Anda di halaman 1dari 2

1.

Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat semakin kurang diamalkan. Pada pendapat anda, mengapakah hal yang demikian berlaku?

Jawapan isi:
1. 2. 3. 4. Masyarakat sekarang sibuk menjalankan tugas dan urusan seharian. Masyarakat sekarang lebih bersikap kebendaan Masyarakat pada hari ini banyak yang bersikap mementingkan diri sendiri Banyak pihak atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran yang berpatutan Akhir-akhir ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat semakin dilupakan. Aktiviti ini yang mementingkan kerjasama antara penduduk ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama diturunitelah diamalkan sejak dahulu lagi oleh masyarakat desa. Pekerjaan yang dilakukan secara bergotong-royong ini umpama berat sama dipikul, ringan sama dijinjing banyak memberikan faedah kepada penduduk setempat seperti dapat menjimatkan perbelanjaan dan mengeratkan perhubungan antara ahli masyarakat tersebut. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan amalan ini semakin dilupakan kerana jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Satu daripada puncanya ialah masyarakat sekarang sibuk menjalankan tugas dan urusan seharian. Dalam zaman yang serba mencabar dan memerlukan sumber kewangan yang kukuh, setiap ahli keluarga akan membanting tulang untuk mencari sumber rezeki yang halal bagi menampung nafkah ahli keluarga. Bagi yang bependapatan rendah dan miskin pula, mereka hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk mencari sesuap nasi. Oleh sebab pendapatan mereka kecil, kos sara hidup pula tinggi, mereka terpaksa bekerja kuat untuk menampung pelbagai perlbelanjaan ahli keluarga untuk meneruskan kehidupan. Oleh hal yang demikian, berpegang pada prinsip `masa itu emas, mereka tidak mempunyai masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong dengan penduduk setempat. Selain itu, masyarakat sekarang lebih bersikap kebendaan atau bermata duitan merupakan salah satu punca amalan ini tidak lagi dipedulikan. Mereka tidak ada hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini kerana menganggap bahawa aktiviti ini tidak menguntungkan mereka. Sebagai contohnya, mereka menganggap bahawa mereka akan membuang masa untuk melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan taman kerana tugas itu merupakan tugas Pihak Berkuasa Tempatan. Hal ini menyebabkan mereka lebih gemar menyertai aktiviti yang melibatkan keuntungan peribadi seperti menyertai perniagaan jualan langsung atau membuat kerja-kerja sampingan lain bagi menambahkan sumber pendapatan. Tegasnya, mereka lebih mengutamakan keuntungan peribadi berbanding dengan faedah yang akan diterima oleh kebanyakan penduduk. Seterusnya, masyarakat pada hari ini banyak yang bersikap mementingkan diri sendiri seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Situasi ini amat jelas jika kita perhatikan kehidupan masyarakat dalam kalangan penduduk yang tinggal di bandar. Kebanyakan penduduk di bandar tidak mengenali jiran atau orang yang tinggal di sebelah atau berdekatan dengan rumah mereka. Oleh hal yang demikian, mereka jarang-jarang berbual atau beramah mesra atau berbincang untuk membuat sesuatu pekerjaan secara bergotong-royong. Mereka berpendapat bahawa wang akan dapat menyelesaikan segala masalah kerana ada padi semua kerja boleh jadi, ada beras semua kerja deras. Dalam hal ini, mereka lebih suka mengupah pihak lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan daripada mengamalkan aktiviti gotong-royong. Bukan itu sahaja, semangat gotong-royong hampir tidak wujud pada zaman sekarang kerana banyak pihak atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan dengan bayaran yang berpatutan. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk mengumpulkan atau menghimpunkan ahli masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti gotong-royong. Sebagai contohnya, mereka lebih suka membuat tempahan di hotel atau mengupah syarikat yang mengadakan perkhidmatan penyajian dan pengurusan makanan untuk sesuatu majlis perkahwinan. Budaya ini menjadi pilihan penduduk di bandar kerana mereka mengharapkan majlis mereka berjalan dengan lancar, sistematik dan teratur. Tegasnya, mereka lebih mementingkan pengurusan majlis yang profesional dan memuaskan hati tetamu yang hadir. Sebagai kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha untuk menghidupkan amalan gotong-royong ini yang menjadi warisan masyarakat kita. Pelbagai langkah yang proaktif perlulah diambil bagi menghidupkan amalan ini. Oleh sebab amalan gotong royong ini banyak membawa kebaikan terutama menyuburkan semangat kekitaan dan perpaduan, amalan ini perlulah dihidupkan semula. Jadi, semua pihak hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghidupkan amalan ini. Amalan gotong-royong yang mementingkan kerjasama dan saling membantu ini diibaratkan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah perlu dibudayakan dalam kehidupan. Oleh sebab muafakat membawa berkat, amalan gotong-royong perlu diberikan keutamaan dalam kehidupan terutamanya dalam kalangan penduduk setempat. Kedatangan pendatang asing banyak menimbulkan kesan kepada rakyat dan negara. Bincangkan kenyataan ini.

2.

Jawapan isi:

1. 2. 3. 4.

Merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan Banyak menimbulkan kes jenayah Meningkatkan pengaliran mata wang ke luar negara. Meningkatkan kemajuan negara Dalam alaf baharu ini, pendatang asing menjadikan negara kita sebagai destinasi mereka. Kedatangan mereka ke negara kita ibarat di mana ada gula di situ ada semut. Oleh sebab mereka hidup terlalu miskin ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, mereka terpaksa membuat keputusan untuk berhijrah bagi meneruskan kehidupan. Walaupun kedatangan mereka ke negara kitapenuh dengan onak dan duri, mereka tetap menjadikan negara kita pilihan utama. Kehadiran mereka di negara kita ibarat duri dalam daging kerana banyak membawa kesan yang negatif kepada rakyat dan negara. Satu daripada kesan negatif kedatangan mereka ke negara kita ialah mereka merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan. Oleh sebab mereka terlalu memerlukan pekerjaan, mereka sanggup menerima bayaran atau gaji yang murah. Keadaan ini menyebabkan majikan lebih berminat untuk menawarkan mereka peluang pekerjaan dan bersikap kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan. Sebagai contohnya, majikan lebih berminat untuk menggaji pendatang asing dalam kerja-kerja pembinaan kerana mereka sanggup bekerja melebihi masa yang sepatutnya. Oleh hal yang demikian, majikan mengambil peluang untuk mengeksploitasikan tenaga mereka dan seterusnya menindas pekerja tempatan. Selain itu, kedatangan warga negara asing ke negara kita banyak menimbulkan kes jenayah. Oleh sebab pendapatan mereka setakat cukup makan, mereka menjalankan pelbagai kegiatan jenayah. Tindakan mereka ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berpegang pada prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Hal ini menyebabkan pihak polis terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk menambah bilangan anggota keselamatan bagi menangani kes jenayah. Selain itu, mereka juga bersikap seperti kacang hantu kerana sering mengganggu gadis tempatan termasuk melarikan mereka ke negara asal mereka. Mereka juga tidak menghormati budaya dan cara hidup rakyat negara kita. Mereka sepatutnya bersikap seperti masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguek. Tegasnya, kehadiran pendatang asing di negara kita menyebabkan pelbagai kes jenayah semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Seterusnya, kehadiran pentang asing ke negara kita meningkatkan pengaliran mata wang ke luar negara. Pada setiap bulan, mereka akan mengirim wang kepada ahli keluarga mereka yang berada di negara asal mereka. Ketika berada di negara kita, mereka sanggup ikat perut untuk mengumpulkan seberapa banyak wang yang mungkin untuk dihantar kepada ahli keluarga mereka. Sebagai contohnya, mereka akan membanting tulang untuk melakukan kerja lebih masa bagi mengumpulkan wang seberapa banyak yang mungkin untuk masa depan mereka. Tindakan mereka ini sudah tentumenggugat kestabilan ekonomi negara kita. Selain kesan yang negatif, kehadiran pendatang asing ke negara kita juga mendatangkan kebaikan kepada negara kita. Negara kita yang pesat membangun memerlukan tenaga buruh kasar untuk melakukan kerja-kerja dalam pembinaan dan perladangan. Oleh sebab taraf pendidikan rakyat di negara kita sudah meningkat, banyak lulusan atau graduan di negara kita yang tidak sanggup bekerja dalam bidang tersebut. Sebagai contohnya, mereka ingin menjaga air muka supaya tidak dipandang rendah jika orang yang berkelulusan tinggi bekerja dalam sektor pembinaan yang bergaji rendah. Oleh hal yang demikian, pendatang asing telah mengambil peluang ini untuk menyertai sektor pembinaan dan perladangan sekali gus meningkatkan kemajuan negara. Sebagai kesimpulannya, kemasukan pekerja asing ke negara kita lebih banyak membawa keburukan kepada negara. Oleh sebab kehadiran mereka banyak menimbulkan masalah, pihak kerajaan perlulah mengawal kemasukan mereka sebelum pelbagai kejadian buruk menimpa negara kita seperti kes ragut, melarikan anak gadis, kes bunuh, kes rompakan dan sebagainya. Kita mestilah berhati-hatikerana ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Pihak kerajaan janganlah bertindak selepas pelbagai kejadian yang lebih buruk menimpa ibarat sudah terhantuk baru nak tengadah. Oleh itu, pihak berkuasa mestilah mengambil langkah yang proaktif, iaitu cegah sebelum parah untuk menangani kes ini sebelum nasi menjadi bubur.