Anda di halaman 1dari 11

PENGHARGAAN Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang dipohon kayu, Bukan sembah sebarag sembah; Sembah adat

pusaka Melayu.

Sirih pinang sirih seniman, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang; Awal bismillah pembuka bicara.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan dengan izinNya. Saya dapat menyiapkan laporan Bina Insan Guru (BIG) dengan jayanya.Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Serumpun kasih berbunga sayang saya hadiahkan buat kedua-dua ibu bapa saya kerana mereka telah banyak membantu saya dari segi kewangan mahupun

sokongan moral. Di samping itu, tidak dilupakan kepada mentor saya iaitu Pn. Zainab

Bee Bt. Hamid kerana memberi panduan, bimbingan serta nasihat yang berguna kepada saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan laporan BIG ini. Seterusnya saya ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada ketua jurulatih BIG iaitu En .Rahim Bin Hj. Ibrahim, para jurulatih, pihak kebajikan dan keselamatan, fasilitator-fasilitator, jurulatih kerohanian dan moral serta pengurus makanan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada peserta BIG siri ke-3 selama BIG berlangsung. Selain itu juga tidak dilupakan buat rakan-rakan seperjuangan yang

banyak membantu dalam perkongsian maklumat-maklumat dan saling berkerjasama sebagai satu kumpulan untuk menyempurnakan tugasan ini. Dan akhir sekali kepada pihak-pihak lain yang terlibat secara tidak langsung, terima kasih diucapkan. Sekian terima kasih.

PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu program yang telah diwajibkan kepada yang semua pelajar di institut pendidikan guru Malaysia. Program ini telah dirangka khas bagi melengkapkan keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini bermatlamat untuk membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama. Sepanjang pelaksanaan program ini diharapkan agar dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang kuat serta cemerlang dalam semua aspek, kehidupan sesuai dengan cabaran profesion perguruan pada masa hadapan. Beberapa objektif telah ditetapkan bagi guru-guru pelatih yang terlibat dalam program Bina Insan Guru ini. Antaranya para peserta dapat meningkatkan kemahiran berfikir pada aras tinggi dalam menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan secara berterusan. Program ini juga berhasrat untuk meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan mengendalikan sesuatu program dengan baik. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula, program ini berfokus terhadap peningkatan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal,mental, emosi, rohani dan sosial. Justeru, program ini juga diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mantap dari aspek kerohanian, nilai etika dan akhlak keguruan yang selaras dengan norma-norma kehidupan. Program ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri iaitu bermatlamat agar para peserta dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Beberapa matlamat telah digariskan supaya para peserta dapat menimba imlu pengetahuan dan pengalaman praktikal asas tentang persediaan dan pelaksanaan aktiviti bilik luar darjah. Sebagai salah seorang guru pelatih, saya sendiri dapat measai pengalaman mengikuti program ini selama 4 hari 3 malam bermula pada tarikh 28 Mac sehingga 31 Mac 2011 di Tasik Beris, SIk Kedah. Banyak pengalaman dan penilaian yang saya telah perolehi semasa program dilaksanakan dan tidak akan saya lupakan dan akan saya jadikan bekalan buat saya sebagai guru kemudian kelak.

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU

1. Menyimpan catatan penglibatan di lokasi perkhemahan/aktiviti renungan 2. Menilai tugas/aktiviti/tanggungjawab yang telah dijalankan 3. Menjadikan asas/panduan tindakan susulan 4. Meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas yang di amanahkan 5. Menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan jurulatih.tutor/kem komanden 6. Melatih membina kemahiran mencatat pengalaman sebagai prosese pembelajaran kontektual yang bermakna 7. Menganalisis kekuatan dan kelemahan kendiri secara profesional

FUNGSI PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Bina Insan Guru (BIG) berfungsi sebagai :

1. Memenuhi keperluan sukatan pelejaran bagi program pra perkhidmatan di Institut Perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT).

2. Melahirkan guru yang berakhlak mulia dan bersemangat juang yang tinggi serta bertanggungjawab.

3. Mendidik guru supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta dapat memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

LAPORAN/ CATATAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PISMP SEMESTER 4 (KEMASYARAKATAN) REFLEKSI INDIVIDU MOHD. ZAMRI BIN JOHARI

Aktiviti Masa Tempat

: Pendaftaran/Berkumpul/Takllimat Arahan : 7.30 - 8.00 pagi : Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

BIG semester 4 pada kali ini di bawah program kemasyarakatan di mana semua pelajar semester 4 dikehendaki melaksanakan program anak angkat selama 3 hari 2 malam bermula pada 11 Julai 2012 sehingga 13 Julai 2012 Kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam BIG semester 4 kali ini ialah gabungan serta kerjasama daripada pelajar dari pengajian Matematik, dan pengajian Agama ambilan Januari 2011. Program BIG ini melibatkan seramai 40 orang guru pelatih serta tutor kumpulan pengajian masingmasing.

Seawal jam 8.30 pagi semua peserta dikehendaki berkumpul untuk mendengar taklimat mengenai peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi sepanjang program BIG dilaksanakan sebelum bergerak ke lokasi program diadakan iaitu di Tasik Beris, Baling, Kedah.

Segala peralatan yang diperlukan dalam perkhemahan telah disediakan dan diperiksa dengan rapi dan teliti sehari sebelum bertolak ke Tasik Beris, Baling. Setiap peserta telah diberikan tugas masing-masing bagi bertujuan memudahkan perjalanan pelaksanaan program dan membentuk nilai bertanggungjawab dalam diri setiap guru pelatih.. Oleh itu, persediaan yang rapi serta jadual tugas telah disediakan bagi memudahkan pelaksanaan kerja. Destinasi pilihan iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Pari menjadi lokasi buat kami melengkapkan program BIG pada kali ini. Perjalanan hari pertama program anak angkat berjalan dengan lancar.
6

Setibanya di sekolah. kami disambut oleh pihak sekolah dengan begitu meriah sekali. Perasaan gembira setiap peserta terpancar kerana masing-masing sedang gementar akan sesi penyerahan anak angkat yang akan dilaksanakan semasa program perasmian. Antara rancangan ataupun aturcara majlis pada hari pertama di sekolah ialah seperti berikut. ISU 1. Mendirikan khemah KELEBIHAN Mewujudkan semangat kerjasama Menyemai semangat bertanggungjawab KELEMAHAN Tidak semua pelajar melibatkan diri dalam pemasang an khemah 2. Kemaskan diri dan perasmian program anak angkat Mendisiplin para peserta Masih terdapat segelintir pelajar yang tidak menepati masa 3. LDK untuk murid tahun 6 Mendapat pengetahuan baru Masa tidak mencukupi Panjangkan masa untuk sesi LDK 4. Motivasi ibu bapa Membina keyakinan diri Masa yang singkat Panjangkan masa Ketua kumpulan harus lebih tegas CADANGAN Libatkan semua orang dalam aktiviti

5. Aktiviti explorace

Mewujudkan semangat kerjasama

Ahli kumpulan

Bahagikan kumpulan

pengajian agama

Semagat berdaya saing dan tanggungjawab

yang terlalu ramai

kepada kumpulan lebih kecil bilangannya

6. Aktiviti explorace pengajian matematik

Mendapat ilmu pengetahuan dalam penyelesaiaan masalah matematik

Masa yang singkat

Aktiviti perlu lebih masa

Semangat kerjasama antara kumpulan

7. Ceramah ihya ramadhan

Menambahkan ilmu pengetahuan

Masa yang singkat

Penambahan masa dalam ceramah

TARIKH TEMPAT

: 12 Julai 2013 : Sekolah Kebangsaan Tanjung Pari, Baling, Kedah

Hari kedua program anak angkat diteruskan lagi dengan penyerahan peserta kepada keluarga angkat masing-masing yang telah ditetapkan pada hari pertama program. Setiap orang mempunyai perasaan yang gementar kerana ingin bertandang ke rumah keluarga angkat . Saya berasa sungguh bertuah kerana mendapat keluarga angkat yang baik serta peramah. Mereka menerima saya seperti anak mereka sendiri. Pada mulanya saya agak kekok namun tidak lama kemudian perasaan mesra wujud memudahkan saya untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga angkat. Saya mendapat keluarga angkat di mana ayah angkat saya seorang sukarelawan yang telah tamat tempoh pekerjaannnya dan ibu angkat pula seorang 'supervisor'di sebuah kilang. Ahli keluarga yang terdiri daripada 3 orang adik beradik, 2 orang lelaki iaitu Along dan Amirul, 1 perempuan iaitu Angah. Semua peserta BIG dikehendaki berada di rumah keluarga angkat masingmasing pada hari tersebut. Aktiviti adalah bebas bersama keluarga angkat masingmasing. Saya berasa bertuah kerana berpeluang masuk ke dusun buah-buahan di belakang rumah keluarga saya. Ia merupakan pengalaman pertama saya masuk dusun buah-buahan dan saya tidak dapat lupakan pengalaman tersebut. Saya juga sangat selesa berada di rumah keluarga angkat kerana mereka menerima saya dengan baik. Saya berpeluang untuk makan tengah hari bersama keluarga angkat. Apa yang membuatkan saya terharu adalah semua saudara mara yang tingal berdekatan dengan rumah keluarga angkat datang dengan pelbagai lauk pauk untuk makan tengah hari bersama semata-mata untuk menyambut kedatangan saya di situ. Pengalaman ini menjadi kenangan manis buat saya semasa bersama keluarga angkat saya di Tanjung Pari.

Seterusnya sebelah petang, kami beramai-ramai berkumpul di tali air untuk berkelah bersama-sama ahli keluarga yang lain. Semua peserta akan berkumpul bersama keluarga angkat masing-masing untuk berkelah bersama-sama. Suasana sangat meriah dan seronok pada petang itu. Saya mengagih-agihkan buah-buahan yang dibawa oleh keluarga angkat masing-masing kepada semua orang dan mengopek buah durian dan diberikan kepada Puan Zainab, mentor kesayangan kami. Setelah seharian bersama keluarga angkat banyak cerita yang hendak dikongsikan pada petang itu bersama rakan-rakan yang lain. Selesai berkelah, aktiviti gotong-royong diadakan bagi membersihkan kawasan perkelahan tersebut. Selesai solat Maghrib, seperti yang telah dijanjikan keluarga angkat akan menyerahkan kembali anak angkat masing-masing kepada pensyarah pembimbing iaitu mentor kelas. Aktiviti di sebelah malam diteruskan lagi dengan solat Isyak berjemaah dan bacaan Yassin buat pelajar tahun 6 untuk menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Perjalanan aktiviti malam itu dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Selesai membaca Yassin, keluarga angkat bersurai dan peserta kembali ke khemah masingmasing dan akan bertemu semula esok pagi bagi acara penutupan.

10

TARIKH TEMPAT

: 13 Julai 2012 : Sekolah Kebangsaan Tanjung Pari, Baling Kedah

Hari ketiga bagi program anak angkat menjadi hari terakhir buat kami semua. Setiap peserta berasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga angkat masing-masing. Masa yang diberikan kepada kami untuk bersama dengan keluarga angkat sangat singkat sekali. Walaubagaimanapun, majlis penutupan harus dilaksanakan kerana bagi melengkapkan tugasan BIG kami semua pada semester ini. Majlis penutupan program anak angkat dirasmikan oleh ketua kampung Tanjung Pari yang begitu baik menerima kami sebagai anak angkat di kampung tersebut dan dipengerusikan oleh saya sendiri. Acara penyampaian cenderahati dilaksanakan bagi melengkapkan lagi majlis perpisahan anak angkat dan juga pihak sekolah. Selesai majlis penutupan, semua peserta dibenarkan bersama keluarga angkat masing-masing sementara menunggu bas. Masing-masing bertukar nombor telefon

dan bergambar sebagai kenangan. Setibanya bas kami mula berkumpul dan mengemas kawasan sekolah agar tidak ditinggalkan dengan keadaan kotor dan bersepah. Gotong-royong diadakan bagi membersihkan kawasan sekolah sebelum pulang ke IPG. Bas tiba di perkarangan sekolah pada jam 12.00 tengah hari dan kami terus bertolak pulang ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

11

Anda mungkin juga menyukai