Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN :

Melihat bahasa kanak-kanak terutama pada peringkat awal perlu diberi perhatian serius supaya kemahiran bahasa seperti ejaan, sebutan, dan bacaan betul.

DEFINISI
Psikologi - berkaitan dengan tingkahlaku,jiwa manusia (akal budi). Linguistik mengkaji bahasa secara saintifik Secara mudah kita boleh katakan bahawa disiplin ilmu ini adalah berkaitan dengan bidang psikologi dan linguistik.

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Kajian telah dimulakan oleh seorang ahli biologi Jerman iaitu Tiedmann (1787) diikuti Charles Darwin (1877), dan Prayer (1882).

~ Kajian ini melibatkan 2 teori berikut:

1. Behaviorisme (perlakuan) 2. Mentalisme ( Kognitif)

1.TEORI BEHAVIORISME

~ Khususnya Teori Pelaziman yang terbahagi kepada 2 iaitu Pelazim Klasik (Pavlov dan Watson) dan Pelaziman Operan (Thorndike dan Skinner)

1.1 TEORI PELAZIMAN KLASIK Menekankan perubahan tabiat semula jadi. Tingkahlaku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran. Pembelajaran perlukan penyusunan rangsangan(stimulus) agar pelajar dapat memberikan respons dan diberi peneguhan. Contoh kajian tentang seekor anjing yang kelaparan.

KONSEP PENTING TEORI PELAZIMAN KLASIK Generalisasi ~ Rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya kerisauan seorang pelajar terhadap Ujian Matematik dan Fizik yang berkaitan antara satu sama lain.

Diskriminasi ~ Seseorang individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan tertentu sahaja. Contohnya kajian terhadap anjing ia hanya bertindak balas terhadap bunyi loceng sahaja.

Penghapusan ~ berlaku apabila rangsangan terlazim tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Contoh anjing tidak lagi terliur apabila mendengar loceng jika tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging).

1.2 TEORI PELAZIMAN OPERAN (THORNDIKE) Penerusan daripada Teori Pelaziman Klasik. Menurut Thorndike, pembelajaran manusia berlaku antara rangsangan dan gerak balas (R-G) Teori R-G menjadi asas 3 hukum Thorndike: i. Hukum Kesediaan (HK) ii. Hukum Latihan (HL) iii. Hukum Kesan (HK) Contohnya kajian terhadap seekor kucing yang ingin mendapatkan makanan di luar sangkar.

1.Prinsip Kesediaan 2. Prinsip Latihan 3. Prinsip Kesan

1.2 TEORI PELAZIMAN OPERAN (SKINNER)


Menurut Skinner pelaziman operan organisma

i. ii. iii.

bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Peneguhan menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Contoh kajian beliau terhadap seekor tikus putih. Tikus bertindak balas mengikut apa yang berlaku di persekitaran. Prinsip yang terhasil ialah : Pengukuhan Positif Guru memuji murid yang menghasilkan karangan yang bermutu. Pengukuhan Negatif Kelakuan negatif pelajar tidak ditegur oleh guru. Dendaan satu proses untuk mengurangkan pengulangan perlakuan negatif dan membentuk sikap positif.

RUMUSAN TEORI BEHAVIORISME

sesuatu tabiat boleh dilazimkan menerusi proses rangsangan tertentu untuk memperoleh tindak balas. Menekankan konsep ganjaran. Berdasarkan teori ini, pemerolehan bahasa kanak-kanak boleh dilakukan dengan cara latih tubi atau diulangulang.

2. TEORI MENTALISME ( NOAM CHOMSKY 1960an)

proses pemerolehan bahasa adalah mudah dan tidak perlukan latih tubi .Ia bertentangan dengan aliran Behaviorisme.

Kanak-kanak bukanlah mempelajari sistemsistem bahasa pertama, tetapi merupakan proses menyesuaikan (adaptasi) pengetahuan bahasa semula jadi yang berada dalam otak dengan sistem-sistem bahasa pertama mereka.

2.1 TEORI KOGNITIF PIAGET

Konsep-konsep penting dalam teori ini ialah:

Skema ( ) ii. Asimilasi ( ) iii. Akomodasi ( iv. Adaptasi (


i.

) )

4 TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF Sensorimotor @deria motor ( dari lahir 2 thn) ii. Praoperasi ( 2 7 tahun ) iii. Operasi Konkrit ( 7 11 Tahun ) iv. Operasi Formal ( 11 dewasa )
i.

RUMUSAN

Kedua-dua teori tersebut menjelaskan bagaimana kanak-kanak memperoleh bahasa pertama mereka.

Pemerolehan bahasa perlu diberikan penekanan yang serius agar tidak berlaku masalah buta huruf apabila kanak-kanak memasuki alam sekolah menengah.