh huruf. Al-Quran yang diturunkan dengan tujuh huruf ( ) memberi kemudahan kepada umat Islam untuk membaca dan mengamalkan hukum-hakam yang terkandung di dalamnya. Penurunan al-Quran dengan tujuh huruf ini bermula pada strategi dakwah baginda di Madinah setelah dakwah Nabi SAW semakin meluas ke seluruh tanah Arab. Marhalah ini juga dikenali sebagai Marhalah At-Tashil yang membantu umat Arab mengenali al-Quran dan menghayatinya mengikut lahjah kabilah masing-masing. Antara pengasas-pengasas ilmu Al Qiraat ialah para Imam Qurra', ada pendapat yang mengatakan Abu Amru Hafs bin Umar Ad-Dani1. Ilmu Qiraat yang membincangkan tentang pelbagai bacaan serta pengambilan dan sebutannya mesti diambil dari guru,sehingga bacaanya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana Qiraat dan Al-Quran adalah Sunnah Muttabaa' (yang di amalkan). Terdapat dua perbezaan pendapat mengenai masa munculnya ilmu Al Qiraat, pertama Al Qiraat mula muncul di Mekah bersamaan dengan turunnya Al Quran. Ini disebabkan bahawa Al Quran itu diturunkan di Mekah. Pendapat kedua pula mengatakan ilmu Al Qiraat mulai muncul di Madinah selepas hijrah, di mana ramai yang memeluk Islam saling berbeza ungkapanungkapan bahasa pasar dan dialek-dialek tempatan. Pendapat ini disokong oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya, demikian juga dengan Ibnu Jarir At Tabari dalam kitab tafsirnya. Hadis tersebut menunjukkan tentang waktu dibolehkannya
1

Al-Budul Az-Zaahirah,m.s,8 Abd Fattah Qodi dan Ithaf Fudhala' Al-Basyar : Al-Banna' m.s 5, Cetakan Darul Kutub Al-Elmiah

membaca Al Quran dengan tujuh huruf adalah sesudah hijrah, sebab sumber air Bani Gaffar yang dinyatakan dalam hadis tersebut terletak dekat dengan kota Madinah. Namun pendapat ini tidak menolak membaca surah-surah yang diturunkan di Mekah dalam tujuh huruf, kerana ada hadis yang menyatakan tentang adanya perselisihan dalam bacaan surat al-Qurqan yang termasuk dalam surat Makkiyah, jadi jelaslah bahawa dalam surat-surat Makkiyah juga dalam tujuh huruf. Ketika mushaf disalin pada masa Khalifah Usman bin Affan, tulisannya dan harakat tidak dititikberatkan, sehingga kalimah-kalimahnya dapat menampung lebih dari satu Al Qiraat yang berbeza. Demikianlah sehingga mushaf Usmani mencakupi tujuh huruf dan berbagai Qiraat yang ada. Periwayatan dalam kaedah Talaqqi oleh sahabat-sahabat dan Tabiin yang siqah dan dipercayai merupakan kunci utama pengambilan Al Qiraat al-Quran secara benar dan tepat sebagaimana yang diajarkan Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Para sahabat berbezabeza ketika menerima Al Qiraat dari Rasulullah. Ketika Usman mengirimkan mushaf-mushaf ke kota-kota Islam, beliau menghantar bersama orang-orang yang sesuai qiraatnya dengan mushaf tersebut. Qiraat orang-orang ini berbeza-beza satu sama lain, sebagaimana mereka mengambil Qiraat dari sahabat yang berbeza pula, sedangkan sahabat juga berbeza-beza dalam mengambil Qiraat dari Rasulullah SAW. Dapat disebutkan di sini para Sahabat ahli Qiraat, antara lain adalah : Usman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Ubay bin Kaab, Zaid bin Tsabit, Ibn Masud, Abu al-Darda, dan Abu Musa al-Asyari. Para sahabat kemudian menyebar ke seluruh ceruk negera Islam dengan membawa Qiraat masing-masing. Hal ini menyebabkan Tabiin mengambil Qiraat berbeza-beza juga ketika diterima dari para sahabat. Demikianlah juga dengan Tabi-tabiin yang berbeza-beza dalam mengambil Qiraat dari para Tabiin. Ahli-ahli Qiraat di kalangan Tabiin juga telah menyebarkan bacaan mereka di berbagai kota. Para Tabiin ahli Qiraat yang tinggal di Madinah antara lain ialah Ibn al-Musayyab, Urwah, Salim, Umar bin Abdul Aziz, Sulaiman danAta (keduanya putera kepada Yasar), Muadz bin Harits yang terkenal dengan Muad al-Qari, Abdurrahman bin Hurmuz al-Araj, Ibn

Syihab al-Zuhri, Muslim bin Jundab dan Zaid bin Aslam. Manakala yang tinggal di Makkah pula ialah Ubaid binUmair, Ata bin Abu Rabah, Tawus, Mujahid, Ikrimah dan Ibn Abu Malikah. Tabiin yang tinggal di Kufah, ialah Alqamah, al-Aswad, Maruq, Ubaidah, Amr bin Surahbil, al-Haris bin Qais,Amr bin Maimun, Abu Abdurrahman al-Sulami, Said bin Jabir, alNakhai dan al-Sya'bi. Sementara Tabiin yang tinggal di Basrah , adalah Abu Aliyah, Abu Raja, Nasr bin Asim, Yahya bin Yamar, al-Hasan, Ibn Sirin dan Qatadah. Manakala Tabiin yang tinggal di Syam pula adalah al-Mugirah bin Abu Syihab al-Makhzumi dan Khalid bin Sad. Keadaan ini berterusan sehingga muncul para imam Qiraat yang termasyhur, yang mengkhususkan diri dalam Qiraat Qiraat tertentu dan mengajarkan Qiraat mereka masingmasing. Perkembangan terus tersebar semasa pembukuan Qiraat. Para ahli sejarah menyebutkan bahawa orang yang pertama kali menuliskan ilmu Qiraat adalah Imam Abu Ubaid al-Qasim bin Salam yang wafat pada tahun 224 H. Beliau menulis kitab yang diberi nama al-Qiraat yang menghimpun qiraat dari 25 orang perawi. Pendapat lain menyatakan bahwa orang yang pertama kali menuliskan ilmu qiraat adalah Husain bin Usman bin Tsabit al-Baghdadi al-Dharir yang wafat pada tahun 378 H. Dengan demikian pada itulah ilmu Al-Qiraat menjadi ilmu tersendiri dalam Ulum al-Quran. Pada penghujung Abad ke III Hijriyah, Ibn Mujahid menyusun Qiraat Sabah dalam kitabnya Kitab al-Sabah. Dia hanya memasukkan para imam qiraat yang terkenal siqah dan amanah serta berpengalaman dalam mengajar al-Quran, yang berjumlah tujuh orang. Tentunya masih banyak imam Qiraat yang lain yang dapat dimasukkan dalam kitabnya. Setelah munculnya kitab ini, orang-orang awam menyangka bahwa yang dimaksud dengan Ahruf Sabah adalah Qiraat Sabah oleh Ibn Mujahid ini. Padahal masih banyak lagi imam Qiraat lain yang mana kemampuannya setara dengan tujuh imam Qiraat dalam kitab Ibn Mujahid. Abu al-Abbas bin Ammar mengecam Ibn Mujahid kerana telah mengumpulkan Qiraat Sabah. Menurutnya Ibn Mujahid telah melakukan hal yang tidak selayaknya dilakukan, yang mengaburkan pengertian umum bahwa Qiraat Sabah itu adalah Ahruf Sabah seperti dalam

hadis Nabi itu. Dia juga menyatakan, tentunya akan lebih baik jika Ibn Mujahid mengurangkan atau menambah jumlahnya dari tujuh, agar tidak terjadi syubhat. Banyak kitab-kitab qiraat yang ditulis para ulama setelah Kitab Sabah ini. Yang paling terkenal diantaranya adalah at-Taysir fi al-Qiraat al-Sabi yang diisusun oleh Abu Amr al-Dani, Matan al-Syatibiyah fil Qiraat al-Sabi karya Imam al-Syatibi, al-Nasyr fil Qiraat al-Asyr karya Ibn al-Jazari dan Itaf Fudala al-Basyar fil al-Qiraat al-Arbaah Asyara karya Imam al-Dimyati al-Banna. Masih banyak lagi kitab-kitab lain tentang qiraat yang membahaskan qiraat dari berbagai segi secara meluas, hingga kini.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : JANUARI 2011

KOD KURSUS: HBIS2203 AL-QIRAAT

TAJUK KAJIAN TAHAP KEFAHAMAN ILMU AL QIRAAT DI KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL NAMA PENSYARAH PROGRAM PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

MOHD LUKMAN BIN MAT YASIN 721013035027002 721013035027 012-8198495 thetrulyphenom@yahoo.com.my

: EN. WAN AZMI BIN WAN OMAR : SARJANA MUDA PENGAJARAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS TAWAU, SABAH.

Abstrak Latarbelakang Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji tentang tahap kefahaman Ilmu Al Qiraat di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Kuala Apas, Tawau. Sampel kajian ini terdiri dari 6 orang guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut. Guru-guru Pendidikan Islam tersebut terdiri dari kalangan 2 orang guru lelaki dan 4 orang guru perempuan. Dari segi latarbelakang dan taraf pendidikan guru-guru Pendidikan Islam tersebut ialah 4 orang daripada mereka berkelulusan siswazah dari universiti tempatan dan luar negeri, manakala 2 orang daripada mereka berkelulusan SPM. Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah melalui borang kaji selidik yang telah diedarkan dan kaedah temubual yang telah dijalankan untuk mendapat maklumat kajian. . Satu set soal selidik yang mengandungi 10 item telah diedarkan kepada responden untuk dianalisis. Secara amnya kajian yang telah dijalankan ini berjaya mendapatkan data-data maklumat untuk dianalisis bagi mencapai objektif yang ditetapkan, iaitu untuk mengkaji setakat mana tahap pengetahuan dan kefahaman Ilmu AlQiraat dalam pembacaan Imam Hafs dikalangan guru-guru Pendidikan Islam sekolah tersebut. Objektif Kajian

1. Mengetahui tahap pengetahuan ilmu Al Qiraat di kalangan guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah. 2. Mengetahui tahap pengetahuan guru dalam bacaaan Imam Hafs. 3. Meningkatkan keupayaann guru dalam pembacaan khususnya bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal. 4. Mengetahui kefahaman guru mengenai kepentingan Ilmu Al Qiraat khususnya bacaan Imam Hafs. 5. Mengetahui pengamalan guru dalam pembacaan Imam Hafs dalam pengajaran dan pembelajaran.

Metodologi Kajian Metodologi kajian ini berbentuk temu ramah dan menjawab soal selidik yang diberikan berkaitan dengan definisi, sejarah dan kepentingan Ilmu Al Qiraat serta corak bacaan Imam Hafs sebagai intrumen kajian. Ujian temu ramah responden memfokuskan kepada perkara berikut: 1) Kefahaman dalam pengertian Ilmu Al Qiraat. 2) Pengetahuan dalam sejarah perkembangan Ilmu Al Qiraat. 3) Mengetahui corak bacaan khususnya bacaan Imam Hafs.. 4) Mengetahui bentuk bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal dengan sempurna.

Manakala bagi soal-jawab responden, satu set soal selidik yang mengandungi 10 item soalan yang berkaitan dengan Ilmu Al Qiraat telah diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi akan dikenalpasti tahap pengetahuan guru tersebut, dianalisis dan dicadangkan beberapa bentuk penyelesaian untuk meningkatkan kefahaman guru-guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Kuala Apas. Metodologi kajian ini ialah : 1. Pemerhatian awal : Data awal Membuat pemerhatian dan penilaian melalui aktiviti membaca al-Quran semasa P&P. Data yang diperolehi ialah dapat mengenal pasti corak dan kaedah bacaan yang dipraktikkan guru dalam pembacaan al-Quran. 2. Pengumpulan data kajian i) Menemuramah setiap responden bagi mengumpul maklumat tentang pengetahuan dan pembacaan responden. ii) Setiap hasil temuramah dan hasil pembacaan guru dicatat dan direkodkan untuk tujuan analisis kajian. iii) Setiap responden diberi borang soal selidik. Borang soal selidik ini diberi tempoh masa yang sesuai kepada responden untuk menjawab dengan jujur dan teliti agar maklumat

data yang diperolehi dapat dianalisis dengan lebih tepat. Ini bertujuan meneroka idea, tahap pengetahuan atau pandangan responden tentang Ilmu Al Qiraat dan bacaan Imam Hafs. 3. Refleksi 4. Analisis data Jangkaan Hasil Kajian Dapatan daripada kajian yang dijalankan, guru dilihat mengetahui sedikit sebanyak pengenalan Ilmu Al Qiraat, sejarah kemunculan Ilmu AlQiraat, kesempurnaan bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal. Namun responden agak kurang pengetahuan tentang perbezaan bacaan Imam Hafs dengan bacaan Imam-Imam Qiraat yang lain. Selain itu, didapati juga guru-guru kurang memberi penekanan dalam menerangkan bentuk-bentuk wajah bacaan Qiraat dalam sessi pengajaran dan pembelajaran, menyebabkan murid-murid kurang pendedahan tentang ilmu-ilmu Qiraat yang perlu diketahui. Melalui hasil kajian yang dijalankan ini, diharap guru-guru Pendidikan Islam khasnya dapat memberi penekanan dan sentiasa mengamalkan pembacaan Qiraat dalam pengajaran di dalam kelas.

BAB 1 : PENDAHULUAN Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan nilai-nilai al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Pendidikan al-Quran adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak alim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran2. Oleh itu bagi mencapai matlamat tersebut, perlu bagi seseorang Islam sentiasa membuat pembacaan, membuat kajian apa yang terkandung di dalam AlQuran. Ilmu qiraat adalah salah satu ilmu dan cabang-cabang ilmu yang ada hubungan dengan al-Quran yang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Ilmu Qiraat hendaklah sentiasa di pelajari, dijaga dan disuburkan melalui
2

Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15

pusat-pusat pengajian yang mengajarkannya. Ini menjamin keutuhan Ilmu Qiraat akan berkekalan. BAB II PENGENALAN SKOP DAN KAJIAN Skop kajian ini adalah terdiri dari kalangan guru-guru Pendidikan Islam Sekolah

Kebangsaan Kuala Apas, Tawau. Sampel kajian ini melibatkan 6 orang guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut, yang terdiri daripada 2 orang guru lelaki dan 4 orang guru perempuan. Dari segi latar belakang pendidikan guru-guru tersebut adalah terdiri daripada 4 orang yang berkelulusan ijazah dari universiti di dalam dan luar negeri iaitu guru JQaf dan 2 orang guru lepasan SPM. Kesemua mereka telah pun menjalani latihan perguruan di institut-institut perguruan masing-masing.

BAB III HASIL KAJIAN Dalam kajian ini akan membincangkan dan menghuraikan maklumat-maklumat yang diperolehi hasil daripada instrumen-instrumen yang dijalankan ke atas responden berdasarkan temubual dan maklum balas borang soal-selidik yang diedarkan kepada setiap responden di sekolah tersebut. Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik mengikut skala likert 3 point. Borang soal selidik tersebut diberi tempoh dan ruang masa yang sesuai bagi responden memberi maklum balas terhadap borang soal selidik. Data-data yang terkumpul akan dianalisis bagi mencapai matlamat kajian3. Secara keseluruhannya, sebanyak 10 item soalan yang di rangka dalam borang soal selidik dan 10 item soalan yang digunakan dalam sessi temu bual dengan responden yang merangkumi soal jawab dan ujian bacaan responden dalam bentuk bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal. Analisis maklumat kajian ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu analisis jantina responden, latar belakang kelulusan responden dan analisis maklum balas
3

Kamarudin Ngah dan roslim,1990

daripada borang soal selidik dan temu bual. Hasil analisis pada bahagian taburan jantina dalam kajian ini ialah :

4 3 2 1 0 GuruLela i k Guru Perem n pua B ng nR ponden ila a es

Rajah 1 . Carta Analisa Jantina Responden Jadual carta yang tertera adalah menunjukkan jumlah bilangan responden mengikut jantina di mana jumlah responden lelaki ialah 2 orang iaitu 33.3%, manakala jumlah responden perempuan dalam kajian ini ialah 4 orang iaitu 66.6%. Jumlah responden keseluruhannya ialah 6 orang. Bagi analisis bahagian kedua ialah latar belakang pendidikan dan kelulusan responden. Hasil
analisis bahagian ini adalah seperti berikut :
Lepa a Ija a Lua sn zh r Neg ra a 50% Lepa a Ija a D la sn zh a m Neg ra a Lepa a S s n PM 17%

33%

Rajah 2. Carta Analisa Latar Belakang Pendidikan Responden Jadual di atas menunjukkan taburan latar belakang pendidikan dan kelulusan responden dalam bidang perguruan. Jumlah responden yang memiliki ijazah luar negara ialah sebanyak 3 orang iaitu 50%, manakala responden yang memiliki ijazah dalan negara sebanyak 1 orang iaitu 17% dan selebihnya responden yang berkelulusan SPM iaitu sebanyak 2 orang yang peratusannya adalah 33%. Jelas di sini menunjukkan kebanyakan responden mempunyai latar belakang pendidikan yang cukup tinggi dalam bidang Pendidikan Islam terutamanya di bidang

pengajian Al Quran. Maka dengan itu boleh dikatakan kesemua responden ada mempelajari sedikit sebanyak tentang ilmu Al Qiraat. Analisa kajian ini menggunakan borang soal selidik. Kajian telah menggunakan borang soal selidik dan temubual sebagai intrumen kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 10 item yang telah diedarkan kepada responden dan satu sessi temu bual juga dijalankan terhadap responden tersebut. Manakala data yang diperolehi telah dianalisis. Hasil dari penganalisaan data ini diterangkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan mengikut jumlah responden. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, tahap kefahaman, pengetahuan tentang ilmu AlQiraat dan keupayaan pembacaan al-Quran mengikut riwayat Imam Hafs serta kesempurnaan membaca hukum bacaan Imalah, Silah ha, Idgham Kabir, Saktah dan Naqal di kalangan responden yang terlibat adalah sederhana iaitu 73.76%. Bagi analisis maklum balas responden dari borang soal selidik adalah dipapar seperti carta di bawah:

10 0 8 0 6 0 4 0 2 0 0 Guru S iswa h Guru S za iswa zah GuruL epasa n L r Neg ra D la Neg ua a a m eri S PM

Peng ertia D nS ra n a eja h Perk ba a em ng n H um F edahD nT uk , a a ujua n K esem purna n B ca n a a a B a Im mH fsD n aca n a a a Perbeza nB ca n a a a Peng m la D nIm a a n a plika si D la K s a m ela

Rajah 3. Carta Analisis Peratus Maklum Balas Borang Soal Selidik

Hasil analisis jadual di atas, peratusan responden memberi maklum balas mengenai tahap pengetahuan pengertian dan asas ilmu AlQiraat adalah baik terutama bagi responden lepasan ijazah luar negara iaitu 70% . Manakala tahap pengetahuan bagi responden siswazah dalam negara pula ialah 68%, tetapi tahap pengetahuan dan pemahaman bagi responden lepasan

SPM agak rendah iaitu 60% jika dibandingkan dengan yang lain. Ini menunjukkan guru-guru perlu diberi pendedahan dan pengukuhan tentang ilmu AlQiraat dari masa ke semasa seperti diberi kursus, seminar, forum dan sebagainya yang berkaitan dengaan ilmu AlQiraat. Bagi tahap pengetahuan tentang hukum mempelajari dan mengamali, faedah serta tujuan Ilmu AlQiraat juga menunjukkan peratus yang agak baik iaitu responden siswazah luar negara menunjukkan tahap pengetahuannya sebanyak 75%, manakala responden siswazah dalam negeri menunujukkan tahap pemahamannya 72% dan responden lepasan SPM pula menunjukkan tahap pengetahuan yang agak kurang daripada responden yang lain iaitu 70%. Kebanyakan responden lebih mengetahui hukum mempelajari AlQiraat daripada mengetahui tujuan dan faedah. Manakala bagi kesempurnaan bacaan responden dari sudut bentuk bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal pula menunjukkan peratus kesempurnaan bacaan yang agak tinggi juga iaitu bagi responden siswazah luar negara menunjukkan tahap kesempurnaan bacaan sebanyak 85%, manakala tahap kesempurnaan bacaan responden siswazah dalam negara pula sebanyak 80% dan responden lepasan SPM pula tahap bacaannya sebanyak 78%. Kebanyakan responden sangat baik bacaannya dalam bacaan Saktah, Silah ha dan Idgham Kabir daripada bacaan Imalah dan Naqal. Tetapi dari sudut pengetahuan tentang bacaan Imam Hafs dan perbezaan bacaan dengan Imam Qiraat yang lain peratusnya agak rendah iaitu 45% bagi responden siswazah luar negara, 43% bagai tahap pengetahuan siswazah dalam negeri dan 40% tahap pengetahuan responden lepasan SPM. Kebanyakan responden lebih mengetahui riwayat bacaan Imam Hafs sahaja daripada riwayat bacaan Imam-Imam Qiraat yang lain, terutama bagi responden lepasan SPM. Manakala peratus pengamalan dan praktikal bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal di dalam pengajaran dan pembelajaran terutama pada waktu pengajaran Al Quran serta implikasinya terhadap murid-murid agak sederhana rendah iaitu 45% bagi responden siswazah luar negara, 43% bagi responden siswazah dalam negeri dan 40% bagi responden lepasan SPM. Ini adalah kerana kebanyakan waktu untuk diterapkan kesemua hukum-hukum bacaan tersebut agak suntuk memandangkan bentuk hukum bacaan tadi hanya boleh diterapkan

pada murid tahap 2 sahaja iaitu tahun 5 dan 6 kerana bagi murid tahap 1, mereka hanya baru belajar mengenal asas bacaan sahaja dan belum sampai ke tahap bacaan hukum-hukum tersebut memandangkan kajian ini dibuat pada guru-guru Pendidikan Islam sekolah rendah. Namun begitu guru-guru perlu juga menerapkan sedikit sebanyak bentuk bacaan tersebut sebagai pendedahan awal pada mereka. RUMUSAN DAN CADANGAN Ilmu qiraat adalah salah satu ilmu dan cabang-cabang ilmu yang ada hubungan dengan al-Quran yang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Ilmu Qiraat hendaklah sentiasa di pelajari, dijaga dan disuburkan melalui pusat-pusat pengajian yang mengajarkannya. Guru-guru yang mengajar pula perlu memberi penekanan pada bentuk-bentuk bacaan serta pendedahan tetang bacaan riwayat Imam Hafs. Pada keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan tahap kefahaman dan pengetahuan ilmu Al Qiraat di kalangan guru-guru Pendidikan Islam adalah di tahap yang sederhana baik iaitu mencapai 59.4%. Manakala keupayaann guru dalam pembacaan khususnya bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal adalah tinggi iaitu 81%. Akan tetapi dari segi penerapan ilmu Al Qiraat di dalam kelas pula agak rendah dan membimbangkan. Amatlah diharapkan di sini agar Sekolah kebangsaan Kuala Apas bakal menjadi tempat pengajian yang menghidupkan kembali ilmu Qiraat. Cadangan bagi hasil kajian ini adalah seperti berikut: 1. Guru-guru Pendidikan Islam perlu diberi pendedahan dan pengukuhan ilmu Al Qiraat dari masa ke semasa agar ilmu tersebut sentiasa dihidupkan melalui kursus, seminar, forum dan sebagainya.
2. Guru-guru perlulah menerapkan dan menekankan bentuk-bentuk bacaan Imam

Hafs khususnya bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal di dalam kelas agar murid mendapat pendedahan mengenai ilmu Al Qiraat.
3. Guru-guru perlu proaktif dalam mendalami ilmu terutama dalam ilmu

berkaitan pembacaan Al Quran seperti ilmu Al Qiraat dan Tajwid

memandangkan dalam sukatan Pendidikan Islam sekolah rendah amat menitikberatkan pembelajaran pembacaan Al Quran di kalangan murid-murid. Dengan cadangan tersebut semoga diharapkan disiplin ilmu Al Qiraat akan sentiasa terpelihara dan pembacaan Al Quran akan sentiasa dibaca dengan penuh tartil dan sempurna di era globalisasi dan siber ini.

Jumlah perkataan : 3,874 patah perkataan.

Rujukan

Ahmad Badawi Abdullah, Ashraf Ismail, Penghantar Qiraat dan Hafazan, Selangor: Pusat Perkembangan Pendidikan, UKM Bangi.

Haji Norakyairee Mohd Raus, Khairul Anuar Mohammad Al-Hafiz, 2009. HBQE Al Qiraat. Selangor, Meteor Doc.

Surur Shiha buddin An-Nadawi ( Edisi 2007 Jilid 1 & 2), Ilmu Tajwid Menurut Riwayat Hafs An Asim Melalui Toriq Asy-Syatibiah. Selangor: UIA, Gombak.

Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz, Cetakan ketiga 1998. Ilmu Tajwid Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Mizan.

http://ilmuqiraat.blogspot.com/2008/10/pengenalan-asas-ilmu-qiraat.html http://uin-suka.info/ejurnal/index.php?option=com_content&task=view&id=29&Itemid=28 http://mohamadredha.blogspot.com/2009/05/takrif-qiraat.html

LAMPIRAN SET BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN 1. Apakah pengertian Ilmu Al Qiraat? 2. Dari manakah sumber pengambilan Ilmu Al Qiraat dan Qiraat Sabah? 3. Apakah hukum mempelajari dan mengamalkan bacaan Al Qiraat? 4. Apakah faedah dan tujuan Ilmu Al Qiraat?
5. Bagaimana sejarah ilmu Al Qiraat bermula setakat yang anda tahu?

6. Cuba anda baca bacaan yang mengandungi hukum bacaan di bawah mengikut riwayat Imam Hafs : a. b. c. d. e.

Idgham Kabir

Imalah

Saktah

- Silah Ha
Naqal

7. Adakah anda menerangkan cara dan kaedah bacaan Imalah, Silah ha, Idgham kabir, Saktah dan Naqal mengikut riwayat Imam Hafs di dalam kelas? 8. Adakah anda memberi penekanan pada bacaan-bacaan tersebut? 9. Adakah penerangan ilmu Al Qiraat memberi kesan pada bacaan murid anda? 10. Adakah anda dapat mengetahui perbezaan antara bacaan Imam Hafs dengan bacaan Imam Qiraat yang lain?