Anda di halaman 1dari 2

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak12Februari 2009 1.

2 Konsep perkembangan kanak-kanak Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkanperkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosiindividu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan didenifnisikan sebagaiperubahab-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripadatarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-perubahan ini adalah perubahankualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia.Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu prosesyang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsepperkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental.Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.Karl E. Garrison pula meyatakan bahawa perkembangan terhasil daripadatindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkahlaku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkansebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif danperubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahanyang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada strukturorganism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung denganpertambahan umur.Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidakdapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku keranasifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula,perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahanhingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahajamembawa sesuatu organism ke peringkat matang, tetapi perkembangan

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak13Februari 2009

berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya,perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayatsesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudahsedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yangterdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa.Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderungmengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahankualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi.Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakansuatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya

Anda mungkin juga menyukai