Anda di halaman 1dari 15

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ TAJUK 9 BAHAN AUDIO

Sinopsis

Tajuk ini bertujuan memberi gambaran bagaimanakah bahan audio boleh dihasilkan dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara bahagian yang akan dijelaskan termasuk konsep dan prinsip penghasilan bahan audio untuk tujuan pendidikan, jenis dan penggunaan peralatan audio, proses perancangan dan penyediaan rakaman, proses rakaman dan penyuntingan audio untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat: i. Mengenalpasti jenis dan cara menggunakan peralatan audio yang sesuai untuk membuat rakaman audio. ii. iii. iv. Merancang dan menghasilkan bahan audio untuk tujuan pendidikan. Membuat rakaman audio dengan peralatan audio yang sesuai. Melakukan penyuntingan audio menggunakan perisian yang sesuai.

KERANGKA TAJUK

9.1 Pengunaan Audio Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran 9.2 Peralatan Audio 9.3 Perancangan Dan Persediaan Bahan Audio 9.3 Rakaman Dan Penyuntingan Audio

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ 9.1 Pengunaan Audio Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran

Audio merupakan julat gelombang bunyi yang boleh didengar oleh manusia.

Bahan audio

dapat membantu murid yang kurang mahir membaca mendapat gambaran keseluruhan tanpa melibatkan pembacaan petikan teks yang panjang lebar. Elemen audio berbentuk naratif

seperti penceritaan, ulasan dan diaolog antara watak, dapat menghidupkan lagi gaya penyampaian maklumat. Deria pendengaran murid boleh dirangsang deria melalui

pengintegrasian suara manusia, bunyi haiwan dan alam sekitar, muzik serta pelbagai jenis kesan bunyi.

Penggunaan bunyi dapat menghidupkan lagi persembahan semasa menyampaikan idea dan konsep di samping mewujudkan hubungkaitan antara elemen naratif dengan membangkitkan mod, emosi dan imaginasi murid-murid terhadap setting cerita ataupun peristiwa yang terbabit. Penggunaan kesan bunyi dan muzik latar dapat mewujudkan senario yang menggambarkan persekitaran untuk sesuatu cerita atau pementasan bagi membangkitkan minat, mencetuskan mood dan emosi tertentu serta merangsang imaginasi murid-murid. Fikirkan Apakah bunyi latar yang sesuai untuk senario yang digambarkan dalam rajah-rajah berikut:

Penggunaan bahan audio jika digunakan dengan baik dapat memupuk kemahiran mendengar, bertutur dan berkomunikasi yang baik dalam kalangan murid. Murid perlu dilatih mendengar secara aktif (Active listening) supaya mereka dapat memahami mesej yang diterima dengan baik serta mewujudkan persefahaman antara penyampai dan pendengar. Pemahaman ini akan dapat membawa perubahan tingkah laku yang diingini dan menjayakan usaha pembentukan kumpulan secara berkesan (Rogers & Farson, 1987).

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ Murid yang mendengar secara aktif mengamalkan tabiat mendengar yang berikut: i. Menumpukan perhatian kepada penceramah ataupun guru (termasuk aspek lisan dan gerak badan bukan lisan) ii. Melibatkan diri secara aktif seperti memberikan respon yang bersesuaian mengikut keperluan dan keadaan iii. Sanggup menundakan sikap menghakimi sehingga selesai menerima kesemua maklumat

Kemahiran mendengar yang baik dalam kalangan murid dapat membawa kepada pembentukan kemahiran komunikasi yang berkesan kerana murid telah dapat mentafsir dan memahami mesej lisan dan emosi yang terlindung di sebalik pertuturan. Kemahiran mendengar yang baik dapat membantu murid mewujudkan hubungan yang baik semasa berinteraksi dengan guru, rakan sebaya dan ahli keluarga. Ia juga membantu murid-murid memperoleh maklumat yang sesuai untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

9.2 Jenis peralatan audio

Peralatan audio boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan fungsi alat termasuk: i. ii. iii. iv. Peralatan input untuk merakam bunyi Peralatan output untuk mendengar hasil rakaman bunyi Peralatan storan untuk menyimpan hasil rakaman bunyi Peralatan/perisian mengedit untuk mengedit hasil rakaman bunyi

Terdapat dua jenis audio iaitu audio analog dan audio digital. Terdapat perbezaan dari segi jenis peralatan dan perisian bagi merakam, menyunting dan storan antara audio analog dan audio digital.

9.2.1

Peralatan merakam bunyi

Alat merakam bunyi termasuk alat perakam pita gelung dan perakam kaset untuk audio analog, dan digital voice recorder seperti komputer, MP3 recorder, iPod serta sesetengah telefon mudah alih dan kamera digital. Umumnya semua alat tersebut perlu mempunyai mikrofon untuk membolehkan bunyi di input ke dalam alat perakam.

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ 9.2.1.1 Alatan Merakam bunyi

Jenis Audio Analog Digital

Alat Perakam Perakam pita gulung Perakam kaset audio Komputer Digital voice recorder iPod Perakam MP3 iPod Telefon mudah alih Kamera digital multi fungsi

Rajah 11.3.3 Contoh Alatan Perakam Audio

9.2.1.2 Mikrofon

Mikrofon boleh dikelas mengikut bentuk, mekanisme dan arah penerimaan bunyi.

Jenis Mikrofon

Ciri Ia sesuai untuk bunyi dari jarak dekat dan bahana bunyi outputnya pula tidak begitu kuat, namun ia tahan lasak dan lebih murah harganya. Ia sesuai untuk merakam suara pada

Mikrofon jenis dinamik

pic bass dan mid-range, punca suara yang dekat dan bahana bunyi outputnya rendah. Ia sesuai digunakan untuk rakaman suara untuk untuk konsert Pop ataupun rock n roll, instrumen muzik seperti genderang, gitar, dan perakam bunyi untuk kamera. Mikrofon jenis bermutu tinggi , lebih sensitif. Ia respons kepada pic ataupun frekuensi bunyi yang lebih tinggi dan

Mikrofon jenis kondenser (condenser )

liputan (range) bunyi yang lebih luas dan berupaya mengeluarkan bunyi yang kuat. Ia sesuai digunakan untuk merakam audio di dalam studio dan persembahan Okestra.

Mikrofon satu hala

Menerima signal bunyi daripada SATU arah sahaja,

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ Jenis Mikrofon (Unidirectional) Ciri biasanya dari dari arah hadapan, pola penerimaan signal bunyi termasuk pola cardioid, dan Hypercardioid. Ia sesuai digunakan sekiranya kita ingin meminimumkan gangguan bunyi dari sekeliling subjek. Mikrofon dua hala (bidirectional) Ia berkeupayaan menerima signal dari dua arah yang bertentangan. Ia dapat menerima signal a sesuai untuk digunakan dalam senario bertemuramah.audio dari semua arah. Ia sesuai Mikrofon semua hala (Omnidirectional) digunakan dalam situasi di mana terdapat ramai juru cakap yang menggunakan mikrofon yang tunggal. Ia juga boleh digantung di syiling untuk merakam suara penyanyi dan kumpulan pemain alat muzik di bawahnya.

Jenis mikrofon mengikut bentuk dan penggunaan

Shotgun Lavaliere

dipasang pada kamera video dipakai pada tubuh badan ataupun pakaian lebih sesuai untuk tujuan rakaman dalam studio dan

Headset

pementasan bagi membolehkan pengulas ataupun artis yang berkenaan ditempatkan ke lokasi ataupun berupaya bergerak dengan lebih bebas

Tanpa wayar

Mikrofon tanpa wayar membenarkan penggunanya bergerak dalam kawasan yang lebih luas.

9.2.1.3 Alat Pembesar suara

Alat pembesar suara (speaker) membolehkan pendengar mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh alat perakam/pemain audio.

Biasanya terdapat 3 pemacu (driver) untuk speaker, iaitu, Tweeter paling kecil tetapi dapat menghasilkan bunyi frekuensi (gelombang audio) yang tertinggi
5

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ midrange - menghasilkan bunyi frekuensi dalam ranj gelombang audio yang sederhana. woofer menghasilkan bunyi frekuensi yang rendah.

Rajah 9.1 - Speaker terdiri daripada 3 pemacu yang dapat menghasilkan bunyi. (sumber: http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm)

9.2.4 Pengadun (mixer) dan Editor bunyi

Pengadunan audio dapatmenggambarkan senario dan mood dalam sesuatu cerita, pementasan drama, penerangan dll.

Bagi audio analog, pengadun merupakan alat yang dapat mengabung dan mengawal output pelbagai saluran signal audio sehingga mencapai kesan audio yang diingini.

Bagi audio digital, pengadun dan editor merupakan aplikasi komputer yang boleh mengadun dan mengedit bunyi digital bagi membentuk satu fail bunyi yang dapat memenuhi citarasa pengguna.

9.2.5

Storan fail audio

Audio yang dirakam disimpan dalam storan agar audio dapat diedit mengikut keperluan atau diguna dalam diguna berulang kali. Pita audio dan kaset audio merupakan storan utama audio analog. Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh disimpan dalam storan komputer seperti cakera keras, kad momori, cakera optik seperti CD dan DVD.
6

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ 9.3 Perancangan Dan Persediaan Bahan Audio

Perancangan dan penyediaan bahan audio menjadi asas kejayaan penyampaian mesej pendidikan melalui media audio. Guru yang mempunyai kemahiran mengolah dan membentangkan maklumat menggunakan audio mengikut keupayaan muridnya, dapat menyumbang kepada tercapainya objektif pembelajaran yang dirancang.

Perancangan dan persediaan sebelum rakaman melibatkan: i. Menentukan objektif dan hasil pembelajaran a. Berpandukan kepada sukatan pelajaran dan subjek, kita dapat mengenalpasti objektif dan aras kemahiran, ruang lingkup isi kandungan, bentuk aktiviti dan nilai yang perlu diterapkan dalam persembahan audio nanti.

ii.

Analisis murid (kumpulan sasaran) a. Dengan menganalisispengetahuan sedia ada, kebolehan dan kecenderungan kumpulan sasaran, kita dapat menentukan pendekatan, laras bahasa, skop dan liputan isi kandungan, contoh dan huraian yang bersesuaian supaya dapat membangkit dan mengekalkan minat murid di samping menyampaikan mesej pendidikan yang penting.

iii.

Mendapatkan maklumat (tajuk, kemahiran, isi kandungan pengajaran dan pembelajaran) dan bahan (kesan bunyi, muzik latar, CD dll.) Menyediakan skrip Menetapkan turutan penyampaian isi kandungan, kesan bunyi, muzik latar, tempat untuk berhenti, memberikan penekanan dll.

iv.

Skrip merupakan panduan bagi penerbit, pelakun dan lain-lain lagi bagi mengetahui cara penyampaian dan menandakan masa yang sesuai untuk menyelitkan muzik latar dan/ataupun kesan bunyi.

Jadual 9.1 merupakan contoh skrip rakaman audio yang diadaptasi daripada IELTS Listening Recording 1:

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ Pelakon / Penyampai Bunyi Beep Penyampai (Narrator) You will hear a telephone conversation between a customer and an agent at a company which ships large boxes overseas. Bunyi telefon berdering dan bunyi orang mengangkat ganggang telefon. Pelakon A Good morning, Packhams Shipping Agents. Can I help you? Pelakon B Oh yes, Im ringing to make enquiries about sending a large box, a container, back home to Kenya from the UK. Pelakon A Yes, of course. Would you like me to try and find some quotations for you? Pelakon B Yes, thatd be great. Thank you. Pelakon A Well first of all, I need a few details from you. Pelakon B Pelakon A Pelakon B Pelakon A Fine. Can I take your name? Its Jacob Mkere. Can you spell your surname, please? Dialog / Teks Muzik Kesan Bunyi

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ Pelakon / Penyampai Pelakon B Yes, its M-K-E-R-E. Muzik Fade in Bunyi menaip Dialog / Teks Muzik Kesan Bunyi

Jadual 9.1 - Contoh Skrip Untuk Rakaman Audio.

Penyampai dan para pelakon perlu mengkaji skrip dan membuat raptai sebelum rakaman sebenar berlangsung.

v.

Mengenalpasti pembaca skrip ataupun pelakun yang sesuai bagi menghidupkan lagi penceritaan yang disediakan.

vi.

Menyediakan peralatan dan menempah bilik rakaman jika perlu.

9.3 Rakaman Dan Penyuntingan Audio

Langkah-langkah merakam audio: i. Sebelum rakaman, pastikan semua peralatan berfungsi dengan baik.

ii.

Dapatkan tempat rakaman yang sunyi.

iii.

Semasa menjalankan rakaman sebenar, pastikan tahap bahana input mikrofon dan bahana output speaker adalahbersesuaian, iaitu tidak terlalu tinggi ataupun sebaliknya.

iv.

Anda boleh merakamkan penceritaan (narration) tanpa iringan kesan bunyi dan muzik latar bagi memudahkan anda membuat pengadunan audio kemudian.

v.

Memainkan semula rakaman tersebut bagi mengenalpasti mutu rakaman itu memuaskan. Rakam semula seksyen-seksyen tertentu jika perlu.

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ Penyuntingan audio

Audio digital pula merupakan fail digital yang boleh dirakam dan disimpan dalam pelbagai format dan boleh diedit dan dimain kembali menggunakan pelbagai aplikasi bunyi. Penyuntingan audio digital dilakukan menggunakan aplikasi editor bunyi komputer . Antara aplikasi editor bunyi termasuk Windows Sound Recorder, Soundforge, dan Audacity.

Format Audio Digital

File extension

Ciri Format audio standard yang biasa digunakan untuk komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Ia biasanya tidak dikompres, dengan ini, saiz failnya agak besar. Format audio yang popular untuk memuat

Waveform Audio File Format

.wav

MPEG Layer-3format)

.mp3

turun dan menyimpan fail audio menggunakan internet Merupakan satu set arahan yang

Musical Instrument Digital Interface)

menyelaraskan komunikasi antara alat muzik .mid elektronik, pengawalan persembahan dan komputer supaya dapat menerbitkan bunyi dan kesan audio yang lain.

Audio Interchange File Format

.AIFF

Format fail audio yang biasanya digunakan untuk komputer peribadi Apple Macintosh.

Jadual 9.2 Format file audio digital.

Bacaan Lanjutan Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai jenis format fail audio, anda boleh layari laman web yang berikut: http://www.fileinfo.com/filetypes/audio

10

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ Amali Hasilkan satu rakaman audio digital yang dapat membantu anda mengajar satu standard pembelajaran bagi mata pelajaran yang anda ajar. Sediakan skrip audio yang mencatatkan teks ucapan, diiringi dengan muzik latar serta penggunaan kesan bunyi yang bersesuaian bagi menghidupkan lagi hasil kerja anda. Anda bebas menggunakan alat perakam dan aplikasi editor bunyi mengikut pilihan anda.

Rumusan Sub-Tajuk

Penghasilan bahan audio untuk proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan perancangan dan persediaan yang rapi supaya dapat menyediakan bahan sumber maklumat yang membawa kepada pencapaian objektif pembelajaran. Pengetahuan tentang jenis peralatan dan prinsip membuat rakaman dan suntingan audio akan membantu kita mencapai kesan optimum yang memanafaatkan murid kita. Mudah-mudahan anda dapat menggunakan kemahiran ini untuk menerbitkan bahan audio anda sendiri bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran nanti.

11

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________

Penilaian Kendiri

Sila jawab soalan-soalan yang berikut bagi menguji kefahaman anda berhubung topik ini.

A. Soalan Aneka Pilihan 1. Pernyataan-pernyataan yang berikut menggambarkan kelebihan penggunaan bahan audio dalam pengajaran dan pembelajaran kecuali A. boleh mengulang seksyen-seksyen tertentu untuk meningkatkan pemahaman. B. turutan untuk memainkan fail audio adalah tetap dan tidak berubah. C. sesuai digunakan untuk murid yang menghadapi masalah membaca. D. mudah diperbanyakkan dan kos penghasilannya adalah murah

2. Mikrofon yang sesuai untuk digunakan untuk senario temubaul ialah: A. Satu hala (unidirectional) B. Dua hala (bi-directional) C. Semua hala (Omnidirectional) D. Mikrofon lavalier (lavaliere microphone)

3. Kesan penyuntingan yang manakah menggambarkan muzik latar beransur lenyap ataupun hilang? A. Amplify B. Fade in C. Fade out D. Silence

4. Bagaimanakah anda dapat memanjangkan capaian mikrofon anda kepada subjek yang berdiri jauh daripada anda? Kita boleh menggunakan: A. Boom B. Pop-filter C. Stand D. Windscreen

12

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ B. Soalan Esei

1. Penyampaian audio yang berkesan datang daripada perancangan dan persediaan yang rapi. Terangkan apakah perancangan dan persediaan yang perlu anda lakukan sekiranya anda ingin membuat rakaman audio untuk persembahan slaid (PowerPoint) berhubung menerangkan budaya Kaum Iban.

2. Anda merupakan penerbit rakaman sesi bercerita untuk murid Tahun 1 hingga 3 pada waktu rehat sekolah. Anda akan menyediakan rakaman audio untuk menyampaikan cerita dogeng dan lagenda. Bagaimanakah anda dapat mempelbagaikan rangsangan deria audio murid anda dengan membekalkan pengalaman audio yang dapat membangkitkan minat dan merangsang daya imaginasi murid-murid?

Bibliografi

Boyer, M. (2012). HowStuffWorks: 10 types of microphones. Akses pada September 10, 2012, daripada [http://electronics.howstuffworks.com/gadgets/audio-music/question3091.htm]

CDC Centers for disease control and prevention (2011). CDC audio script writing guide. Akses pada September 12, 2012, daripada [http://www2c.cdc.gov/podcasts/AudioScriptWritingGuide.pdf]

FileInfo.com (2012). Audio file types. Akses pada September 4, 2012, daripada [http://www.fileinfo.com/filetypes/audio]

Harris, T. (1998-2012). HowStuffWorks: How speaker works. Akses pada September 10, 2012, daripada [http://electronics.howstuffworks.com/speaker.htm]
13

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________

Holman, T. (2005). Sound for digital video. Amsterdam: Focal Press.

Home Theater Network, LLC. (2005-2012). Speaker. Akses pada September 10, 2012, daripada [http://www.hometheaternetwork.com/HTN_speaker1.htm]

IELTS 2012. IELTS Test takers: listening sample . ILETS listening samples - Recording 1. Akses pada September 12, 2012, daripada [http://www.ielts.org/pdf/Listening%20Sample%20Task%20-%20Form%20Completion.pdf]

Malamed, C. (2012). The Elearning Coach: Audio recording: prepare your script. Akses pada September 12, 2012, daripada [http://theelearningcoach.com/media/audio/audio-recording-scripting-conventions/]

Microphones. (n.d.). Akses pada September 10, 2012, daripada [https://microphones.audiolinks.com/microphones.shtml]

Noraiti, A. R., Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah, S. A., & Wan Kamaruddin, W. H. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Edisi kemas kini. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norasiah, A., Nor Risah Jamilah, M. L., & Rosnah, A. Z. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

OmniProductionMoriam. (2011, February 14). Radio equipment. Akses pada September 10, 2012, daripada [http://msproductionmoriam.blogspot.com/2011/02/radio-equipment.html]

Rogers, C. R., & Farson, R. E. (1987). Active listening. Retrieved september 4, 2012, daripada [http://www.go-get.org/pdf/Rogers_Farson.pdf]

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2002). Instructional technologi and media for learning. 8th ed. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.

14

EDU3105

T9 - BAHAN AUDIO

_____________________________________________________________________________________ Types of dynamics microphones. (2012). Akses pada September 10, 2012, daripada [http://www.recording-microphone.com/dynamic-microphones.php]

15

Anda mungkin juga menyukai