Anda di halaman 1dari 5

OLAHRAGA KUMPULAN D CSP 2017 SEMESTER 1 2012/2013 SEJARAH OLAHRAGA DISEDIAKAN OLEH NAMA NURUL HUSNA BT MOHD YUSOF

NAMA PENSYARAH ENCIK RUSHDAN B AINUDDIN NO ID D20112056394

SEJARAH OLAHRAGA

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguhsungguh dan akan mempamerkankebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

SEJARAH AWAL
Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakan pada awal bab ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untuk mengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari, melompat dan melontar ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah, bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000 tahun yang lampau lagi. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia. Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan ini, dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidaktidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu.

PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODEN Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpikyang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha negara-negara lain, yangmula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. DiEngland umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military Collegemenerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggapsebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itumengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut samamengembangkan sukan ini ke merata tempat di England. Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaituKelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculanbeberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkanpelajar melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaranmenjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahragaamat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untukmengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapauniversiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu Exeter College Athletics Clubyang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hariini. Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukanolahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudahmempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jikadikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahragayang pesat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagiperkembangan sukan ini. Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentukterbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukanolahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland. Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat. Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Bagaimanapun, ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. Bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat.

Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, selain daripada kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlet Amerika Syarikat yang berketurunan Negro, menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menakjubkan. Di negara-negara lain juga dturut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh pesertapeserta luar negara. Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan, walaupun potensi mereka masih belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada. Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik. Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuan-persatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing. Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926 lagi. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.