Anda di halaman 1dari 12

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

KRM 3023: ASAS UKURAN


TAJUK TUGASAN 3

Berdasarkan pengalaman anda sendiri, bincangkan lima (5) kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid-murid dalam mempelajari tajuk-tajuk tertentu bagi bidang asas ukuran. Bagi setiap kesukaran itu, bincangkan bagaimana guru mengatasinya dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.
KUMPULAN

Group UPSI 03 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA SHAHARIL BIN SAIDIN NO. ID D20102041056 NO. TELEFON 012-5637782

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH

TARIKH SERAH: 25 APRIL 2012

Bidang : Ukuran Tajuk : Masa dan Waktu Miskonsepsi 1 : Mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam. Soalan : Apakah waktu sekarang ?

Jawapan Murid A : Pukul 10:02

Jawapan Murid B : Pukul 2:10

Kedua-dua murid di atas mempunyai persamaan miskonsepsi pada jawapan yang diberikan.Murid A tidak dapat menguasai bacaan pada jarum panjang sebagai jarum minit.Miskonsepsi murid ini menyebabkan jawapan yang diberikan tidak tepat.Murid terus melihat nombor dua pada jarum panjang dan menulis sebagai dua minit.Manakala miskonsepsi murid B pula membaca jam dengan jarum panjang sebagai jam manakala jarum pendek sebagai bacaan minit.Keadaan ini menyebabkan jawapan yang diberikan adalah salah dan tidak tepat.Kedua-dua murid ini perlu diberikan bimbingan untuk membaca jam dengan betul.Konsep asas jarum panjang dan jarum pendek juga masih gagal dikuasai dengan sebaik mungkin bagi kedua-dua murid itu.Murid sering menghadapi masalah untuk memahami istilah masa dan waktu.Konsep masa dan waktu perlulah dijelaskan dengan tepat kepada murid-murid supaya tidak berlaku lagi miskonsepsi pada soalan-soalan samada dalam latihan harian dan dalam peperiksaan .Oleh itu ,guru perlu memperkukuhkan kefahaman murid pada konsep membaca tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam.

Langkah penyelesaian Aktiviti pengajaran : 1. Guru memberi cadangan bentuk yang sesuai untuk dijadikan muka jam analog. 2. Murid dibimbing murid untuk melakar bentuk-bentuk muka jam di papan tulis. Mengedarkan kertas kosong kepada murid-murid. 3. Murid melakarkan rupa bentuk jam analog yang akan dihasilkan. Murid diminta untuk melukis rupa bentuk yang dicadangkan di papan tulis.Minta murid melukis lakaran rupa bentuk jam analog.

4. Murid akan bekerja secara berpasangan.Meminta murid mengeluarkan kotak terpakai yang dibawa dan membentuk rupa bentuk jam masing-masing.Berbincang dengan pasangan masing-masing tentang rupa bentuk muka jam yang hendak dihasilkan. 5. Murid diminta memotong mengikut saiz yang dikehendaki.

6. Mengagihkan lakaran muka jam yang mempunyai pin atau paku tekan. Meminta murid mengguntingkan lakaran muka jam dan melekatkannya di rupa bentuk jam masingmasing.Memberitahu murid sekiranya terdapat ketidakpastian sila dapatkan bantuan dari guru.

* Guru memberi penerangan ringkas dan bimbingan bagaimana menandakan senggatan dan angka gandaan lima minit pada muka jam. 7. Meminta murid mengguntingkan lakaran muka jam dan melekatkannya di rupa bentuk jam masing-masing.Memberitahu murid sekiranya terdapat ketidakpastian sila dapatkan bantuan dari guru.

8.

9. Guru memberi penerangan ringkas dan bimbingan bagaimana menandakan senggatan dan angka gandaan lima minit pada muka jam. Membimbing murid mengenalpasti sepatutnya terdapat di muka jam yang telah dihasilkan. 10. Perkara yang perlu diberi perhatian: 60 senggatan Nombor gandaan 5 (Iaitu dari 0 hingga 60) apa yang

Bidang : Ukuran Tajuk : Ukuran Panjang Miskonsepsi 2: Menganggar , mengukur dan mencatat dalam unit meter atau sentimeter. Contoh soalan : Berapakah panjang sebuah buku dalam unit cm?

Panjang

Jawapan murid ; a) 120 cm b ) 200 m c ) 120 km

Murid memberikan jawapan ialah c ( 120 km ).Berdasarkan miskonsepsi murid berkaitan soalan ini amat jelas murid masih lagi gagal menguasai kemahiran asas mengganggar ,mengukur dan mencatat unit dalam meter atau sentimeter.Murid tidak dapat membezakan yang mana satu unit yang bersesuaian dengan kehendak soalan.Unit kilometer ialah untuk panjang untuk jarak yang jauh seperti jarak antara Taiping ke Kuala Lumpur ialah 258 km..Selain itu,bagi unit meter adalah untuk jarak yang panjangnya sederhana dan boleh diukur dengan alat pengukur.Bagi unit cm pula ialah untuk panjang yang pendek dengan menggunakan alat pengukur seperti pembaris. Kemahiran mengukur hendaklah diajar secara praktikal.Ini akan dapat memudahkan pelajar memahami konsep ukuran panjang yang dipelajari.Di samping itu,ianya juga penting kerana pelajar tidak dapat lari daripada proses membuat ukuran dalam kehidupan seharian.Pendedahan awal perlu kepada pelajar agar mereka mahir membuat ukuran dengan menggunakan alatan-alatan untuk mengukur dan bijak menentukan unit piawai ukuran panjang yang sesuai digunakan.

Langkah Penyelesaian
AKTIVITI PENGAJARAN 1. Guru boleh membawa pelbagai alat mengukur yang menggunakan unit meter dan sentimeter seperti pembaris dan pita pengukur

2. Guru boleh membuat aktiviti mengukur dan mencatat ukuran panjang dan lebar objek besar dalam jadual seperti di bawah: Contoh 1 : Panjang dan lebar Lebar bilik darjah Panjang bilik darjah Lebar gelanggang badminton Panjang gelanggang badminton Ukuran (meter)

3. Guru boleh membuat aktiviti menganggar dan mengukur objek dalam unit cm mengikut jadual seperti di bawah: Contoh 2 : Objek Anggaran (cm) Ukuran sebenar (cm) Panjang jengkal Panjang jari hantu Panjang lengan Panjang tapak kaki Lebar tapak tangan

Kesimpulan pengajaran guru Mendorong murid untuk menerangkan semula langkah-langkah dalam proses menganggar , mengukur dan mencatat ukuran dengan alat pengukur yang piawai. Strategi pengajaran di atas dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir seperti berikut : Kemahiran memfokus Kemahiran mengumpul maklumat Kemahiran menyusun Kemahiran menganalisa dan menyepadu dan kemahiran menilai

Bidang : Ukuran Tajuk : Timbangan Berat Miskonsepsi 3 : Membaca dan menyukat menggunakan alat penimbang piawai dalam unit g atau kg. Contoh soalan Berapakah bacaan pada alat timbang di bawah ?

Jawapan murid ; A) 20kg B ) 200 g C ) 20g

Murid memberikan jawapan ialah B ( 200 g ).Berdasarkan miskonsepsi murid berkaitan soalan ini amat jelas murid masih lagi gagal menguasai kemahiran Membaca dan menyukat menggunakan alat penimbang piawai dalam unit g atau kg.Murid tidak dapat membezakan yang mana satu unit yang bersesuaian dengan kehendak soalan.Bagi bacaan unit kg ialah untuk jisim yang sangat berat.Selain itu,bagi unit gram adalah untuk jisim yang ringan.

Kemahiran menyukat hendaklah diajar secara praktikal.Ini akan dapat memudahkan pelajar memahami konsep timbangan berat yang dipelajari.Di samping itu,ianya juga penting kerana pelajar tidak dapat lari daripada proses menyukat berat sesuatu kuantiti dalam kehidupan seharian.Pendedahan awal perlu kepada pelajar agar mereka mahir membaca dengan betul dengan menggunakan alatan-alatan untuk menyukat dan bijak menentukan unit piawai timbangan berat yang sesuai digunakan.

Langkah Penyelesaian AKTIVITI PENGAJARAN 1. Menimbang dalam unit gram dan kilogram menggunakan alat penimbang maya daripada perisian Interactive Teaching Program ITP 2. Membaca nilai ukuran berat dalam gandaan 1g, 2g, 5g, 10g, 50g dan 100g

3. Guru menunjukkan satu alat penimbang daripada perisian ITP yang telah ditetapkan pada nilai maksimum 100 g . 4. Pelajar diminta membaca ukuran pada alat penimbang di atas 5. Guru boleh meminta pelajar untuk memilih dan menimbang sendiri bongkah yang ingin ditimbang. 6. Lembaran kerja boleh disediakan oleh guru untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam kemahiran membaca ukuran . Rumusan : Mendorong murid untuk menerangkan semula langkah-langkah dalam proses

menganggar , mengukur dan mencatat ukuran dengan alat pengukur yang piawai. Strategi pengajaran di atas dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir seperti berikut : Kemahiran Memfokus Kemahiran mengumpul maklumat Kemahiran menyusun Kemahiran menganalisa dan menyepadu

Bidang : Ukuran Tajuk : Isipadu Cecair Miskonsepsi 4 : Menyukat, menanda dan merekodkan isipadu cecair yang ditentukan dalam: (a) mililiter Contoh soalan Soalan guru : i. Berapa anggaran kandungan air dalam botol A, B, C dan D ? ii. Adakah kandungan air dalam setiap bekas ini sama? iii. Kandungan air dalam botol manakah yang banyak? iv. Kandungan air dalam botol manakah yang sedikit? Botol A Botol B Botol C Botol D (b) liter

Jawapan murid : 1. Anggaran kandungan air-air itu ialah 2500 ml. 2. Tidak sama kerana ada bekas air yang tinggi dan rendah. 3. Bekas D mempunyai air yang banyak kerana bekas yang besar. 4. Bekas C mempunyai air yang sedikit kerana bekas yang rendah.

Kesemua jawapan yang diberikan oleh murid adalah salah dan tidak tepat.Pelbagai tanggapan dan miskonsepsi diberikan oleh murid kerana kefahaman dan konsep isipadu cecair tidak dapat diperoleh sepenuhnya daripada pengajaran guru. Pengajaran kemahiran untuk menyukat isipadu cecair perlu dilakukan secara praktikal. Murid perlu mempunyai pengalaman hands-on berkaitan dengan penyukatan cecair. Secara spesifik, kemahiran matematik yang utama memerlukan mereka arif dalam:membandingkan empat kuantiti secara terus seperti berikut ; 1. 2. 3. 4. Mengecam unit bukan piawai dan piawai untuk menyukat kuantiti. Menganggar dan mengukur kuantiti dalam unit bukan piawai dan piawai. Menukar antara unit-unit piawai penyukatan Melakukan operasi matematik yang melibatkan ukuran dalam unit piawai

Langkah Penyelesaian AKTIVITI PENGAJARAN

1. Perkukuhkan kemahiran murid dengan melakukan aktiviti seperti contoh di bawah: 2. Gunakan gambar-gambar seperti selinder penyukat ,bikar dan picagari.

Picagari

Bikar

Selinder penyukat

3. Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan. 4. Guru meminta murid menyukat,menanda dan merekod isipadu cecair yang ditentukan dalam unit mililiter di setiap stesen. Stesen A Stesen B Stesen C Stesen D

5. Guru meminta murid menyukat,menanda dan merekod isipadu cecair yang ditentukan dalam unit liter di setiap stesen.

Botol

6. Murid diminta melaporkan hasil tugasan di setiap stesen. A) Kumpulan mana yang cepat menyelesaikan tugasan? B) Kumpulan mana yang salah menyukat? Kenapa?

Bidang : Ukuran Tajuk : Isipadu Cecair Miskonsepsi 5 : Mengenal unit mililiter dan unit liter dengan memerhatikan senggatan pada silinder penyukat. Soalan Apakah bacaan isipadu cecair pada silinder penyukat di bawah ?

Jawapan murid : Bacaan isipadu cecair pada alat silinder penykat ialah 140 ml.

Miskonsepsi murid ialah jawapan yang diberikan adalah kurang tepat.Murid tidak mahir cara untuk membuat bacaan dengan betul apabila menyukat sesuatu kuantiti cecair. Penggunaan unit piawaian dalam mengajar tajuk ini amat perlu dititikberatkan. Dengan adanya penggunaan unit piawaian yang standard, ia lebih memudahkan murid-murid memahami topik yang dibincangkan. Selain itu, murid-murid juga lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu cecair yang menggunakan unit piawaian yang ditetapkan seterusnya murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Unit piawaian ini juga telah

memudahkan kita menyukat isipadu yang banyak atau kurang dengan menggunakan alatan sukatan yang bersesuaian dan menyatakan kepanjangan sukatan tersebut menggunakan sistem metrik yang diterima oleh semua pihak.

Langkah Penyelesaian AKTIVITI PENGAJARAN 1. Guru menyediakan bahan yang mempunyai sukatan seperti botol susu, botol air , air kotak dan lain-lain.

2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dua kumpulan menyukat menggunakan liter dan dua lagi kumpulan menyukat menggunakan mililiter. 3. Murid mencatat bacaan.Murid mengulang aktiviti dengan membuat pertukaran kumpulan.

4. Membandingkan bacaan isipadu air dalam sukatan

dan m hasil daripada

kumpulan.Isipadu air tidak bergantung kepada saiz sesuatu bekas. 5. Guru minta murid menyukat air dengan nilai yang dinyatakan oleh guru. Contoh : 500m Kumpulan : Guru meminta murid menyukat isipadu air yang telah disediakan dan membuat catatan pada jadual yang disediakan Contoh : Unit/Bekas 500m m A B C

6.

Murid

menerangkan

cara

mendapat

jawapan.

Kumpulan

mana

yang

cepat

menyelesaikan tugasan?Kumpulan mana yang lambat ?Kenapa ? 7. Kesimpulan Setiap murid mencatat isipadu air yang diperoleh kumpulan lain.Murid membandingkan kumpulan mana yang mendapat jumlah isipadu cecair paling banyak dan paling sedikit.Kumpulan yang dapat paling banyak dikira sebagai pemenang.

RUJUKAN;

Baharin Shamsudin (1993), Kamus Matematik Bergambar Sekolah Rendah Dewan Bahasa dan Pustaka : KPM , Kuala Lumpur. Marzita Puteh, Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yock Lean. (2010), Matematik Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : DBP Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik, (1996),Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Modul Linus Numerasi (2010), Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Selangor Daruk Ehsan Toh Sing Ho, (2003), Carta Bestari Interaktif Matematik :Minda Didik Sdn. Bhd. Wan Yusof Wan Ngah, Rosli Maun & Haslina Jaafar. (2011), Matematik Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : DBP.