Anda di halaman 1dari 4

ALAT-ALAT DALAM KERJA KAYU

BIL
1.

NAMA
Pembaris Keluli

FUNGSI
Alat ini digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran. Selain itu, pembaris keluli juga digunakan untuk membina garisan lurus pada permukaan dan menguji kerataan permukaan.

2.

Sesiku L

Alat ini digunakan untuk membuat garisan lurus bersudut tepat, menguji kerataan, ketepatan. dan kepersegian.

3.

Pita Pengukur

Pita pengukur digunakan untuk menyukat dan menanda jarak dengan pisau atau pensel. Selain itu, alat ini berfungsi dalam menguji jarak di antara tanda-tanda dan menyelaraskan jarak tolok.

4.

Apit G

Apit G digunakan untuk mengapit kayu ketikaproses mengglukan dua kepingan kayu dan memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. Alat ini juga digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.

5.

Ragum Kakak Tua

Alat tangan ini digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya. Saiznya adalah antara 125 mm hingga 300 mm.

6.

Gergaji Putting

Gergaji puting digunakan untuk mengerat secara lurus semasa membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain.

7.

Gergaji Besi

Gergaji besi digunakan semasa memotong benda yang keras seperti batang besi.

8.

Gergaji Lengkung Halus

Alat ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis.

9.

Pahat Tepi Serong

Pahat jenis ini digunakan untuk membuat parit dan lurah tanggam serta meratakan dasarnya.

10.

Kikir Parut

Kikir parut digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu. Saiznya ditentukan oleh panjang kikir dan gred mata pemotongnya.

11.

Tukul Kuku Kambing

Alat ini digunakan untuk mengetuk paku dan mencabut paku.

12.

Tukul Warrington

Tukul jenis ini digunakan untuk mengetuk paku kecil di tempat yang sukar.

13.

Penebuk Pusat

Alat ini digunakan untuk membuat lubang pandu di atas permukaan logam sebelum kerja menggerudi.

14.

Pembenam Paku

Pembenam paku digunakan untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu.

15.

Gerudi Engkol

Gerudi engkol digunakan untuk kerja membuat lubang pada permukaan kayu dan papan.

16.

Gerudi Tangan

Alat ini digunakan untuk membuat lubang di atas kepingan logam nipis dan papan yang nipis.

17.

Mata Gerudi Pintal

Mata gerudi pintal digunakan untuk membuat lubang.

18.

Gerimit

Gerimit digunakan untuk membuat lubang pandu sebelum memasukkan skru pada kayu (kayu nipis dan lembut).

19.

Tolok Serong

Alat ini digunakan untuk mengukur sudut samasa proses membuat tanggam.

20.

Tolok Penanda

Tolok ini digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.

21.

Pemotong Perspek

Pemotong perspek digunakan untuk memotong perspek.

22.

Gandin Kayu

Gandin kayu digunakan untuk kerja mengetuk dan membentuk kayu.

23.

Gandin Getah

Gandin getah digunakan untuk mengetuk dan membentuk keluli.

Anda mungkin juga menyukai