Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi akhirnya dapat juga kami menyempurnakan tugasan subjek Aqidah (UIS 1022) yang bertajuk sejarah perkembangan al-Qadariah dan kaitannya dengan ahli Sunnah Wa al-Jamaah pada masa dan tarikh yang di tetapkan. Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu ustaz Adam bin Badrul Hisham yang telah memberi banyak tunjuk ajar kepada kami dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Selain itu, tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberikan bantuan dari segi kewangan, sokongan moral. Tanpa bantuan mereka, kami mungkin tidak dpat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang turut bersama-sama menyelesaikan tugasan ini. Dengan bertukar pandangan dan idea akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Sekian, terima kasih..

PENGENALAN

Al-Qadariah merupakan salah sebuah aliran pemikiran yang terawal dalam sejarah perkembangan pemikiran Islam. Aliran al-Qadariah atau juga dikenali sebagai mazhab alIkhtiyariyyah yang dipelopori oleh Mabad al-Juhani dan Ghaylan al-Dimasyqi dikatakan menjadi lawan kepada aliran al-Jabariyyah atau al-Mujbirah yang dipelopori oleh Jahm bin Safwan. Menurut Abdul Hadi Awang (2008), Qadariah adalah golongan yang menafikan qada dan qadar dalam perbuatan secara pilihan. Menurut pendapat ini, manusia seolah-olah mampu memberi kesan pada perbuatannya, dengan kuasa yang diberi oleh Allah S.W.T. Pendapat ini dibawa oleh golongan Muktazilah. Walaupun aliran ini telah lama pupus ditelan masa, namun pengaruh dan kesan pemikirannya masih kelihatan wujud dalam pemikiran minoriti umat Islam masa kini di dunia Islam mahupun di alam melayu. Kebanyakan pengkaji bersependapat bahawa kedua-dua aliran, al-Qadariah dan al-Jabariyyah yang saling bersaing ini muncul pada akhir zaman Bani Umaiyyah. Bagaimanapun, menurut Abd al-Hamid al-Hifni, al-Qadariah telah muncul dalam Islam semenjak zaman Nabi SAW lagi. Syam dikatakan salah satu pusat gerakan aliran alQadariah pada zaman Bani Umaiyyah. Ia berpunca daripada perselisihan mereka mengenai persoalan agama yang berhubungkait dengan pemikiran politik Islam iaitu isu kepimpinan.

Latar belakang Al-Qadariah

Nama al-Qadariah berasal daripada perkataan al-Qadr. Perkataan ini merujuk kepada pengertian kuasa dan kebebasan kehendak. Justeru itu, nama al-Qadariah diambil daripada perkataan tersebut. Qadariah adalah sebuah mazhab yang dilahirkan di Basrah berikutan timbulnya perbahasan hangat orang Islam mengenai dengan masalah qada dan qadar Allah. Mereka berpendapat segala kerja baik dan buruk manusia itu terjadi dengan kehendak dan kuasa diri sendiri dan bukan kerana Allah, Segala baik dan buruk manusia itu telah ditetapkan oleh Allah. Diantara pendapat mereka ialah seperti : i. Mereka mengatakan manusia itu bebas untuk melakukan segalanya menurut apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri. ii. Mereka percaya bahawa Allah tidak menentukan apa-apa takdir kepada manusia.

Perkataan al-Qadariah dari perspektif Islam Perkataan al-Qadariah tidak ditemui dalam al-Quran, sebaliknya yang ada hanyalah perkataan alQadr sahaja. Bagaimanapun ia berbeza sama sekali dengan al-hadith kerana perkataan tersebut dapat dilihat menerusi hadis-hadis yang agak banyak dan dikatakan pula bersumber daripada Nabi s.a.w. Di antaranya: 1. Al-Qadariah terdiri daripada golongan yang mengatakan bahawa baik dan buruk di tangan kita, tiada bahagian bagi mereka dalam syafaatku, aku bukanlah daripada mereka dan mereka pula bukanlah daripadaku 2. Al-Qadariah merupakan kaum Majusi umat ini. 3. Al-Qadariah dicela dan sesungguhnya mereka kaum Majusi umat ini. 4. Dicela al-Murjiah bersama-sama al-Qadariah. 5. Al-Qadariah dilaknat di atas lidah 70 orang nabi. 6. Jangan kamu duduk bersama-sama Ahl al-Qadr dan jangan berbicara dengan mereka.

7. Dua kelompok daripada umatku, tiadalah bahagian bagi mereka daripada Islam, iaitu alMurjiah dan al-Qadariah. 8. Dua kelompok daripada umatku yang tiada mempunyai bahagian dalam Islam: alMurjiah dan al-Qadariah ditanya siapakah al-Qadariah: Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa mereka terdiri daripada orang-orang yang mengatakan keburukan itu tidak ditaqdirkan.

Kebanyakan sumber hadis yang menyebutkan atau membicarakan persoalan al-Qadariah kelihatan lebih banyak mencela al-Qadariah. Kenyataan ini mungkin menyebabkan nama alQadariah tidak begitu digemari dan akhirnya menjadi penyebab kepupusan mereka kemudiannya. Aliran al-Mutazilah yang seringkali dikaitkan dengan nama al-Qadariah sendiri tidak menggemarinya dan mereka pada umumnya beranggapan bahawa ia lebih baik dirujuk kepada orang-orang yang mempertahankan qadr Allah ke atas semua perkara, baik dan buruk, berbanding dengan orang-orang yang berpendapat manusia mempunyai kuasa tertentu ke atas perbuatannya. Menurut pandangan golongan ortodoks, ia disebabkan keinginan mereka untuk melepaskan diri daripada kata-kata atau hadith Rasulullah s.a.w tersebut.

Pembahagian al-Qadariah Kebanyakan pengkaji dan pemikir Islam yang melakukan kajian mengenai aliran al-Qadariah berpendapat bahawa ia boleh dibahagikan kepada dua kumpulan: i. Al-Qadariah al-Khalisah merujuk kepada kumpulan yang diketuai Mabad bin Khalid al-Juhani al-Basri (m.80H) dan Ghaylan bin Marwan al-Dimasyqi (m.105H). ii. Al-Qadariah al-Mutawassitah merujuk kepada al-Hasan al-Basri, Qatadah bin Diamah dan kumpulannya yang terdiri daripada para zuhhad dan qussas.

Tokoh-tokoh al-Qadariah: Berikut adalah senarai tokoh-tokoh yang dikatakan beraliran al-Qadariah, dan nama-nama mereka boleh didapati dalam kebanyakan tulisan oleh para pemikir Islam, di antara mereka ialah: 1. Al-Hasan al-Basri, al-Hasan bin Abi al-Hasan. 2. Mabad bin Khalid al-Juhani al-Basri. 3. Ghaylan bin Marwan al-Dimasyqi. 4. Yunus al-Aswari. 5. Jad bin Dirham. 6. Maawiyah (II) bin Yazid bin Abi Sufyan. 7. Abu Yasar Abdullah bin Abu Najih al-Thaqafi 8. Wahb bin al-Munabbih (34/655 - 114/732) [Yaman]. 9. Makhul bin Abu Muslim (sekitar 113/731) [Damsyiq]. 10. Ata bin Yasar al-Hilali (103/722 atau 104/723) [Basrah].

Selain daripada nama-nama di atas, berdasarkan catatan oleh Dr. Husayn Utwan, para ketua alQadariah dari kalangan qabilah (seperti al-Rabaiyyah dan al-Yamaniyyah) yang kelihatan kuat menentang Bani Umaiyyah, terdiri daripada nama-nama berikut:1. Khalid bin Madan Abi Kurayb al-Kalai. 2. Bilal bin Sad al-Sukuni al-Dimasyqi. 3. Umair bin Hanial-Anasiyy al-Dimasyqi. 4. Amru bin Syarahbil al-Anasi al-Dimasyqi. 5. Al-Numan bin Mundhir al-Ghassani al-Dimasyqi.

6. Uthman bin Dawud al-Khulani al-Dimasyqi. 7. Ubaydullah bin Ubayd al-Kalai al-Dimasyqi. 8. Yazid bin Yazid bin Jabir al-Azdi al-Dimasyqi. 9. Thawr bin Yazid al-Kalai al-Himsi. 10. Hisyam bin al-Ghaz al-Jursyi. 11. Asbat bin Wasil al-Syaibani. 12. Isa bin Sinan al-Hanafi al-Filastini. 13. Abd al-Ala bin Zabr al-Rabai al-Dimasyqi.

Pemikiran Aliran al-Qadariah

Di sini dikemukakan secara ringkas beberapa pemikiran aliran al-Qadariah:1. Ketuhanan (al-Tawhid): Dalam persoalan zat Allah, mereka berpendapat Allah adalah sesuatu tetapi bukanlah seperti setiap sesuatu. Mereka berpegang kepada pendapat yang mengatakan zat dan sifat Allah adalah satu dan sama. Perbezaannya adalah kerana mereka menafikan sifat Allah yang dilakukan bertujuan untuk menunjukkan Allah tidak mempunyai zat dan sifat yang berbeza dan berlainan seperti yang lazim difahami oleh kaum muslimin yang beraliran konservatif, terutama aliran al-Asyairah. Dalam persoalan sifat Allah pula, mereka secara jelas menafikan sifat positif (althubutiyyah) seperti al-ilm, al-qudrah dan al-iradah kepada Allah s.w.t. Sifat-sifat itu menurut mereka adalah zat itu sendiri dan bukan selainnya. Allah tidak mempunyai ilm, qudrat, hayat, sama, basar dan tidak mempunyai sifat yang azali. Mereka juga menetapkan sifat Allah tanpa berjisim dan tanpa penyerupaan dengan sifat hamba. Ini kerana mereka berpendapat dengan beranggapan demikian akan menyebabkan wujudnya berbilang zat Allah, dan ia suatu kenyataan yang mustahil diterima sama sekali. Justeru kerana itulah, mereka dianggap oleh al-Asyari dan

aliran al-Asyairah secara khusus dan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah secara umumnya sebagai alMuattilah (golongan yang menafikan sifat Allah). Dalam persoalan al-Quran sebagai Kalam Allah, mereka berpendapat Kalam Allah adalah baru. Pendapat mereka dikatakan sama dengan pendapat Jahm bin Safwan (daripada aliran al-Jabariyyah al-Khalisah) yang mengatakan al-Quran makhluk dan bukan qadim. Dalam persoalan melihat Allah, mereka menafikan Allah dapat dilihat dengan mata di kedua-dua tempat, dunia dan akhirat. Dr.Husayn Utwan mengatakan pendapat al-Qadariah dalam persoalan janji dan ancaman yang berkaitan keadilan Allah (al-Adl al-Ilahi), adalah selari (muwafaqah) dengan pendapat Ahli al-Sunnah kerana mereka mengatakan ancaman (al-waid) dan janji (al-wad) boleh berbeza di antara satu dengan yang lain. 2. Hari Kiamat (al-Maad): Dalam keterangan selanjutnya, menurut Dr.Husayn Utwan, pendapat al-Qadariah dalam persoalan para pelaku dosa adalah selari (muwafaqah) dengan pendapat Ahli al-Sunnah kerana mereka mengatakan para pelaku dosa di kalangan orang-orang mukmin tidak akan kekal di dalam neraka. 3. Persoalan Iman: Dalam persoalan ini, Ghaylan dikatakan mempunyai pendapat yang hampir sama dengan golongan al-Murjiah yang menekankan al-marifah wa al-iqrar bi-Liah Taala wa bi-rasulih (mengetahui dan mengakui Allah dan Rasul-nya dianggap memenuhi iman). Al-amal (perbuatan) tidak dimasukkan dalam bahagian iman. Justeru itu, mereka juga dikenali alQadariah al-Murjiah. Walaupun pada kebiasaannya, al-iman terdiri daripada tiga komponen, iaitu marifah bil-qalb wa iqrar bil-lisan wa amal bil-jawarih (mengetahui dengan hati, mengakui dengan lidah dan mengamal dengan anggota.) 4. Persoalan al-Imamah: Menurut pendapat Ghaylan, al-Imamah diakui walaupun bukan daripada kaum Quraisy. Seseorang yang berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah dianggap sah menjadi Imam al-muslimin, tetapi dengan syarat bahawa umat Islam hendaklah bersepakat terhadap Imamahnya. Secara perbandingan, pendapatnya selari dengan pendapat alKhawarij dan kerana itu dia dikenali sebagai Ghaylan al-Khariji kerana persamaan pendapatnya dengan al-Khawarij dalam isu al-Imamah ini. Pada masa yang sama juga, aliran ini turut dikenali al-Qadariah al-Khawarij.

5. Afal al-Ibad (perbuatan manusia): Dalam persoalan perbuatan manusia, mereka mengatakan kehendak Allah tidak mempunyai pengaruh yang menentukan kepada perbuatan manusia. Manusia ditentukan sepenuhnya oleh akal mereka dalam penentuan perbuatan mereka. Allah bukanlah pencipta kepada setiap usaha manusia. Manusia sendiri berkuasa di atas setiap usaha mereka dan Allah tidak berkuasa di atas usaha manusia dan juga perbuatan seluruh binatang. Justeru, mereka dikenali al-Qadariah atau al-Qadariah al-Mutazilah. 6. Al-Istitaah (Kemampuan): Dalam persoalan al-istitaah (kemampuan), mereka berpendapat al-istitaah maa al-fil yang merujuk kepada kemampuan manusia adalah serentak dengan perbuatan. Ia bererti sesuatu perbuatan itu mampu dilakukannya hanya pada masa dia melakukannya, dan bukan sebelum sesuatu perbuatan itu dilakukan.

Aliran al-Qadariah dan survivalnya dalam dunia Islam Dalam dunia Islam, aliran al-Qadariah dengan nama itu boleh dikatakan hanya wujud pada zaman Bani Umaiyyah sahaja tetapi pada zaman Bani Abbasiyyah, nama tersebut telah lenyap ditelan zaman. Para pengikut dan pemikiran mereka dikatakan menyerap masuk ke dalam aliran al-Mutazilah. Faktor-faktor yang menyebabkan aliran itu hilang dan lenyap adalah disebabkan: i. Nama al-Qadariah tidak popular dalam Islam dan di kalangan kaum muslimin sendiri kerana wujudnya hadith-hadith Nabi S.A.W yang mencela mereka. ii. Tentangan terhadap mereka sangat besar di kalangan para pemimpin (khalifah), ulama dan umat Islam khususnya daripada aliran Ahl al-Sunnah waal-Jamaah beraliran al-Asyariyyah dan al-Salafiyyah sehingga mereka dianggap golongan yang sesat dan menyesatkan. iii. Bani Umaiyyah begitu menekan dan menindas golongan al-Qadariah kerana perbezaan pendapat dan pemikiran yang cukup ketara khususnya dalam persoalan akidah yang membabitkan isu-isu politik (political theology). iv. Al-Qadariah bermatlamat untuk menentang kepimpinan Bani Umaiyyah yang dilihat sebagai zalim dan dianggap tidak berhak terhadap kepimpinan dunia Islam. Para pemimpinnya terlibat dalam pemberontakan menentang Bani tersebut sehingga membabitkan pembunuhan sebahagian besar daripada mereka.

Asas-asas mazhab Qadariyah

1. Mengingkari takdir Allah Taala dengan maksud ilmuNya. 2. Melampau di dalam menetapkan kemampuan manusia dengan menganggap mereka bebas berkehendak (iradah). Di dalam perbuatan manusia, Allah tidak mempunyai pengetahuan (ilmu) mengenainya dan ia terlepas dari takdir (qadar). 3. Mereka menganggap bahawa Allah tidak mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu kecuali selepas ia terjadi. 4. Mereka berpendapat bahawa Allah tidak bersifat dengan suatu sifat yang ada pada makhluknya. Kerana ini akan membawa kepada penyerupaan. Oleh itu mereka menafikan sifat-sifat Ma'ani dari Allah Taala. 5. Mereka berpendapat bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Ini disebabkan pengingkaran mereka terhadap sifat Allah. 6. Mengenal Allah wajib menurut akal, dan iman itu ialah mengenal Allah. 7. Mereka mengingkari melihat Allah (rukyah), kerana ini akan membawa kepada penyerupaan (tasybih). 8. Mereka mengemukakan pendapat tentang syurga dan neraka akan musnah (fana'), selepas ahli syurga mengecapi nikmat dan ahli neraka menerima azab siksa.

Pecahan Mazhab Qadariah

Menurut Abdul Hadi Awang (2008) dalam Fahaman dan Ideologi Umat Islam, fahaman Qadariah berpecah kepada dua golongan, mereka adalah: I. Al-Khabitiah

Mereka adalah pengikut Ahmad bin Khabit. Pada mulanya dia adalah pengikut fahaman Mutazilah sebelum beralih kepada fahaman Qadariah. Fahamannya melampau sehingga

membawa fahaman tansukh (berpindah roh) dan bertuhankan Nabi Isa. Antara ajarannya adalah menyatakan bahawa alam ini ada dua pencipta. Pertama adalah qadim, iaitu Allah dan yang kedua adalah makhluk, iaitu Nabi Isa. Alasannya Nabi Isa digelar Rahmatullah. Pendapat ini juga diikut oleh Fadhlu al-hadis. Mereka juga bersependapat dengan Fadhlu al-Hadisi yang mneyatakan maksud Nabi Isa adalah anak Allah bukan bermaksud beliau diperanakan. Nabi Isa juga akan menghitung manusia pada hari kiamat nanti, dia datang dengan diiringi oleh para malaikat. Setiap jenis haiwan itu adalah satu umat dan setiap umat itu ada rasul masing-masing dari kalangan jenisnya. Menganut fahaman tanasukh iaitu berpindahnya roh kepada jasad yang lain. Ia adalah ajaran yang berasal daripada agama Hindu, Greek dan kemudian mempengaruhi agama Kristian. Apabila mereka menganut dan berpegang dengan fahaman yang disebut di atas maka para sarjana Islam menghukumkan mereka keluar daripada agama Islam.

II.

Al-Hamariah

Golongan ini pada mulanya menjadi pengikut Jaafar as-Sadiq semasa al-hasan yang menjadi salah seorang imam mazhab Imamiah masih hidup. Tidak lama kemudian mereka meninggalkan al-Hasan dengan menyatakan, Kami menguji Hasan dan kami dapati dia tidak mempunyai ilmu. Kami mengikut Hasan tanpa pengetahuan dan makrifah. Oleh itu maka kelayakannya batal menjadi imam terbatal. Seterusnya mereka menganut fahaman Qadariah dengan menafikan qada dengan qadar daripada Allah. Selain itu, mereka juga menganut beberapa fahaman yang lain. Antaranya adalah: I. Mereka mengambil fahaman Abad bin Sulaiman al-Damari yang berkata, Golongan yang Allah laknat menjadi kera dan babi terus kufur selepas berlakunya kejadian itu. II. Mengambil fahaman al-jad bin Darham yang mneyatakan berfikir itu mewajibkan makrifat. Mereka beralasan makrifat itu adalah perbuatan yang tiada pembuatnya. III. Menyatakan manusia itu boleh mencipta haiwan. Caranya adalah mengambil daging kemudian membiarkannya di tengah cahaya matahari atau ditanam

kedalam tanah. Apabila daging itu menjadi ulat, mereka mendakwa mereka yang menciptakannya.

Sejarah Mazhab Qadariah Mereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan. Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu benar. Selepas Nabi Muhammad wafat, sebahagian kecil umat Islam membincangkan perkara itu lalu mereka mempengaruhi oleh anasir-anasir bukan Islam. Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemahkan buku-buku asing tanpa batasan. Menurut para sarjana sejarah Islam, antara orang pertama yang menimbulkan fahaman Qadariah adalah:i. Maabad al-Juhani

Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Maabad adalah sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qada dan qadar. ii. Ghilan al-Dimasyqi

Dia mengikut fahaman ini meneruskan penyebarannya selepas Maabad iaitu pada zaman Umar bin Abdul Aziz. Mendengar fahaman Ghilan, Khalifah Umar memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-AuzaI. Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, wahai Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan yang benar. Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak mahu bercakap lagi perkara itu. Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali semula menyebarkan ajarannya. Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auzai. Kali yang kedua dia menyerah kalah. Walau bagaimanapun,

dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata , Qadar baik dan jahat itu daripada hamba. Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh. Ibnu Nabatat menyebut dalam bukunya Syarah al-Ubun, Orang yang pertama bercakap dengan fahaman Qadariah adalah orang Nasrani yang memeluk agama Islam dari negeri Iraq. Kemudian dia murtad (keluar Islam) dan kembali pada agama Nasrani.

Ahli Sunnah Wal al-Jamaah dan Qudrat Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah adalah satu mazhab yang menjadi anutan rasmi umat Islam dalam aspek akidah, ibadat dan akhlak. Walaupun begitu, masih terdapat sebahagian umat Islam yang terkeliru tentang hakikat Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sehingga menimbulkan polemik di kalangan mereka golongan manakah yang termasuk di dalam kelompok Ahl al-Sunnah wa alJamaah. Kembali kita memperkatakan tentang iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah, tentunya kita tidak dapat memperkatakan tentang iktiqadnya mengenai ALLAH, rasul, malaikat, Syurga dan Neraka kerana perbahasannya tidak mungkin dibuat dalam satu bab. Pengajiannya sahaja memakan masa dua atau tiga tahun. Namun demikian, tentu ada di antara kita yang telah mempelajarinya. Jadi, di sini kita akan memperkatakan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang qudrat Di antara yang menjadi pegangan Rasulullah dan para Sahabat dan yang mesti menjadi pegangan kita, ialah bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata. Pada hamba itu ada usaha dan ada ikhtiar tetapi usaha dan ikhtiar itu tidak boleh memberi bekas. Malahan usaha dan ikhtiar pada hamba itu pun, ALLAH yang menjadikannya. Jadi pada zahirnya, setiap hamba ini ada usaha dan ikhtiar tetapi pada batinnya atau pada hakikatnya usaha dan ikhtiar hamba itu tergagah. Iaitu usaha dan ikhtiar hamba itu tidak boleh memberi bekas. Yang memberi bekas hanyalah ALLAH yang bersifat Qudrah. Adanya usaha dan ikhtiar pada seorang hamba itulah terletaknya hukum perintah buat dan hukum larang ke atas dirinya. Pada usaha dan ikhtiar itulah letaknya taklif, dan di sinilah

dianggap hamba itu mukallaf, iaitu seorang yang wajib diperintahkan kepadanya segala suruhan ALLAH dan wajiblah dia menjauhi segala larangan ALLAH. Kerana, pada seorang hamba itu ada usaha dan ikhtiar yang dengannya dia boleh memilih di antara yang baik dengan yang buruk. Dengan demikian, seorang hamba itu ada pilihan pada dirinya, dan kerana itu dia dikenakan hukum yang berupa perintah suruh yang mesti dilaksanakan dan perintah larang yang mesti dijauhinya. Iktiqad Pertengahan Inilah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Iktiqad ini dikatakan iktiqad pertengahan. Ia tidak terlalu kendur macam iktiqad jabariah dan tidak pula terlalu tegang berdenting macam iktiqad qadariah. Misalnya, jabariah beriktiqad bahawa manusia ini langsung tidak ada usaha dan ikhtiar; seolah-olah seperti daun lalang yang ditiup angin. Ertinya, manusia ini langsung tidak boleh memilih, terpaksa tunduk sahaja kepada Qudrah dan Iradah ALLAH SWT. Seolah-olah manusia ini menyerah diri sahaja kepada apa sahaja yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT. Ini yang dikatakan iktiqad yang kendur berjela-jela. Manakala qadariah terlalu tegang hingga mengiktiqadkan bahawa hamba ini ada kuasa padanya, dan kuasa yang ada pada seorang hamba itulah yang bertindak dalam melaksanakan sesuatu sama ada yang baik mahupun yang buruk. Bererti kuasa yang ada pada seseorang itulah yang membawa kejayaan, bukan kuasa ALLAH lagi. Iktiqad qadariah memutuskan langsung pergantungan manusia kepada Qudrah ALLAH SWT. Inilah yang dikatakan iktiqad tegang berdenting-denting. Apa saja yang hendak kita lakukan dan dalam bidang apa sekalipun, sebaik-baiknya hendaklah secara pertengahan. Misalnya dalam bidang aqidah ini, pertengahan diibaratkan tidak kendur macam jabariah dan tidak tegang macam qadariah. Dan begitulah seterusnya dalam bidang yang lain seperti sembahyang, puasa, bersedekah, dan sebagainya; segala yang hendak kita laksanakan itu sebaiknya pertengahan. Tetapi perlu kita ingat di sini bahawa pertengahan yang dimaksudkan bukanlah seperti pertengahan pada ukuran kayu pembaris iaitu enam inci atau pertengahan pada dacing iaitu l/2 kati. Ukuran pertengahan yang disebutkan oleh Rasulullah ini bukan sepertimana yang kita faham.

Ukuran pertengahan yang sebenarnya ialah pertengahan yang dilakukan oleh Rasulullah. Rasulullah menyuruh umat supaya menjalankan pekerjaan atau syariat secara pertengahan seperti sembahyang, berjuang dan berjihad, menyusun rumahtangga, menyusun masyarakat dan lainlainnya, kerana apa yang Rasulullah sendiri lakukan adalah pertengahan. Ertinya, sembahyang Rasulullah itu adalah sembahyang pertengahan, puasa Rasulullah itu puasa pertengahan, jihad Rasulullah itu adalah jihad pertengahan. Pendek kata apa saja syariat yang Rasulullah tegakkan itu adalah yang pertengahan. Bermakna kalau ada orang yang menegakkan syariat itu melebihi daripada apa yang Rasulullah tegakkan, maka perbuatan orang itu bukan lagi pertengahan. Atau kalau ada orang yang menegakkan syariat kurang daripada apa yang Rasulullah tegakkan bererti juga perbuatan orang itu bukan lagi perbuatan pertengahan. Ertinya kalau lebih adalah melampau dan kalau kurang adalah lemah. Inilah ukuran pertengahan yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Bukan macam
ukuran pertengahan yang kita faham pada hari ini.

Menurut Ahmad Redzuwan (2001), bagi menghadapi golongan penentang, Ahli Sunnah telah menggariskan beberapa pendekatan seperti berikut: a. Menjadikan kitan dan sunnah yang sahih sebagai hakim kepada setiap perkara yang berkaitan dengan akidah. b. Mereka yakin tentang sifat-sifat Allah S.W.T c. Berkenaan dengan masalah qada dan qadar, mereka mempunyai pendirian tersendiri yang berbeza dengan aliran-alirah pemikiran ilmu yang lain. Mereka berpendapat manusi aitu mempunyai daya usaha dan ikhtiar diatas perbuatannya dengan tidak terlepad dari sifat Qudrat dan Iradah Allah S.W.T. Oleh itu, manusia memerlukan pertolongan Allah S.W.T d. Orang mukmin akan dapat melihat Allah S.W.T di syurga tetapi bukan di dunia. e. Tentang sifat-sifat Allah S.W.T, mereka menetapkan tanpa mempersoalkan bentuk atau caranya, mensucikan-Nya tanpa mengingkari-Nya. f. Perutusan para rasul adalah hak Allah S.W.T dan sesuatu yang disampaikan olehnya perlu diimani. Beriman itu adalah kepercayaan hati yang disempurnakan oleh ucapan dan perbuatan dan ia boleh bertambah dan berkurangan. g. Al-Quran adalah kalam yang diturunkan dan bukan yang diciptakan.

h. Orang yang melakukan dosa besar itu tudak terlepas daripada iman sekalipun belum sempurna dan bila ia mati sebelum bertaubat kerana dosa besarnya, ia tetap beriman dan nasibnya terserah kepada Allah S.W.T. Namun begitu, orang yang murtad mesti diperangi.

Al- Qadariah dan kaintannya dengan Ahli Sunnah Waljamaah

Qadaria atau Mutazilah. Akal mereka tidak berdaya menyatukan takdir iman dengan perintah serta larangan janji serta ancaman dan mereka menyangka bahawa hal demikian tidak mungkin berlaku. Oleh sebab itu mereka berkeyakinan bahawa Allah SWT tidak menghendaki kecuali apa yang diperintahkan dan tidak menciptakan amalan para hamba sama sekali sehingga menafikan kekuasaan kehendak serta ilmu Allah. Mereka menyerupai Majusi dalam berbuat syirik rububiyah dan menjadikan selain Allah sebagai pencipta. Mereka menamakan Jamaah dan as- Suwaadul Adzam dari Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai orang awam atau rakyat jelata. Ahli Sunnah membezakan antara bidah yang ringan dan perselisihan yang lafdziyah dengan bidah berat dan perselisihan mengenai hakikat makna serta prinsip-prinsip besar. Oleh kerana itu mereka membagi bidah menjadi bermacammacam. Contoh situasi :Al qadariah ini mempercayai adanya kewujudan Allah. Tetapi pada masa yang sama dia menduakan Allah. Maksudnya disini, dia menjadikan selain daripada Allah itu sebagai pencipta. Manakala Ahli Sunnah Waljamaah ini pula mempercayai bahawa Allah itu satusatunya pencipta, dan bersifat Esa. Tiada yang kedua mahupun selebihnya. Kaitan antara Al Qadariah ini dengan Ahli Sunnah Wal Jamah ialah Al Qadariah ini bersifat luaran iaitu kudrat , kena ada kuasa ataupun usaha. Ahli Sunnah Wal Jamaah pula bersifat hakikat, sama juga seperti Al Qadariah perlu ada usaha tetapi ia lebih berserah kepada Allah SWT dan mengharapkan ia akan berlaku dengan izin Allah.

Golongan Qadariah Mutazilah yang memisahkan diri mereka dari yang baik berpecah kepada dua puluh golongan, tiap satunya mengkafirkan yang lainnya. Mereka itu ialah golongan Isliyah, Umariyah, Hudhailiyah, Nazzamiyah, Amwariyah, Umariyah, Thumamiyah, Jahiziyah, Hayitiah, Himariyah, Khayyatiyah, Sahhamiyah dan para pengikut Salih Qabah, Muwaisiyah, Kalblyah, Jubbaiyah, Hashimiyah, dinisbahkan kepada Abu Hashim ibn al Jubbai. Mereka itu terdiri daripada dua puluh golongan, dua daripadanya bukan daripada golongan Islam iaitu golongan Hayitiyah dan Himariyah. Al Qadariyah disandarkan kepada orang-orang yang meyakini adanya sunnatullah sebagai cabang-cabang pilihan yang diciptakan Tuhan dan manusia mempunyai kebebasan untuk memilih dan menentukan perbuatan tersebut. Disebabkan itulah manusia ditentukan baik dan buruk atas pilihan mereka sendiri dan bukan degan campurtangan Allah SWT. Semua ini atas pilihan manusia sendiri, bukan pilihan akhir Tuhan. Tidaklah pantas manusia menerima siksaan atas tindakan kesalahan yang dilakukan bukan atas keinginan dan kemampuannya sendiri.

KESIMPULAN Hasil kajian ini menunjukkan bahawa walaupun aliran al-Qadariah (atau kemudiannya lebih dikenali sebagai al-Mutazilah) telah lama hilang dari dunia Islam namun pengaruh dan kesan pemikirannya masih wujud dan masih relevan kepada minoriti umat Islam khususnya di Malaysia. Majoriti umat Islam sebaliknya berada pada posisi menentang pemikiran tersebut kerana mereka secara umumnya menganuti pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi pegangan rasmi. Berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa aliran al-Qadariah terbahagi kepada dua, iaitu al-Qadariah al-Khalisah dan al-Qadariah al-Mutawassitah. Walaupun masyarakat Melayu di Malaysia dikatakan menolak aliran al-Qadariah secara keseluruhannya, namun begitu pada teorinya, mereka sebenarnya hanya menolak al-Qadariah al-khalisah (tulen) yang diketuai oleh Mabad al-Juhani dan Ghaylan al-Dimasyqi, tetapi masih dan tetap menerima pemikiran al-Qadariah al-mutawassitah (sederhana) yang dipimpin oleh al-Hasan al-Basri. Ini kerana al-Hasan al-Basri merupakan tokoh yang berpengaruh besar dalam dunia Islam, dan ketokohan dan pemikirannya diterima oleh hampir semua umat Islam. Kesan daripada kenyataan tersebut, sekiranya dilihat secara lebih mendalam akan memungkinkan polemik dalam bidang pemikiran tidak dapat dihalang kerana ia berkaitan dengan aspek pemikiran manusia yang sentiasa berkembang dan sentiasa ingin mencapai kepuasan mental dan spiritual khususnya apabila berhadapan dengan pelbagai isu yang menghendaki keputusan yang rasional dilakukan. Inilah realiti yang dapat dilihat di kalangan umat Islam di Alam Melayu masakini dan di Malaysia secara khususnya.

RUJUKAN 1. http://takberhentiberharap.wordpress.com/2011/05/11/aliran-qadariyah/

2. http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=kesimpulan+al+Qadariah&source=web& cd=8&cad=rja&ved=0CGMQFjAH&url=http%3A%2F%2Fmyais.fsktm.um.edu.my%2F 7065%2F1%2F08_engku_zaki.pdf&ei=S3EtUbv8BM7PrQfri4HQBA&usg=AFQjCNFZ -r0dCKKNivuUj9KmO_nDe-6P_Q&bvm=bv.42965579,d.bmk 3. Abdul Hadi Awang. 2008. Beriman kepada Qada dan Qadar. PTS Islamika. 4. Abdul Hadi Awang. 2008. Fahaman dan Ideologi Umat Islam. PTS Islamika. 5. Ahmad Redzuwan, M.Y. 2001. Sejarah Dakwah. Utusan Publication.