Anda di halaman 1dari 18

GEOGRAFI FIZIKAL

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

(b) Fenomena Iklim

Topik ;
i.Banjir ii.Kemarau iii.Siklon Tropika iv.Tornado v.El-Nino vi.La-Nina
1

BANJIR
Merujuk

kepada limpahan atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampungan atau kemampuan sesebuah tasik, sungai atau lautan.

KEMARAU
Merujuk

kepada keadaan kering dan panas tanpa hujan bagi tempoh masa yang panjang dan pada masa yang sama kadar sejatan adalah tinggi. Apabila terdapat gangguan kepada manamana proses kitar hidrologi, imbangan airakan menjadi tidak stabil dan sekiranya negatif, berlakulah kemarau

KEMARAU
Kemarau

terbahagi kepada empat jenis

iaitu ;
Kemarau

kekal Kemarau bermusim Kemarau kontingen Kemarau tidak nyata

KEMARAU
Kemarau
Keadaan

Kekal ;
sentiasa panas dan kering sepanjang

tahun. Hujan tahunan kurang daripada 500 mm. Berlaku di kawasan yang sentiasa terlindung daripada tiupan angin lembap cth. Di bahagian barat laut India & zon kering di Myanmar. Juga berlaku di kawasan gurun cth.Gurun Sahara & Gurun Besar Australia.

KEMARAU
Kemarau
Berlaku

Bermusim ;

dalam beberapa bulan dalam satu tahun akibat kekurangan hujan. Kawasan ini menjadi kawasan lindungan hujan akibat perubahan arah tiupan angin monsun. Contoh ketika tiupan angin Monsun Timur Laut [ November - Mac ], kawasan utaraSemenanjung Malaysia seperti negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akanmengalami keadaan kering kontang selama tiga bulan.

KEMARAU
Kemarau

Kontingen ;

Berlaku disebabkan keadaan hujan yang sepatutnya turun, tetapi lewat turun. Berlaku akibat gangguan cuaca oleh fenomena seperti La-nina dan el-nino. Keadaan kemarau akan berakhir sebaik sahaja hujan turun.

KEMARAU
Kemarau

Tidak Nyata ;

Boleh berlaku di mana-mana tempat dan pada bilabila masa apabila keadaankadar sejatan melebihi hujan yang diterima. Jenis kemarau yang paling singkat

SIKLON TROPIKA
Terjadi

di zon tekanan udara rendah di kawasan Tropika.Ini kerana kawasan tropika adalah lebih panas berbanding dengan kawasan-kawasan lain di dunia. . Terjadi akibat pemanasan yang tinggi dari haba Matahari, arus lautan juga menjadi panas dan ini menyebabkan jisim udara yang panas mengembang lalu naik ke atas mewujudkan sel tekanan udara yang rendah di bawahnya.
Nama

lain bagi Siklon Tropika ialah Ribut Tropika, Taufan atau Hurikan.

SIKLON TROPIKA
Ribut
oTaufan

Tropika /Taufan/Hurikan ;

ditakrifkan sebagai enjin haba atau satu sistem tekanan rendah yang selalunya terbentuk di kawasan tropika. oTaufan merupakan satu ribut yang sangat ganas, membawa hujan lebat dan memiliki kuasa pemusnah. oKekuatan angin boleh mencapai 270 km/j. oEnam kawasan utama yang mengalami fenomena ini ialah : i. Laut Karibia ii. Teluk Mexico iii. Barat Laut Pasifik iv. Kawasan Lautan Pasifik ke barat Mexico v. Selatan Lautan Hindi ke Timur Madagascar vi. Utara Lautan Hindi

TORNADO
Tornado

atau ribut puting beliung merupakan pusaran udara yang berbentuk saluran atau gelombang dan bergerak dengan pantas.
Proses

pembentukannya bergantung kepada kelembapan atau wap air dalam udara yang membekalkan tenaga untuknya.
Pertembungan

jisim udara yang sejuk yang lebih kering membentuk Tornado dengan pusaran menjulang di bahagian tengahnya menjadi jalan keluar kepada udara panas naik ke atas.

TORNADO
Kawasan

Syarikat

utama berlakunya Tornado ini ialah di Amerika seperti di Kansas, Texas dan Alabama.

Ia berbeza dengan taufan dari segi kawasan liputan , hala tuju serta tempoh ia berlaku tetapi dari segi mekanisme kejadian ia masih sama.
Saiz

liputan tornado adalah lebih kecil, namun halajunya lebih tinggi (melebihi 650 ksejam) tetapi tempoh berlaku lebih pendek berbanding taufan.

FENOMENA EL-NINO & LA-NINA


El-Nino

& La-Nina merujuk kepada gangguan Atmosfera dan lautan yang berlaku secara bermusim, iaitu bagi tempoh tiga hingga lima tahun sekali.
Fenomena

ini berlaku di selatan Lautan Pasifik yang membawa bencana alam di seluruh dunia.
El-Nino

merujuk kepada kejadian kemarau yang berpanjangan dan La-Nina pula merujuk kejadian banjir besar.

EL-NINO
dalam bahasa Latin membawa maksud anak Christ. Nama ini diberi oleh nelayan di Peru disebabkan pemanasan air laut yang luar biasa di pantai Peru dan kejadian ini berlaku pada musim Krismas.
El-Nino Bagi

ahli sains, fenomena ini merujuk edaran air laut yang panas ke kawasan pantai barat Amerika Selatan terutamanya di Pantai Ecuador dan Peru.
Fenomena

ini juga merujuk kepada peningkatan suhu arus lautan yang mengubah tiupan angin lazim dan juga cuaca menjadi panas.
Ia

seringkali dikaitkan dengan fenomena kemarau

PROSES KEJADIAN EL-NINO


oIa

adalah fenomena semulajadi yang biasanya berlaku sekali dalam setiap 3 5 tahun.
oDalam

keadaan normal, angin timuran akan bertiup dari timur ke barat merentasi Lautan Pasifik.
oAngin

ini akan mengangkut kelembapan udara (awan). Yang terbentuk di Lautan Pasifik dan melepaskannya sebagai hujan monsun di bahagian barat Pasifik seperti Malaysia dan di kawasan Asia Tenggara dan Australia.
oSemasa

kejadian El-Nino, proses sebaliknya berlaku. Air laut yang panas akibat peningkatan suhu global telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi rendah.

PROSES KEJADIAN EL-NINO


o

Hal ini akan melemahkan, menghentikan atau mengubah pola tiupan angin timuran dari darat ke laut atau dari barat ke timur. Oleh sebab itu, hujan monsun turun di tengah lautan Pasifik dan bukan kawasan sepatutnya di Asia Tenggara. Kesannya cuaca panas, kemarau dan suhu yang tinggi di alami di Negara Asia Tenggara.

KESAN KEJADIAN EL-NINO

i. ii.

iii. iv. v. vi.

Kejadian kemarau yang panjang. Penyumbang fenomena jerebu- akibat pembakaran hutan Menjejaskan kesihatan Mengancam penghasilan pertanian makanan Krisis bekalan air Mengancam sumber kehidupan akuatik

SEKIAN, TERIMA KASIH

18

Anda mungkin juga menyukai