Anda di halaman 1dari 18

Acara ini memerlukan kekuatan dan kemahiran untuk melontar peluru dari bulatan kecil.

Lontaran ini hanya boleh dilakukan dengan

sebelah tangan sahaja. Balingan dari belakang bahu merupakan teknik

yang salah. Oleh itu sebagai satu acara pertandingan, lontar

peluru lebih sesuai bagi pelajar sekolah menengah. Walau bagaimanapun, asas melontar peluru,

seperti acara-acara yang lain boleh juga diperkenalkan kepada pelajar sekolah rendah.

Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua- dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

Kumpulan umur

Berat peluru

Lelaki

Perempuan

Bawah 18 tahun

5.45 kg

4.0 kg

Bawah 15 tahun

4.55 kg

4.00 kg

Bawah 12 tahun

2.72 kg

2.72 kg

Gaya melontar Parry OBrien adalah kurang sesuai bagi pelajar sekolah rendah sekiranya mereka tidak mempunyai kaki yang kuat.Di samping itu acara ini terlalu teknikal dan memerlukan koordinasi yang tinggi.Justeru itu adalah memadai sekiranya para pelajar hanya diajar cara berdiri dan melontar dan cara melungsur ke belakang sebagai suatu usaha untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajaran Pendidikan Jasmani.Para pelajar seharusnya membina kesedaran bahawa melontar memerlukan pergerakan yang licin dan koordinasi seluruh anggota badan dan bukan setakat menolak dengan tangan sahaja.

Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada yang berikut: Pegangan peluru Lakuan sedia Lungsuran Kilasan badan Lontaran Pulihan

Pulihan Sebaik langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan atau papan penahan. Peserta boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru. Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan. Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sektor. Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan melalui bahagian belakang bulatan.

Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur di tempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai di tandaan di tengahtengah bulatan melontar Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penanda akan menunjukkan jarak lontaran itu.