Anda di halaman 1dari 3

7. 2. PENGENALAN 2.

1 LATAR BELAKANG SYARIKAT Shah Alam merupakan pusat rekreasi dan pelancongan yang terkenal dengan gelaran "Bandar Dalam Taman". Kemudahan-kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan pelancongan dan seterusnya keperluan rekreasi tempatan. Kemudahan pusat rekreasi adalah antara tarikan-tarikan pelancongan dan pelawat dari dalam dan luar negara. Dengan kepadatan penduduk seramai 450,000 ribu. Shah Alam mensasarkan pertambahan penduduk sehingga 700,000 orang menjelang 2010 hasil dari penghijrahan rakyat seluruh negara selain pertambahan bilangan kelahiran. Kepesatan pembangunan Shah Alam dan kepentingan yang semakin ketara telah membawa kepada kenaikan taraf daripada perbandaran kepada bandaraya. Dengan ini, Shah Alam dapat membuka peluang-peluang perniagaan yang dapat membantu meningkatkan kualiti serta taraf hidup penduduk Shah Alam khasnya. Dengan kesempatan yang ada ini, sebuah syarikat bumiputera iaitu ........ telah mengambil alih restoran yang berkonsepkan restoran terapung yang mana sebelum ini dikenali dengan nama ............. dan kemudiannya telah ditukar dengan nama .............. . Pada 24 September 2003 telah dirasmikan oleh bekas datuk Bandar yang pertama iaitu Y.Bhg Dato' Haji Abu Sujak Haji Mahmud . Restoran ............ merupakan salah satu restoran yang terletak di dalam Taman Tasik di Shah Alam. Dimana, ia berkonsepkan restoran terapung yang jarang didapati di kawasan tasik seperti ini. Secara fizikal Restoran ini terbahagi kepada 2 bahagian yang mana ruangan terbuka iaitu open air disediakan bagi pengunjung yang mengemari suasana yang nyaman dan segar. Manakala ruangan ke dua pula adalah tertutup dengan dilengkapi dengan kemudahan air-cond . Pelbagai kemudahan disediakan bagi menarik pengunjung datang menjamu selera di sini, antaranya hiasan 7

8. dalaman dan luaran yang mengekalkan ciri-ciri tradisional melayu, kolam air terjun, akuarium ikan, ruang letak kereta, air-cond, tandas dan sebagainya Dengan keunikan yang tersendiri, Restoran ini mencipta kelainan dalam menawarkan produk perniagaan dengan konsep Masakan Sea Food Style yang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan pada masa kini. Antara menunya ialah udang

galah, udang harimau , sotong laut, ikan kerapu, tumbuhan laut dan lain-lain. Kesemua hidangan di sediakan dalam bentuk pakej-pakej yang menjadi pilihan pelanggan di sini. Selalunya hidangan ini disediakan dalam pakej makanan tengahari dan malam secara pesanan ataupun ala-carte. Menu yang ditawarkan berbeza pada setiap hari . Selain itu juga , restoran ini turut menyediakan pakej perkahwinan, sambutan hari jadi, persaraan dan juga Hi-Tea mengikut permintaan pelanggan. Dari segi perletakan harga, Restoran ini menawarkan harga mengikut pesanan dan juga kumpulan pengunjung pada satu-satu masa. Walaubagaimanapun harganya berpatutan kerana ia mengikut harga pasaran dan juga pesaing-pesaing berdekatan. Bagi melicinkan perjalanan operasi Restoran ini, terdapat 40 orang kakitangan disediakan di mana antaranya terdiri daripada Pengurus Bahagian Operasi , bahagian Perkhidmatan, Bahagian Dapur dan juga kakitangan-kakitangan seperti penyambut tetamu, pelayan lelaki dan wanita, chef, juruwang dan lain-lain . Manakalan waktu operasinya bermula dari jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang bagi makan tengahari dan dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam bagi makan malam setiap hari kecuali pada hari Raya Puasa dan juga Tahun Baru China. Sehubungan dengan itu terdapat cawangan yang terletak di Kampung Melayu Subang dikenali dengan nama Bibi Thai Restoran. Kedudukan premis yang istimewa di tengah Pusat Rekreasi Taman Tasik Shah Alam dan pakej yang ditawarkan berbeza dari restoran terhampir 8 9. memberi satu kekuatan kepadanya untuk bersaing dan mendapat tempat di hati pelanggan. Restoran..... ini mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri yang perlu diketengahkan supaya mendapat kedudukan dihati pelanggan . Dengan itu Restoran ini perlu turut merebut peluang atas :- 1. Kedudukan ekonomi negara yang stabil, berdaya maju. 2. Gaya hidup warga Shah Alam yang kian berubah yang mana kesempatan bersama keluarga dan rakan-rakan begitu terhad kerana kerjaya yang mengejar masa. 3. Pertambahan penduduk yang kian meningkat akibat penghijrahan penduduk luar Bandar dan warga asing (golongan professional) turut menjadi faktor penyumbang. 4. Langkah kerajaan yang menggalakkan pelancongan

disamping pertambahan bilangan cuti am yang boleh dimanfaatkan bersama keluarga . 2.2 OBJEKTIF SYARIKAT Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pelanggan berkunjung di restoran terapung ini. Mengutamakan pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, telus dan berkesan secara berterusan. Memastikan pekerja yang kompeten dan komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan & memberi ketenangan kepada pengunjung di restoran ini. 9 10. Mempertingkatkan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan. 2.3 VISI SYARIKAT Menjadikan Restoran..... sentiasa diingati oleh pelanggan tetap ataupun baru dengan menawarkan pakej-pakej istimewa seperti masakan yang berkonsepkan Seafood Style tetapi masih menerapkan ciri-ciri makanan penduduk Malaysia . Ke arah mewujudkan suasana mesra pelanggan @ user friendly kepada pengunjung di Restoran..... melalui layanan & perkhidmatan yang cekap. 2.4 MISI SYARIKAT Mensasarkan keuntungan berjangka masa panjang . Memberi dan memastikan semua aktiviti operasi sentiasa di tahap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti. 10

Anda mungkin juga menyukai