Anda di halaman 1dari 9

PERWAKILAN DATA

sistem komputer hanya mengenal semua data, nombor, huruf dan simbol sebagai nombor. 1. Komputer terdiri dari litar-litar elektronik. Ia hanya mengenali konsep "on" dan "off" keadaan "on" dan "off" boleh diwakilkan menggunakan sistem binari yang terdiri dari dua digit sahaja iaitu : 0 dan 1 dalam komputer dimana keadaan "on" boleh diwakilkan dengan "1" dan "off" diwakilkan dengan "0".

BIT
Bit singkatan dari "binary digit" ialah unit asas untuk menyimpan data dalam memori dimana bit "0" mewakili "off" dan bit "1" mewakili "on". BAIT Bait pula adalah sekumpulan lapan bit setiap bait mewakili satu aksara data (huruf, nombor, aksara khas) kapasiti atau muatan memori utama dinyatakan dalam bentuk bilangan bait. Contoh kilobyte, megabyte, gigabyte. SISTEM PENGKODAN Terdapat dua jenis sistem pengkodan yang digunakan oleh komputer. a. ASCII (American Standard Code For Information Interchange) - sistem ini secara asasnya mewakilkan 7 bit bagi setiap aksara. b. ASCII 8 - menggunakan 8 bit untuk mewakili satu aksara. Berikut adalah contoh nilai aksara menggunakan sistem pengkodan ASCII A = 01000001 B = 01000010 C = 01000011

c. EBCDIC (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) - sistem ini menggunakan 8 bit bagi mewakili 1 aksara. Berikut adalah contoh nilai aksara menggunakan sistem pengkodan EBCDIC A = 11000001 B = 11000010 C = 11000011

PERWAKILAN DATA
Komputer terdiri dari litar-litar elektronik. Ia adalah tentang konsep on dan off yang boleh diwakilkan dengan menggunakan sistem binari yang terdiri daripada 2 digit sahaja iaitu 0 dan 1. Dalam komputer, keadaan on boleh diwakilkan dengan 1 dan keadaan off diwakilkan dengan 0.
Bit( binary digit )

Ialah asas yang digunakan untuk menyimpan data dalam memori di mana bit 0 mewakili keadaan off dan bit 1 mewakili keadaan on.
Bait ( byte )

Merupakan sekumpulan 8 bit. Setiap bait mewakili satu aksara data (huruf, nombor atau aksara khas). Kapasiti atau muatan memori utama dinyatakan dalam bentuk bilangan bait. Terdapat 4 unit yang biasa digunakan untuk mengukur kapasiti atau muatan.
I KB = 1024 BAIT Kilobyte - dituliskan sebagai K , JB atau 1 MB = 1 MILION K-byte BAIT Megabyte - MB @ M-byte 1 GB = 1 BILLION Gigabyte - GB @ G-byte BAIT Terabyte - TB @ T-byte 1 TB = 1 TRILLION BAIT Perkataan Komputer (Computer Word)

Merupakan bilangan bit yang membentuk satu unit data yang dapat dicapai oleh komputer dalam satu masa. Komputer mempunyai panjang word yang berbeza. Lebih panjang saiz word, lebih berkuasa komputer tersebut. Panjang word yang biasa bagi komputer ialah 8 bit, 16 bit, 32 bit dan 64 bit.
Sistem Pengkodan

Terdapat 2 sistem pengkodan yang biasa digunakan oleh komputer : a)ASCII (American Standrad Code For Information Interchange) Sistem ini asasnya mewakilkan 7 bit bagi setiap aksara ASCII-8 @ extended ASCII menggunakan 8 bit untuk mewakili satu aksara. Berikut adalah contoh nilai aksara menggunakan sistem pengkodan ASCII :
A - 01000001 B - 01000010 0 - 00110000 1 - 00110001

Sistem pengkodan ini digunakan pada kebanyakan komputer mini dan komputer peribadi.

b)EBCDIC (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) Sistem ini menggunakan sebanyak 8 bit bagi mewakili satu aksara
Contoh : A - 11000001 B - 11000010

PERWAKILAN DATA / data representation sistem komputer hanya mengenal semua data, nombor, huruf dan simbol sebagai nombor. sistem penomboran yang diguna diwakilkan dengan sistem nombor perduaan dikenali sebagai kod binari, nombor perenambelasan dikenali hexadecimal dan perlapan dikenali octal. komputer menggunakan digit perduaan iaitu perwakilan data 0 dan 1 yang disebut bit.

1. Bit - unit terkecil dalam perwakilan data. bit merujuk binary digit komputer hanya tahu membaca bahasa mesin sahaja. perwakilan nombor 1 dan 0 ini menunjukkan denyutan isyarat elektrik. 1 bermaksud ON atau TRUE atau YES 0 bermaksud OFF atau FALSE atau NO 2. Bait / byte - unit yang terbina daripada 8 bit. contohnya 10101010 adalah 8 bit. Ada 256 aksara yang mewakili byte. 3. Aksara / character - satu aksara seperti huruf 'A' bersamaan dengan 8 bit atau 1 byte. Aksara A diwakilkan dengan digit 01000001. KOD BINARI Apakah nombor binari? Nombor binari ialah nombor yang menggunakan dua digit sahaja iaitu 0 dan 1. dua digit ini disebut bit iaitu singkatan untuk binari digit. Dalam istilah komputer, nombor (0,1,2,3..), huruf abjad (A,B,C..) dan symbol khas (!,@,#,$..) dipanggil aksara. Aksara-aksara ini diwakilkan dengan 1 bait iaitu himpunan 8 bit.

3 jenis skema kod binari yang digunakan untuk mewakili aksar iaitu: Kod ASCII iaitu singkatan bagi American Standard Code For Information Interchange. Kod ini paling luas digunakan pada mikrokomputer. EBCDIC ialah singkatan bagi Extended Binary Coded Decimal Interchange Code. Ia direka oleh IBM khusus untuk komputer berkeupayaan tinggi. Unicode dibangunkan oleh Unicode Inc dengan sokongan Apple, IBM dan Microsoft. Unicode menggunakan 16 bit bagi mewakilkan aksara. Dengan 16 bit, ia boleh mewakilkan lebih banyak aksara.

PENGUKURAN DATA bit = unit terkecil dalam perwakilan data. Terdiri dari kod binari 1 dan 0 1 byte = 8 bit 1 kilobyte (KB) = 1024 byte 1 megabyte (MB) = 1024 kilobyte 1 gigabyte (GB)= 1073,741,824 byte 1 gigabyte = 1,024 megabyte 1 KB= 1024 byte= 2^10 byte 2^0=1 2^1=2 2^2=4 2^3=8 2^4=16 2^5=32 2^6=64 2^7=128 2^8=256 2^9=512 2^10 =1024

1MB=2^20 byte 1GB=2^30 byte 1 TB=2^40 byte UKURAN KELAJUAN JAM CPU CPU speed merujuk kelajuan CPU melaksana arahan atau memproses data menjadi maklumat. Kelajuan jam merujuk sekerap mana CPU berdetik setiap saat. Satu detikan bermaksud satu arahan sedang dilaksana. Satu arahan bermaksud satu kitaran pemprosesan maklumat bermula daripada fetching, decode, execute dan storing.

Kelajuan jam diukur dengan unit hertz. Semakin laju jam semakin pantas CPU memproses maklumat.

1 hertz = 1 pusingan / 1 saat 1 megahertz = 1,000,000 pusingan / 1 saat 1 gigahertz = 1,000,000,000 pusingan / 1 saat 1 GHZ = 1000 MHz

2.1.2 Perwakilan Data Dalam perkomputeran, komputer menganggap semua data, nombor, huruf dan simbol adalah sebagai nombor. Malah, arahan komputer juga adalah berbentuk nombor ( bahasa mesin ). Sistem pernomboran yang digunakan oleh komputer diwakilkan dalam sistem perduaan( binary ), perenambelasan ( hexadecimal ) dan perlapanan ( octal ). Komputer menggunakan digit perduaan untuk mewakilkan data iaitu 0 dan 1 biasanya disebut bit. i. Bit

Unit utama elektronik bagi data digital. Bit ditulis dalam bahasa asas dua sebagai "1" atau "0". Unit data terkecil yang boleh diproses oleh sesebuah komputer. Bit adalah singkatan bagi perkataan binary digit. Bit adalah nombor 1 dan 0. Nombor-nombor ini mewakili sistem binari. Ia akan mewakili arahan on dan off, true dan false atau yes dan no.

ii. Bait

Unit yang terbina dari gabungan bit-bit. Satu bait bersamaan dengan 8 bit. Bait mewakili 256 aksara yang terdiri daripada kombinasi 0 dan 1. Satu bait mewakili satu aksara tunggal.

iii. Aksara

Satu aksara seperti S, K, Y, G, T, +, 7 dan % adalah bersaiz 8 bit yang bersamaan dengan 1 bait. Contohnya aksara S mewakili kod binari 01000110 yang hanya difahami oleh komputer.

2.1.2.1 Hubungan Perwakilan Data: bit, bait dan aksara.


Komputer hanya mengenali dua digit sahaja; 1 dan 0, sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau lebih dikenali sebagai sistem binari. ( binary system) Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1 bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza ini termasuklah nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbolsimbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 dipanggil Skema Pengekodan. Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII ( American Standard Code for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC ( Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama. Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman ( A hingga Z ) dan nombor (1-9). Ia tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. Skema pengekodan untuk bahasa tersebut dipanggil UNICODE. Skema ini membolehkan kita menggunakan bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisianperisian lain.

1 Bit = 0 dan 1 (On/Off) 1 Byte = 8 bit 8 Bit = 1 aksara ASCII dan EBCDIC 16 Bit = 1 aksara UNICODE

2.1.3 Pengenalan kepada Pengekodan Binari

Komputer menggunakan kod binari untuk berkomunikasi. Salah datu kod binari yang meluas digunakan adalah kod American Standard Code for Information Interchange ( ASCII ). Kod ini diterimapakai oleh hampir semua komputer dan mesin elektronik. Kebanyakan papan kekunci ( keyboard ) komputer telah dipiawaikan dengan ASCII. Jadual di bawah menunjukkan contoh kod ASCII bagi beberapa aksara.

2.1.3.1 Fungsi Kod ASCII

Apabila pengguna menekan sebarang butang aksara, nombor atau kawalan pada papan kekunci, ia akan menghasilkan kod ASCII untuk dihantar ke CPU bagi membolehkan komputer memprosesnya dan menyimpannya di ingatan utama. ASCII mempunyai 128 karakter dan simbol yang diwakili oleh 8 bit nombor asas dua. 32 karakter pertama dalam ASCII mewakili arahan ( command ) yang digunakan untuk tujuan kawalan. Setiap aksara akan ditukar kepada bentuk nombor perduaan yang sepadan. Komputer akan memproses aksara sebagai bait. Apabila selesai memproses bait, perisian di dalam sistem akan menukarkan semua kepada bentuk yang difahami dan dipaparkan di skrin komputer. Oleh itu, fungsinya dapat dilihat sebagai: i. ASCII membolehkan manusia berinteraksi dengan sebuah komputer. ii. ASCII membolehkan pengeluar-pengeluar komponen komputer mengeluarkan komponen yang boleh beroperasi dengan betul di dalam sebuah komputer. iii. ASCII juga berfungsi untuk mencapai kesesuaian di antara pelbagai jenis peralatan pemprosesan data. Seterusnya ia membolehkan peralatan ini berkomuniksi di antara satu sama lain dengan sempurna.

2.1.4 Pengukuran Data


Data, maklumat dan arahan yang disimpan pada peranti storan boleh diukur mengikut urutan seperti rajah di bawah: Unit terkecil dimulai dengan Bit, berasal dari perkataan Binary Digit terdiri daripada digit 0 dan 1 sahaja. Gabungan 8 bit menjadi 1 Bait. 1 Bait bersamaan dengan 1 aksara. 10 bait boleh bersamaan dengan 1 perkataan. 100 Bait boleh bersamaan dengan 1 ayat. Kilobait ( kb ) adalah kira-kira 1024 bait, 1 kilobait lebih kurang sama dengan satu perenggan jika anda membaca, manakala 100 kilobait akan sama dengan satu muka surat.

Megabait (Mb) adalah kira-kira 1024 kilobait. 100 Megabait mungkin akan bersamaan dengan satu tajuk Ensiklopedia manakala 600 Megabait adalah bersamaan dengan jumlah data pada cakera CD-ROM. Gigabyte ( Gb ) adalah bersamaan dengan 1024 megabait. 1 Gigabyte data adalah hampir dua kali ganda jumlah data yang terkandung di dalam CD-Rom. Terabait ( Tb ) adalah kira-kira satu trilion bait, atau 1024 Gigabait. Terabait boleh digambarkan dengan menyimpan kira-kira 300 jam video kualiti yang baik.