Anda di halaman 1dari 6

Para sahabat yang dikasihi sekalian, rasa-rasanya sudah lama kita tidak berjumpa dalam Tazkirah Jumaat ni,

hari ini baru ada kesempatan untuk kita berkongsi ilmu dan saling ingatmengingati antara satu sama lain. Dalam tulisan saya kali ini rasanya nak sentuh bab Usahawan Islam yang telah saya tulisan di post yg sebelum ini.

Perkara penting yang tidak boleh diketepikan dalam urusan perniagaan atau usaha untuk meneruskan kehidupan ini ialah REZEKI. Rezeki setiap manusia itu telah pun ditetapkan oleh Allah s.w.t sejak awal kejadian manusia lagi iaitu sewaktu berada di dalam kandungan ibu kita. Maka ketika ini Allah s.w.t telah pun menetapkan bagi manusia itu rezekinya, ajal mautnya, amalannya dan nasib buruk baiknya, sebagaimana yang dimaksudkan dalam sabda Rasulullah s.a.w :

Bahawasanya sseorang itu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya sebagai Nutfah, kemudian menjadi Alaqah selama 40 hari, kemudian menjadi Mudghah selama 40 hari pula, kemudian diutuskan oleh Allah akan malaikat, maka ditiupkannya roh dan disuruh tulis 4 perkara tentang rezekinya, ajalnya, amalannya, dan nasib buruk dan baiknya. Riwayat Bukhori dan Muslim

Berdasarkan kepada maksud hadis di atas maka dapat kita ketahui bahawa Rezeki itu telah Allah s.w.t tentukan sejak awal kejadian kita lagi, tetapi kita sebagai manusia sudah tentu tidak mengetahui tentang banyak atau sedikit rezeki itu, jenis-jenis rezeki atau mudah payah untuk kita mendapatkannya. Maka di sinilah timbulnya peranan usaha, dan kali ini saya ingin kaitkan di antara usaha dan usahawan dalam konteks Islam. Sebagai Usahawan Islam atau yang berminat untuk menjadi usahawan akan memikul tanggungjawab untuk mengamalkan sistem ekonomi Islam dengan sebenarnya sepertimana yang digariskan oleh syariat Islam itu sendiri. Islam tidak pernah sekali-kali memerintah umat Islam untuk menjatuhkan orang lain sama ada sesama Islam atau yang bukan Islam. Bahkan matlamat utama keusahawanan Islam itu adalah untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Aspek yang paling penting ialah ia dapat memelihara kebajikan semua pihak sama ada dari pihak pengurusan, pekerja atau pemilik harta.Sebenarnya topik yang saya hendak bincang dalam Tazkirah hari ini ialah kesinambungan dari tulisan saya sebelum ini iaitu USAHAWAN ISLAM . Kali ini apa kata

kita tengok pula usahawan ini dari segi KONSEP nya pula. Beberapa konsep kegiatan ekonomi yang perlu dijadikan sebagai satu asas atau pokok bagi setiap pengusaha dan peniaga untuk menjalankan perniagaannya yang berlandaskan syariah Islam.

1- Konsep Tauhid,Rububiyah dan Tazkiyah

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dia menghasilkan dengan hujan itu segala jenis buahbuahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu,janganlah kamu menyekutukan Allah. AlBaqarah 22

TAUHID adalah perkara asas yang wajib ada dalam kehidupan kita sebagai Muslim dan wajib diamalkan dalam setiap bidang kehidupan Muslim itu sendiri. Konsep ini merangkumi hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t dan juga hubungan manusia dengan manusia. Individu Muslim hendaklah memelihara akidah masing-masing atau saudara seagama dari penyelewengan musuh-musuh Islam dan menghindari diri dari penganiayaan sesama manusia. RUBUBIYAH dalam bidang ekonomi pula ialah bermaksud kita mengakui bahawa sifat-sifat Allah s.w.t itu sebagai pengusaha yang mencipta peraturan bagi menyusun rezeki dan kegiatan ekonomi manusia yan menjuruskan ke arah kesempurnaan dan demi kepentingan yang sebenar. TAZKIYAH pula ialah pembentukkan jiwa yang suci bersih dan pembinaan akhlak yang mulia (Mahmudah). Penyucian hati ini amat penting dalam hubungan dengan Allah s.w.t, manusia dan alam. Bukankah Allah s.w.t mengutus rasul itu untuk membersihkan hati manusia. Tahukah sahabat-sahabat sekalian bahawa harta yang kita perolehi dari perniagaan juga boleh dibersihkan? Ya, melalui ZAKAT dan SEDEKAH.

2- Konsep Pencipta dan Pemilik

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Kepunyaan Allah jua kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara kedua-duanya. Dia mencipta apa yang dikehendakiNya. Al-Maidah 17

Kita mesti menanamkan konsep ini di dalam jiwa dan fikiran kita bahawa Allah s.w.t itu jualah Pemilik MUTLAK terhadap segala ciptaan-Nya. Segala hasil kekayaan, harta dan sumber-sumber di bumi adalah hanya milik-Nya. Manusia diciptakan-Nya sebagai KHALIFAH di muka bumi dan telah diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mengurus semua hasil di bumi ini secara baik dan hak, dan mereka akan dipersoalkanNya di akhirat kelak kerana pemilik Mutlak itu adalah Allah s.w.t bukannya manusia.

3- Konsep Hak milik

Firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud : Kemudian kami pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan (di dunia) At-Takasur 8

Sebenarnya hak milik dalam Islam ini terbahagi kepada dua iaitu :

Hak milik Khusus Hak milik Awam Dan konsep pemilikan dalam Islam itu adalah terbatas disamping keperluannya hendaklah menepati kehendak syariat Islam. Secara umum dan ringkasnya saya boleh simpulkan di sini ialah Hak Milik Khusus itu adalah Hak Milik Persendirian. Islam memerintahkan kita agar menghormatinya dan bukan menggunakan penganiayaan. Islam juga melarang keras terhadap sebarang pencerobohan dan penganiayaann terhadap Hak Milik Khusus ini. Pemilikan harta yang melampau juga dilarang oleh Islam yang boleh membawa manusia itu kepada kelalaian dan mendorong mereka untuk menderhaka kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Jangan, sesungguhnya manusia itu bertindak melampaui batas. Disebabkan dia merasa dirinya serba cukup. Al-Alaq 6-7

Miskin dan fakir juga boleh membawa manusia itu kepada kemelaratan, kehinaan dan akhirnya kekufuran. Sabda Rasululla s.a.w yang bermaksud : Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran.

Hak Milik Khusus ini boleh diperolehi melalui jalan perniagaan atau keusahawanan, pewarisan, wasiat, pemberian dan sebagainya.

Hak Milik Awam pula ialah harta yang dikhaskan bagi kepentingan awam atau masyarakat seperti jalanraya, sungai, padang dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Semua orang Islam itu berkongsi dalam 3 perkara iaitu air, rumput dan api. -Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Hak Milik Awam ini diuruskan oleh pemerintah dan pengurusan hak milik awam ini juga sudah tentu hendaklah menepati syariah dan tidak boleh mengambilnya tanpa sebarang alasan yang munasabah.

4- Konsep Keadilan, Keseimbangan dan Kesaksamaan

Firman Allah s.w.t yang bemaksud : Berlakulah adil, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. -Al-Maidah 8

Firman-Nya lagi : supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Al-Hasyr 7

Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika berlaku sebaliknya iaitu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya maka ini dikatakan Zalim. Keadilan ini harus dititik-beratkan oleh Usahawan Muslim kerana adil itu wajib dilaksanakan pada setiap peringkat ekonomi dan urusniaga. Apabila seseorang peniaga itu menjalankan kegiatan perniagaan di samping mendapat keuntungan, mereka juga mampu untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat seperti menawarkan keperluan yang banyak, harga yang berpatutan, kualiti terjamin serta mengeluarkan zakat. Hal ini akan lebih menyumbangkan agihan kekayaan dalam masyarakat.

5- Konsep Amalan Manfaat dan Mudarat

Firman Allah s.w.t : Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. AlBaqarah 275

Secara asasnya sesuatu itu adalah halal selagi mana tidak terdapat Nas yang mengharamkannya. Allah s.w.t akan melarang sesuatu itu jika memudaratkan diri atau menganggu kepentingan orang ramai, dan hal sebegini adalah haram dan wajib dihindarkan. Begitu juga jika sebaliknya iaitu setiap perkara yang tidak memberikan sebarang kemudaratan adalah dibolehkan apatah lagi yang memberikan manfaat.Islam itu mengharamkan amalan ekonomi yang batil yang merangkumi kegiatan pengunaan dan pengeluaran, termasuklah segara kegiatan yang diharamkan secara Nas Qatie seperti riba, judi, pelacuran, peras-ugut, monopoli, menyorok barang keperluan, melakukan kerosakan, merbahaya dan menganggu keselamatan sama ada berbentuk fizikal dan mental. Kita juga diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam urusan ekonomi ini seperti mengeluarkan zakat, nafkah, silaturrahim dan sebagainya.Seseorang Muslim yang mahu meuhi keperluan hidupnya diwajibkan bergiat dalam lapangan ekonomi dengan menjalankan kegiatannya secara halal.

Ini termasuklah :

Melaksanakan amalan ekonomi yang hak dan menepati syarak Menjaga kebersihan dan kesucian barang seperti menghindari dari busuk, buruk, najis atau yang memudaratkan Bersederhana dengan menjauhi sifat-sifat boros, membazir dan tidak kedekut Menjaga aspek kerohanian iaitu berakhlak baik dan menjaga keimanan Menjaga kemanfaatan serta kemaslahatan anugerah Allah s.w.t supaya dapat semua orang dapat merasainya 6- Konsep Peranan Pemerintah Firman Allah s.w.t yang bermaksud, : Wahai, orang-orang yang beriman, taatilah perintah Allah dan taatilah perintah Rasul dan ketua-ketua kamu. An-Nisa 59

Pemerintah mempunyai tugas yang amat penting di dalam menguruskan perjalanan ekonomi Islam.

Rasanya setakat ini dulu perkongsian ilmu tentang keusahawanan, semoga ianya memberikan manfaat bagi kita bersama, Insya-Allah.