Anda di halaman 1dari 23

1.

PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada bulan Januari 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang disediakan ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru. Model Konseptual Pendidikan Guru elemen elemen intelek, jasmani, rohani, sosial dan emosi diberi penekanan dalam program ini.

Satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra perkhidmatan di Institut perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT) telah disediakan untuk program ini. Semua pelajar pra perkhidmatan diwajibkan bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia. Sukatan pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu konsep dan ciri-ciri dalam Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan dan tanggungjawab insan Guru.

Tanpa matlamat yang ingin dicapai, Program Bina Insan Guru (BIG) tidak akan mencapai objektif yang ingin ingin ditujui untuk para guru Institut Pendidikan Guru. Oleh itu terdapat beberapa matlamat yang berteraskan pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya peserta peserta kursus akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas mengenai persediaan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan. Selain itu juga, peserta peserta kursus akan mendapat pengetahuan, pengalalaman dan kemahiran aktiviti aktiviti utama dan sampingan dalam masyarakat malah peserta juga dapat mengamati, menghayati dan menghargai kemahiran bersosial dan berkomuniti. Selain daripada itu juga, peserta peserta kursus dapat mengukuhkan sikap nilai nilai murni melalui interaksi antara satu sama lain dan bersama komuniti.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 1

Justeru, para guru memerlukan kekuatan serta kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek atau sosial. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian pengisian positif, penerapan nilai- nilai murni serta pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi.

2.0

RASIONAL

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan cabaran profession perguruan masa kini. Dengan adanya program ini, diharapkan guru guru PISMP dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.

Sehubungan dengan itu, kursus ini juga akan mendedahkan pelajar dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang, guru dan hubungan dengan komuniti, guru dan akauntabiliti profesionalisme, aktiviti kemasyarakatan, khidmat pendidikan kepada komuniti, berakauntabiliti, amanah, kreativitidan inovatif. Ini bertujuan untuk mencapai cita cita murni membentuk peribadi seorang insan yang dinamik seterusnya membantu merealisasikan wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 2

3.0

OBJEKTIF

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, para guru PISMP diharapkan dapat :

1. Meningkatkan kemahiran berfikir pada aras yang tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk

melaksanakan penambahbaikkan secara berterusan.

2. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 3. Dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mengikut persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti. 4. Menghayati dan menampilkan ciri ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 5. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan

mengorganisasi sesuatu program dengan baik. 6. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 3

4.0

LAPORAN PENUH BIG GOTONG-GOTONG (KHIDMAT MASYARAKAT)

Setiap guru pelatih yang menuntut di Institut Pendidikan Guru diwajibkan untuk menyertai program Bina Insan Guru (BIG) bagi setiap semester untuk melengkapkan bilangan kredit kursus yang di ikuti. Oleh itu, guru pelatih PISMP semester 3 Ambilan Januari 2011 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman dengan kerjasama pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah merancang untuk menjalankan Program Bina Insan Guru.

Program berbentuk khidmat sosial ini telah diadakan di Taman Perumahan Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah dari tarikh 24 Februari 2012 bermula jam 7.00 pagi hingga jam 1.00 petang.

4.1

REFLEKSI PROGRAM GOTONG-ROYONG


4.1.1 Laporan Sebelum BIG

Pada semester kali ini iaitu semester tiga PISMP, kami telah diwajibkan menjalankan program BIG iaitu khidmat masyarakat. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih Taman Perumahan Mahsuri dikawasan Jitra, Kedah Darul Aman untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Kami telah bergabung dengan semua kumpulan PISMP Semester Tiga ambilan Januari 2011 untuk menjalankan program BIG ini. Kami telah menghantar beberapa orang wakil yang diwakili oleh setiap kelas masing-masing yang bertindak selaku penyelaras program untuk bertemu dan berbincang tentang akitiviti BIG ini bagi pihak kami
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 4

dengan jawatankuasa taman perumahan tersebut. Pihak Jawatankuasa perumahan tersebut telah memberi maklum balas yang positif dengan niat suci kami iaitu mahu mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan mereka. Kami juga telah bekerjasama dengan Skuad Umno Bahagian Darul Aman untuk sama-sama muafakat dan tolong menolong untul membersihkan taman perumahan tersebut. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu.

4.1.2 Laporan Semasa BIG

Kami telah berkumpul di perkarangan Institut Perguruan seawal jam 6.45 pagi lagi sebelum berlepas ke tempat program. Setelah semua peserta tiba, penyelaras atau mentor kepada kelas masing-masing telah memberikan taklimat ringkas berkaitan aktiviti yang akan dijalankan disana. Disebabkan bilangan peserta yang ramai iaitu melebihi 200 orang, kami disyorkan berkongsi kereta untuk mengelakkan kesesakan tempat parkir ketika tiba di kawasan Taman Perumahan Mahsuri tersebut. Ada juga pelajar yang terus pergi ke tempat gotong-royong tersebut bagi menguruskan beberapa peralatan disana dan menolong orang perumahan disitu mengatur perjalanan pada hari itu dengan baik

Kami berlepas secara konvoi tepat pada jam 7.00 pagi dan tiba di Taman Perumahan Mahsuri tersebut 10 minit kemudian. Sebelum kami memulakan program gotong-royong,kami telah berkumpul di satu khemah khas yang telah disediakan oleh pihak Umno bahgian dan kami telah dijamu dengan sarapan pagi untuk mengalas perut sebelum memulakan aktiviti gotong-royong tersebut. Selepas semua selesai, kami telah diberikan taklimat tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan dikawasan perumahan tersebut oleh wakil yang mengetuai

gotong-royong pada hari itu. Di antara tugasan yang kami laksanakan ialah seperti membersihkan kawasan masjid, membersihkan kawasan perumahan tersebut, membersihkan longkang-longkang yang tersumbat, membuang sisaProgram Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 5

sisa bahan binaan

dan menebas semak-samun di kawasan perumahan

tersebut. Untuk memudahkan perlaksanaan tugasan, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan akan diberi seorang wakil dari perumahan tersebut untuk dijadikan ketua kumpulan. Kami telah mendapat ketua yang dikenali sebagai Pak Ajis untuk mengetuai kumpulan kecil kami dalam aktiviti gotong-royong ini. Kami telah dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk bergerak ke setiap kawasan yang diberikan dan kumpulan kami telah diamanahkan untuk membersihkan Lorong perumahan 7 terlebih dahulu.

Sebelum memulakan gotong-royong, kami telah diberi peralatan seperti parang, penyapu, penyodok, kereta sorong, beg plastik sampah dan sarung tangan untuk melancarkan lagi program ini serta menjaga aspek keselamatan orang yang melakukan aktiviti pada hari ini. Kami telah melaksanakan tugasan masing-masing setelah taklimat selesai diberikan wakil penduduk disitu. Semua peserta telah menjalankan tugasan masing-masing dengan tekun. Semua tugasan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan kawasan perumahan Mahsuri yang sebelum ini kelihatan kurang ceria telah menjadi lebih ceria dengan bersih dan tidak mempunyai sampah sarap yang menutupi longkang dan semak samun juga ditebas.

Pada jam 10.45 pagi, kami berehat sebentar untuk menikmati minuman pagi dan kuih-muih yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa Perumahan mahsuri. Ketika minum, kami sempat berbual-bual mesra dengan Jawatankuasa Perumahan Mahsuri. Mereka berterima kasih kepada kumpulan kami yang telah sudi menghulurkan tenaga untuk menceriakan kawasan perumahan mereka dan berharap agar kegiatan seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. Setelah berehat selama setengah jam, kami meneruskan semua kerjakerja gotong-royong yang belum selesai dilaksanakan. Kami menjalankan kerjakerja akhir seperti mengemas semua segala peralatan yang digunakan.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 6

Kawasan Perumahan Mahsuri kini kelihatan bersih dan ceria kerana tiada lagi kelihatan sampah yang bersepah-sepah di sana-sini. Kami berasa bangga kerana dapat mencurahkan bakti kepada masyaraka t setempat.

4.1.3 Laporan Selepas BIG

Pada jam 1.15 petang, kami berhenti seketika untuk solat Zohor secara berjemaah. Selepas selesai Solat Zohor, satu sesi telah diadakan dan majlis penyampian cenderahati kepada peserta diadakan. Kami juga disaji dengan pelbagai jenis pondok yang mempamerkan pelbagai barang yang dianjurkan oleh bahagian Umno bahagian. Selain itu juga, setelah selesai sesi gotongroyong, kami telah diberi ceramah oleh wakil rakyat daripada kawasan tersebut dan beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kami. Kami juga disediakan makanan tengah hari untuk menghilangkan penat lelah kami dan kami menjamu selera bersama-sama dengan penduduk taman perumahan dikawasan tersebut. Sebelum program berakhir, kami telah melancarkan tabung derma kilat di kalangan kami untuk memungut dana bagi didermakan kepada Masjid Taman Perumahan tersebut tersebut. Kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang derma. Wang itu telah diserahkan oleh penyelaras program ini kepada Ketua Taman Perumahan Mahsuri tersebut sebelum kami bersurai. Ahli jawatankuasa perumahan dan AJK Masjid kawasan itu berasa terharu di atas sumbangan tenaga dan kewangan kepada Taman Perumahan dan Masjid tempat beliau tinggal. Beliau berharap agar program seumpama ini diadakan lagi pada masa akan datang.

Penyelaras program pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami yang bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 7

Katanya lagi, jika tiada sokongan daripada kami semua, maka program di masjid ini tidak akan dapat dijalankan dengan lancar. Penyelaras juga berterima kasih kepada pihak jawatankuasa perumahan yang membenarkan perlaksanaan program ini dijalankan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran PGSR di bawah subjek Bina Insan Guru. Sebelum bersurai, kami bersalam-salaman dengan beberapa orang ahli jawatankuasa perumahan itu. Jelas terbayang bahawa mereka berasa begitu bangga dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh kumpulan kami.

Setelah selesai semuanya, terdapat mesyuarat kecil telah diadakan bagi membincangkan perkara yang perlu dilakukan selepas itu. Selain daripada itu, kami diminta membuat suatu laporan serta refleksi bagi setiap individu mengenai program khidmat masyarakat tersebut. Semua laporan itu haruslah dihantar kepada mentor kelas sendiri mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Walaupun penat sepanjang program itu tetapi berbaloilah dengan apa yang kami perolehi sepanjang program itu dijalankan.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 8

5.0

LAPORAN PENUH BENGKEL BIG 5.1 REFLEKSI PROGRAM BENGKEL

5.1.1 Laporan Sebelum Bengkel

Program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa III / 2012 telah mengadakan beberapa kali perjumpaan iaitu pada 27 Mac 2012, 29 Mac 2012 dan 3 April 2012 sebelum menjalankan Program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 15 April 2012. Dalam perjumpaan perjumpaan tersebut, semua peserta telah hadir iaitu seramai 121 orang dalam membincangkan pemilihan organisasi jawatankuasa serta pengendalian program tersebut. Semua peserta terdiri daripada enam buah kelas PISMP semester 3 iaitu Pendidikan Khas MP PR (1,2,3), Matematik, Bahasa Cina dan Pengajian Islam (BA/PQ). Dalam menghadiri perjumpaan serta taklimat tersebut, para peserta telah diberitahu rancangan untuk mengemaskini perancangan

terutamanya sebelum menjalankan program tersebut.

Di dalam kekuatan BIG ini, terdapat sebuah ahli jawatankuasa telah dipilih hasil daripada rundingan bersama yang dipolopori oleh pengerusi iaitu Muhammad Afiq bin Hassan, naib pengerusi iaitu Solehuddin bin Zainol Abidin, setiausaha iaitu Muhammad Solehin bin Ahmad Bidrul dan bendahari iaitu Abdul Raqib bin Abdul Rahman serta baris baris ahli jawatankuasa yang lain seperti AJK perhubungan, AJK tempat, AJK alatan, AJK cenderahati, AJK pendaftaran serta AJK tugas tugas khas. Kesemua perlantikan AJK ini telah dibahagikan tugasan masing masing dalam memilih tarikh dan masa yang sesuai serta tempat yang akan dijalankan nanti. Tugas tugas ahli jawatankuasa program BIG ini telah dijalankan setelah diagihkan sebelum tibanya program berlangsung supaya segala perancangan yang akan dilakukan berjalan dengan lancar dan baik dalam menyempurnakan berlangsungnya program tersebut.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 9

5.1.2 Laporan Semasa Bengkel BIG

Sebelum Program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol bermula, para peserta dikehendaki mendaftar sebagai bukti kehadiran ke program tersebut. Pendaftaran telah bermula tepat pukul 1.45 petang yang bertempat di Dewan Khaldun bertarikh 15 April 2012. Sesi pendaftaran ini dilaksanakan oleh AJK Pendaftaran yang telah dipilih hasil dari perlantikan AJK sebelum ini. Sepanjang proses pendaftaran tersebut telah berlangsung dengan tersusun dan terancang bagi program tersebut berjalan dengan baik. Setelah para peserta menghadiri dalam dewan, tepat pukul 2.00 petang, penceramah yang dinanti nanti telah pun tiba dengan disambut baik oleh para peserta.

Sebelum majlis berlangsung, pada pukul 2.05 petang pengerusi bagi program tersebut telah memberi ucapan alu aluan kepada penceramah yang dijemput dari Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu Tuan Haji Nazri bin Wan Senik. Selepas kata aluan diberikan, bacaan doa diadakan bagi melicinkan perjalanan berlangsungnya program tersebut yang diwakili oleh saudara Muhammad Iqbal bin Shahidan dari kelas Pendidikan Agama Islam.

Tepat pukul 2.15 petang, program telah bermula dengan baik oleh penceramah jemputan dengan memberi beberapa ucapan yang ringkas bagi memulakan program tersebut. Tajuk bagi program bengkel pada semester ini ialah Etika di Majlis Rasmi serta Peraturan di Meja Makan yang sudah pastinya memberikan pelbagai input dan informasi yang berguna kepada semua peserta yang bakal menjadi guru kelak. Program tersebut dimulakan dengan pengenalan serba sedikit tentang diri penceramah jemputan tersebut serta pengalaman beliau semasa menjadi seorang guru di sekolah sehinggalah menjadi pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman sampai kini.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 10

Setelah pengenalan ringkas tentang diri penceramah tersebut, program ini telah dimulakan Tatahias dan Hemah Diri dalam Menghadiri Majlis Rasmi . Penceramah telah memberi maksud tatahias serta hemah diri dahulu iaitu satu aspek pengurusan diri yang mementingkan tentang kekemasan, kesempurnaan dan kesesuaian pakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi di majlis. Selain itu, aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri iaitu dari segi perilaku yang baik dan perwatakan yang menyenangkan . Terdapat beberapa aspek kepentingan di dalam tatahias yang penting bagi seorang guru mengetahuinya iaitu dengan menjaga imej dari segi Imej Organisasi serta Imej Peribadi. Sebagai seorang guru, kita seharusnya hendaklah sentiasa peka tentang hiasan diri kerana ia merupakan mesej pertama yang dipamerkan apabila bertemu dengan orang lain. Dengan berpakaian yang sesuai dan serba kemas keselesaan pertemuan dapat diwujudkan dan tanggapan negatif dapat diatasi.

Seterusnya penceramah menyampaikan pula tentang kepentingan hemah diri. Maksud hemah diri adalah rohani dan jasmani seseorang individu yang dinyatakan melalui tingkah laku dan gerak geri. Selain guru harus memahami maksud hemah diri, guru juga harus mengetahui dan mengaplikasikan layanan mesra dan bersopan terhadap masyarakat sekeliling di mana amalan yang terpuji yang dituntutkan apabila kita bertemu dan berkenalan dengan seseorang. Sebagai contohnya seperti memberi salam petemuan dan perpisahan, bertutur dengan jelas, tertib dan berbudi bahasa serta mempamerkan imej yang baik dan disenangi kepada orang lain.

Penceramah itu juga tidak ketinggalan memberikan pengetahuan terbaru yang perlu seorang guru menitikberatkan iaitu tentang kesihatan serta kebersihan dan kekemasan diri. Aspek ini amat penting kerana ia

menggambarkan sejauh mana seseorang itu memberi keutamaan kepada dirinya seperti rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga serta bersolek secara sederhana sesuai dengan profession keguruan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 11

Selain daripada itu, penceramah juga telah memberikan tips yang amat berguna dan penting bagi semua peserta program tersebut iaitu tentang tatahias untuk wanita dan lelaki dalam memilih pemakaian yang sesuai. Sebagi contohnya bagi wanita seharusnya tahu memilih pakaian dari segi warna serta fesyen dan pandai menyesuaikan pakaian dan fesyen dengan bentuk tubuh badan masing-masing. Selain itu, elakkan memakai pakaian berkilat atau berkilau di siang hari serta tidak menggayakan corak fabrik tidak lebih dari empat warna. Bagi lelaki pula, adalah kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher serta elakkan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang dan bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang. Selain daripada itu, sesuaikan warna tali leher dengan baju serta pemakaian kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat. Seterusnya penceramah menyampaikan pula tentang kepentingan kesopanan oleh tetamu amatlah penting dalam sesuatu majlis. Kesempurnaan sesuatu majlis adalah juga bergantung kepada ketertiban dan kerjasama tetamu di mana dalam membuat persiapan bagi menghadiri majlis serta ketika dalam majlis perasmian seperti mencari tempat duduk dan bertanggungjawab jika ada masalah, meneliti program jika ada serta berbual dengan sopan dengan tetamu yang hadir pada majlis tersebut. Kesemua input yang diberikan oleh penceramah dalam mengendalikan sesuatu adalah penting bagi pengetahuan seorang guru kerana guru akan menghadapi situasi yang sebegini dan amatlah penting dalam melengkapkan diri dalam mengendalikan sesuatu majlis supaya dapat berjalan dengan lancer.

Seterusnya penceramah telah menyampaikan tentang tatatertib di meja makan di mana peraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang terutamanya imej sebagai seorang guru yang menjadi role model pada mata masyarakat sekeliling. Sebagai contohnya, minum sebelum makan akan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 12

ruang legar. Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali dan elakkan meminta minuman kegemaran atau minuman lain yang tidak dihidangkan.

Selain itu, terdapat cara keluar masuk di meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk. Setelah duduk ambil napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkin ialah dengan memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit. Apabila berbual hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat, perbualan terhad kepada mereka yang duduk semeja sahaja. Mengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil semula pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri. Penceramah juga menyatakan kepentingan mengetahui kedudukan peralatan di mana sudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Gelas minuman terletak di sebelah kanan. Cara menggunakan peralatan yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam susunan yang.

Selain itu juga, penceramah telah menekankan terutamanya seorang guru supaya elakkan daripada merokok, berjenaka semasa makan serta

meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan

kecemasan. Cara keluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan keluar dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnya. Malah elakkan mencungkil gigi kerana dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup.

Segala informasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan tersebut amatlah berguna bagi semua peserta program tersebut sama ada peraturan secara tersurat atau tersirat mengenai tatacara amalan yang perlu diamalkan dalam memenuhi agenda kehidupan bermasyarakat. Selain itu, amat penting
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 13

kerana ia amat berkaitan dengan tatasusila dan ketertiban atau peradaban yang perlu diikuti demi mengekalkan keharmonian acara itu. Tambahan pula ia menjadi lambang ketinggian adat dan budaya dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya mesyarakat berbilang kaum. Tuntasnya amat penting bagi seorang guru dalam mengetahui, mendalami serta mengaplikasi segala pengetahuan tentang etiket sosial serta protokol bagi meluaskan pengetahuan sebagai profession keguruan.

5.1.3 Laporan Selepas Bengkel BIG

Setelah selesai program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol dijalankan yang tamat pada pukul 5.15 petang, terdapat mesyuarat kecil telah diadakan bagi membubarkan AJK tersebut. Selain daripada itu, kami diminta membuat suatu laporan berkenaan secara keseluruhan serta refleksi individu mengenai program tersebut. Semua laporan itu haruslah dihantar kepada mentor kelas sendiri mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Walaupun penat dalam menjalani BIG ini tetapi berbaloilah dengan segala pengetahuan serta pengajaran baru yang kami semua perolehi sepanjang program itu dijalankan.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 14

6.0 REFLEKSI KENDIRI 6.1 REFLEKSI KHIDMAT MASYARAKAT (Gotong-Royong) Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) pada 15 April 2012. Kumpulan saya iaitu dari kumpulan Pendidikan Sekolah Rendah (PK/PJ/BM2) telah mengadakan program bergotong-royong membersihkan Taman Perumahan Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 3/2012 ini merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman serta pengetahuan dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti program yang cukup membina ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutamanya semasa saya bergelar seorang pendidik kelak. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan pihak

pengurusan peumahan telah berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah kami laksanakan. Ketika menjalankan program tersebut, saya dapat merasakan bahasa sikap bekerjasama amatlah penting dalam masyarakat untuk menjayakan sesuatu tugasan yang banyak di kawasan yang agak luas. Jika dilaksanakan sendirian, tugasan boleh disiapkan tetapi akan memakan masa yang agak lama. Sesungguhnya program BIG ini telah meninggalkan kesan yang agak mendalam terhadap diri saya. Ini disebabkan oleh saya berpeluang menjalankan tugasan dalam suasana yang menyeronokkan bersama-sama rakan sekuliah an rakan dari kelas-kelas yang lain serta tidak mengira kaum. Selain itu, saya juga dapat merasai kepuasan dari segi hasil usaha gotong-royong yang mendatangkan faedah kepada masyarakat setempat. Saya bangga kerana disebabkan usaha kami, kawasan perumahan tersebut dapat dibersihkan dan diceriakan dalam masa lebih kurang 4 jam sahaja. Pihak ahli jawatankuasa perumahan juga pastinya berasa gembira kerana
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 15

kedatangan kami telah dapat membantu mereka menjaga kebersihan kawasan perumahan tersebut. Sepanjang menjalani program ini, saya juga telah dapat

mengenalpasti kelemahan dan kelebihan saya. Dengan pelbagai aktiviti yang menguji minda dan fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan dugaan, ia mampu memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan sikap saya sendiri. Saya cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan saya dapat pengalaman berguna seterusnya dapat merealisasikannya di suatu masa nanti.

Selain itu, melalui pengalaman yang saya ada, saya berpendapat bahawa aktiviti program Bina Insan Guru haruslah sentiasa dibuat luar kawasan IPG Kampus Darulaman dan tidak terhad pilihan yang diberikan oleh pihak IPG Kampus Darulaman. Ini supaya kami sebagai peserta guru pelatih dapat menimba ilmu yang luas dan dapat berkomunikasi dengan baik bersama komuniti luar atau penduduk. Malah, saya juga berharap, tempoh program ini terutamanya aktiviti gotong royong dibuat sekurang kurangnya selama dua hari. Ini kerana tempoh selama satu hari tidak cukup untuk menyiapkan aktiviti gotong royong.

Sementelahan itu juga, melalui program khidmat masyarakat ini, saya juga dapat pengetahuan yang baru untuk melakukan aktiviti ini di depan hari. Apa yang saya maksudkan ialah, dalam melakukan sesuatu aktiviti

kemasyarakatan dengan pihak luar,kita haruslah berkomunikasi dan berhubung awal untuk bersama sama dengan para penduduk atau komuniti kampung untuk membuat aktiviti gotong royong supaya ia menjalankan dengan lancar. Malah para peserta guru pelatih hendaklah membahagikan kepada beberapa kumpulan kecil semasa menjalankan aktiviti gotong royong. Ini supaya setiap orang dapat membuat kerja yang ditugaskan masing masing dan tidak harap pada kumpulan yang lain.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 16

Akhir sekali ,apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita merupakan guru yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun semua ilmu itu tidak akan datang dengan petikan jari sahaja. Jadi

tanggungjawab kita adalah mencari dan mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu didada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan

tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat.

Sesungguhnya, Program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menilai diri saya sendiri. Disebalik semua keseronokan dan kesedihan yang saya hadapi, saya dapat melakukan refleksi keseluruhan terhadap diri saya sendiri dan mengenalpasti kekurangan yang ada pada diri saya. Semua aktiviti yang dijalankan mengajar saya banyak nilai dan input yang berguna untuk memperbaiki kekurangan diri saya. Selain itu, pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang melatih diri saya untuk menjadi seorang pendidik yang berjiwa kental, tidak mudah mengalah dan lasak serta dapat bergaul dengan masyarakat luar dengan baik tidak mengira kaum ataupun agama.

Maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah semangat bergotongroyong amat penting dalam kehidupan seharian kita untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Oleh itu kita sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat hendaklah menyertai sebarang kegiatan gotong-royong yang diadakan di kawasan tempat tinggal untuk memantapkan lagi hubungan sesama manusia. Kita akan berpeluang untuk mengenali orang ramai yang sama-sama menyertai program yang dijalankan.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 17

6.2 REFLEKSI BENGKEL (Etiket Sosial Dan Protokol) Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman serta pengetahuan dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam yang cukup membina ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang pendidik kelak. Pada semester ini, saya telah didedahkan pengetahuan yang baru di mana ia merupakan sesuatu kepentingan harian yang patut saya pelajari iaitu mengenai etiket sosial dan protokol.

Pertama sekali, program ini mendedahkan saya kepada tatatertib ketika di meja makan. Hal yang sebegini amat berguna dan penting bagi saya sebagai seorang guru. Sebagai seorang guru, saya sepatutnya mengambil tahu tentang etika di meja makan kerana guru merupakan suatu role model bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada masyarakat sekeliling tentang bagaimana seorang guru mempunyai adab yang sopan ketika makan. Gaya kita sewaktu makan menggambarkan peribadi serta personaliti kita sama ada seorang yang beradab atau sebaliknya. Makan bersama orang lain merupakan satu bentuk perkongsian yang amat besar ertinya untuk mewujudkan suatu suasana yang tenteram dan menyenangkan semasa menikmati juadah. Oleh yang demikian, harus bagi seorang guru dalam mengetahui serta mengaplikasi tatatertib ketika makan dengan betul.

Yang kedua, program bengkel tersebut telah mengajar saya cara bagaimana etika sama ada sebelum makan, semasa serta selepas makan. Pengetahuan sebegini amat penting supaya sebagai seorang guru, saya dapat mencerminkan kesopanan ketika menjamu selera terutamanya semasa majlis formal dijalankan. Sebagai sedia maklum, kita tahu seorang guru akan menghadapi majlis formal seperti menghadiri kursus serta sebagainya. Oleh yang demikian, etika etika serta protokol majlis makan rasmi perlulah dipelajari.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 18

Sebagai contohnya, saya didedahkan dengan etika sebelum makan seperti cara duduk di meja makan. Cara duduk di majlis rasmi tidak boleh dibuat dengan sebarangan mengikut kehendak diri tetapi mengikut protokol. Protokol tersebut seperti apabila sebaik sahaja duduk di kerusi berhadapan yang telah di tempatkan, seterusnya mengambil napkin dan letakkan di atas riba secara perlahan dan bukan secara dikibas. Selain daripada itu, apabila sudah duduk di meja makan, jangan sesekali mengambil alih atau membelek belek pinggan dan kutleri atau menukar susunannya. Jangan sesekali lapkan pinggan atau kutleri kerana ini akan menjatuhkan air muka tuan rumah atau pihak yang berkenaan.

Ketiga pula, saya telah didedahkan dengan etika semasa makan di mana makanan yang dihidangkan dari sebelah kiri manakala minuman dihidang dari sebelah kanan. Selain itu, saya dapat mengetahui serta mempelajari bahawa menggunakan kutleri mempunyai peraturannya tersendiri iaitu menggunakan kutleri dari luar ke dalam dan bukan dengan mengikut kehendak sendiri. Selain daripada itu juga, saya didedahkan dengan faktor lain yang perlu diambil berat sebagai contohnya ketika sedang menguyah makanan haruslah dengan mulut yang tertutup agar tidak mengeluarkan bunyi. Jangan sesekali menggunakan tangan atau sebarang pencongkel gigi sewaktu di meja makan. Ini

menggambarkan keperibadian yang tidak sopan terutamanya sebagai seorang guru. Seterusnya saya telah mempelajari bagaimana mengendali sesuatu majlis rasmi. Perkara ini juga merupakan suatu pengetahuan yang penting sebagai seorang guru kerana guru banyak mengendalikan majlis rasmi di sekolah atau di majlis rasmi yang lain. Pengetahuan sebegini harus saya mempelajari serta mengetahui supaya saya dapat mengendalikan sesuatu majlis dengan baik serta lancar dan tidak akan mencacatkan sesuatu majlis. Sebagai contohnya, saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang bagaimana mengendalikan sesuatu majlis dengan baik dan sempurna bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku yang boleh membawa
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 19

kecacatan suatu majlis. Jika saya diberikan tanggungjawab sebagai juru acara majlis, perkara yang perlu saya elakkan ialah dengan menyebut nama tidak mengikut urutan yang ditetapkan. Selain daripada itu, saya harus mengetahui bagaimana mengatur sesuatu majlis dengan teliti mengikut urutan dan dicetak secara khusus dalam buku program yang telah disediakan. Secara

kesimpulannya, saya sebagai seorang guru harus mengambil berat mengenai protokol majlis rasmi kerana ia penting yang berkaitan dengan tatasusila dan ketertiban atau peradaban seseorang yang perlu diikuti demi mengekalkan keharmonian acara itu.

Seterusnya, saya telah didedahkan tentang etika berpakaian yang harus ada pada ciri ciri seorang guru yang berperibadi sopan. Melalui pendedahan yang saya perolehi, saya mendapati penting sebagai ia seorang penting guru dalam

menitikberatkan

tentang

etika

berpakaian

kerana

mempamerkan imej seseorang. Terdapat pelbagai etika berpakaian yang saya didedahkan antaranya seperti bagaimana menjaga rupa dan diri yang baik dari segi solekan, gaya pakaian serta pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan personaliti seorang guru.

Sebagai

contohnya

apabila

memakai

sesuatu

pakaian

haruslah

mengelakkan memakai pakaian berkilat atau berkilau di siang hari serta jangan kelihatan seperti perhiasan pokok krimas . Malah pemilihan corak fabrik haruslah tidak lebih dari empat warna. Bagi etika pemakaian lelaki pula, kurang sesuai jika berbaju lengan pendek jika bertali leher. Selain itu, sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher kecuali butang kolar serta elakkan melipat bahagian lengan kemeja lengan panjang supaya ia kelihatan kemas dan tertib. Selain itu, penampilan diri juga dinilai melalui gerak geri serta cara cakap yang sopan, kebersihan diri dan sebagainya yang perlu dititikberatkan supaya menunjukkan peribadi kita sebagai seorang guru yang berpendidikan serta dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 20

Sesungguhnya, Program Bengkel Etiket Sosial dan Protokol BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki dan menambah pengetahuan saya sendiri baik dari segi tatatertib di meja makan, mengendali majlis rasmi dan etika semasa berpakaian. Segala pengetahuan serta ilmu yang saya peroleh ini dapat meningkatkan lagi keperibadian serta personaliti sebagai seorang guru yang berwibawa dan mampu memberi contoh yang terbaik kepada masyarakat sekeliling.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 21

7.0 PENUTUP Melalui Program Bina Insan Guru (BIG) yang telah dijalankan, didapati segala program serta aktiviti yang dilaksanakan memenuhi segala objektif serta matlamat Program Bina Insan Guru yang telah digariskan. Melalui penyertaan dan penglibatan guru guru pelatih, matlamat serta objektif program dalam menerapkan nilai nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru telah dipenuhi.

Sebagai teras objektif yang telah digariskan, para peserta Program Bina Insan Guru (BIG) yang terdiri daripada dua buah kelas iaitu PISMP Pendidikan Khas (BM/PJ) dan Pendidikan Khas (KS/PJ) telah memperoleh dan menambah pelbagai ilmu serta pengetahuan yang berguna dalam kehidupan ini. Antaranya para peserta telah menunjukkan sikap keprihatinan dan kesedaran terhadap kepentingan hidup dalam sesebuah organisasi dan komuniti. Selain itu, para peserta telah memupuk gerak balas secara positif tidak kira apa jua situasi malah telah meningkatkan kemahiran komunikasi mengikut persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam suatu komuniti.

Program ini telah membina dan melahirkan insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek. Ini bersesuaian dengan cabaran profesion perguruan masa kini. Dengan adanya program ini, para peserta merangkap bakal guru telah dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa.

Tanpa matlamat yang ingin dicapai, Program Bina Insan Guru (BIG) tidak akan mencapai objektif yang ingin ingin ditujui untuk para guru Institut Pendidikan Guru. Oleh itu terdapat beberapa matlamat yang berteraskan pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya peserta peserta

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 22

kursus akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas mengenai persediaan dan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan.

Selain itu juga, peserta peserta kursus akan mendapat pengetahuan, pengalalaman dan kemahiran aktiviti aktiviti utama dan sampingan dalam masyarakat malah peserta juga dapat mengamati, menghayati dan menghargai kemahiran bersosial dan berkomuniti. Selain daripada itu juga, peserta peserta kursus dapat mengukuhkan sikap nilai nilai murni melalui interaksi antara satu sama lain dan bersama komuniti. Justeru, para guru memerlukan kekuatan serta kemantapan dalam diri mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani, intelek atau sosial. Sebagai insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu, pengisian pengisian positif, penerapan nilai- nilai murni serta pengalamannya juga perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran pada era globalisasi. Secara tuntasnya, para guru diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita cita murni serta mulia membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu merealiasasikan Kebangsaan. wawasan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak, program ini telah dilaksanakan dengan sempurna. Hasil daripada program ini diharapkan dapat melahirkan guru yang yang mampu untuk memimpin segala aktiviti berkaitan mengenai perancangan dan seterusnya melahirkan guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua bidang.

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3 Page | 23