Anda di halaman 1dari 13

BAB 1 PENGENALAN

1.0

LATAR BELAKANG KAJIAN


Pada masa kini,masyarakat sering mengabaikan hand hygiene

terutamanya dalam kalangan kakitangan kesihatan seperti doktor,jururawat dan lain-lain.Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan

pengajaran dan pembelajaran mengenai hand washing dalam panduan pembelajaran bermula dari jururawat pelatih Tahun I Semester I .Kepentingan dalam pengamalan hand hygiene dalam kalangan jururawat pelatih adalah sebagai standard precautions untuk mengelakkan nasocomial infections ketika penempatan dikawasan klinikal. Hand washing untuk hand hygiene adalah perbuatan membersihkan tangan dengan atau tanpa menggunakan air atau cecair lain, atau dengan penggunaan sabun, bagi maksud menghapuskan tanah, kotoran, mikroorganisma.Hand hygiene merupakan salah satu teknik atau untuk

mengurangkan nasocomial infections .

Tujuan

utama

mencuci

tangan

dalam

perubatan

adalah

untuk

membersihkan tangan daripada patogen (termasuk bakteria atau virus) dan bahan kimia yang boleh menyebabkan kecederaan peribadi atau penyakit. Ini adalah penting terutamanya bagi orang-orang yang mengendalikan makanan atau kerja dalam bidang perubatan, tetapi ia juga merupakan amalan yang penting untuk orang awam. Orang ramai boleh dijangkiti dengan penyakit pernafasan seperti selesema , sebagai contoh, jika mereka tidak membasuh tangan mereka sebelum menyentuh mata , hidung, atau mulut. Malah, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah menyatakan: "Ia adalah didokumenkan bahawa salah satu langkah yang paling penting untuk mencegah penyebaran patogen adalah pengamalan hand washing yang berkesan." Tuntasnya,pengamalan hand hygiene adalah sangat penting untuk mengelakkan transmisi organisma daripada menjangkiti individu samada daripada pesakit kepada pesakit, pesakit kepada jururawat atau jururawat kepada pesakit .Dengan ini,ianya dapat menghadkan peningkatan peratusan infeksi yang disebabkan oleh kurangnya pengamalan hand hygiene.

1.1 PENYATAAN MASALAH

Hand hygiene merupakan salah satu standard precautions yang efektif untuk meminimakan transmisi organisma kepada individu yang lain terutamanya dalam kalangan jururawat pelatih. Namun, peningkatan nasocomial infections telah terbukti dengan kajian-kajian yang lepas. Walaupun pengamalan 5

moments hand hygiene dilakukan ketika penempatan di kawasan klinikal, keberkesanannya diragui kerana kualiti yang diberikan bergantung pada kesibukan menguruskan tugasan semasa berada diwad selain daripada faktorfaktor yang lain dalam pengamalan hand hygiene. Seterusnya, kerjasama daripada ahli-ahli kajian yang melakukan

penyelidikan dan juga responden amat diperlukan bagi memastikan kajian yang dilakukan adalah mengikut etika penyelidikan. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui perhubungan diantara 5 moments hand hygiene dan nosocomial infections dalam kalangan jururawat pelatih semasa penempatan dikawasan klinikal.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN 1.2.1 OBJEKTIF AM


Objektif am dalam kajian ini adalah untuk mengetahui jururawat pelatih mengamalkan cara hand hygiene yang betul semasa penempatan di kawasan klinikal.

1.2.2 OBJEKTIF SPESIFIK


1. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jururawat

pelatih tidak mengamalkan hand hygiene yang berkesan . 2. Untuk mengetahui kepentingan mengamalkan hand hygiene dalam kalangan jururawat pelatih. 3. Untuk mengetahui kesan sekiranya jururawat pelatih tidak mengamalkan hand hygiene yang betul. 4. Untuk menilai tahap kefahaman jururawat pelatih mengenai langkah-langkah pengamalan hand washing yang betul.

1.3 HIPOTESIS KAJIAN


Jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Melaka mengamalkan cara hand washing yang betul semasa penempatan di kawasan klinikal supaya tidak mengalami nosocomial infections.

1.4

KEPENTINGAN KAJIAN
Cara perpindahan mikroorganisma di kawasan hospital dan kakitangan

hospital adalah melalui direct contact dengan pesakit yang ada penyakit berjangkit, peralatan atau bahan-bahan yang tercemar. Organisma ini akan merebak melalui tangan staf hospital jika tidak mengamalkan teknik mencuci tangan yang betul. Jangkitan melalui staf hospital dikenali sebagai Nosocomial infection. Nosocomial infection disebabkan oleh microorganisma pathogen boleh dicegah dengan teknik medical asepsis. Mencuci tangan adalah prosedur yang paling penting untuk mencegah infeksi. Mikroorganisma hadir pada tangan staf kesihatan yang boleh menyebabkan rebakan dan mempunyai potensi untuk menyebabkan

kemudaratan kepada pesakit. Selain itu, hand washing adalah salah satu daripada standard precautions untuk mengekalkan status kesihatan seseorang individu.

Kajian yang dijalankan melibatkan jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Melaka daripada Tahun l Semester ll,Tahun 2 Semester l,Tahun 2 Semester ll,Tahun 3 Semester l dan Tahun 3 Semester ll serta merupakan salah satu daripada anggota kesihatan di hospital. Sehubungan dengan itu,kajian yang dijalankan dapat menggalakkan jururawat pelatih tahu akan kepentingan pengamalan 5 moments hand hygiene yang efektif semasa penempatan di kawasan klinikal. Seterusnya, jururawat pelatih dapat meningkatkan tahap kesedaran berkaitan dengan pelaksanaan amalan hand hygiene yang betul dapat

mengelakkan dari berlakunya jangkitan silang dalam kalangan jururawat pelatih kepada pesakit ,pesakit kepada jururawat pelatih dan pesakit kepada pesakit di wad serta kesan sekiranya jururawat pelatih tidak mengamalkannya secara efektif. Pengamalan 5 moments hand hygiene juga dapat meningkatkan jururawat pelatih mempraktikkan pengamalan hand washing yang efektif dan lebih berkualiti ketika di wad .

1.5 SKOP KAJIAN

Skop kajian mengenai perhubungan diantara 5 moments hand hygiene dan nasocomial infections dalam kalangan jururawat pelatih ketika penempatan di kawasan klinikal adalah responden yang terdiri daripada jururawat pelatih Tahun I Semester ll, Tahun 2 Semester l, Tahun 2 Semester ll, Tahun 3 Semester l dan Tahun 3 Semester ll yang dipilih secara persampelan rawak mudah di Kolej Kejururawatan Melaka.

1.6 DEFINISI OPERASIONAL

1.6.1 5 moment
konsep menggabungkan semua saranan World Health Organization (WHO) untuk kebersihan tangan. Keputusan untuk menangani kebersihan tangan dengan memberi tumpuan kepada lima petunjuk hanya bertujun untuk lebih mudah faham mengenai risiko jangkitan patogen melalui tangan dan mengetahui cara yang betul untuk mencuci tangan dan mengaplikasikannya.

1.6.2 Hand hygiene


Kebersihan tangan adalah istilah yang digunakan untuk proses mencuci tangan atau tangan dekontaminasi. Mencuci tangan melibatkan mekanikal mengeluarkan mikroorganisma daripada tangan dengan sabun dan air.

1.6.3 Medical Asepsis


Satu cara yang digunakan untuk menghapuskan organisma pathogen. Ini dipraktikkan untuk merawat pesakit dengan penyakit berjangkit dengan tujuan mengelakkan dari menjangkit kepada orang lain.

1.6.4

Nosocomial Infection

Mana-mana jangkitan yang diperolehi semasa di hospital atau persekitaran penjagaan kesihatan.

1.6 PERSOALAN

KAJIAN

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelatih Kolej Kejururawatan Melaka

tidak mengamalkan hand hygiene secara efektif?

2. Apakah kepentingan pengamalan 5 moment hand hygiene yang efektif semasa

di penempatan klinikal?

3. Sejauh manakah kefahaman jururawat pelatih mengenai kesan-kesan tidak

mengamalkan hand hygiene secara efektif?

4. Adakah jururawat pelatih mengamalkan langkah-langkah hand washing yang

betul mengikut turutan satu hingga tujuh?

5. Adakah jururawat pelatih mengetahui

5 moments hand hygiene yang perlu

dipraktikkan ketika penempatan di kawasan klinikal?

1.7

RUMUSAN
Secara keseluruhannya,pengamalan 5 moments hand hygiene dalam

kalangan jururawat pelatih adalah penting untuk dipraktikkan bagi mengelakkan risiko mendapat nasocomial infections. Jururawat pelatih yang dipilih sebagai responden juga berperanan untuk membantu penyelidikan yang dijalankan bagi mengetahui peratusan(%) jururawat pelatih yang mengamalkan cara hand

hygiene yang betul semasa penempatan di kawasan klinikal. Hand washing untuk hand hygiene yang efektif adalah penting untuk meminimakan transmisi mikroorganisma di hospital dan dapat memberi masa yang singkat untuk pesakit sembuh daripada penyakitnya.

10

BAB 2 TINJAUAN LITERATURE


Nosocomial infection merupakan jangkitan yang diperolehi semasa di hospital atau persekitaran penjagaan kesihatan disebabkan oleh kurangnya pengamalan hand hygiene. Sebuah survey yang dijalankan oleh sebuah University Hospital

Lewisham,London telah mengatakan bahawa kakitangan medical tidak mencukupi


11

masa untuk mencuci tangan berulang kali dan juga menghadapi masalah dengan produk sabun yang digunakan yang boleh menyebabkan irritasi pada kulit.(Pittet et al,1991) . Ini disokong oleh (Hugonnent el al,2004) bahawa kakitangan kesihatan memberi pelbagai sebab untuk tidak mengamalkan hand hygiene iaitu kesuntukan masa,kekurangan kakitangan,pengaruh staf sejawat. The World Health Organization (WHO) (2009) menekankan kepentingan hand hygiene sebelum prosedure bersih atau prosedur aseptic untuk elak healthcare-

associated infection (HCAI). Hand hygiene amat penting diamalkan oleh kakitangan kesihatan untuk mengelakkan transmisi infeksi (Larson et al,1995). Ini disokong oleh Pittet 2000,Gould et al 2010) bahawa hand hygiene dikatakan sebagai aspek amat penting dalam mengelakkan healthcare-associated infection (HCAI). Menurut

Kilpatrick C et al (2012) telah menyatakan kepentingan hand hygiene sebelum melakukan prosedur invasif.

Di UK , lebih kurang 300,000 pesakit mendapat nosocomial infection disebabkan tidak mengamalkan hand hygiene atau tidak mengamalkan hand hygiene dengan betul (Duncan JM Macdonald) yang turut disokong oleh (Sylvia Trotter) yang telah menyatakan bahawa kesan tidak mengamalkan hand washing yang efektif, transmisi infeksi telah meningkat, termasuk Multiple Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA). Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan lead researcher (Xiaoyan Song ) yang mengatakan bahawa pengamalan hand hygiene yang tidak berkesan oleh kakitangan kerajaan
12

sebelum dan selepas menyentuh pesakit merupakan faktor utama nosocomial infection.

The U.K Health Department guidelines menyatakan bahawa tangan perlu dicuci sebelum dan selepas contact dengan setiap seorang pesakit. Kenyataan ini dibuktikan lagi oleh Ignac Semmelweis yang telah melakukan pemerhatian pada tahun 1847 tentang hand washing mengurangkan bilangan kematian disebabkan puerperal fever (Semmelweis,1983). Manakala, (The Lancet, 2000) pula menyatakan kefahaman mengenai langkah- langkah pengamalan hand hygiene meningkat setelah pendidikan kesihatan diberikan pada peringkat hospital.Ini menunjukkan langkah-langkah hand washing adalah sangat penting dalam mengelakkan nosocomial infection.

13