Anda di halaman 1dari 9

Nama Kumpulan Nombor Giliran Subjek Nama pensyarah Tarikh hantar tugasan

: Muhamad Nazif bin Ahmad Huzaini : P 1.3 : WMA 0002/P/022012/BI041 : Bahasa Melayu Komunikatif : En. Thahir bin Nuruddin : 31 Mac 2012

Soalan. Berdasarkan sebuah cerpen kanak-kanak atau cerpen remaja, anda dikehendaki menganalisis, mengulas dan menghuraikan aspek-aspek yang berikut; a. Penggunaan gaya bahasa b. Kesantunan bahasa c. Sistem sapaan d. Kepentingan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan dalam kehidupan

Jawapan.

Dalam sesebuah penulisan, aspek yang paling penting untuk dijaga adalah bagaimana sesuatu ayat itu diketengahkan supaya ianya tidak lari dari maksud yang cuba disampaikan kepada pembaca penulisan tersebut. Dalam penulisan kreatif; cerpen contohnya, pengolahan ayat atau kata-kata perlulah menarik minat si pembaca cerpen tersebut dan juga mesej yang hendak diberitahu kepada pembaca itu sendiri sampai dan berjaya. Melalui penulisan cerpen juga, pelbagai aspek bahasa dapat diketengahkan secara tidak lansung bagi mendidik para pembaca. Di dalam pemilihan cerpen untuk dibaca, peringkat umur pembaca cerpen itu sendiri seharusnya sejajar dengan tahap penulisan si penulis cerpen itu. Misalnya, setelah mengkaji dua dari tiga cerpen kanak-kanak dan remaja yang telah dipilih, gaya penggunaan bahasa yang digunakan sangatlah tidak menepati citarasa golongan pembaca dewasa. Misalnya, penggunaan kosa kata yang sangat terhad dan kurang puitis mungkin boleh menyebabkan golongan pembaca yang agak dewasa merasakan seperti membaca suratkhabar yang mana tiada kosa kata puitis yang boleh diterjemahkan sebagai makanan minda untuk difikirkan. Setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi, satu cerpen remaja telah dipilih. Dari situ, dapat dilihat bagaimana penggunaan kosa kata yang puitis dan mempunyai pelbagai jenis gaya bahasa. Antara gaya bahasa yang dapat dikenalpasti adalah seperti berikut; dialog, sinkof, hiperbola, metafora, penggunaan Bahasa Inggeris, bahasa pasar, aliterasi dan juga asonansi. Antara aspek lain yang perlu ada di dalam sesuatu cerpen adalah kesantunan bahasa yang yang digunakan. Kesantunan bahasa sangat penting bagi menjaga adat tatasusila dalam bidang penulisan. Pencemaran kesantunan dalam bahasa mungkin akan membuatkan pembaca merasa tersindir. Penulisan cerpen yang tercemar dengan kekurangan adab dalam berbahsa akan membuatkan pembaca hilang minat untuk meneruskan pembacaan mereka.

Juga dimasukkan unsur sistem sapaan di dalam dialog dalam sesebuah cerpen yang telah di tulis. Setiap dialog yang diungkapkan oleh karekter mestilah bersesuaian dengan situasi yang digambarkan di dalam cerpen tersebut. Sekiranya penggunaan sapaan di dalam cerpen tidak bersesuaian, cerpen itu akan menjadi kurang menarik. Keseluruhannya, dalam penulisan, beberapa aspek bahasa perlu diambil berat kerana sekiranya tidak diambil berat tentang penggunaan bahasa itu, maka pincanglah penulisan tersebut. Bagi tugasan yang telah diberikan, satu cerpen remaja telah dipilih berbanding dua lagi cerpen kanak-kanak atas sebab penggunaan aspek bahasa yang agak kurang. Cerpen bertajuk Takdir Milik Allah. Mengisahkan tentang Indah yang dihantui sejarah silam yang hitam baru bernikah dengan Irfan. Irfan yang merupakan seorang yang taat dengan agama cuba untuk memahami keadaan Indah dengan memberikan Indah peluang untuk memenuhi kewajipannya sebagai seorang isteri. Dengan tugasan luar yang selalu dipikul oleh Irfan, satu konflik telah terjadi di mana Iffah, rakan karib Indah, telah datang bertemu Indah dan memberitahu sesuatu perkara yang mengguris hati Indah. Konflik berlanjutan setelah Irfan pulang dari membuat tugasan luar dan sedikit pertelingkahan telah berlaku yang mana menyebabkan Indah secara tidak sengaja telah tertolak Irfan jatuh dari balkoni kondominium tempat kediaman mereka berdua dan meninggal dunia. Kesudahan cerita, indah menyesali perbuatannya yang menuduh tanpa mendengar penjelasan dari Irfan. Indah juga menyesali akan segala perbuatannya yang tidak menjadi isteri yang solehah kerana tidak menunaikan haknya sebagai isteri kepada Irfan. Berikut adalah contoh-contoh aspek bahasa yang perlu dianalisis berdasarkan cerpen yang telah dipilih. A. Penggunaan gaya bahasa 1. Dialog Assalamualaikum.., Waalaikumussalam.., Abang nak mandi dulu. Dah nak dekat Maghrib ni. Nanti kita solat jemaah sama-sama yer 2. Sinkof dah, ye, tak, tu,ni, wak, nak 3. Hiperbola dada berpalu hebat, darah terlalu laju

4. Metafora dibayangi kenangan silam, minda Indah mencerna 5. Personafikasi malam yang pekat terasa sendu 6. Aliterasi gara-gara paranoid 7. Asonansi nak buat macam mana 8. Paradoks Indah cuba tersenyum tapi pahit

B. Kesantunan bahasa 1. Assalamualaikum.., Waalaikumussalam.. 2. Tolong! Jangan dekat dengan saya, saya takut, jangan! 3. Irfan, saya minta maaf, 4. Demi Allah, tak ada lelaki yang lain pernah menakluki hati saya. Saya hanya serahkan cinta saya pada suami saya, tapi sekarang, saya perlukan waktu untuk menyintai awak dan menyerahkan jiwa raga saya. Saya harap awak faham. 5. Terima kasih Irfan. 6. Bagus, er, Indah tak kisah kan kalau abang nak pegang tangan Indah macam ni selalu? 7. Selalunya tu memanglah, tapi, ni bukannya selalu. Kan pengantin baru. 8. Dah siap ke sarapannya? 9. Aku serba salah nak cerita kat kau indah tapi kau kawan aku, aku. 10. Bukan sayang. Salah faham. Salah faham.

C. Sistem sapaan 1. Aku, Kau kata ganti diri yang digunakan Iffah kepada Indah. (hubungan : rakan karib) 2. Sayang kata ganti diri yang digunakan Irfan terhadap Indah. (hubungan : suami isteri) 3. Abang kata ganti diri yang digunakan irfan untuk merujuk dirinya kepada Indah. (hubungan : suami isteri)

4. Saya, Awak kata ganti diri yang Indah gunakan ketika baru lepas bernikah. (hubungan : perorangan yang baru dikenali) 5. Along kata ganti diri yang Indah gunakan bila berbicara dengan kedua orang tuanya. (hubungan keluarga) 6. Mah kata ganti diri untuk ibu Indah yang diungkapkan oleh ayahnya (hubungan : suami isteri) 7. Kak, Angah, Uda kata ganti diri untuk adik beradik Indah. 8. Bos ganti diri kepada ibu Indah dari adiknya bagi menunjukkan gurauan. (hubungan : keluarga)

D. Kepentingan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan dalam kehidupan.

Penggunaan bahasa melayu hanya meluas di kalangan orang melayu sahaja setakat ini. Masih belum ramai bangsa-bangsa lain hendak mendalami bahasa melayu dengan lebih lanjut. Penggunaan bahasa melayu sebagai bangsa kebangsaan sedikit sebanyak membantu meluaskan ideologi tentang bangsa melayu dengan perluasan penggunaan kosa katanya. Penggunaan aspek bahasa dalam kehidupan seharian juga perlu dititik beratkan. Budaya hidup di seluruh dunia juga sangat mengambil berat tentang penggunaan bahasa masing-masing. Setiap negara mempunyai aspek ataupun etika bahasa yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, penggunaan aspek-aspek bahasa di dalam kehidupan seharian sangat berkepentingan. Berkata tentang penggunaan tiga aspek bahasa iaitu gaya bahasa, kesantunan bahasa dan juga sistem sapaan dalam kehidupan seharian, ianya telah wujud berabad lamanya. Kesemua aspek yang terdapat dalam gaya bahasa telahpun dipraktikkan oleh kita walaupun kita tidak menyedarinya. Sebagai contoh, percakapan kita sehari-hari. Dalam kita tidak menyedarinya, kita telahpun mempraktikkan salah satu dari aspek

gaya bahasa iaitu aspek berdialog. Melainkan bisu. Seterusnya ciri-ciri sinkof. Kabanyakkan bahasa pasar yang kita gunakan pun boleh dimasukkan ke dalam cirricirri sinkof. Panggilan mak itu sendiri telah menunjukkan ciri sinkof. Begitu juga dengan ciri-ciri dari aspek gaya bahasa yang lain. Dalam sedar ataupun tidak, kita ada menggunakannya. Dalam aspek kesantunan bahasa pula, kita telah dilatih sedari kecil untuk menggunakan kata-kata yang elok. Walaupun terdapat kosa kata yang kita pelajari membawa maksud yang tidak elok, namun, kita jarang sekali menggunakan kosa kata tersebut atas tujuan suka-suka. Kesantunan bahasa yang ada pada bahasa kita menunjukkan bahawasanya bangsa kita adalah satu bangsa yang penuh dengan sopan-santunnya. Persoalannya, apakah kepentingan kesantunan ini? Dalam hal ini, secara terang-terangan kesantunan itu penting bagi mengelak perbalahan. Sudah menjadi lumrah manusia ciptaan Allah Yang Maha Esa, akan melenting atau marah sekiranya dipanggil dengan sesuatu yang tidak elok. Oleh yang demikian, kesantunan dalam berbahasa sangatlah penting. Manakala bagi aspek yang ketiga yang perlu diketengahkan ialah sistem sapaan. Sistem sapaan memainkan peranan penting bagi menentukan status ataupun kedudukan seseorang di dalam komuniti. Dengan sapaan yang betul, hubungan sesama manusia dapat dieratkan. Sebagai contoh; seorang budak lelaki bawah 12 tahun pergi ke kedai ingin membeli sesuatu. Dengan menggunakan sapaan yang betul, akan menyejukkan hati empunya kedai dan berkemungkinan, budak itu akan diberi sesuatu secara percuma di atas sapaannya yang baik. Secara keseluruhannya, penekanan terhadap aspek bahasa dalam

berkomunikasi sangatlah penting bagi menjana bangsa atau kaum yang sentiasa bersikap toleransi dan merendah diri walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Rujukan.

1. Majalah Asuh keluaran Mac 2. Majalah Asuh keluaran Februari 3. http://penulisan2u.blogspot.com

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai