Anda di halaman 1dari 9

1.

Pengenalan

Persatuan Matematik dan Sains telah ditubuhkan seiring dengan penubuhan Panitia Matematik dan juga Panitia Sains di SMK Kanowit. Ianya adalah bertujuan membantu pelajar di dalam pembelajaran di luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran. Persatuan ini mendapat khidmat dari guru-guru penasihat yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran Matematik dan Sains. Sepanjang penubuhannya, persatuan ini menjadi pilihan pelajar SMK Kanowit sebagai salah satu aktiviti Ko-Kurikulum mereka. Setiap tahun, bilangan pelajar yang memohon untuk menjadi ahli semakin meningkat. Ini merupakan satu petanda yang baik bagi persatuan ini untuk mencapai matlamatnya. Semenjak tertubuhnya persatuan ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Aktivitiaktiviti ini diharapkan dapat membantu anak didik di dalam matapelajaran Matematik dan Sains khasnya dan di dalam kehidupan seharian amnya. Matlamat/tujuan : 1.11 Mengeseimbangkan antara perkembangan akademik(mental) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar yang mana ianya hanya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 1.12 Untuk mengukuhkan interaksi dan intetasi di kalangan ahlinya 1.13 Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam bidang sains dan yang berkaitan 1.14 Sebagai langkah mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah, memberi kegembiraan serta dapat membina kesihatan dan kesejahteraan yang lebih sempurna. 1.15 Dapat meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara Objektif penubuhan Persatuan ini adalah untuk memberi sunbangan terhadap kemajuan dan perkembangan dalam bidang sains serta matematik, memperkembangkan ciri-ciri sosial seperti bertimbangrasa, tekun, mengawal kendiri dan penilaian kendiri. Ia juga dapat memberikan kemahiran-kemahiran asas kepada pelajar dengan menggunakan teknik-teknik yang betul dalam aktivitiaktiviti sains dan matematik supaya pelajar akan lebih peka terhadap perkenbangan sains dan matematik serta melahirkan idea-idea yang kreatif. Pelajar juga dilatih untuk menjadi pemimpin di dalam sesebuah organisasi.

Pada 11 Februari 2013, Encik Ling Ching Ang, Pengetua sekolah ini telah menyempurnakan pelancaran Minggu Sains dan Matematik 2013 di Dewan Terbuka sekolah. Program ini merupakan anjuran bersama-sama Panitia Sains dan Panitia Matematik dan dijalankan selama seminggu mulai 11 Februari hingga 15 Februari 2013, bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Majlis perlancaran yang diadakan berjaya menarik minat para pelajar kerana dijalankan secara pendekatan pengaplikasian pengetahuan dalam sains dan matematik, dan tidak berbentuk klise sebagaimana yang diperlihat dan terbayang dalam minda audien selama ini. Hal ini selaras dengan aspirasi kepemimpinan negara yang menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan rakyat di negara ini. Matlamat program ini adalah untuk membentuk modal insan yang berteraskan sains dan matematik. Lima objektif digarisi bagi mencapai hasrat program ini, iaitu:
1. 2. 3. 4.

Menanam minat para pelajar terhadap subjek Sains dan Matematik Memupuk kesedaran tentang kepentingan disiplin Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian. Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dalam disiplin Sains dan Matematik. Mendedahkan pelajar kepada pembelajaran Sains dan Matematik secara penemuan dan eksperimen.

Minggu Sains dan Matematik juga memberi peluang kepada para pelajar mempelajari Sains dan Matematik secara kontekstual, di samping menjalani aktiviti Minggu Sains dan Matematik yang bersifat santai dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Pertandingan Sudoku Pertandingan Susun Nombor Kategori Menengah Atas Pertandingan Susun Nombor Menengah Rendah Pertandingan Lidi Beracun Kategori Menengah Atas Pertandingan Lidi Beracun Kategori Menengah Rendah Pertandingan Rubik Cube Pertandingan Parachute Pertandingan Roket Kategori Menengah Atas Pertandingan Roket Kategori Menengah Rendah Kuiz Info Sains dan Matematik Pameran Sains dan Matematik

Lokasi bagi perjalanan aktiviti-aktiviti yang dirangka dalam program ini dijalankan di padang sekolah, Makmal Sains PMR, dan Makmal Biologi. Bagi memastikan penyertaan secara menyeluruh, slot Magic of Science (eksperimen mudah) juga diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar melakukan eksperimen yang mudah bagi menimbulkan minat dan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan subjek Sains dalam kehidupan. Melalui slot ini, para pelajar berpeluang menonjolkan bakat dan kreativiti mereka dalam pertandingan roket dan parachute. Pihak sekolah ini juga membuka pameran yang diadakan kepada murid-murid SK St. Francis Xavier. Pameran yang diadakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Beberapa kelemahan telah dikenal pasti semasa program ini dijalankan, yakni terdapat sebilangan kecil pelajar tidak melibatkan diri dalam aktiviti Minggu Sains dan Matematik. Kekurangan juga dapat dikesan dari segi bahan pameran dan kekangan tenaga kerja sehingga menyebabkan pameran hanya dapat dibuka pada hari Selasa dan Khamis sahaja. Selain itu, penyertaan para pelajar dalam Kuiz Info Sains dan Matematik tidak menggalakkan kerana hanya mendapat tiga penyertaan sahaja. Namun, segala kelemahan dan kekurangan tidak sesekali melemahkan moral dan minda guru-guru Sains dan Matematik sekolah ini, malah mereka berjanji akan melakukan penambahbaikan pada sesi yang akan datang dengan melakukan perancangan yang lebih teliti dan terperinci, serta memperbanyak aktiviti yang lebih menarik dan bercorak inovasi. Tuntasnya, secara keseluruhan bahawa Program Minggu Sains dan Matematik yang telah diadakan berjalan dengan lancar dan memberangsangkan. Hampir semua pelajar sekolah ini mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan. Para pelajar sentiasa memberikan kerjasama semasa melawat ke Pameran Sains dan Matematik serta mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan semasa pameran. Harapan pihak Panitia Sains dan Panitia Matematik, program seumpama ini akan berkesinambungan secara konsisten dan diperkasa dari semasa ke semasa.

GAMBAR SUDOKU